CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: naen

FORMULA ONE 2009

[Copy link]
Post time 13-12-2008 10:50 AM | Show all posts
Pembuat dasar F1 cari jalan kekang perbelanjaan

MONACO: Pembuat dasar Formula Satu (F1) berhimpun di sini semalam untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah pembaziran sebelum ini dan ke arah masa depan yang lebih menjimatkan.


Ketika pasukan diselubungi masalah hutang serta dikejutkan dengan keputusan Honda untuk menarik diri, majlis sukan permotoran dunia (FIA) dijangka meluluskan langkah-langkah dipersetujui Rabu lalu untuk mengekang perbelanjaan.

Butiran mengenainya masih tidak lengkap tetapi kedua-dua pasukan dan presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa, Max Mosley percaya, satu kejayaan besar sudah dilakukan bagi memastikan kestabilan F1 dan melanjutkan kewujudannya bagi tempoh lebih lama.

Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo, yang juga mengetuai Persatuan Pasukan Formula Satu (FOTA), dalam satu kenyataan kelmarin berkata, satu penyelesaian selepas perbincangan dengan Mosley Rabu lalu adalah di luar jangkaan mereka.

Langkah itu, katanya, akan "meletakkan sukan ini kembali ke dimensi ekonomi yang boleh diterima, jadi semua pasukan mampu untuk terus bertanding."

Ketua Eksekutif Williams, Adam Parr, yang bimbang pada awal minggu ini bahawa satu lagi pengeluar akan menarik diri sebelum bermula musim baru Mac depan, menyifatkan mesyuarat itu sebagai "amat bermakna".

Mosley menyokong pengenalan penggunaan enjin dan kotak gear kos rendah standard bermula musim 2010, sesuatu yang ditentang pengeluar utama.

"Saya tidak rasa (enjin standard) akan berlaku, semata-mata kerana pengeluar memainkan peranan amat besar dalam sukan ini," kata juara dunia dari McLaren, Lewis Hamilton. � Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 07:55 AM | Show all posts



Button masih belum putus asa




LONDON - Pemandu Britain, Jenson Button (gambar) tidak menolak kemungkinan bahawa dia tidak akan beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) tahun hadapan jika pasukan Honda gagal mendapatkan pembeli yang sesuai dalam masa terdekat.


Sehingga kini, pemandu berusia 28 tahun itu masih gagal mendapatkan pasukan baru pada saingan musim hadapan ekoran keputusan Honda untuk menarik diri daripada perlumbaan F1 disebabkan masalah kewangan.


"Buat masa ini, saya benar- benar fokus untuk membantu pasukan mencari pembeli yang sesuai kerana hanya pasukan ini sahajalah pilihan terbaik saya untuk musim 2009," kata Button dalam laman web autosport.com kelmarin.

"Jika boleh, saya tidak ingin berehat walau setahun kerana ia tidak baik untuk seorang pemandu, tetapi ia tetap merupakan antara pilihan yang saya ada pada ketika ini.

"Namun, matlamat utama saya hanyalah untuk beraksi buat pasukan ini tidak kira apa sahaja nama barunya tahun hadapan."

Honda mengharapkan ada pembeli yang mampu menyelamatkan mereka, sekali gus membolehkan pasukan yang berpangkalan dari Jepun itu beraksi pada perlumbaan pembuka musim Grand Prix (GP) Australia Mac depan.

Pada ketika ini, hanya Toro Rosso sahaja yang masih mempunyai kekosongan, tetapi pasukan itu dikatakan telah memiliki calon yang sesuai termasuklah pemandu baru dari Switzerland, Sebas- tien Buemi, pemandu Jepun Takuma Sato serta pemandu Perancis, Sebastien Bourdais. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 09:11 AM | Show all posts



Ferrari tekad sapu bersih gelaran dunia




LONDON - Pasukan Ferrari melaungkan amaran awal untuk membolot dua gelaran sekali gus pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim depan.

Selepas hanya menjulang trofi bagi kategori pengeluar musim ini, Ferrari bertekad untuk kembali merampas gelaran juara dunia.


Terdahulu, Ferrari terpaksa menelan hakikat bahawa gelaran juara dunia terlepas daripada genggaman apabila pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton muncul juara.

Lebih mengecewakan apabila pemandu Ferrari, Felipe Massa sekadar muncul naib juara selepas dia hanya dibezakan satu mata dengan Hamilton.

"Apabila kamu terlepas gelaran juara dengan hanya dibezakan satu mata, ia pasti amat menyedihkan.

"Bagaimanapun saya enggan toleh ke belakang, sebaliknya sudah bersedia mengharungi perlumbaan akan datang dan berharap meraih keputusan positif.

"Kami semua sudah bersedia mengharungi musim baru dan saya akan melakukan sedaya yang mungkin untuk kembali ke sini (Monaco) untuk menjulang trofi yang kini menjadi milik Lewis," kata pemandu Ferrari, Felipe Massa pada majlis Gala Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) di Monaco kelmarin.

