|
Post Last Edit by ryo_takahashi1 at 18-11-2009 11:11
IPOH: Topi keledar akan ditetapkan tarikh luput penggunaannya selama lima tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.
Beliau berkata, JKJR sedang berbincang dengan syarikat-syarikat pengeluar topi keledar untuk memperkenalkan tarikh luput lima tahun topi keledar mulai tahun ini.
Katanya, topi keledar yang terlalu lama digunakan adalah tidak selamat kerana daripada segi luaran kelihatan sesebuah topi keledar itu masih boleh digunakan tetapi akibat daripada perubahan cuaca dan sebagainya bahagian dalaman mungkin telah rosak.
"Adalah menjadi tanggungjawab JKJR untuk menukar persepsi masyarakat kepada keperluan topi keledar yang mampu menyelamatkan nyawa apabila berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Keselamatan Jalan Raya (KJR) dan penggalakan pemakaian topi keledar dengan sempurna peringkat negeri Perak di Kampung Manjoi di sini hari ini.
Suret Singh berkata, kebanyakan pengguna motosikal di negara ini kurang peka kepada risiko yang dihadapi akibat penggunaan topi keledar lama.
Statistik kemalangan membabitkan motosikal mendapati 68 peratus daripada 3,963 penunggang motosikal yang maut akibat kemalangan jalan raya adalah berpunca dari kecederaan parah di kepala, katanya.
Beliau berkata usaha menyedarkan pengguna motosikal tentang bahaya akibat daripada kesilapan penggunaan topi keledar perlu dipertingkatkan.
"Ramai antara mereka yang menggunakan topi keledar hanya kerana tidak mahu dikenakan tindakan saman oleh pihak polis tanpa memikirkan kesan yang dihadapi sekiranya terlibat dalam kemalangan," ujar beliau.
Sementara itu mengenai program ''Tiada Hari Tanpa Advokasi'' yang bertujuan mempertingkatkan kempen kesedaran pemakaian topi keledar dan kegunaannya dengan betul, Suret Singh berkata JKJR akan menjalankan kempen penerangan di semua plaza tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUs) setiap hari.
Beliau berkata Rakan KJR dengan bantuan PLUS dan polis akan menyampaikan menyampaikan maklumat berkenaan pada sebelah pagi dan petang di plazaplaza tol berkenaan. BERNAMA
*naper idea mcm gam fang jerk.....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
mmg macam gamppang..
dah lar helmet fullface kat malaysia mahal nak mampos kalau bandingkan harga kat singapore...
contoh: kalau Shoei X-11 kat sini jual RM2500... singapore jual RM1500.. save RM1000 for NOTHING!
p/s- aku bagi contoh helmet shoie x-11 sbb aku superbiker.. takkan pakai helmet apollo kot?
[ Last edited by BSundayB at 27-7-2008 02:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 JPJ,SiRiM, CAP dan sapa2 lagi yg lain hantam sama ini JKJR punya worang.
[ Last edited by bzzts at 27-7-2008 06:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Helmet MS88/Apollo belum jual lagi dah expired................ patut ban je |
|
|
|
|
|
|
|
jgn berkira sgt pasal safety ni...pakai helmet, kalu boleh beli yg high standard (tak semestinya yg harga mahal)...tak payah tunggu lima tahun, agak2 dah tak selamat, tukar aje lah, plus pakai proper riding suit, boots...biarpun bawak EX5 aje..spare part kepala, tangan, kaki. etc tak ada jual kat brothers maa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 ryo_takahashi1's post
setuju...mesti educate general public agar sentiasa memakai helmet semasa menunggang moto, pastikan helmet dipakai secara sempurna, pastikan helmet yg dipakai teruji tahap keselamatannya, pastikan pakai helmet yg bersesuaian ngan saiz kepala.
kerap kali aku lihat kalu org jatuh moto, helmet benda pertama yg dibukanya...aku rasa itu tak betul (may be aku silap, pls correct me if im wrong )...so, educate general public juga tentang tatacara kecemasan dlm penggunaan helmet
[ Last edited by zzcbr at 27-7-2008 01:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya banyaklah helmet dibuang ke sungai lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku tukar helmet setiap 5 kali pakai......safety..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 cikguranggi's post
|
|
|
|
|
|
|
helmet aku tak sampai 3 tahun pun dah tukar.......
btw, kalu helmet yg slalu jatuh kat lantai, elok laa tukar..... kang ada crack halus yg korg x prasan...... |
|
|
|
|
|
|
|
owner kilang2 Helmet tersenyum girang.......... |
|
|
|
|
|
|
|
macamana dorang cek....... kena renew roadtax helmet tetiap tahun ker.... lim akali renew otomatik takleh renew dah lepas tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Argghhh....lagi seminggu nak cukup 5 tahun helmet Givi aku tuh.....duit lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 kalao jadi mende nih, sape akan pandang kat expiry date tu time bli helmet..??
agak2 sama x ngan kes expiry date kat tayar..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 d34n's post
Kalo camtuh baik aku beli helmet combat tuh.....dah le keras gile....kalis peluru lak tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
yg nih pong gempak gak toss..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|