CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6568|Reply: 17

Rawat ekzema si kecil

[Copy link]
Post time 4-8-2008 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Rawat ekzema si kecilPengurusan yang betul sudah semestinya akan memudahkan penjagaan anak yang mengalami kulit seperti ekzema.

SEKIRANYA masalah kulit anak seperti ekzema atopik tidak dirawat ia mungkin menimbulkan komplikasi lebih buruk.

SALAH satu masalah penjagaan anak yang sering dihadapi olehkebanyakan ibu bapa masa kini adalah menguruskan anak berkulit ekzema.
Ekzema kanak-kanak atau lebih dikenali ekzema atopik bukan lagi satunama asing di kalangan masyarakat hari ini. Malah, pakar-pakardermatologi menyifatkannya ‘penyakit negara perindustrian’ kerana kadarkelazimannya yang kian meningkat di negara maju.
Sebagai penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanandiri seseorang untuk bertindak balas terhadap punca alahan, pesakitekzema sesungguhnya memerlukan penjagaan rapi. Walaupun begitu, ekzemajuga boleh berpunca akibat rangsangan persekitaran atau kedua-duanyasekali.
Pelbagai kajian mendapati kira-kira 15 hingga 20 peratus mangsapenyakit kulit ini terdiri daripada kanak-kanak yang telah bersekolah.Biarpun ekzema atopik adalah masalah rumit, sebilangan besarnya bolehdiuruskan menerusi kaedah yang betul.
Menurut Pakar Dermatologi Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL),Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim, simptom-simptom awal ekzema yangbermula dari bahagian dahi atau muka boleh merebak ke anggota tubuhyang lain.
Akan tetapi, seiring dengan peningkatan usia, ekzema berkemungkinan‘menetap’ di satu-satu lokasi tertentu seperti pada bahagian lipatankulit di kaki atau lengan. Pun begitu, masalah yang sukar dikawaladalah rasa gatal yang berlanjutan sehingga merosakkan kulit?
Apabila situasi seumpama ini berlaku, apakah yang boleh dilakukanoleh ibu bapa khasnya mereka yang masih baru atau tidak mengerti duniaekzema? Pengurusan yang betul sudah semestinya akan memudahkanpenjagaan anak yang mengalami kulit seperti ekzema. Berikut adalahbeberapa fakta penting untuk ibu bapa menguruskan keadaan kulit anakyang berekzema.

DR. SABEERA BEGUM

Pengaruh faktor luaran
* Adakah diet memberi sebarang kesan kepada ekzema?
Diet boleh menjadi faktor perangsang ekzema bagi sesetengah bayi dankanak-kanak. Tetapi jarang sekali ia merupakan punca tunggal. Sekiranyakeadaan ekzema anak anda bertambah buruk selepas mengambil makanantertentu dan ini berlanjutan untuk satu tempoh sehingga tiga bulan,anda patut mendapatkan nasihat doktor.
* Adakah keadaan iklim dan suhu menjejaskan ekzema?
Perubahan suhu (daripada terlampau sejuk kepada terlalu panas)secara tiba-tiba ada kemungkinan memberi kesan kepada kulit. Misalnya,sesetengah pesakit akan memberi tindak balas terhadap matahari manakalabagi yang lain pula cahaya matahari mungkin membantu.



