|
Ibu segala trak
Oleh Mohd Razlan Salleh
| 'IBU segala trak'...Itulah gelaran yang diberikan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) yang melancarkan model terbarunya, Nissan Navara, baru-baru ini. |
'IBU segala trak'...Itulah gelaran yang diberikan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) yang melancarkan model terbarunya, Nissan Navara, baru-baru ini.
Trak yang diklasifikasikan sebagai Trak Utiliti Sport itu disasarkan kepada mereka yang mempunyai minat memandu kenderaan bersaiz besar tetapi mengutamakan keselesaan, kemodenan dan keseronokan pemanduan.
Navara yang didatangkan dengan transmisi automatik lima kelajuan dilengkapi enjin diesel YD25DDTi 'Common-rail direct injection' dan 'Intercooler' yang mampu menjana kuasa sehingga 174ps dan tork maksimum 403Nm.
Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng, Navara boleh dianggap sebagai kenderaan pikap paling berkuasa dalam kelasnya.
"Model terbaru ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand dan kini, kami sudah membawa masuk 300 unit ke pasaran tempatan.
"Unit pertama yang dibawa masuk ini hampir semuanya ditempah," katanya.
Hadir sama, Presiden Siam Nissan Automobile dan Naib Presiden Korporat Nissan Motor Co Ltd, Tierry Viadieu.
Sejak pelancarannya pada 2007, lebih 480,000 unit Navara terjual di seluruh Eropah, Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan, Afrika, Ocenia, Asia Barat dan Asia.
Sebagai sebuah kenderaan pikap, Navara dilengkapi sistem pacuan empat roda (4WD) yang dikawal secara elektronik termasuk teknologi 'Limited Slip Differential' (LSD) yang membolehkan pemandu menukar mod dua roda (2WD) atau 4WD pada kelajuan 100 kilometer sejam.
"Walaupun Navara sudah memasuki pasaran negara ini, kami masih mengeluarkan model pikap, Frontier kerana permintaannya masih tinggi.
"Kami mensasarkan 30 peratus perkongsian pasaran bagi trak pikap di negara ini dan Frontier adalah pilihan kepada orang ramai," katanya.
Navara mempunyai jarak roda 3,300 milimeter, terpanjang dalam kelasnya selain ruang dalaman bersalut kulit serta tahap bunyi, gegaran dan kekasaran enjin (NVH) paling rendah.
Malah, Navara juga dilengkapi lampu projektor HID yang menepati piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan berkaitan penggunaan lampu Xenon.
Navara dijual pada harga RM103,721.90 (termasuk insurans) dengan tiga warna pilihan iaitu Supreme Black, Tungsten Silver dan Twilight Grey.
Nissan turut menawarkan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer yang mana terdahulu kepada pembeli model terakhir Nissan bagi tahun ini.
aku pikap hilux anytime.. aku prefer pikap sedan ekceli.. tapi navara ni bodi cantek gak.. :victory: rm103k... mampos aku tak makan 2 bulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...besar gedabak tuh....
aku dah test drive mgu lepas kat kedai nissan Bayan Baru, Penang..
pergh...mmg besar siut...dlm dilapisi kusyen kulit....paparan dashboard nmpk ringkas tp kemas...
lebih besar dr mana2 model yg dlm kelasnya sblm nih....
harga pon blh tahan jgk....
hehehhe.....tp yg tak dpt dinafikan...mmg powerful gila..... |
|
|
|
|
|
|
|
mother trucker....
rhymes with mother %&#$*&^ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
kalo blakang dia sempit cam X-Trail, takyah ler... baik amik foRd ranger je. |
|
|
|
|
|
|
|
ni barulah seswai pasang rim 22 inci ker |
|
|
|
|
|
|
|
rugi la sape yg beli nautica... tambah 10k je dapat ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nissan Navara terbaik dalam kelasnya
Oleh JOHARDY IBRAHIM
| TRAK ini juga boleh melambangkan gaya hidup lasak pemiliknya.
|
TRAK pikap selama ini dikaitkan dengan kenderaan yang digunakan oleh kontraktor atau peladang kerana sifat azalinya memang untuk tugas lasak menerusi keupayaan pacuan empat roda (4X4) dan mengangkut barangan pada ruang kargo.
Namun kini, tarikan pada trak pikap tidak lagi tertutup pada golongan tersebut semata-mata. Hari ini, trak pikap dilihat sebagai sebuah kenderaan serba guna, maskulin dan seronok dipandu seperti SUV (kenderaan utiliti sports).
Faktor ini begitu ketara pada model trak pikap terbaru dari Nissan iaitu Navara 2.5 liter iaitu batang gear 4X4 telah ditiadakan, sebaliknya menggunakan butang kawalan sahaja, ciri yang sama dengan Isuzu D-Max.
Diistilahkan 憉bah semasa bergerak |
|
|
|
|
|
|
| |
|