Rakan sepasukan Massa, Kimi Raikkonen turut melaungkan keyakinannya untuk kembali bangkit lebih bertenaga musim depan selepas gagal mempertahan kejuaraan dunia musim ini.

"Saya lebih cenderung untuk meraih trofi juara dunia buat kali kedua berturut-turut tetapi tahun ini, semuanya tidak menjadi.

"Pada awalnya, ia berjalan seperti dirancangkan tetapi disebabkan beberapa masalah, situasi menjadi lebih sukar dan ketika itu, segala-galanya sudah terlambat.

"Namun, kami telah mendapat pengajaran yang berguna untuk digunakan tahun depan.

"Saya tetap gembira kerana Ferrari menang ( bagi kategori pengeluar), sekali gus membuktikan pasukan ini tidak mudah menyerah kalah," kata Raikkonen.

Sementara itu, ketua Ferrari, Stefano Domenicali berbangga apabila menjulang trofi dalam tahun pertamanya mengendali pasukan berkenaan.

"Saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

"Kami akan lebih semangat untuk mengharungi musim depan dalam misi membolot dua gelaran sekali gus," kata Domenicali. - Agensi

***************************************************************************************

rambut massa macam kambing la pulak.. tapi still hensem pun -
kalau untuk constructor - saya harap ferrari menang
tapi... kalau hamilton menang jadi champion lagi .. okay juga -
tapi who knows massa dapat rampas pula - menang 1 mata lagi...
baru la best -
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:40 AM | Show all posts


Peugeot tolak khabar angin


BUTTON (kiri) dan Barrichello berharap Honda dapat mencari
pembeli yang sesuai dalam masa terdekat



LONDON - Pembuat kereta dari Perancis, Peugeot-Citroen menafikan dakwaan bahawa mereka berminat untuk membeli pasukan Formula Satu (F1) Honda.

Kelmarin, sumber yang enggan dikenali mendedahkan bahawa Peugeot-Citroen telah membuat tawaran untuk membeli Honda selepas pasukan yang beroperasi di Brackley itu mengumumkan untuk menarik diri daripada F1 tahun hadapan disebabkan masalah kewangan.


"Laporan tersebut tidak benar sama sekali," kata jurucakap Peugeot Sport, Jean-Claude Lefebvre semalam.

Lefebvre juga menolak khabar angin bahawa Peugeot-Citroen sedang mempertimbangkan untuk kembali melibatkan diri dalam perlumbaan F1 dalam masa terdekat.

"Ketika ini, kami berdepan dengan masalah jualan.

"Banyak lagi perkara lain yang harus kami fikirkan selain daripada mempertimbangkan untuk kembali ke perlumbaan F1."

Sebelum ini, Peugeot-Citroen pernah terlibat dalam perlumbaan F1 ketika membekalkan enjin kepada pasukan Prost.

Dalam pada itu, akhbar La Gazzetta dello Sport melaporkan, pemilik pasukan GP2 ART, Nicolas Todt turut berhasrat untuk membeli Honda.

Dua pemandu Honda, Jenson Button serta Rubens Barrichelllo dilaporkan masih berharap pasukan yang berpangkalan di Jepun itu mendapat pembeli yang sesuai dalam masa terdekat. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 06:59 AM | Show all posts



Hamilton akui sukar



HAMILTON mendapati sukar untuk mempertahankan gelaran dunia musim depan

MADRID - "Saya akui sukar untuk mempertahan gelaran dunia selepas ini."

Demikian pengakuan pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton ekoran beberapa peraturan baru yang diperkenalkan dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) tahun depan.


Hamilton muncul juara dunia F1 bagi musim 2008 sekali gus meletakkan namanya sebagai jaguh termuda dalam sejarah perlumbaan tersebut.

Minggu lepas, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persatuan Pasukan-Pasukan Formula Satu (FOTA) telah bersetuju dengan beberapa cadangan yang dibuat untuk mengurangkan kos perlumbaan termasuklah melanjutkan tempoh penggunaan sesebuah enjin selain mengurangkan sesi ujian.

"Saya rasa peraturan baru ini akan menjadikan saingan lebih sukar dan mencabar," kata Hamilton kelmarin.


"Saya tidak nafikan, dengan peraturan seperti ini, sukar untuk saya menjadi juara dunia sekali lagi.

"Tahun hadapan merupakan musim yang mencabar. Saya tidak sangka begitu banyak yang terjadi dalam tempoh setahun tetapi pada ketika ini kami hanya memikirkan cara untuk terus bertahan dan terus memberikan aksi terbaik."

Peraturan baru yang diperkenalkan tahun hadapan merupakan salah satu langkah yang diambil oleh FIA bagi mengurangkan kos perbelanjaan setiap pasukan bagi untuk menghadapi krisis ekonomi global yang agak kritikal pada ketika ini.

Hamilton terlepas peluang menjadi juara dunia dalam musim pertamanya tahun lepas apabila ketinggalan satu mata di belakang pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen tetapi berjaya menebus kembali kekecewaannya itu dengan menjuarai saingan musim ini. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 08:16 AM | Show all posts



Hamilton berhak juara - Ecclestone


HAMILTON mencipta sejarah menjadi juara dunia termuda dalam perlumbaan F1.



