CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6547|Reply: 29

SUKAN: HEBATKAH PAHANG DARUL MAKMUR

[Copy link]
Post time 25-11-2008 05:27 PM | Show all posts |Read mode
MARI KITA BINCANGKAN

Timur: Strategi tingkat pencapaian atlit sekolah


JERANTUT: Pelajar berbakat dan berpotensi dalam bidang sukan tidak harus diabaikan sebaliknya perlu dimantapkan dengan menyediakan perancangan strategik dan latihan yang bersistematik sebagai langkah awal ke arah kecemerlangan mereka.

Ketua Unit Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Jerantut, Ahmad Nazlan Idris, berkata berikutan itu program `Satu Sekolah, Satu Juara' dilancarkan dalam usaha meningkatkan prestasi kokurikulum bidang sukan serta pembinaan modal insan di daerah ini mulai tahun depan.

Beliau berkata, untuk mencapai matlamat itu, Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum diminta membuat perancangan teliti dengan memilih satu bidang sukan yang boleh dikhususkan kepada pelajar berbakat di sekolah masing-masing.



"Ramai pelajar berbakat dan berpotensi untuk mengungguli sesuatu permainan dan olahraga di setiap sekolah,justeru guru perlu terus menggilap mereka menerusi perancangan strategik dan latihan yang bersistematik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada 63 orang GPK Kokurikulum Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daerah Jerantut pada Bengkel Kokurikulum Daerah di Rompin, dekat sini, semalam.

Ahmad Nazlan berkata, program itu bertujuan mengesan pelajar berbakat dalam sesuatu permainan dan olahraga sebelum diberi latihan intensif bagi menyertai pertandingan di peringkat daerah seterusnya dipilih mewakili Pahang ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

"Kita tidak mahu ketandusan bakat untuk mewakili negeri dan lebih penting bagi mengelakkan berlaku pembaziran potensi yang ada sama ada sekolah di bandar atau luar bandar.

"Malah semua sekolah di Jerantut termasuk kawasan pedalaman lain mempunyai kemudahan sukan termasuk peralatan dan jurulatih berpengalaman di kalangan guru berkenaan, jadi ia sepatutnya dimanfaatkan," katanya.

Beliau berkata, program yang dijalankan akan membawa kembali kecemerlangan bidang sukan daerah dalam beberapa acara termasuk bolasepak, gimnastik, bola jaring, sepak takraw dan olahraga.

Katanya, kertas perancangan strategik program perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Jerantut sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula untuk memudahkan penyelenggaraan dan pentadbiran peringkat daerah.

[ Last edited by  I-chi-ban at 25-11-2008 05:29 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2008 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by I-chi-ban at 25-11-2008 05:27 PM
Beliau berkata, program yang dijalankan akan membawa kembali kecemerlangan bidang sukan daerah dalam beberapa acara termasuk bolasepak, gimnastik, bola jaring, sepak takraw dan olahraga

sasaran: peringkat daerah


tak kan lah target hanya peringkat daerah...... kenapa perancangan tak umphhh langsung?

target lah peringkat antarabangsa......
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 07:03 PM | Show all posts

Balas #2 I-chi-ban\ catat

koi minat main futsal je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2008 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 25-11-2008 07:03 PM
koi minat main futsal je...

mampukah pasukan futsal dari darul makmur dimertabatkan sebagai juara peringkat antarabangsa?

kalau tidak...apakah cadangan tangopapa sebagai pemain futsal bagi membolehkan satu pasukan futsal dari darulmakmur mencapai kejayaan diperingkat antarabangsa...

mari kita bincangkan.... mungkin boleh diketengahkan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2008 07:16 PM | Show all posts
aki we suka sukan memanah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by I-chi-ban at 25-11-2008 07:16 PM
aki we suka sukan memanah...

koi mmg tahu aok mmg pako memanoh..bullseye sokmo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2008 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by original_la at 26-11-2008 09:22 AM

koi mmg tahu aok mmg pako memanoh..bullseye sokmo

tak lah bullseye.... tapi seronok memanah ni....

1. Sunnah Rasulullah saw....jadi everytime kita memanah.... kita hidupkan sunah.... automatik pahala

2. Mamanah hanya perlu skil dan sedikit kekuatan...... peluang untuk bersaing dengan puak2 badan besar sama sahaja... tak macam sprint 100m.... konfirm (kalau ikut hukum adat.... mesia tak kan menang... hukum Allah...itu cerita lain).

