CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19332|Reply: 105

'Saya nampak nenek kebayan'

[Copy link]
Post time 26-7-2008 10:06 AM | Show all posts |Read mode
NEGARASaya nampak nenek kebayan'Oleh H
'AFIZ ABBAS
[email protected]

SEORANG pelajar lelaki diiringi dua guru setelah turut dipercayai diserang histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.

KUANTAN - "Dalam keadaan separuh sedar, saya nampak nenek kebayantua berbaju kuning dan berkain batik cuba memegang tangan saya."
Begitu cerita Siti Mahirah Samsudin, 14, salah seorang pelajarSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur ketika mengimbaskembali detik diserang histeria di sekolah itu semalam.
Tambah Siti Mahirah, ketika itu dia merasakan 'bagaikan ada makhluk halus yang menyerap ke badannya.'
Dia lantas terasa pening dan terlihat beberapa makhluk hodoh berwarna hitam bersaiz kecil dan besar bermain di kakinya.
"Nenek kebayan itu pernah memperkenalkan dirinya sebagai orangbunian dan berusia 220 tahun, ketika berada dekat, dia sering menjeritke telinga saya supaya pergi dari kawasan sekolah ini.
"Selain itu, sebaik sahaja memasuki tubuh, terus saya berasa sakitdi beberapa bahagian sendi lalu membongkok seperti sudah tua sertatangan kejang seakanakan memegang tongkat," dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumah datuknya di Bukit Sekilau, di sini semalam.
Pelajar tingkatan dua yang merupakan anak kedua daripada limaberadik ini memberitahu, selain nenek kebayan itu, beliau mendakwaturut dapat melihat ratusan lagi makhluk halus di dalam kelas dansekeliling sekolah itu ketika diganggu.
"Makhluk halus itu ada pelbagai rupa tetapi kebanyakannya berwarnahitam gelap sehinggakan tak nampak wajah sebenar, mereka juga bukansetakat boleh berjalan malah ada sesetengahnya mampu terbang.
"Antara makhluk paling gerun saya lihat ialah monyet besar yangmemiliki tangan panjang sebelah, makhluk berbulu lebat dan kanak-kanakkecil berkulit hitam legam," jelasnya.
Bagaimanapun, apa yang menghairankannya, segala kesakitan itu hilangserta-merta sebaik melepasi pintu pagar sekolah walaupun ada sesetengahkawannya didampingi sehingga pulang ke rumah.












Seorang lagi mangsa, Nurul Fatihah Mohd. Amran, 14, mengakui diaberasa semput dan sesak nafas setiap kali makhluk halus terbabit cubakeluar dari tubuhnya.
"Hari ini (semalam) lebih kurang 30 orang pelajar termasuk saya yangmengalami gangguan makhluk halus ini dan lebih mengerikan, jelmaanmakhluk halus terbabit terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi sejak sayaterkena Jun lalu.
"Kadang kala memang rasa takut untuk ke sekolah, tetapi sayacekalkan hati untuk meneruskan pelajaran kerana rasa rugi jika takhadir walaupun menghadapi dugaan ini," ujarnya.

[ Last edited by  nyonya24 at 26-7-2008 10:09 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2008 10:06 AM | Show all posts
Gangguan histeria belum reda

KUANTAN - Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur belum menunjukkan tanda-tanda untuk pulih daripada gangguan misteri apabila para pelajarnya termasuk pelajar lelaki masih mengalami histeria semalam.

Tinjauan Kosmo! dari luar sekolah tersebut mendapati keadaan hiruk-pikuk dengan jeritan beberapa pelajar perempuan sambil cuba ditenangkan oleh guru-guru dan pengamal perubatan tradisional.

Para pelajar yang sedang mengikuti sesi pembelajaran terpaksa keluar dari kelas apabila terdapat pelajar yang diserang histeria secara tiba-tiba sementara guru-guru wanita yang berada di koridor sekolah bagaikan tidak tahu apa perlu dilakukan dan hanya mampu menangis menyaksikan apa yang berlaku.

Difahamkan, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dan pegawai kesihatan turut berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah bagi memantau keadaan.

Salah seorang penjaga yang enggan dikenali berkata, semalam merupakan kali pertama seorang pelajar lelaki tingkatan satu terkena gangguan itu ketika berusaha membantu seorang pelajar perempuan yang mengalami gangguan.

"Saya ingatkan tiada apa berlaku pada hari ini (semalam) kerana sejak awal pagi keadaan tenang, tetapi situasi itu berubah selepas pukul 11 pagi yang mana beberapa pelajar mula meracau dan menjerit.

[ Last edited by  nyonya24 at 26-7-2008 10:09 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 10:08 AM | Show all posts
NEGARA

Panik diserang histeria- Pelbagai usaha dilakukan tetapi SMK Tanjung Lumpur belum tenang

Oleh HAFIZ ABBAS
[email protected]

BEBERAPA pelajar perempuan masih lemah selepas diserang histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.

