|
Reply #8 always_typo's post
tak payahlah beli baju yang ada saduran emas kalau camtu....kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
my 2 cents....
dalam 1 kaedah fiqh menyebut...
'iza ijtama' al halal wal al haram, ghulib al haram'
jiak berhimpun (bercampur) antara yg halal dan yg haram, maka yg haram akan mengatasi yg halal. |
|
|
|
|
|
|
|
Errr...
Originally posted by Png_Prince at 11-11-2008 22:04
Salam, saya ingin mendapat penjelasan adakah Islam membenarkan lelaki memakai emas putih ? Ada kawan kata boleh sebab "emas putih" tu cuma atas namanya sahaja. Ada yang kata haram. Sesiapa yg ari ...
Setahu aku 'emas putih' ni ditujukan kepada platinum... (Trend sekarang ler ni...) Memandangkan platinum bukanlah emas mahupong ada mengandungi unsur emas jadi aku tak pikir ada masalah lar kot...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku pulak.... emas putih tu.... campuran emas kuning di dalamnya + plus logam lain (mungkin perak kot)
platinum BUKAN emas. tp satu unsur sebatian/logam yg bukan emas kuning...
sama dgn titanium...
kalau suasa ada 2 jenis
1) emas kuning + tembaga = warna dia kemerahan
2) suasa semata = warna putih
persoalannya..... cemana nk test berapa nilai emas kuning dlm sebentuk cincin di kedai emas?
sedangkan dia dh dibentuk/display....
yg ini susah nk menentukan nisbah berapa emas kuning? berapa unsur lain (dlm satu cincin)
SUSAH2.... PAKAI JE LA SILVER/PERAK. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afja at 13-11-2008 12:24 PM
setahu aku pulak.... emas putih tu.... campuran emas kuning di dalamnya + plus logam lain (mungkin perak kot)
platinum BUKAN emas. tp satu unsur sebatian/logam yg bukan emas kuning...
sama dg ...
Salam, dik... emas kuning yang dicampur dengan perak jadilah suasa. warnanya lebih pudar dari warna emas... yang putih pulak adalah perak.
Istilah melayu emas putih itu merujuk kepada platinium. Jika sah tidak ada sebatian emas, maka hukumnya harus memakai platinium bagi lelaki.
Biasanya kan, jika kita ke kedai emas untuk check jenis emas yang kita miliki samada emas 916 atau emas 10, mereka ada alat yang dapat pastikannya.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Png_Prince at 11-11-2008 10:04 PM
Salam, saya ingin mendapat penjelasan adakah Islam membenarkan lelaki memakai emas putih ? Ada kawan kata boleh sebab "emas putih" tu cuma atas namanya sahaja. Ada yang kata haram. Sesiapa yg ari ...
Islam melarang kaum lelaki memakai emas dan ini telah disepakati oleh semua ulama sama ada dari golongan sunnah,syiah,wahabi mahupun Qadiani melainkan golongan anti-hadis dan pengikut Ayah Pin saja.
Adakah emas putih itu emas? ....Yes, emas putih itu juga dikategorikan sebagai emas kerana ia adalah emas tulin yang dicampurkan dengan tembaga, nikel dan zinc sehingga menghasilkan efek visual yang berwarna keputih-putihan. Walaupun ada juga tukang2 emas yang mencampurkan dengan perak atau palladium namun tukang2 emas tidak gemar mencampurkan ia dengan palladium sebab logam itu sendiri lebih mahal daripada emas. Harga emas putih akan jatuh jika sudah jadi second-hand so i nasihatkan u supaya janganlah buat koleksi emas putih kalau nak kumpulkan harta.
Ada orang yang mengatakan bahawa emas putih itu adalah platinum. Ini silap beb...sebab ini hanyalah pendapat orang yang tak belajar kimia apatah lagi tak belajar tinggi2 tentang kejuruteraan logam seperti i ini yang belajar dari Universiti of Colopeelah at NS. Platinum itu adalah logam yang tersendiri yang selalu ditemukan dengan logam lain seperti iridium, osmium, palladium, dan rhodium. Ini adalah di dalam tabel elemen termasuk hanya dalam golongan Platinum Group Metals (PGMs).
Emas ada banyak jenis omeh iaitu seperti emas paun, emas kuning, emas merah dan juga emas putih ni.
Emas kuning adalah digemari oleh masyarakat Cina dan Kelantan dan campurannya lebih banyak mengandungi bahan tembaga kuning (brass metal) serta logam lain.
Emas merah pula lebih digemari oleh masyarakat India tak kiralah sama ada MIC ataupun Hindraf. Campurannya pulo lebih banyak mengandungi tembaga merah (copper) serta logam lain lagi. Cubo tengok masa orang hindu pergi sembahyang di kuil dan omeh yang dipakai mereka agak kemerah-merahan kan.
Emas putih pula nampaknya semakin popular dikalangan orang Melayu namun sekarang kerajaan dah menetapkan standardnya hanyalah emas 91.6 saja...maksudnya tak boleh lebih logam lain dalam campuran emas tersebut.
Suasa pun ada kandungan emas tapi logam lain lebih banyak daripada emas itu sendiri dan ada ulama yang membenarkan memakai suasa sebab sifat emas itu sudah berubah sifat namun ada juga ulama yang mengharamkan ia.
Sekali lagi den ulang bahawa emas putih bukannya platinum. Cuba betulkan istilah2 ini lebih2 lagi kalau ekau jumpo makcik2 kampung yang tak tahu tentang emas ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pepasir at 14-11-2008 08:54 PM
Salam, dik... emas kuning yang dicampur dengan perak jadilah suasa. warnanya lebih pudar dari warna emas... yang putih pulak adalah perak.
Istilah melayu emas putih itu merujuk kepada plat ...
owh boleh check ekk....
thanks yaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 14-11-2008 11:01 PM
Islam melarang kaum lelaki memakai emas dan ini telah disepakati oleh semua ulama sama ada dari golongan sunnah,syiah,wahabi mahupun Qadiani melainkan golongan anti-hadis dan pengikut Ayah Pi ...
so platinum.... tiada campuran emas la kan....
termasuk titanium n silver
bagaimana dengan SILK?
pun diharamkan jugak buat lelaki kan....
sbb material kain.... satin silk la... italian silk la... thai silk la... n etc
(mod if perlu split... split la. tq) |
|
|
|
|
|
|
| |
|