|
Mahkamah putus tiada penceraian antara Nash-Sosilawati
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini memutuskan tiada penceraian antara bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nash, dengan Sosilawati Lawiya berikutan isterinya itu gagal membuktikan lafaz cerai yang diucapkan penyanyi itu kepadanya.
Sosilawati, 44, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 47 melafazkan perkataan cerai melalui telefon bimbitnya.
Lepas ni macamana ye? Dalam satu website aku baca, bila ditanya wartawan sama ada dia akan berbalik kepada isterinya, Nash kata soal itu dah jatuh ke no. 10. Agaknya dah tak penting lagi le kut. Apa korang rasa tindakan yang akan Nash ambil? |
|
|
|
|
|
|
|
waduh...waduh..cmne la isteri dia nak mengadap muka Nash nnti... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 doremilabu\ catat
kalau dh xnak..buat cara elok....lafazkan kat mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
WADUH misti wife tuntut cerai nie |
|
|
|
|
|
|
|
harap-harap nash lepaskan dengan baik nanti....... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti nash akan jatuhkan talak betul2 dan make sure kali ni sah di dlm mahkamah. |
|
|
|
|
|
|
|
Betu tu..kalau dh xnak..buat cara elok. |
|
|
|
|
|
|
|
cian nash............................................ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 go_kart's post
sian nash ke sian sosilawati?
baba mana... tolong speku sikit kes nih |
|
|
|
|
|
|
|
sosilawati dah ropa mikel jeksen |
|
|
|
|
|
|
|
nash ni kalo taknak lafaz je la kat mahkamah..
yang pegi ngaku bini dah jadi no. 10 means terang2 taknak la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu betol nash dah x mau...
elok dia lafaz cara elok di mahkamah....
malu besar ler ko sosila!!!!... |
|
|
|
|
|
|
|
Rabu November 12, 2008
Penceraian Nash-Sosilawati diputuskan tidak sah
PETALING JAYA: Penceraian antara penyanyi rock Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 47 dan isterinya, Sosilawati Lawiya, 44 diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.
"Penceraian kami tidak sah. Saya yakin dan percaya, Allah akan bagi kekuatan kalau kita benar dan betul.
"Alhamdulillah dan terima kasih kepada keluarga, kawan terdekat dan peminat yang sentiasa mendoakan saya," kata Nash ketika dihubungi selepas memenangi kes tersebut.
Ditanya adakah keputusan mahkamah tersebut membuatkan hubungannya dan Sosilawati kembali pulih, Nash menjawab perkara itu jatuh pada nombor 10 dan beliau enggan mengulas lanjut tentangnya.
Dalam pada itu, Sosilawati yang mengaku kalah pula berkata dia berpuas hati dan menghormati keputusan mahkamah seadanya.
Sosilawati akui saksi yang dikemukakan sebelum ini tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Namun, dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan Nash yang sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah sejak dia memfailkan permohonan cerai pada September tahun lalu.
"Jika dia masih sah suami saya, kenapa dia tak balik rumah sejak lebih setahun lalu hingga sekarang. Dia juga tidak menghubungi saya dan bertanyakan keadaan saya.
"Kalau dia nak balik, saya masih boleh terima dia kerana dia perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami," beritahu Sosilawati ketika dihubungi tadi.
Justeru, Sosilawati tetap untuk memohon fasakh dan cerai taklik dalam masa seminggu ini di mahkamah yang sama.
Kisah Nash-Sosilawati menjadi tajuk hangat apabila pada Ogos lalu, Nash yang juga bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini mendakwa beliau tidak pernah melafazkan cerai terhadap isteri keduanya, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages itu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Di Halaman Rindu, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, beliau sanggup bersumpah syarie kerana tidak pernah memberitahu mana-mana pihak mengenai lafaz cerai yang disebut terhadap isterinya.
Nash yang mengahwini Sosilawati pada 17 November 2006, bagaimanapun mengakui memang berlaku krisis rumah tangga antaranya dengan Sosilawati selepas kira-kira empat bulan mereka berkahwin.
Perbicaraan diadakan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohammad.
Nash diwakili peguam syarie Amli Embong dan Ahmad Daud, manakala Datuk Mohd Zaidi Mohd Zaid mewakili Sosilawati. |
|
|
|
|
|
|
|
cerai je la nash...berdosa gantung isteri |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 keras kepala kot... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo jd nash aku ceraikan jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|