Cara pengurusan ekzema
* Mengapakah penggunaan emolien atau pelembap penting?
Emolien merujuk kepada minyak mandian, pengganti sabun, krim ataupelembap yang boleh digunakan di atas kulit. Emolien penting untukmelembap dan melegakan kulit yang kering dan kemerah-merahan. Iamemberi satu lapisan nipis di atas permukaan kulit bagi mengurangkankehilangan air dan mencegah kulit daripada menjadi kering. Tambahanpula, kulit yang kering sentiasa terasa gatal. Penggunaan emolienbeberapa kali sehari boleh memastikan kulit memperoleh lembapansecukupnya. Tetapi pastikan pesakit ekzema hanya menggunakan pelembapkhas untuk keadaan kulitnya.
* Apakah yang perlu diambil perhatian apabila mandi atau membasuh?
Dalam segelintir kes ekzema seperti ekzema atopik, penggunaan krimatau emolien mandian setiap hari adalah penting untuk membersih danmelembapkan kulit. Dapatkan nasihat doktor kerana keadaan kulit setiapindividu adalah berbeza. Pastikan juga air mandian adalah suam danbukannya panas. Produk mandian kosmetik mungkin menyebabkan keadaanekzema bertambah buruk.
* Adakah minyak mandian antiseptik membantu?
Mungkin membantu untuk sesetengah orang tetapi pastikan ia hanya digunakan untuk satu tempoh masa yang singkat.
* Adakah rawatan steroid luaran membantu?
Ada kalanya jangkitan boleh menyumbang masalah kepada ekzema. Jikakeadaan ekzema anda disertai dengan nanah, ini akan menyebabkan ekzemabertambah buruk. Krim steroid boleh mengurangkan keradangan kulit danmembantu menyembuh lapisan halangan kulit.
*Apakah jenis pakaian yang harus dipakai?
Sebaik-baiknya, gunakan pakaian berkain kapas kerana fabrik sintetikboleh menganggu masalah ekzema. Elakkan daripada menggunakan pelembutfabrik untuk pakaian tersebut.
* Adakah binatang peliharaan akan memburukkan lagi keadaan?
Jika tiada haiwan peliharaan dalam rumah, baik jangan beli pun.Sekiranya ada, kurangkan bilangan haiwan dalam bilik. Jangan sesekalibiarkan haiwan kesayangan anda tidur di atas katil atau berada di bilikmandi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2008 02:05 AM | Show all posts
My daughter pun ada eczema. tapi x sure jenis yg mana. Yg i tau dia allergy dgn soya n kuning telur..putih x pe pulak. Sampai skrg dah 2 taun lbh...drpd baby lg dia dh kena. Sekarang ni dia cuma pakai prduct cetaphil masa mandi, dan moisturiser cetaphil lepas mandi. Kalau dia gatal sgt, terpaksa letak steroid (elomet).

Macamana ek caranye nak baik kan eczema ni? Dah pening kepala dah pikir. so far dah jumpe 2 org pakar kulit dah...masih sama gak. kesian dia, kalau kena air, menjerit2 dia sbb pedih
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 12:17 PM | Show all posts
cuba try sabun taharah.. mana tau ok ker...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 07:23 AM | Show all posts

Reply #2 Baiz126's post

try Gamat Healin Gamalinplus (minum) & Derma-X (sapu)
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 04:41 PM | Show all posts
kalau sabun... kat bft thread ada crita pasal sabun mior...
dgn ada yg guna glyco cream apply...
mgkn leh jengah kat bft...

[ Last edited by  azsagi at 6-9-2008 05:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 05:56 PM | Show all posts
virgin coconut oil.....cuba u google dan u tgk hasil rawatan ekzema dengan virgin coconut oil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2008 06:35 PM | Show all posts
Sian budak-budak kalau kena eczema ni kan... My kids ada jugak but my son yg teruk sikit.  Tapi yg I tau, jgn lambat pi bawa klinik kalau kudis-kudis tu dah kuar.  Yg I tau, dulu sbb I lambat bawak jumpa doktor, I kena marah.  Katanya kalau lama sgt dibiarkan, boleh affect kat kidney.  Since then baru sedar benda ni tak leh ambil mudah.

So, I gunakan sabun Sebamed utk dia.  But now dah besar dah berkurang banyak... Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 09:32 PM | Show all posts
Sabun sebamed pun penah cuba gak. Tapi betul ke yg eczema kluar sbb baby tu ada asthma?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2008 06:11 AM | Show all posts
Originally posted by Baiz126 at 6-9-2008 09:32 PM
Sabun sebamed pun penah cuba gak. Tapi betul ke yg eczema kluar sbb baby tu ada asthma?


yaps setahu saya ada kemungkinan...sebab biasanya mereka yang allergy bukan sahaja asthma tapi ada penyakit alergi lain seperti kegatalan kulit....

