View: 2390|Reply: 7
|
Ziana tidak risau karier tidak 'semeriah' dulu
[Copy link]
|
|
Ziana tidak risau karier tidak 'semeriah' dulu
09-09-2008 11:27:26 AM
oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
SEPANJANG bulanpuasa yang sedang dijalani oleh semua umat Islam, penyanyi popularZiana Zain lebih gemar mengambil kesempatan tersebut untuk berehatseketika dari sebarang aktiviti seni.
Ziana baru-baru ini telahterlibat dengan penggambaran dua buah drama untuk siaran raya bersamapengarah terkenal, Erma Fatima serta sibuk memenuhi undangan sesifotografi bersama media.
“Saya berehat seketika sepanjang bulan puasa ini. Lepas dua minggu beraya nanti, saya akan kembali sibuk dengan show di sini dan Singapura pula. Persembahan ini dibuat untuk Hari Raya,” ujar Ziana.
Sambilbercerita mengenai persiapan raya pula, kata Ziana, sebagai isteri danibu, dia sememangnya akan sentiasa mendahului persediaan untuk suamidan anak-anaknya.
“Bulan Jun lalu saya dah siap belikanbeberapa pasang baju Raya untuk anak-anak cuma nak tunggu beli bajuMelayu sahaja. Yang pasti, baju Melayu untuk suami dan dua anak lelakisaya akan berwarna sedondon.
| Anggun...Ziana kini lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak | “Untuksaya pula, saya akan membeli pada saat-saat akhir dan cuba mencari bajuyang berwarna sedondon dengan mereka. Kalau tiada, meraunglahjawabnya,” beritahu Ziana yang akan berhari Raya di rumah ibunya diShah Alam pada pagi raya dan sebelah petangnya ke rumah nenek suaminya,Armin di Raub, Pahang.
Menurut Ziana, hari Raya tahun lepas merekatidak berkesempatan untuk menyambut perayaan tersebut di sana.Disebabkan itu, pada tahun ini Ziana akan menghabiskan masa selamaempat hari bersama-sama keluarga Armin termasuk neneknya di sana.
Utamakan anak-anak dan kerjaya
Bercerita tentang kehidupannya kini, kata Ziana, dia akui masanya banyak dihabiskan bersama anak-anak di rumah.
Katanya, apabila anak-anak semakin membesar, pelbagai aktiviti yang tidak dirancang dilakukan di samping melayan kerenah mereka.
Anaknya yang sulung iaitu Mohammad Aiman berusia 8 tahun manakala anaknya yang kedua iaitu Mohammad Amar berusia 5 tahun.
Tentangtawaran lakonan pula, kata Ziana, dia lebih suka menerima tawaranberlakon mengikut kesesuaian jadual kerjanya agar tidak mengganggu masapeperiksaan anak sulungnya.
“Saya akan elakkan untuk bekerjasemasa anak mahu ambil peperiksaan. Jadi, dalam masa seminggu sebelumdia nak periksa tu saya akan bercuti. Saya sanggup untuk ubah jadualkerja.
“Sudah berapa lama saya komited dengan kerja sebelum inidan waktu tu berbelas tahun saya membujang. Jadi, masa sekarang sayanak habiskan masa bersama anak-anak,” ulas kakak kepada penyanyitersohor Anuar Zain ini yang mementingkan kedua-duanya iaitu anak-anakdan karier.
Kerjaya tak ‘semeriah’ dulu?
Melihat kepada karier Ziana sekarang, mungkin ada yang mengatakan Ziana kurang publisiti dan tidak ‘semeriah’ dahulu.
Kata Ziana, dia terima dengan keadaan yang berlaku sekarang kerana percaya setiap orang mempunyai eranya tersendiri.
“Kitaakan melalui masa-masa yang tertentu. Kita pun dah tentukan masani kita buat duit dan fasa seterusnya kita kena kurangkan atau terusberhenti.
“Itu semua realiti dan orang tak boleh jangka yang saya boleh sentiasa menumpukan kepada kerjaya seni ini.
“Takkanlahorang tak boleh faham yang sesetengah artis itu ada masanya. Sepertisaya, saya rasa saya perlu fikirkan tentang keluarga juga. Kalau kitasibuk sahaja 24 jam, baik tak payah kahwin,” tutur Ziana lagi.
Tentangalbum pula, kata Ziana, dia akan menunggu keputusan daripada syarikatbaru selepas syarikat lama yang mengedarkan albumnya dahulu iaitu EMIdikatakan berkemungkinan akan ditutup tidak lama lagi.
“Sekarang, saya tak boleh cakap lagi sebab tengah tunggu deal dengan syarikat baru,” akhiri penyanyi yang pernah popular dengan lagu Puncak Kasih suatu ketika dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
itulah hakikat kehidupan..... |
|
|
|
|
|
|
|
yok nanti kita meriahkan jerr |
|
|
|
|
|
|
|
ooo patutlah album solo ZZ tak kuar2... rupa2nya pasal EMI.. kalo camtu, kita kena desak EMI cepat2 form company baru. Hal ni sebenarnya dah lama dgr since last year lg... takpelah, takde album solo pun takpe, hopefully kak Ziana kuarkanlah album single lg yea utk lagu Pawana & Cinta Agung pulak... tak sabar nak tgk drama2 raya terbaru ZZ |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai le ngan status krg ni.anak pon dlm peringkat nk membesar.kalo die dok cbuk manjang, sape nak jaga anak die.terutama lakinye armin?
btw, mmg x sabar nk tunggu single baru ziana especially mase konsert fenomena ngan nuar ari tu.1st time dengor dah minat. |
|
|
|
|
|
|
|
hehhehe.. tu la pasal.....erm berdoa je |
|
|
|
|
|
|
|
amin.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|