CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6064|Reply: 24

apa yg di kata kan curi dalam solat

[Copy link]
Post time 13-10-2008 04:06 PM | Show all posts |Read mode


salam semua

boleh tak jelas kan pada saya apa yg di maksud kan dgn curi dlm solat
sebab hari tu sy ada terbaca artikel tentang curi dlm solat
yg di maksud kan curi dlm solat ialah semasa kita rukuk kita tidak rukuk dgn sempurna
kedua apabila kita sujud kita tak sujud dengan sempurna
semoga ada yg sudi berkongsi ilmu di sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2008 04:19 PM | Show all posts
mengikut datuk hassan din, rukuk & sujud yg sempurna ialah seperti yg diajar olehg Nabi Muhammad SAW iaitu:

Ruku':
Kedua tapak tangan berada dia tempurung lutut apabila menundukkan badan di mana badan kita hendaklah dalam keadaan 90 darjah.

Sujud:
Dengan 7 anggota iaitu:
muka (dahi dan hidung seboleh2nya, jika tidak, dahi saja sudah memadai)
kedua belah tapak tangan
kedua belah lutut
kedua belah tapak kaki iaitu bahagian tapak kaki yang berhampiran dengan jari-jari kaki.

ini apa yang saya dengar masa kursus umrah dulu...mungkin ada forumer yg boleh huraikan lebih lanjut lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2008 05:54 PM | Show all posts

Reply #2 sejuknya's post

terima kasih beri penjelasan pada sy
sb artikel tu tidak jelas kan secara terperinci apa yg di maksud kan dengan curi dlm solat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2008 05:57 PM | Show all posts

Reply #2 sejuknya's post

terima kasih beri penjelasan pada sy
sb artikel tu tidak jelas kan secara terperinci apa yg di maksud kan dengan curi dlm solat
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 03:10 PM | Show all posts
Kebanyakan kita tidak sedar yg solat itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri, bukan hanya sekadar taat menyembah Allah tetapi kesan sembahyang yg ikhlas menandakan kesyukuran dan juga fokus/khusyuk yg membina minda yg berfikir semuanya adalah kearah insan yg lebih mulia, mulia dr segi boleh berfikir dgn lebih waras lagi.

Jika sembahyang tidak ikhlas, kerana menunjuk2 atau kerana adat atau semata2 kerana sudah menjadi habit tanpa sedar akan kebaikan solat dan juga tanpa keikhlasan, manusia akan mengambil mudah akan proses solat tersebut, maka terjadi lah mencuri solat, solat macam ayam patuk jagung, solat laju macam kereta F1 dan sebagainya.

Solat itu membina minda, dgn syarat ikhlas dan khusyuk/fokus, itu sebab itu juga solat yg diterima adalah solat yg ikhlas dan solat yg khusyuk, jika tidak solat juga akan menjadi seperti mereka yg berpuasa tetapi tidak sembahyang, berpuasa sia-sia.

http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/07/mengapa-perlu-sembahyang.html
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:43 PM | Show all posts
memang ada dalil ke pasal ni?

kalau katakan kita curi dalam solat, apakah kesannya kepada solat kita?  terbatal ke?

setakat manakah curi dalam solat ni menganggu akidah atau ibadat, apatah lagi kalau ianya sekadar tabii?

harap ada yang arif boleh tolong jelaskan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2008 10:13 PM | Show all posts
aku rasa biasa kalau org nk rush mesti baca cepat2....
bacaaan masa rukuk n sujud tu belum abis lg dah nk bgn...
aku pun biasa gak buat camni.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by miss_white at 13-10-2008 16:06

salam semua

boleh tak jelas kan pada saya apa yg di maksud kan dgn curi dlm solat
sebab hari tu sy ada terbaca artikel tentang curi dlm solat
yg di maksud kan curi dlm solat ialah semasa kita rukuk kita tidak rukuk dgn sempurna
kedua apabila kita sujud kita tak sujud dengan sempurna
semoga ada yg sudi berkongsi ilmu di sini


Salam semua.....

persoalan tersebut berkenaan dengan hadis Nabi SAW :

揝ejahat-jahatpencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya:Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Diatiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Diatiada menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.擺/b]
[H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]



Huraian :





Satu hari, selesai solat berjemaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid. Tiba2 datang seorang lelaki mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya, orang itu ruku dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk kerana terburu-buru. Hal ini diterangkan dalam hadis :





揃ahwasanyaRasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki tg tidak menyempurnakanrukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat.Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.:Sekiranya orang ini mati dalamkeadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.Kemudian Nabi s.a.w.berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk danmematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakansebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberifaedah apa-apa baginya).擺/b]
[H.R. Abu Ya抣a dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy抋ry]




Nabi SAW kemuadianya memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.