sebenarnya sabun apa semua tu cuma rawatan topical ajer...kena makan ubat utk mengatasi masalah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2009 08:53 PM | Show all posts
nak tanye doktor kt sini. utk ibu y ada bby ekzema.. ibu leh makan x mknn2 ni:
- susu lembu? (fresh/tepung) (y sy tau baby xleh minum susu lembu)
- daging?
- air soya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 02:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by parymt at 29-9-2009 11:32

my son pun ada ekzema..dah pi speaclist.. tapi i rasa buang duit pergi sbb benda tak bole nak hilang.. cuma doc kasi krim yg ada sterioad.. or bole buat test darah utk tgk ape yg baby alergy...
dia suh pakai sabun oilatum yg sabun buku tu murah sikit.. so far ok.. my cousin anak dia, dia maik susu kambing yg fresh perah tu... then letak kat tempat gatal tu.. insya'allh beransur pulih.. kasi minum sikit aje.. cube la. anak i masih ada still mcm kejap ada kejap tak de.. panas berbeluh aje ada balik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 04:18 PM | Show all posts
ezcema kt telinga lah...cmna nie...skarng berkuping..
aku tau aku bukan baby lagi...tapi aku x tau nk wat pe...dah la makan macam2 ubt
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 10:15 AM | Show all posts
amik Kington Life Plasma dr Elken... insyaAllah
product nih baru masuk kat Asia Pacific, sole distributor
n air pon kena bersih ok
mmg ada testimonies

any further info boleh PM me...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 04:50 PM | Show all posts
yer...betul tu amik kington life plasma yg merupakan plasma air laut...
alhamdulillah testimoni ke atas seorang kanak2 yg berusia 11 tahun
ada eczema sejak kecil sekarang ni da beransur pulih...i sendri
datang jumpa budak tu masa die cete testimoni dia...

kalu sesape nk try pun bleh contact i, i kt area jb (017-7912993)
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 02:58 PM | Show all posts
can contact me too, north area 012 5014721
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 03:29 PM | Show all posts
anak saya pon ada eczema... skrg dh 3 thn. mcm2 mende jugak dh try.. n mende2 ni smua.. ada yg sesuai...  tp yg penting skali... elakkan mende2 yg bole trigger allergy dia tu. mcm my son... dia allergy ketam, udang n kacang. mkn telur bnyk2 pon takleh gak.

so far... yg ok sket skrg... masa mandi guna sabun taharah (sabun tanah liat - so beralkali). sabun... n biar buih2 dia tu lama sikit dekat tempat yg ada eczema tu. pastu baru bilas. pastu lepas mandi... masa tgh lembab2 tu... cecepat sapu seluruh badan dia... esp kawasan yg slalu kering tu dengan olive oil yg utk rambut tu. sapu sampai meresap. klau mane2 tempat yg ada eczema tgh merah2 tu.. saya apply sket krim BDP (doktor prescribe). so far alhamdulillah... berkurangan la skrg. bole la main lasak2 sket... klau tak dulu.. asal main pasir sket.. mula la gatal2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2010 12:14 PM | Show all posts
korang pernah try Eumora tak .. aku dah try pakai .. ok jerr..
kalau nak tau info nengok laa www.eumora-malaysia.yolasite.com
harap berkesan kat korang yang bermasalah kulit muke n menghilangkan
kudis/eczema
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:30 AM | Show all posts
Boleh try guna Obaby Organic Cleanser. Produk ni water-based dan 100% berasaskan sumber organik. Jadi ianya sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Selain itu, ianya boleh digunakan untuk:
-  Melegakan masalah kulit
-  Jerawat
- Lecur / luka ringan
- Penyegar kulit muka
- Toner
- Make up Remover

Salah satu testimoni dari page https://www.facebook.com/obabyhz/ :


*Saya pernah try dekat anak untuk masalah panau. Alhamdulillah, masalah panau yang dah berbulan2 ni, lepas pakai produk ni 3 hari dah boleh nampak perubahan. Panau semakin berkurang. Kalau berkesempatan, saya akan upload gambar perubahan anak saya tu.

Harap2 dengan menggunakan produk ni boleh menjadi salah satu ikhtiar kita dalam membantu merawat masalah kulit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.084907 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list