CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3314|Reply: 30

Penampilan Dayang di pentas Juara Lagu....

[Copy link]
Post time 15-11-2008 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Setelah meletop dengan SMAC, lagu balada yang melonjakkan nama Dayang dan memenangi kategori balada pada Juara Lagu 2001, ramai peminat yang rindukan penampilan Dayang di Anugerah Juara Lagu dalam kategori yang sama. Walaupun pernah memenangi kategori Etnik Kreatif melalui lagu ERTI HIDUP, namun sebagai seorang penyanyi lagu2 pop ballad/R&B, rasanya kita semua menantikan saat2 sepertimana Dayang berjaya dengan lagu SMAC nya...album demi album yang keluar, boleh dikatakan tiada satu pun lagu yang mampu menandingi aura melodi dan lirik SMAC...

tahun ini AJL datang lagi, dan Dayang sememangnya telah melahirkan album terbaru beliau pada tahun 2007...pada awalnya, kita semua mengharapkan kehadiran lagu HILANG akan mengembalikan Dayang ke pentas AJL, namun ternyata lagu itu terkandas lebih awal dalam carta MM.begitu juga lagu INGINKU MILIKI yang dicalonkan dalam kategori pop rock. sebagai peminat, aku begitu terkilan kerana lagu HILANG seakan2 hilang kekuatan untuk meraih tumpuan pendengar walaupun ia sebuah lagu yang berkualiti baik dari segi melodi dan juga vokal Dayang sendiri (untuk rujukan, saksikan persembahan Dayang dengan lagu HILANG dalam semi final IKON 2007)...nampaknya tuah belum menyebelahi Dayang kali ini untuk beraksi di pentas AJL 2008..adakah kita perlu mengharapkan lagu2 lain seperti KHAYAL, NADA, HANYA PADAMU, TIGA, DENGANMU, TANPA SENTUHAN dan TIBA-TIBA yang dah tentu2 begitu asing di kalangan pendengar...atau kita perlu menunggu kelahiran album seterusnya yang seharusnya lebih mantap dengan lagu2 yang mampu menarik minat pendengar?

apa komen anda semua sebagai fan Dayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 11:45 PM | Show all posts
Reflection,
Terima kasih sebab bangkitkan isu ni. Memang Dayang pernah menang 2 kategori AJL sebelum ini, tapi satu pun tak de yang mengiktiraf kehebatan vokal dan persembahannya secara langsung. SMAC menang kategori lagu pop/ balada terbaikuntuk Ajai sebenarnya, Erti Hidup lebih kepada pengiktirafan untuk Afdlin Shauki. Asyik asyik orang yang sama juga diiktiraf vokal dan persembahannya. Dayang nyanyi live macam dalam album untuk SMAC tu dulu pun kalah juga dengan Siti. Balik balik Siti.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 09:40 AM | Show all posts

Balas #2 voiceofreason\ catat

ermmm, Siti menang tu aku tak de la nak deny ke apa...memang dia layak pun....in fact aku pun suka vokal Siti...
cuma penilaian terhadap kualiti penyanyi di Malaysia seakan2 tidak memihak kepada bakat-bakat lain selain Siti Nurhaliza...padahal kat Malaysia ni ramai penyanyi yang mempunyai vokal tersendiri setanding Siti Nurhaliza contohnya Dayang ni lah....
walau pengikitirafan tersebut lebih kepada komposer lagu, namun sekurang kurangnya nama Dayang turut terpahat sebagai pengalun kepada lagu tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 01:02 PM | Show all posts
terbaik tak semestinya popular dan popular bkn selalunya terbaik...

setakat ni dyg memang pilih material yg terbaik...cuma material2 tu kurang nilai komersilnya...so susah la nak popular ...contoh lagu TIBA-TIBA...lagu yg kebnykkan fan dyg sendiri kurang minat ( yg bukan fan lagi la susah nk minat )...Dyg plak cukup suka dgn lagu tu... ...kekadang management dyg ni pon satu hal...yg org/fan suka tak nak buat/promot...asyik dok syok sendirik...

PEACE!!!

[ Last edited by  burung_pungguk at 16-11-2008 01:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 16-11-2008 01:02 PM
terbaik tak semestinya popular dan popular bkn selalunya terbaik...

setakat ni dyg memang pilih material yg terbaik...cuma material2 tu kurang nilai komersilnya...so susah la nak popular ... ...



setuju!

...saja nak register kehadiran aku kat sini... oppsss... salah thread!

tapi aku memang setuju yg dayang & pengurusan tidak tekankan aspek komersiol. harapkan sore dayang saja tak memadai.tak boleh nak salahkan siti gak... siti & pengurusan dia bijak mengatur strategi mereka...

