|
Tuah Bayi Lelaki Awie 08.08.08
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2008: Tanggal 8.8.2008 hari ini sememangnya membawa tuah kepada penyanyi serta pelakon Awie atau Ahmad Azhar Othman, 40.
Padahari inilah dia telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. PutraAhmad Rezzki yang seberat 3.6 kilogram telah dilahirkan denganselamatnya di Hospital Ampang Puteri, Selangor pada jam 9.46 pagi tadi.
Ini adalah cahaya mata ke-4 buat Awie selepas memperolehiPuteri Aleeya Antasha, 8, dan Puteri Aleefa Antasha, 5, serta PuteraAhmad Merah, 1 tahun 4 bulan.
Aleeya danAleefa adalah hasil perkahwinanya bersama bekas isteri terdahulu, ArniNazira Anwar, 31, manakala Merah dan Rezzki pula menerusi perkahwinankeduanya dengan model Rozana Misbun yang juga adik kepada aktres HalizaMisbun.
Ketika dihubungi murai.com.my, Awie yangtidak dapat menyembunyikan kegembiraan dengan kehadiran cahayamatabarunya itu berkata, dia sendiri tidak menyangka bahawa anak keempatnyaitu akan dilahirkan pada 8.8.08.
"Waktu saya menghantar isteri saya membuat check-up,doktor ada menjangkakan bahawa anak itu itu berkemungkinan akan lahirpada tanggal 7 atau 8 Ogos. Tapi, bila tarikh kelahiran semakin dekat,hati ini selalu berkata bahawa dia akan lahir pada 8 haribulan.
"Akhirnya,bila saya menghantar isteri ke hospital kira-kira pada jam 11 malamtadi, dia sudah mula mengadu sakit-sakit. Pada jam 6 pagi, doktormembawa dia ke bilik kelahiran.
"Tepat pada jam 9.46 pagi, Putera Ahmad Rezzki dilahirkan secara normal.Semuanya berlaku tanpa dirancang tetapi sempurna. Saya tidakmengharapkan apa-apa dengan tarikh kelahirannya yang dianggap cukupistimewa ini, cuma saya suka dengan susunan angkanya yang cantik.
"Semuaini adalah rezeki dan pemberian daripada Allah SWT. Sesuailah dengannamanya yang telah saya pilih sebelum kelahirannya lagi. Apa yang lebihpenting, dia dan isteri saya, Rozana sudah selamat dan berada dalamkeadaan yang cukup baik dan sihat," kata Awie dalam nada yang sungguhceria.
selamat ya Bung awie:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
[ Last edited by nyonya24 at 9-8-2008 01:38 PM ] |
|