LONDON - Pemilik Formula Satu (F1), Bernie Ec- clestone menafikan spekulasi bahawa cadangannya untuk menggunakan sistem pingat bagi menggantikan sistem pungutan mata dibuat kerana tidak berpuas hati terhadap kejayaan Lewis Hamilton.


Sebaliknya, Ecclestone menegaskan, pemandu sensasi McLaren itu berhak bergelar juara dunia musim ini meski- pun mencatat kemenangan tipis ke atas pemandu Ferrari, Felipe Massa.

Hamilton dinobatkan sebagai juara dunia termuda musim ini pada perlumbaan terakhir Grand Prix (GP) Brazil di Interlagos apabila mengatasi Massa dengan kelebihan satu mata sahaja meski- pun pemandu Ferrari itu memenangi lebih banyak perlumbaan sepanjang tahun ini.

"Lewis memang berhak untuk menang dan tiada orang yang lebih gembira daripada saya apabila melihat dia dinobatkan sebagai juara," kata Ecclestone.

"Dia memang telah ditakdirkan untuk menjadi juara. Cuma saya tidak gembira kerana dia hanya perlu menempatkan diri dalam kedudukan lima terbaik pada perlumbaan terakhir untuk menjadi juara dunia.

"Peminat sudah pasti tidak ingin melihat pemandu yang memburu kedudukan tempat kelima kerana mereka berhak menyaksikan pemandu terbaik dunia bersaing untuk memenangi setiap perlumbaan."

Terdahulu, Ecclestone mencadangkan agar pemandu yang berjaya menaiki podium diberi pingat emas, perak dan gangsa berbanding kutipan 10, lapan dan enam mata yang digunakan sebelum ini. - Agensi


*****************************************************************************************

tak payah lah nak argue... even with a point - still he is the winner -
lagi pun dah nak masuk musim 2009... dan hopefully it will be a great
season - and competitive -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2008 07:39 AM | Show all posts


Awas penampilan Force India

LONDON - Pemandu veteran, Giancarlo Fisichella berazam membantu Force India muncul sebagai salah sebuah pasukan yang mampu memberikan saingan sengit pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) tahun depan.


FISICHELLA azam bantu Force India muncul sebagai salah
sebuah pasukan menyerlah pada perlumbaan F1 tahun depan.


Pemandu dari Itali itu mengakui, meskipun gagal menyerlah sepanjang musim lepas, dia percaya pasukannya mampu berada dalam kelompok lapan terbaik bagi musim 2009.

Keyakinan Fisichella itu disuarakannya selepas Force India menjalin kerjasama dengan McLaren Mercedes baru-baru ini.

"Saya memang percaya kami mampu melakukannya," kata Fisichella.

"Dengan peraturan-peraturan yang digunakan tahun hadapan, semuanya mungkin akan berubah terutama dengan penggunaan tayar licin berbanding tayar berbunga sebelum ini.

"Tambahan pula dengan bantuan dan kerjasama daripada McLaren serta penggunaan enjin Mercedes, kami pasti mempunyai peluang yang lebih besar tahun hadapan.

"Saya sendiri begitu bersemangat untuk memulakan musim 2009 dan membantu Force India mencatat kedudukan yang lebih baik.

"Begitupun, kita hanya boleh meramal. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi pada perlumbaan pembuka musim di Australia nanti."

Musim ini, Fisichella dan rakan sepasukannya, Andrian Sutil gagal untuk mengumpul sebarang mata dan Force India berada di tangga kedua terbawah di hadapan Super Aguri yang menarik diri selepas empat perlumbaan.

- Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 06:27 AM | Show all posts


Kubica rela buat apa saja




MUSIM ini, pasukan BMW Sauber berjaya mencapai sasaran dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan perlumbaan Formula Satu (F1).

Kejayaan tersebut sudah tentu hasil daripada keputusan cemerlang yang dicatat dua pemandunya, Robert Kubica dan Nick Heidfeld yang menghadiahkan 11 kejayaan podium
.

Begitupun, tidak keterlaluan jika dikatakan Kubica menjadi tunjang kejayaan pasukannya apabila menghadiahkan 75 mata selain memastikan BMW mencatat kemenangan pertama pada Grand Prix (GP) Kanada Jun lalu.

Malah, pemandu Poland itu juga menjadi tumpuan apabila menjadi antara tiga pelumba yang memburu kejuaraan dunia sehinggalah perlumbaan kedua terakhir.

Namun dia sekadar menamatkan saingan musim ini di tempat keempat keseluruhan meskipun berkongsi mata dengan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen yang menduduki tempat ketiga.

Kejayaannya itu sudah pasti menjadikan Kubica antara pemandu yang harus diberi tumpuan musim hadapan.

Bagi mengetahui pengalamannya musim ini serta misinya pada perlumbaan F1 musim hadapan, ikuti temu bual Kubica bersama laman web Crash.net baru-baru ini.