[ Last edited by  male30plus at 16-11-2008 07:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 07:54 PM | Show all posts
pelik aku... naper bila aku taip komersi-a-l, komersiol plak yg keluar? edit byk kali pun komersi-o-l gak yg kuar? siol betul!

...saja nak register kehadiran aku kat sini... oppsss... salah thread lagi!

[ Last edited by  male30plus at 16-11-2008 07:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2008 11:19 PM | Show all posts
x komersil ke???aku rasa lagu dia tak cukup attitude....kalau nak wat ballad R&B atau R&B rancak, lagu2 gini kena   ada adunan dan susunan muzik serta instrumen yang mantap..kita tengok lagu Bye Bye (Mariah Carey) tu, lagu tu ballad yang biasa je...tp bila kita dengar susunan muzik dia, indah sangat kan....mcm lagu TIGA, memang best, tapi cam ada sumthing yg kosong, tak sempurna....aku rasa lagu2 album Elyana lagi best dari album Dayang ni sebab lagu Elyana full of attitud, penggunaan alat muzik yang berkesan dan menarik...

so far dalam album Dayang 20 07, aku rasa yang betul2 bagus lagu Inginku Miliki dan Hilang....Dayang kena cari material yang betul2 boleh tonjolkan vokal dia.........mcm lagu Biar Akhirnya Disini, namun harus dipercirikan dari aspek komersil....aku rasa dia kena nyanyi lagu Adnan Abu Hassan balik la!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 08:21 PM | Show all posts
sebenarnya, sore & teknik vokal dayang payah rakyat kebanyakan nak tiru atau nyanyi sama2... so rakyat kebanyakan ni rasa lagu2 dayang tak 'friendly'...

tu masalahnya... buat lah pertandingan menyanyi lagu2 dayang mesti tak ramai yang mampu... walaupun range sore dayang tak tinggi macam jac, lagu2 dia susah nak dinyanyikan... so org give up arrr... so, dayang kena nyanyi at least sebuah lagu yg mesra-nyanyi (ada ke perkataan tuh? )... maksudnya, yg mudah tapi sedap iramanya untuk dimuatkan dalam album tapi bila live, dayang nyanyi lah habis2an ikut bakat dia... takpun dayang undang seorang kanak2 utk nyanyi duet ngan dia... pastu masa live dayang nyanyi versi dia ler.... alamak takut ada org lain ciplak plak idea aku utk dayang nih... huhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2008 09:51 PM | Show all posts

Balas #8 male30plus\ catat

ohhh...patutla lagu DSK tu meletop...senang nak nyanyi rupanya

'ku sayang kepadamu, Dayang cinta kamu, bilakan dapat bertemu'..........

kalu wat contest, mesti ramai yg pilih lagu ni..........
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by refleCtion at 17-11-2008 09:51 PM
ohhh...patutla lagu DSK tu meletop...senang nak nyanyi rupanya

'ku sayang kepadamu, Dayang cinta kamu, bilakan dapat bertemu'..........

kalu wat contest, mesti ramai yg pilih la ...


aku plak paling menyampah lagu tuh...esp lirik dia... ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 12:42 PM | Show all posts

Lagu-lagu dalam DAYANG 2007 adalah lagu yang paling kurang mesra pendengar sekali dari Dayang

Jadi tak hairan la lagu-lagu Dayang kecundang di peringkat awal dalam carta Muzik-Muzik

Harap lepas ni Dayang lebih berhati-hati memilih lagu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 18-11-2008 12:42 PM

Lagu-lagu dalam DAYANG 2007 adalah lagu yang paling kurang mesra pendengar sekali dari Dayang

Jadi tak hairan la lagu-lagu Dayang kecundang di peringkat awal dalam carta Muzik-Muzik

Harap ...


setuju!!! ...bak kata kwn aku mcm album syok sendirik ...nyesal aku kasi dorang dgr album tu ...:@

wpon lagu IKM tu lagu tema drama kt TV3 tp xder beri apa2 kesan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 01:30 PM | Show all posts
aku suke kalau dayang nyanyi lagu2 ajai...:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by orang_kampong at 18-11-2008 01:30 PM
aku suke kalau dayang nyanyi lagu2 ajai...:victory:


aku plak tak kisah dyg nk nyanyi lagu sapa janji lagu2 tu CATCHY dan mesra telinga mendengarnya dan radio friendly dan peminat nk dgr dan nk dgr dan nk dgr dan nk dgr lagi dan lagi dan lagi....