Bagaiman dia boleh kenyang ?? tanya baginda





Penjelasan :

Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merosakkan nilai solat dan makna solat termasuk dalam perbuatan dosa. Orang yang melakukan solat sedemikian mengabaikan Thoma'ninah, dimana ia merupakan rukun solat. Sekiranya rukun solat diabaikan maka solatnya adalah sia-sia iaitu tidak sah malah sebenarnya orang itu tidak solat.

Allah mengecam orang2 yang solat seperti ini dengan kutukan bahawa mereka adalah celaka, sebabya meninggalkan Thoma'ninah.

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Al-Ma'un ayat 4 & 5)

Menagapa Allah mencela dan mengencam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri ?

Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khususu ini mengandungi makna penghambaan dan penghormatan kepada pemilik kehidupan.

Membuang Thoma'ninah merupakan bukti orang yang melakukan solat itu tidak bersunguh2 dalam melakukan penghormatan kepada Allah. Dalam hubungan sesama manusia pun, budaya sopan santun terhadap yang lebih tinggi (VVIP) serta Raja atau Agung pun ada adatnya. Inikan pula Allah yang telah memberi manusia segala kenikmatan di dunia ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2008 12:26 PM | Show all posts

Reply #8 Yo-Ya's post

bagus info ini selama ni mungkin kita tak sedar  kita solat tp sebenarnya curi dlm solat sama sama lah kita perbaiki solat kita
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 11:56 AM | Show all posts
kalau ruby nak kyusuk solat..
ruby kena pejam mata dan bayangkan langit
yang hitam dan kebesaran yang Allah jadikan...
sebab kalau buka mata..
nampak langsir la bunga2..
nampak sampah siki tepi katil laaa...macam2..
ok ke ruby buat macam tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by ruby_princess at 16-10-2008 11:56 AM
kalau ruby nak kyusuk solat..
ruby kena pejam mata dan bayangkan langit
yang hitam dan kebesaran yang Allah jadikan...
sebab kalau buka mata..
nampak langsir la bunga2..
nampak sampah siki t ...



tak bole solat sambil pejam mata sebab hukum dia makruh
semasa kita solat mata kena pandang kat tempat sujud
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 02:43 PM | Show all posts
td ruby ada cakap
dengan satu ustad..dia kata tukar
le sejadah ruby tu dengan sejadah kosong
tak de corak..kalau ada masalah nak kyusuk solat
..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 04:12 PM | Show all posts
my 2 cents...

1 waktu solat hanya makan masa +-5 menet je...
berat sgt ke untuk kite menyempurnakan rukun dengan toma'ninah yg sempurna?
berat ke utk kite berkorban dlm solat ketika mana kita menyembah yang Maha Esa?

cemane kite nak jadikan solat sebagai penlindung dr kita melakukan kemungkaran?
'Innassola ta tanha 'anil fahsha' wal mungkar'

kalau solat kita bagai ayam patuk padi...
kalau solat kita ntah toma'ninah pun tak kenal..
kalau solat kita hanya sekadar pelengkap waktu...
ini ke yg kita nak persembahkan pada Allah kelak?
ini ke tanda kita ni hambaNya yang bersyukur?


* sila tegur kalau salah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 07:44 PM | Show all posts
miss white
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 07:49 PM | Show all posts
menjawab soklan..

ko solat ..faham tak semua maksud ayat bacaan ko tu?kalau ko faham..nescaya solat mu akan khusyuk...dan kamu tidak akan membayangi apa2 selain daripada maksud ayat2 bacaan mu itu...bila khusyuk iada istilah curi dlm solat lagi wahai adikku..unless kalau ko tak faham sepatah haram apa yg ko dok terkumat kamit semasa mengerjakan solat...itu memang mengundang tidak khusyuk dan mendatangkan kecurian dlm solat...otak ko akan berkhayal...berfikir apa nak buat leps tu...tapi molot ko menghafal bacaan dlm sembahyang...lebey kurang camni laa..molot kata lain hati kata lain...