CRASH.NET: Anda mengharungi musim yang cemerlang tahun ini. Adakah anda sendiri sudah jangkakan untuk menjadi antara pesaing utama merebut gelaran juara dunia F1 untuk tempoh yang lama?

ROBERT KUBICA: Pada sesi ujian pra-musim, kami bekerja keras untuk menyelesaikan semua masalah dan menghasilkan jentera terbaik. Hasilnya, kami mencatat keputusan yang cukup membanggakan dari awal sehingga pertengahan musim.

Kami mampu untuk bersaing dengan McLaren dan Ferrari serta mempunyai peluang terbaik pada perlumbaan di Bahrain, Malaysia serta Kanada.

Begitupun, kami masih lagi melakukan perubahan terhadap jentera kami kerana mengharapkan jentera yang lebih pantas. Namun, perubahan tersebut bukan menjadikan kami lebih pantas sebaliknya kami mengalami beberapa masalah kecil ketika perlumbaan.

Sudah pasti saya suka untuk menjadi pesaing utama sehingga ke perlumbaan terakhir tetapi secara keseluruhannya saya tetap berpuas hati dengan pencapaian sepanjang musim ini.

Adakah anda rasa peraturan baru pada tahun 2009 akan memberi kelebihan buat pasukan BMW untuk merapatkan lagi jurang dengan McLaren dan Ferrari?

Mustahil untuk saya menjawab soalan itu pada ketika ini kerana masih banyak perkara yang tidak pasti mengenai peraturan baru tahun hadapan. Buat masa ini, semua orang cuba mencari jalan bagi memastikan jentera masing-masing mencapai tahap paling maksimum.

Masih ada banyak peluang untuk memperbaiki jentera masing-masing pada sesi ujian sebelum perlumbaan pertama musim hadapan.

Kami hanya akan tahu prestasi jentera baru pasukan lawan selepas semuanya berada di litar dan selepas itu barulah kita boleh membuat perbandingan antara jentera kami dan jentera-jentera lawan.

Adakah penggunaan aerodinamik baru serta penggunaan tayar licin akan membolehkan lebih banyak pemandu memotong pemandu lain di trek?

Saya tidak rasa peraturan baru ini menyebabkan banyak perubahan. Jurang antara setiap pasukan juga tidak akan bertambah dan saya juga tidak mengharapkan lebih banyak pemandu memotong di litar.

Pada penghujung musim 2008, rakan sepasukan anda, Nick Heidfeld kembali mendapat rentak seperti permulaan musim dan dia juga lebih pantas berbanding anda pada dua perlumbaan terakhir. Adakah anda rasakan dia akan menjadi pesaing utama musim hadapan?

Secara dasarnya, pasukan akan memperoleh faedah sekiranya kedua-dua pemandu berjaya mencatat keputusan terbaik. Saya sukakan Nick sebagai rakan sepasukan.

Dia banyak membantu pasukan dengan pengalaman luasnya dalam perlumbaan F1. Saya sentiasa memandang tinggi terhadapnya dan saya memang percaya dia akan memberikan saingan yang sengit kepada saya dan pelumba-pelumba lain tahun hadapan.

Anda menjuarai GP Kanada Jun lalu untuk kemenangan pertama anda dan BMW. Adakah anda mampu untuk mencatat lebih banyak kemenangan musim hadapan?

Masih terlalu awal untuk membuat sebarang ramalan. Kami harap untuk mencatat kemenangan dan saya akan lakukan apa sahaja untuk meraih lebih banyak kejayaan pada musim 2009.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 07:30 AM | Show all posts
Fisichella simpan hajat penting sempena Krismas


FISICHELLA yakin pasukan Force India mampu melakar
kejayaan pada perlumbaan F1 musim depan



LONDON - Pemandu veteran Itali, Giancarlo Fisichella menjelaskan bahawa hasratnya pada perayaan Krismas ini adalah untuk menyaksikan perubahan dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1).

Menurutnya, jika buku peraturan dalam F1 disemak semula, ia bakal membuka peluang kepada pasukannya, Force India untuk terus bersaing dengan pasukan-pasukan lain.

Fisichella gagal meraih sebarang mata pada perlumbaan musim 2008, namun dia kekal yakin bahawa perubahan aerodinamik dan syarat baru tayar akan memberi dimensi baru kepada kariernya.

Menambahkan lagi keyakinan bekas pemandu Renault itu adalah keputusan Force India untuk berkerjasama dengan McLaren dan Mercedes dengan sasaran lapan terbaik pada musim 2009.

"Saya memandang serius perkara ini," jelas pemandu Itali itu.

"Dengan peraturan baru, ia akan mengubah segala-galanya terutama berkenaan penggunaan tayar. Saya rasa, ia sangat penting untuk menyediakan jentera terbaik dengan peraturan baru.

"Apa yang lebih penting adalah gandingan baru kami pada musim baru akan datang. Saya rasa, ia akan menyediakan peluang baik kepada kami untuk melangkah setapak lagi dalam perlumbaan ini.

