View: 7048|Reply: 24
|
Bangkai Bigfoot Didedahkan -
[Copy link]
|
|
Bangkai Bigfoot didedahkan
GAMBAR fail ini menunjukkan satu makhluk yang dipercayai bigfoot di Hutan
Negara Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 16 September 2007.
SEBUAH laman web, searchingforbigfoot.com memaparkan buat pertama kali gambar Bigfoot yang didakwa ditemui di Amerika Syarikat (AS) oleh dua pemburu Matthew Whitton dan Rick Dyer, lapor sebuah akhbar semalam.
Whitton dan Dyer mendakwa bangkai mahkluk itu kini disimpan di dalam sebuah peti sejuk beku dan mereka memiliki bukti kukuh untuk menunjukkan kepada dunia bahawa penemuan tersebut adalah benar.
Mereka mengumumkan penemuan bangkai makhluk misteri itu ketika menjadi tetamu sebuah rancangan radio internet yang dihoskan oleh Steve Kulls.
"Adakah anda akan membenarkan orang-orang kami untuk pergi dan mengesahkan bangkai itu? soal Kulls.
SEBUAH laman web di internet mendedahkan gambar
bangkai bigfoot yang diletakkan dalam sebuah peti sejuk.
Hanya seorang yang akan dibenarkan mengesahkan kebenaran bangkai tersebut dan dia ialah pemburu sebenar Bigfoot, Tom Biscardi," kata Dyer.
Biscardi mendapat jolokan itu kerana dia menjalankan penyelidikan menyeluruh mengenai Bigfoot sejak tahun 1971.
Beberapa tahun lalu, lelaki itu menjelajah beberapa kawasan terpencil di serata AS dan Kanada untuk menjejaki haiwan berbulu itu.
Pada masa ini, Biscardi dan pasukan pencarinya sedang melakukan persiapan untuk menangkap hidup-hidup makhluk itu.
Bigfoot, juga dikenali dengan nama Sasquatch, ialah sejenis makhluk menyerupai seekor beruk yang menghuni kawasan-kawasan hutan terpencil di rantau barat laut AS dan wilayah Bristih Columbia, Kanada.
Whitton dan Dyer turut menerbitkan satu huraian lengkap mengenai penemuan itu di internet untuk menunjukkan betapa uniknya makhluk tersebut.
Mereka merancang untuk menyiarkan gambar Bigfoot yang ditemui dan bukti ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dalam satu sidang akhbar di bandar Palo Alto, California, hari ini.
Bagaimanapun, beberapa akhbar di Barat sudah pun menyiarkan gambar berkenaan.
Whitton dan Dyer, penduduk negeri Georgia yang beberapa kali mengetuai ekspedisi menjejaki Bigfoot, mendakwa menemui bangkai haiwan itu di kawasan hutan di utara Georgia, AS.
IMEJ ini merupakan gambar popular Bigfoot
yang kerap disiarkan dalam akhbar-akhbar
berhubung kajian mengenai makhluk itu.
Bagaimanapun, mereka menyatakan akan merahsiakan lokasi tepat tempat makhluk itu ditemui.
Menurut penganjur sidang akhbar itu, Robert Barrows, kedua-dua pemburu tersebut akan disertai oleh Biscardi pada sidang akhbar itu nanti.
"Anda akan mendapati dakwaan itu benar belaka," kata Barrows mengenai dakwaan penemuan tersebut.
Biscardi berkata, beberapa ujian DNA sedang dilakukan dan sekumpulan saintis akan mengkaji bangkai itu tetapi dia enggan mendedahkan nama-nama mereka.
Menurutnya, dia sendiri telah berkunjung ke Georgia pada hujung minggu lalu semata-mata untuk melihat penemuan itu.
Huraian di laman web menyatakan sebahagian makhluk itu berupa beruk dan sebahagian lagi seperti manusia dan ia memiliki ketinggian 2.3 meter dan berat melebihi 226.7 kilogram.
Penjelasan itu menyatakan Bigfoot yang ditemui adalah jantan dan memiliki bulu kemerah-merahan dengan sepasang mata hijau kehitaman.
Seperti manusia, makhluk itu memiliki dua tangan dan sepasang kaki serta lima jari bagi setiap tangan dan kaki.
Makhluk yang ditemui itu berjalan dengan dua kaki seperti manusia dan kedua-dua pemburu itu menyatakan mereka melihat beberapa lagi Bigfoot berjalan seperti itu di lokasi bangkai tersebut ditemui pada hari yang sama.
Gigi haiwan itu pula lebih menyerupai barisan gigi manusia berbanding beruk. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau2lah betol big foot wujud, sure kehidupan dia tak kan bebas lagi kan.......sure akan jadi macam tikus makmal.......cian la............. |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat ngan citer bigfoot ni..
selalu orang jumpa tapak kaki..yang heranya satu tapak jer..takkan big foot ni jalan terlompat-lompat...mana tapak kaki yang lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 bubpallo's post
ha'oh yek.yg sekor 2 xde saper plak teringin nak kaji.susah jer cari sampai us, kanada bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 supernaturalee's post
|
|
|
|
|
|
|
Belum ade penemuan ahih kt negara kita lagi hinggga kini.
Yg byk dilaporkan cuma kesan tapak kaki makhluk ini.
Tahun2 sblm ni agk gempar dgn "sightings" mawas / bigfoot di sekitar Kota tinggi, Johor.
Sampai kadang2 penduduk sekitar situ terdengar bunyi laungan kuat yg menakutkan.
Tp...smpi skrg masih tk ada penemuan apa2. |
|
|
|
|
|
|
|
eh..hari tu yang kecoh2 kat johore aper cer?..dah takde dah a big foot..? lari ke spore?.. |
|
|
|
|
|
|
|
ekceli kan big foot ni binatang kaa...manusia zmn purba... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 malaygirl's post
kat rembau tu beruk jadian .. bukan bigfoot... |
|
|
|
|
|
|
|
wakakakaka....beruk rembau |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnye wujud ke tak menatang ni?
citer2 ni cam sia2 je... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afira at 16-8-2008 09:41 AM
sebenarnye wujud ke tak menatang ni?
citer2 ni cam sia2 je...
yg kt rembau tu mmg wujud
semua org tahu
yg kt tempat lain2 tu xtahu la betul wujud or x |
|
|
|
|
|
|
|
mana korg tahu dia dok rembau,
kan alamat surat dia kal KL |
|
|
|
|
|
|
| |
|