nak advance lagi ko kena tanya yg arif takpon ace ko beli buku "khusyuk dlm solat"...aku ada buku tu...lupa dah sape penulis dia...aku order kat tenet
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 03:17 PM | Show all posts
rasanya selalu aje ade hadis ni dibacakan masa masuk waktu solat kat RTM nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 11:09 AM | Show all posts
MW... ko lah isteri yg solehah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 12:29 PM | Show all posts

Balas #17 joeblack\ catat

joe
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 12:48 PM | Show all posts

Balas #1 miss_white\ catat

Bagi sesiapa yang pernah masuk blog saya mungkin pernah baca kisah ni ,

''Sahabatku ,Engkau Tadi Belum Solat''

Suatu ketika Rasulullah SAW berada di dalam Masjid Nabawi, Madinah. Selepas menunaikan solat, beliau menghadap para sahabat untuk bersilaturahim dan memberikan tausiyah. Tiba-tiba, masuklah seorang pemuda ke dalam masjid, lalu melaksanakan solat dengan cepat.

Setelah selesai, pemuda itu segera menghadap Rasulullah SAW dan mengucapkan salam. Rasul berkata kepada pemuda itu, "Sahabatku, engkau tadi belum solat!" Betapa terkejut pemuda itu mendengar perkataan Rasulullah SAW.

Dia pun kembali ke tempat solat dan mengulangi solatnya. Seperti sebelumnya dia melaksanakan solat dengan sangat cepat. Rasulullah SAW tersenyum melihat "gaya" solat seperti itu.

Setelah melaksanakan solat untuk kedua kalinya, dia kembali mendatangi Rasulullah SAW. Begitu dekat, beliau berkata kepada pemuda itu, "Sahabatku, tolong ulangi  solatmu! Engkau tadi belum solat."

Bertambah terkejut pemuda itu. Dia merasa telah melaksanakan solat ikut tertib solat. Meskipun demikian, dengan senang hati dia menuruti perintah Rasulullah SAW. Tentunya dengan gaya solat yang sama.

Namun seperti biasa Rasulullah SAW menyuruh pemuda itu mengulangi solatnya kembali. Kerana kebingungan, dia pun berkata, "Wahai Rasulullah, demi Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak dapat melaksanakan solat dengan lebih baik lagi.

Kerana itu, ajarilah aku!" "Sahabatku," kata Rasulullah SAW dengan tersenyum,"Jika engkau berdiri untuk melaksanakan solat, maka bertakbirlah, kemudian bacalah Al-Fatihah dan surah dalam Alquran yang engkau rasakan paling mudah.

Lalu, rukuklah dengan tenang (thumaninah), lalu bangunlah hingga engkau berdiri tegak. Selepas itu, sujudlah dengan tenang, kemudian bangunlah hingga engkau duduk dengan tenang. Lakukanlah seperti itu pada setiap solatmu."

Kisah dari Mahmud bin Rabi Al Anshari dan diriwayatkan Imam Bukhari dalam Shahih-nya ini memberikan gambaran bahawa solat tidak cukup sekadar  gerakannya saja, tapi  harus dilakukan dengan tumaninah, tenang, dan khusyuk.

Kekhusyukkan rohani akan sukar dicapai, apabila fizikal (tubuh) tidak khusyuk. Dalam erti kata dilakukan dengan cepat dan terburu-buru. Sebab dengan terlalu cepat, seseorang akan sulit menghayati setiap bacaan, tata gerak tubuh menjadi tidak sempurna, dan jalinan komunikasi dengan Allah menjadi kurang optimal.

Bila hal ini dilakukan berterusan, maka peranan solat sebagai pencegah perbuatan keji dan mungkar sama sekali tidak berfungsi. Oleh sebab itu benarlah apabila Rasulullah SAW mengganggap "tidak solat" bagi orang yang melakukan solat dengan cepat (tidak tumaninah).

p/s : Siapa yg solat dgn cepat2 atau curi2 dlm solat dianggap tidak solat @ belum solat oleh Rasullullah S.AW
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 04:18 PM | Show all posts

Balas #19 syazmin_husna\ catat

terima kasih syazmin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.071271 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list