"Saya pasti, kita akan melihat perubahannya di Australia Mac nanti."

Fisichella yang pernah membantu Renault muncul antara pasukan disegani dalam F1 mula menyertai Force India musim lalu sekali gus menyaksikan kariernya terumbang ambing.

Begitupun, dengan perubahan baru yang bakal dilalui pada musim 2009, dia yakin untuk mengembalikan kariernya sekali gus membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh pemilik Force India, Vijay Mallya. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:16 AM | Show all posts



Bekas pemandu teksi minat Honda





LONDON - Honda mungkin boleh diselamatkan andai jutawan dari Mexico, Carlos Slim menjadi pemilik baru pasukan Formula Satu (F1) itu.

Slim dilaporkan berminat membeli pasukan yang berpangkalan di Jepun itu selepas dia melawat kilang pasukan tersebut minggu lepas.

Slim, 68, merupakan seorang pemandu teksi sebelum dia berjaya menubuhkan syarikat telekomunikasi dan kini mempunyai aset bernilai lebih 55 bilion pound (RM282 bilion).

Ia menjadikannya sebagai orang kedua terkaya di dunia di belakang pelabur Amerika Syarikat, Warren Buffet.

"Helikopter miliknya terlalu besar untuk mendarat di tempat sepatutnya, jadi mereka terpaksa mengosongkan tempat letak kereta bagi membolehkan dia mendarat.

"Tetapi lambang syarikatnya tertera di helikopter tersebut, jadi semua orang tahu siapa dia," kata sumber Honda.

Terdahulu, pasukan F1 Honda terpaksa dijual dengan harga yang murah ekoran krisis ekonomi global.


SLIM dilapor berminat membeli Honda selepas dia melawat
kilang pasukan tersebut di Jepun minggu lepas



Bekas ketua pasukan BAR Honda, David Richards kini dilaporkan berada di Timur Tengah bagi mencari 'rakan baru' yang boleh menjana peruntukan 150 juta pound (RM770.6 juta) untuk mengharungi saingan F1 musim 2009.

Dalam pada itu, ketua pasukan Force India, Vijay Mallya juga melahirkan minatnya untuk melabur dengan pasukan tersebut bersama jutawan Switzerland dan jutawan perkapalan Greece, Achilleas Kallakis.

"Ramai orang di kilang ini (Honda) bimbang mengenai pengambilalihan oleh Richards atau Mallya.

"Mereka fikir Mallya hanya mahu memberi kelebihan itu buat pasukannya, Force India.

"Dan bagaimana Richards boleh mengatakan bahawa dia mahu mengambilalih pasukan ini ketika dia masih meminta peruntukan daripada kerajaan untuk membantu syarikat Aston Martin miliknya," tambah sumber berkenaan. - Agensi


****************************************************************************************

kalau boleh beli honda ni.. ha - dapatlah honda compete nanti
baru best ... great competition sikit -
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 09:29 AM | Show all posts

update -

Toyota ulangi komitmen F1

NAGOYA, Jepun - Toyota akan mengkaji semula kos operasinya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) walaupun syarikat pengeluar kereta dari Jepun itu berjanji untuk tidak menarik diri.


Biarpun berhadapan jangkaan menghadapi kerugian operasi tahunan buat kali pertama dalam tempoh tujuh dekad, Toyota Motor Corp. menyatakan ikrar untuk beraksi dalam F1.

Presidennya, Katsuaki Watanabe bagaimanapun tidak memberi penjelasan lanjut bagaimana syarikat itu boleh mengurangkan pembelanjaan dalam sukan berprestij yang mahal tersebut.

Toyota tidak pernah mencapai sebarang kejayaan dalam persaingan F1 untuk tempoh tujuh tahun lalu.

"Ia merupakan satu perkara yang sangat sukar untuk terus bersaing dengan keadaan (ekonomi) seperti ini," kata Watanabe kepada pemberita di pejabat Toyota dekat Nagoya, semalam.

Watanabe berkata, F1 adalah cara terbaik untuk menarik golongan muda.

Pada awal bulan ini, pembuat kereta kedua terbesar Jepun, Honda Motor Co. mengumumkan menarik diri menyertai F1 tahun depan.

Syarikat-syarikat pengeluar kereta Jepun mengalami kesan daripada kemerosotan pasaran automobil terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat.

Dalam tempoh beberapa minggu lepas, Subaru dan Suzuki masing-masing menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada menyertai Kejohanan Rali Dunia.

Kedua-dua syarikat tersebut membuat keputusan tersebut ekoran kebimbangan mengenai krisis ekonomi global.

- AP
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 11:21 PM | Show all posts

any provocation -  will be split -

it is fairly simple -

either - forum members will post something to update
the news or discuss about the topic

if you don't have either - no need to post in here -
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 08:31 AM | Show all posts
Honda menanti penuh debar
Susunan YASMIN RAMAN



JENSON BUTTON (kiri) dan Ruben Barrichello dapat
kepercayaan untuk memandu jentera Honda pada
perlumbaan F1 musim 2008



SEJAK bulan lalu, pasukan Honda telah membayangkan hasrat mereka untuk melupakan perlumbaan kereta Formula Satu bagi musim 2009.

