|
Dengarnya...: Liza Hanim kini hamil anak kedua
Liza Hanim
| LAMAjuga Cik Normah tidak mendengar khabar penyanyi bersuara lunak, LizaHanim. Selepas tamat pementasan P Ramlee The Musical musim kedua, wajahpenyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa ini sudahjarang ditemui Cik Normah.
Diam Liza rupanya ada makna. Cik Normah mendapat tahu penyanyiitu sedang hamil anak kedua. Bukan baru lagi, sudah mencecah empatbulan usia kandungannya.
Pandai Liza dan suami merancang keluarga. Selesai sajapementasan muzikal yang mendapat sambutan hebat itu, Liza pun disahkanmengandung. Kena saja masanya.
Mula pandang mungkin ada yang tidak perasan keranafizikal Liza tidak banyak berubah. Tetapi melihat gaya Liza berjalan,pasti orang akan tahu dia sedang membawa kandungan.
Teringat Cik Normah ketika bercerita dengannya tidak lamadulu. Memang dah lama Liza impikan untuk menambah bilangan ahlikeluarga.
Maklum anak sulung, Marsya Qistina pun dah makin membesar.Sudah lima tahun usianya. Sementelah masih muda, inilah masanya untukLiza dan suami, Mohd Shahrin Mohd Samsudin meramaikan ahli keluarga.
Jangantak tahu dalam pada mengandung itu, Liza masih berhasrat untuk aktifsebagai anak seni. Malah, sempat dia bertanya kepada teman baiknya,Chedd kalau ada peluang untuk beraksi lagi di pentas teater.
Bukan sesuatu yang mengejutkan kerana selesai pementasan PRamlee dulu, Liza sering meluahkan hasratnya untuk kembali beraksi.Berlakon pentas ini memang tak akan puas dan mungkin kerana itu diasentiasa mahukan cabaran baru. Apa pun tahniah kepada Liza dan suami.
P/S : kl dah ada MOD tolong delete erkkk |
|