KUANTAN - Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini, sering terganggu sejak dua bulan lalu apabila sebahagian daripada pelajarnya mengalami histeria.

Keadaan itu dilihat semakin menjadi-jadi apabila hampir 20 hingga 30 orang pelajar khususnya perempuan di tingkatan tiga ke bawah mengalaminya secara bergilir-gilir setiap hari.

Malah, kejadian itu sudah melarat kepada guru-guru wanita yang turut terkena gangguan histeria ketika bertugas.

Antara tanda-tanda pelik yang ditunjukkan oleh mereka yang mengalami gangguan itu ialah bersikap murung, cepat letih, sakit di bahagian sendi dan meracau-racau sehingga berlarutan ke rumah.

Bapa kepada seorang mangsa, Aziz Basir, 56, khuatir ia boleh menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran apabila mereka takut untuk ke sekolah.

"Saya hampir putus asa untuk merawat anak saya kerana setiap kali berubat secara tradisional, dia akan pulih tetapi sakitnya berulang semula apabila pergi ke sekolah.

"Perangainya juga berubah daripada seorang yang aktif kepada pendiam dan dia juga membuat permintaan pelik seperti ingin tidur di bilik lain sedangkan kebiasaannya tidak begitu," katanya.

Mengimbas kembali bagaimana anaknya boleh terkena histeria, Aziz menyatakan ia bermula ketika sedang mengikuti pelajaran di dalam kelas.

"Anak perempuan saya dan beberapa pelajar lain sudah terkena 'penyakit' ini beberapa kali sejak Mei lalu dan terbaru kena semalam (kelmarin) di dalam kelas.

"Saya diberitahu oleh cikgu, dia meracau-racau dan seakan-akan melihat 'sesuatu' bersama beberapa pelajar perempuan lain sehingga terpaksa dibawa ke bilik rawatan untuk ditenangkan," katanya.

Idrus Sulong, 39, bapa kepada seorang lagi pelajar tingkatan dua yang diganggu menyatakan beliau difahamkan kejadian itu terjadi ekoran pembinaan sebuah bangunan makmal tiga tingkat di tepi sekolah berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 10:17 AM | Show all posts
kasihan..
tapi suka dengan cara nurul fatihah ni.. rugi kalau tak belajar..
u go gerl
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 10:27 AM | Show all posts
nenek kebayan seh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 10:54 AM | Show all posts
wa seramnya... kesian pelajar2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2008 11:01 AM | Show all posts
dulu sepupu aku kena rasuk masa kerja kilang kat tanjung lumpur ni lah .....kena ramai 2 dalam 40 orang sampai kilang kena tutup 3 hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by notiey at 26-7-2008 11:01 AM
dulu sepupu aku kena rasuk masa kerja kilang kat tanjung lumpur ni lah .....kena ramai 2 dalam 40 orang sampai kilang kena tutup 3 hari.


crtala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2008 11:02 AM | Show all posts
ingat tak dulu ada orang buka trek nenek kebayan ......sekarang dah keluar tak lama lagi dia mesti pi cari orang tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 11:06 AM | Show all posts
dia kata tengah buat kerja tiba ada kepala kat atas line yang tempat chip yang sedang bergerak tu yang satu line kena lepastu berjangkit kat line sebelah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by notiey at 26-7-2008 11:06 AM
dia kata tengah buat kerja tiba ada kepala kat atas line yang tempat chip yang sedang bergerak tu yang satu line kena lepastu berjangkit kat line sebelah.


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 11:46 AM | Show all posts
ERMMM...dok bt projek tmbhn sek kn?
tmpt depa 2.....
mgamok la mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 11:49 AM | Show all posts
ni suku sakat mak lampir ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 12:20 PM | Show all posts
sib baik Maideen tak baca!...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by paler kembang at 26-7-2008 12:20 PM
sib baik Maideen tak baca!...


lain nya Nik nme ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 12:33 PM | Show all posts
tanjung lumpur angker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2008 12:46 PM | Show all posts
lawan ngan oma bertha bawang merah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 01:06 PM | Show all posts
sepupu aku kat alam shah pon kene camni gak..ada kuar dalam metro yg pasai mkluk besar bermata merah tu..
smpai ustaz Haron Din datang..skrg da reda da..
byk makhluk2 pelik yg sepupu aku ckp jumpe kat skolah tu..
tu yg histeria tu..yg bestnya..skolah tu skolah laki..so..laki2 la yg histeria..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by nyonya24 at 26-7-2008 10:06 AM
NEGARASaya nampak nenek kebayan'Oleh H
'AFIZ ABBAS
[email protected]
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0726/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg
SEORANG pelajar lelaki diiringi dua guru s ...

wa masa skool dulu teringin n berangan-angan nak jumpa nenek kebayan tapi xpernah berkesempatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by raudah at 26-7-2008 01:49 PM

wa masa skool dulu teringin n berangan-angan nak jumpa nenek kebayan tapi xpernah berkesempatan


wah ,beraninya Ko...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.070482 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list