Semuanya berpunca daripada krisis kewangan global yang dilaporkan tidak lagi mampu ditanggung pasukan yang berpangkalan di Jepun itu.


Namun, sejak minggu lalu, sinar cahaya kembali menerangi Honda selepas terdapat laporan bahawa pasukan itu masih boleh diselamatkan.

Watak penting yang bakal menyelamatkan Honda adalah seorang bekas pemandu teksi Mexico yang kini bergelar jutawan, Carlos Slim.

Slim dilaporkan berminat membeli pasukan Honda selepas dia melawat kilang pasukan itu minggu lepas.

Untuk rekod, Slim, 68, merupakan bekas pemandu teksi sebelum dia berjaya menubuhkan syarikat telekomunikasi dengan asetnya kini mencecah nilai 55 bilion pound (RM282 bilion).

Jumlah itu sekali gus menjadikan Slim orang kedua terkaya di dunia di belakang pelabur Amerika Syarikat, Warren Buffet.

"Helikopter miliknya terlalu besar untuk mendarat di tempat sepatutnya, jadi mereka terpaksa mengosongkan tempat letak kereta bagi membolehkan dia mendarat.

"Tetapi lambang syarikatnya tertera di helikopter tersebut, jadi semua orang tahu siapa dia," kata sumber Honda.

Bekas ketua pasukan BAR Honda, David Richards kini dilaporkan berada di Timur Tengah bagi mencari 'rakan baru' yang boleh menjana peruntukan 150 juta pound (RM770.6 juta) untuk mengharungi saingan F1 musim 2009.

Dalam pada itu, ketua pasukan Force India, Vijay Mallya juga melahirkan minatnya untuk melabur dengan pasukan tersebut bersama jutawan Switzerland dan jutawan perkapalan Greece, Achilleas Kallakis.

Apa pun, sebelum kehadiran Slim, pasukan Honda melalui hari-hari genting mereka dan terpaksa dijual dengan harga yang murah ekoran krisis ekonomi global.

Bagi Presiden Honda Motor, Takeo Fukui, pihaknya bukan sahaja mahu menarik diri daripada perlumbaan tersebut, malah mereka juga akan berhenti membekalkan enjin kepada mana-mana pasukan F1.

"Kami menarik diri secara menyeluruh. Musim ini merupakan aksi terakhir kami dalam perlumbaan kereta paling berprestij ini dan kami juga akan berhenti membekalkan enjin kepada mana-mana pasukan F1.


"Keputusan ini sememangnya sukar dilakukan namun persekitaran operasi automobil global yang semakin merosot akibat masalah industri di Amerika Syarikat telah memaksa kami mengambil langkah awal untuk mengelak sebarang risiko," kata Fukui dalam satu sidang akhbar di Tokyo minggu lalu.

Fukui berkata, keputusan yang dilakukan Honda itu sememangnya akan menimbulkan persoalan dan maklum balas yang negatif dari pelbagai pihak, namun pasukan yang terlibat dalam perlumbaan F1 sejak 1960-an itu yakin bahawa mereka telah membuat keputusan tepat.

"Masa depan kami benar-benar kosong. Kami yakin dalam tempoh lima tahun akan datang sejarah akan membuktikan bahawa kami telah membuat keputusan yang tepat," ujar Fukui.

Fukui juga berkata, Honda akan berunding dengan pemandu serta krew pasukannya mengenai masa depan mereka termasuklah kemungkinan untuk menjual pasukan terbabit.

Ekoran itu, kebanyakan akhbar Jepun telah meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap syarikat pengeluar kereta kedua terbesar negara itu yang dilihat mengambil jalan mudah selepas gagal memberikan aksi terbaik sejak membuat penampilan semula dalam perlumbaan tersebut.

"Honda yang kami ketahui sejak bahagian pertama F1 (1964-68) dan kedua (1983-1992), tidak pernah ambil tahu dan terus berusaha untuk menang. Mereka juga ketika itu tak kisah menang atau tidak.

"Mereka seharusnya terus berusaha dan tidak menyerah kalah. Itu maksud sukan F1 sebenar dan dengan cara itu Honda Motor Co. telah membuka mata rakyat Jepun," kata penulis utama sukan F1 negara itu, Jun Imamiya dalam kolumnya.

Seorang lagi kolumnis, Kunihiko Akai juga mempunyai pandangan yang sama dengan mengatakan bahawa kejayaan Honda di arena sukan tersebut secara tidak langsung berjaya membantu menghindar rasa rendah diri rakyat Jepun.

"Walaupun rakyat Jepun berjaya dalam banyak bidang teknologi selepas kejar mengejar dengan Barat, namun jiwa mereka masih kosong, tapi Honda berjaya mengisi ruang itu dengan F1," jelas Akai.

Honda turut mendapat kritikan 'pedas' oleh Ken Kawakita yang mendakwa pasukan itu pasti tidak akan mendapat sokongan peminat selepas membuat keputusan tersebut yang dianggap tidak berasas.

