CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22829|Reply: 127

PAC - PARA

[Copy link]
Post time 5-8-2008 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Ramai yang tidak tahu mengenai pasukan PAC.

Sini ada skit info. sapa2 ada info lain mengenai pasukan nie kat m'sia, kongsila kat sini.

Askar payung terjun adalah anggota tentera yang menerima latihan khas menggunakan payung terjun memasuki kawasan operasi dan biasanya bertindak sebagai sebahagian daripada pasukan yang lebih besar memasuki kawasan operasi dengan cara digugurkan dengan payung terjun bagi maksud menawan dan mempertahankan sesuatu kawasan.

Kemasukan dengan cara pengguguran menggunakan payung terjun membolehkan sesuatu pasukan melangkaui sesuatu barisan pertahanan musuh dan ancaman penggunaan askar payung terjun memaksa pasukan musuh menempatkan pasukan tentera di kawasan-kawasan yang sepatutnya selamat sekiranya dilihat dari sudut geografinya. Ini memaksa musuh menyerakkan pasukan tenteranya bagi menemui ancaman penggunaan askar payung terjun.

Angkatan Tentera Malaysia mempunyai program latihan payung terjun untuk anggota-anggota terpilih. Latihan payung terjun diberikan kepada anggota Pasukan Khas seperti anggota Gerup Gerak Khas, anggota Pasukan Khas Laut PASKAL dan juga anggota Pasukan Khas Udara PASKAU.

Malaysia juga mempunyai Pasukan Atur Cepat yang berpusat kepada 10 Briged Para yang dilatih khusus untuk digerakkan ke kawasan operasi dengan cara menjalankan penerjunan payung terjun ke kawasan operasi. Briged ini mempunyai 3 batalion tentera yang menerima latihan khusus sebagai ahli payung terjun dan dibantu oleh elemen-elemen artileri, semboyan, askar jurutera dan lain-lain pasukan bantuan tempur.

Batalion tentera yang ditukar menjadi batalion payung terjun adalah:

    * 8 Rejimen Renjer Diraja (Para),
    * 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dan
    * 9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)

Pasukan-pasukan Bantuan Tempur yang yang dilatih sepenuhnya untuk penerjunan menggunakan payung terjun termasuk

    * Skaudron Para, 1 Armor
    * 1 ARTI Rejimen Artileri Diraja

Latihan payung terjun untuk Angkatan Tentera Malaysia dijalankan di Kem Terendak di Melaka. Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia mengendalikan latihan payung terjun untuk anggota-anggotanya di Hulu Kinta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 11:57 AM | Show all posts
dan bukan anggota PAC sahaja yang kena terjun.......gun dan kenderaan penarik gun pun kena terjun......akhirnya tersematlah lambang penerjunan pada gun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2008 12:15 PM | Show all posts
samalah juga dengan anjing perang..anjing airborne
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 10:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 01:36 PM | Show all posts
lambang para

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 01:38 PM | Show all posts
PARA - the maroon barret



[ Last edited by  tenteng at 6-8-2008 01:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2008 01:50 PM | Show all posts

Reply #4 tenteng's post

tarian perang para tak best la bro.

macam gabungan poco-poco dan haka.

takde unsur- unsur kebangsaan langsung.

wa suka VAT69 punya tarian lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 01:53 PM | Show all posts

Reply #6 tenteng's post

gemor sungguh deme conteng muka yea?

rasa combatant habis la tuh

sebenarnya calit 2-3 line pon dah cukup

asalkan ia mengubah corak wajah.

kalo cat keseluruhan muka, muka akan terasa panas, berpeluh dgn byk dan muka akan jadi berkilat. tak bagus dalam operasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2008 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by tin at 6-8-2008 01:50 PM
tarian perang para tak best la bro.

macam gabungan poco-poco dan haka.

takde unsur- unsur kebangsaan langsung.

wa suka VAT69 punya tarian lagi.



im not bro
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 02:34 PM | Show all posts

Reply #9 tenteng's post

ooo...

lu pompuan rupanya.

sori la. kat sini tak ramai pompuan.

nick lu pon tak mcm pompuan.

anyway, laki lu para yea?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 02:44 PM | Show all posts

Reply #8 tin's post

saje je pakai penuh masa ada pertunjukan.
saya pun rimas pakai camo ni byk2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 02:46 PM | Show all posts

Reply #10 tin's post

a'ah. tp saya pun ada background army jugak cuma dah x aktip cam dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 02:52 PM | Show all posts

Reply #9 tenteng's post

wakakak..wa dari tadi tgelak dengan tin dok refer tenteng bro..

wah nice to see lady in service here..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 03:02 PM | Show all posts

Reply #12 tenteng's post

tak aktif?

bersara atau ROD dah mampus?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 03:03 PM | Show all posts

Reply #13 innocentti's post

hamboi inno....

kalo ada peluang, lu pasak wa cukup2 yea

mana la wa taww tengteng ni pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 03:20 PM | Show all posts

Reply #15 tin's post

haha..bola canggung/tanggung tak buleh cari..dia kena tunggu saja..bila sampai jump tinggi2 la..

smlm kan dia suda bagi A/S/L plzz

wanita 20an anak sorg..correct me if im wrong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 03:35 PM | Show all posts

Reply #16 innocentti's post

eh, yeke?

aiseh, wa tak perasan laaa...

takpe inno, takpe.

serangan akan dipergiatkan lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 03:39 PM | Show all posts

Reply #14 tin's post

ROD 2010. lepas grad terus stop sbb husband (ms 2 tunang) dah posting. since dia dah x sama kem n x bleh nak pantau. mmg sedih x leh g latihan cam dulu2...so sempat aktif 3 thn jek
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 03:43 PM | Show all posts

Reply #18 tenteng's post

huhuhu...

habis blajo terus bertunang?

ini musti lawo nih

kem boleh pindah. buat permohonan la.

YO selalunya depa luluskan je.

weekend pegi la. jauh sikit pon takpe.

takpon mintak attachment kat kem hubby hang.

sikit susah mau dapat tapi tak mustahil.

suruh la hubby tolong jugak jolokkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 03:45 PM | Show all posts

Reply #18 tenteng's post

sambung sket lagi.

kalo mau aktif, jangan kasik ROD mati weyyy...

mau kasik idup balik susah ooo...

nanti kena ngadap Pang5. literally.

nanti dia tanya memacam, tak terjawap karang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.073241 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list