kalo lagu berkualiti tahap dewa sekali pon tapi xder org nk dgr tak guna gak...kena la ikut permintaan org ramai...hehehe...bkn ikut kemahuan sendiri jerk...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 08:50 PM | Show all posts
Bagi aku lah, aku rase suare dayang memang power, cume lagu yang dimuatkan dalam album dayang memang kurang dari segi melodi, lirik, promosi..
kalau dibandingkan dengan lagu dalam album liza hanim (Merawat Luka Terpendam, Lara..etc), Jaclyn Victor (Gemilang, Cinta Tiada Akhirnya..etc),
Siti Nurhaliza (Purnama Merindu, ....etc), memang benar kekuatan lagu yang ade dalam album dayang, adalah TIDAK HEBAT, TIDAK KUAT, TIDAK MANTAP... . Aku harap, dayang boleh cari komposer yang betol-betol boleh angkat name DAYANG NURFAIZAH, all she needs is a killer song.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 08:13 PM | Show all posts
Takpun dayang rakam balik lagu2 drp album dia yg terdahulu masa dia ngan broadway...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by male30plus at 22-11-2008 08:13 PM
Takpun dayang rakam balik lagu2 drp album dia yg terdahulu masa dia ngan broadway...


kasi ke si BOOntal???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:37 AM | Show all posts
mmg syok sendiri.....

Originally posted by burung_pungguk at 18-11-2008 12:45 PM


setuju!!! ...bak kata kwn aku mcm album syok sendirik ...nyesal aku kasi dorang dgr album tu ...:@

wpon lagu IKM tu lagu tema drama kt TV3 tp xder beri apa2 kesan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:39 AM | Show all posts
apa2 pun pilih lah lagu best..ni lagu2 mcm tu je...nasib baik ada iklan bank bsn tu..dpt gak dengar sora dyg slalu hehe..nak harap keluar radio tak de lar eh.

Originally posted by male30plus at 17-11-2008 08:21 PM
sebenarnya, sore & teknik vokal dayang payah rakyat kebanyakan nak tiru atau nyanyi sama2... so rakyat kebanyakan ni rasa lagu2 dayang tak 'friendly'...

tu masalahnya... buat lah pertanding ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 03:51 AM | Show all posts
Originally posted by refleCtion at 16-11-2008 11:19 PM x komersil ke???aku rasa lagu dia tak cukup attitude....kalau nak wat ballad R&B atau R&B rancak, lagu2 gini kena   ada adunan dan susunan muzik serta instrumen yang mantap..kita tengok lagu Bye  ...


hello...
dah lama x masuk thread dayang nie...saya setuju sgt dgn statement awak nie... dah lama saya tunggu peminat dayang komen lagu2 dayang seperti yg awak katakan...
lagu2 album dayang 2007 sememangnya x cukup attitude... saya cuma bleh terima hilang & inginku miliki...BUT kedua2 lagu nie x cukup kuat nak dijadikan single yg hebat bg dayang...
pasal lagu2 yg lain...  adunan & susunan & instrumen x cukup mantap... bak kata statement awak...ada sesuatu yang kosong...mgkin sebab ini.. saya x beli lagi album dayang 2007... satu2nya album dayang yg tiada dalam koleksi saya...
bukan sahaja lagu2 dayang yg  adunan & susunan & instrumen x cukup mantap tapi kebanyakan lagu2 artis2 lain juga....
Bagi saya... dayang perlu buat reseach yg amat mendalam untuk dapat lagu2 yg berkualiti... perlu amik masa kot coz sukar nak dapat lagu2 yg berkualiti drpd komposer2 di malaysia nie... but please NO komposer indonesia...
lagu2 ajai & azlan abu hassan not bad bagi dayang samada bagi lagu rancak & ballad.. ajai sgt pentingkan arrangement lagu ( x da sgt ruang kosongnya or something wrong) & pengayaan suara yg bersesuaian dgn lagu dia....melodi lagu2 ballad azlan abu hassan so beautiful... cuma satu saje... rakaman lagu2 mereka nie sepatutnya dirakam dgn high system sound@dolby digital sound... barulah dikatakan berkualiti & ada standardnya...

pasal AJL.. dah jangka dayang x dpt masuk...
but still hope dayang will comeback to AJL in the future...

p/s: really admire korean songwriter JYP (genius) coz byk compose lagu2 yg best tuk artis2 naungan dia like rain, wonder girls & G.O.D...      korang bleh tgk vid nie dimana dia terangkan camna dia compose lagu HIT WG- so hot.. http://au.youtube.com/watch?v=qt0GToJDxjk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.082535 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list