"Sebelum ini Honda sibuk mempromosikan perlumbaan adalah DNA mereka dan menunjukkan mereka merupakan syarikat yang berasaskan perlumbaan.

"Jadi ia merupakan tanggungjawab sosiol sebagai ahli perlumbaan dunia. Tanggungjawab itu tidak boleh diketepikan dengan cara terlalu mudah," ujarnya.

Begitupun, ia mendapat maklum balas berbeza daripada pemilik F1, Bernie Ecclestone yang menegaskan keputusan Honda sama sekali tidak menjejaskan perjalanan perlumbaan berprestij itu musim hadapan.

"Ketiadaan Honda bukanlah satu kerugian yang besar dalam F1. Mereka juga hanya menamatkan saingan musim ini di tempat kesembilan keseluruhan selepas membazirkan berjuta-juta dolar. Ia merupakan satu contoh yang tidak baik buat pasukan-pasukan lain.

"Dalam F1, pasukan datang dan pergi tetapi ia bukannya penamat kepada kehidupan. Ketika ini, hanya Ferrari sahaja yang masih bertahan sejak daripada mula," kata Ecclestone kepada Agensi.

Dalam pada itu, Ecclestone juga percaya Honda akan terus beraksi musim hadapan sekiranya pengeluar kereta dari Jepun itu menemui pembeli yang sesuai.

"Saya percaya, pasukan ini akan terus beraksi tahun hadapan kerana terdapat tiga pembeli yang cukup serius untuk mengambil alih pasukan ini," tambah Ecclestone.


Honda terbabit dalam F1 sejak 1964 dan memperoleh tiga kemenangan termasuk satu kejayaan menerusi Jenson Button di Hungary pada tahun 2006.

Musim ini, Honda menduduki tempat kesembilan dalam kategori pengeluar dengan mengumpul 14 mata. - Agensi


**********************************************************************************

harap2 dapat la beli honda ni.. dan dapat compete...
biar ada great competition sikit.. lagi pun both jensen dengan
ruben ni.. bukan calang2 driver pun -- walaupun last season honda
fare teruk.. dan tak ada nya honda next year tak jejaskan f1 - tapi
sebab honda dah lama sertai.. - hopefully dapatlah pembelinya -
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 09:16 AM | Show all posts


Gaji pemandu F1 akan dipotong



RAIKKONEN merupakan pemandu yang mendapat bayaran tertinggi musim ini.



LONDON - Krisis ekonomi yang berlaku ketika ini bukan sahaja menjejaskan pasukan-pasukan dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1).


Sebaliknya, situasi getir itu juga bakal mengancam kehidupan barisan pemandu apabila mereka berdepan pemotongan gaji bagi kempen musim 2009.

Sebelum ini, pasukan Honda menjadi mangsa pertama ekoran krisis tersebut apabila menyaksikan pasukan dari Jepun itu terpaksa menarik diri daripada saingan musim depan.

Begitupun, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan bahawa tiada lagi pasukan lain yang akan menyertai jejak Honda apabila mereka melakukan potongan belanjawan 30 peratus pada tahun 2009 dan 50 peratus bagi musim 2010.





Dengan ujian, enjin dan pembangunan aerodinamik telah menghadapi pengurangan, keadaan yang sama bakal dilalui barisan pemandu apabila bayaran mereka juga akan dikurangkan.

"Saya rasa, dalam iklim seperti ini, pasukan besar tidak lagi mempunyai keupayaan yang lebih untuk menawarkan jumlah tertentu kepada seseorang pemandu," jelas ketua pasukan Ferrari, Stefano Domenicali.

"Namun, perbincangan boleh dilakukan bagi melihat isu ini. Apa-apa boleh diubah dalam hidup ini apa yang penting adalah bagaimana kita melakukannya.

"Saya percaya, isu ini akan dibincangkan secara menyeluruh membabitkan semua pasukan dan setiap pemandu," tambahnya.

Sementara itu, Naib Presiden Mercedes-Benz Motorsport, Norbert Haug menjelaskan kekurangan kerja juga adalah berpunca daripada kejatuhan ekonomi dunia.

Sebelum ini, 750 pekerja di Honda kehilangan pekerjaan dan Haug juga bimbang mengenai kesukaran mendapatkan pelabur menjelang kempen 2009. - Agensi



*******************************************************************************



kerja pemandu aje... gaji juta2.. potong sikit2 tu pun tak
akan jadi papa kedana pun.. still jutawan lagi...
dengan sponsors ads... etc --
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 06:01 AM | Show all posts



Jangan potong gaji kami - Massa


MASSA pertahankan hak mereka sebagai pemandu F1


LONDON - Pemandu Ferrari, Felipe Massa menolak sebarang cadangan untuk memotong gaji pemandu Formula Satu (F1) yang berpunca daripada krisis ekonomi global.