3. Kita boleh didik ramai anak2 kg jadi jaguh dunia (korea dah jadi jaguh dunia...kenapa tidak darul makmur)

4. Belanja kecik... beli satu busur dan sedozen anak panah .... selagi busur tak rosak dan anak panah tak patah atau hilang.... bole main

5. sorang pun boleh main...tak perlu ramai cam bola sepak atau badminton (minima 2 org)

6. Antar satu pasukan 3 orang ke kejohanan...ada peluang menang 4 pingat ( 1 emas berpasukan, 1 emas individu 1 perak individu 1 gangsa).... kalau bola sepak... antar 22 orang... cuma untuk 1 pingat... belanja jauh lebih besar...

jom kita didik anak2 kita memanah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 11:06 AM | Show all posts
setuju..jom kite promot memanoh wehh



[ Last edited by  original_la at 26-11-2008 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 11:15 AM | Show all posts
koi perati sejak tan sri khalil memimpin persatuan menanoh mesia..ada byk peningkatan..tahniah tan sri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by original_la at 26-11-2008 11:06 AM
setuju..jom kite promot memanoh wehh

http://www1.bharian.com.my/Misc/EPG/Images/Artis/8ray.jpg

compound bow.... cam akiwe punya...

yang selalu kat tournoment... recurve....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 12:43 PM | Show all posts
' PERSATUAN MEMANAH PAHANG' ujudke?

kalau ada.... aktif ke?

daerah mana yang aktif memanah ?

dulu temeloh ada ghasenya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 03:15 PM | Show all posts

Reply #10 I-chi-ban's post

mahal ke bow tu? nak kena ade permit ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 26-11-2008 03:15 PM
mahal ke bow tu? nak kena ade permit ke?

tak perlu permit.....

mahal.... tak juga.... basic dalam RM2,000 dah boleh dapat dah yag bagus....


tapi kalau biginners... cuba dapatkan secondhand.... sbb ramai otai yang ugrade dah jual agak murah....

lepas tu bila dah selesa... baru tangkap bagus punya....








aki we punya ..... adalah dalam RM3K kot..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 08:47 PM | Show all posts

Balas #13 I-chi-ban\ catat

ok harga tu... anak panah? tapi panah ni kan dah kira senjata? salah kan klu bawak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by I-chi-ban at 26-11-2008 06:13 PM

tak perlu permit.....

mahal.... tak juga.... basic dalam RM2,000 dah boleh dapat dah yag bagus....


tapi kalau biginners... cuba dapatkan secondhand.... sbb ramai otai yang ugrade dah j ...


klu 3k..koi rase aok ni mmg dah 'pro' aki we
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 07:59 AM | Show all posts
''Misalnya, Jabatan Pelajaran Pahang menyediakan peralatan memanah kepada Sekolah Menengah Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) dalam usaha mencungkil bakat pemain untuk mewakili daerah dan negeri ini tahun depan sejajar dengan matlamat projek Satu Sekolah, Satu Juara," jelasnya.

lanjutan kepada berita diatas...

jangan selepas 3 bulan.... simpan dlm setor je....

genggam bara api biar sampai jadi arang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2008 08:07 AM | Show all posts
Originally posted by craven at 27-11-2008 07:59 AM
''Misalnya, Jabatan Pelajaran Pahang menyediakan peralatan memanah kepada Sekolah Menengah Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) dalam usaha mencungkil bakat pemain untuk mewakili daerah ...

akiwe rasa..... kalau guru pun tak minat dan tak pandai memanah, apa yang craven tulis tu ada kebenarannya...
satu cabaran guru-guru darul makmur.....

akiwe teringat dedikasi guru jasmani akiwe dulu.... ajar main hoki bukan setakat atas padang pukul bola....malah atas blackboard...ajar srategi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 26-11-2008 08:47 PM
ok harga tu... anak panah? tapi panah ni kan dah kira senjata? salah kan klu bawak?

anak panah tu memanglah senjata sbb tajam....tapi masih lagi dikategori sebagai alatan sukan....

tak salah.... aki we bawa naik kapalterbang cam bawa beg golf je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by craven at 27-11-2008 07:59 AM
''Misalnya, Jabatan Pelajaran Pahang menyediakan peralatan memanah kepada Sekolah Menengah Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) dalam usaha mencungkil bakat pemain untuk mewakili daerah ...

sekolah research bagi alatan memanah.... sekolah jeghantut takbagi set golf ke... bole training di kelab golf tu....


golf adalah salah satu potential utk meraih pingat diperingkat antarabangsa.... cuba lihat Thailand.... ramai orang Thai dah jadi juara peringkat antarabangsa.... sepertI Thongchai & Prayad....

kalau orang Thai boleh ....kenapa tidak orang darul makmur?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 11:13 AM | Show all posts
gimnastik juga mampu membawa darul makmur ke peringkat antarabangsa....

tapi tidak sesuai utk kita yang beragama ISLAM.... (pompuan la...)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.259253 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list