Menurut pemandu dari Brazil itu, cadangan pemotongan gaji yang disuarakan baru-baru ini bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

Cadangan itu antara lain datang daripada Ketua Pasukan Ferrari, Stefano Domenicali yang membayangkan kemungkinan akan memotong gaji Massa dan Kimi Raikkonen bagi musim depan.

Namun, naib juara dunia F1 itu menjelaskan setiap pemandu F1 layak menerima bayaran setimpal kerana kesanggupan mereka menggadai nyawa di litar perlumbaan.

"Saya tidak setuju dengan cadangan itu," jelas Massa kepada agensi CNN.

"Dalam sukan kompetitif seperti F1, pemandu sebenarnya memainkan peranan asas dan kos bagi seorang pemandu adalah kecil jika dibandingkan dengan bajet keseluruhan pasukan," tambahnya.


Dalam perkembangan lain, Massa turut membidas cadangan Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Max Mosley yang mahu semua pasukan menggunakan enjin yang sama pada perlumbaan akan datang.

"Saya tidak nampak ia sebagai idea yang penting.

"Jika Ferrari menggunakan enjin lain, maka ia bukan lagi pasukan Ferrari. Begitu juga dengan Mercedes, Toyota ataupun Renault," jelas Massa yang tewas satu mata kepada pemandu McLaren, Lewis Hamilton dalam perebutan gelaran juara musim ini. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 06:09 AM | Show all posts



Alonso sertai Ferarri 2011?


ROME - Bekas juara dunia dua kali, Fernando Alonso (gambar) boleh menyertai pasukan Formula Satu (F1) pada tahun 2011.

Malahan, pemandu dari Sepanyol itu berpeluang melakukannya lebih awal andai Kimi Raikkonen gagal menyerlah bersama pasukan dari Itali itu.

Menurut akhbar Itali, La Gazzetta Sportiva, perjanjian kedua-dua pihak telah dilakukan untuk membawa Alonso ke Ferrari pada tahun 2011 dengan kontrak tiga ataupun empat tahun.

Mengukuhkan lagi spekulasi itu apabila presiden Ferrari, Luca di Montezemolo enggan mengesahkan mengenai masa depan dua pemandunya dalam pasukan itu.

"Kami ada Felipe Massa dan Raikkonen di bawah kontrak dua tahun lagi," jelas Montezemolo baru-baru ini.

"Mengenai masa depan, kita akan melihatnya. Alonso adalah juara yang hebat tetapi kehidupan masih panjang. Dia sangat muda," tambahnya.

Bulan lalu, Alonso memutuskan untuk kekal bersama Renault dengan sambungan kontrak selama dua tahun.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Alonso akan kekal bersama pasukan dari Perancis itu sehingga 2010. - AP


******************************************************************************************

kalau tak ada apa2 berlaku... kehidupan tu panjang la..
tapi drivers F1 ni..insuran tinggi regarding accidents masa competition -

kalau alonso dengan renault - rasanya renault tak dapat pun jadi juara lagi -
ferrari dengan mclaren masih dapat bertahan dengan drivers mereka -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2009 07:31 AM | Show all posts
saya harap dia TAK akan join Ferrari sampai bila pon


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2009 10:21 PM | Show all posts

Reply #117 joeblack's post

ni .. sokong alonso + anti ferrari? or anti alonso + sokong ferrari?

aku anti dedua .. bleh?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 06:20 AM | Show all posts

Reply #118 naen's post

tu .. anti alonso la tu --

saya rasa alonso ingat kalau dia join ferrari
KABOOM.... nanti dapat rasa jadi juara pula
dia sedih sebab hamilton or massa yang lebih
dari dia.. these few seasons -
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 06:22 AM | Show all posts
Kubica tak mahu ramal terlalu awal

PARIS - Pelumba Poland Robert Kubica tetap tenang walaupun wujud ramalan bahawa pasukannya BMW Sauber mampu memecah dominasi McLaren dan Ferrari dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.


Kubica, yang pernah menjadi pendahulu kategori pelumba musim 2008 selepas kemenangan di Grand Prix Kanada, percaya pasukannya perlukan sedikit masa lagi untuk membuat ramalan tepat sejauh mana kekuatan mereka pada musim 2009.

"Masih terlalu awal untuk menilai sama ada kami mampu muncul juara atau tidak. Apa yang lebih ideal ialah memberi tentangan untuk kejuaraan sehingga akhir musim dan mencapai keputusan yang terbaik tahun ini, tetapi ia sukar diramal.

"Perlumbaan musim depan merupakan satu cabaran besar disebabkan begitu banyak perubahan peraturan,'' kata Kubica dalam laman web www.autosport. com.

Musim lalu Kubica, menamatkan saingan dengan 75 mata, 23 mata di belakang juara, Lewis Hamilton. BMW Sauber di tempat ketiga dalam kategori pengeluar, 37 mata di belakang pasukan juara Ferrari.

Kejuaraan dunia 2009 akan bermula di Grand Prix Australia pada 29 Mac ini.

**************************************************************************

memang tak boleh nak ramal...
anything can happen - macam last season
sapa sangka hamilton boleh menang dengan 1 point aje -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.414309 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list