CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tumpanglalu74

[MERGED] Kenapa DSAI Masih Belum Bersumpah?

[Copy link]
Post time 7-7-2008 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by tumpanglalu74 at 5-7-2008 10:11 PM
Ape Perasaan Korang Bila AnuWa Sampai Skrg Tak Sumpah2 Lagi?


Bila agaknye upacara ni nak berlangsung ye?  


Ape dia tolak nasihat Tok Guru Nik Aziz ke???

Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak
Mohd Rashidi Hassan
Sun | Jul 06, 08 | 7:15:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah. Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam. Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf. "Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai." Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah. Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya. "Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya. Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an. "Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi. Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara. "Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau._
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2008 08:23 AM | Show all posts
Adik Saiful Bukhari sedia tampil bermubahalah untuk membersihkan namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 08:27 AM | Show all posts
Tukar a tajuk kenapa SAIFUL masih belum bersumpah? Cakap aje sedia tapi bukan buat pun,..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by mushroomsup at 7-7-2008 08:27 AM
Tukar a tajuk kenapa SAIFUL masih belum bersumpah? Cakap aje sedia tapi bukan buat pun,..

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah. Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam. Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 08:34 AM | Show all posts
imelda Mansur & Bijan kene bersumpah gak....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by luvly_eone at 5-7-2008 10:23 PM
KALAU ANWAR BERSUMPAH!!!
Dilulus terbit pada Saturday, July 05 @ 15:20:10 MYT oleh reformis

Komentar Oleh imacbook

"

Salam.

Selepas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta ...


kalau x silap ziana,dalam Al-Quran Allah S.W.T dah berfirman,saper yang bersalah kalau bersumpah atas namanya akan dibalas on da spot kan...kalau x silap la.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2008 09:16 AM | Show all posts
Kan AN dah kata dah...mesti ada yg kata lam islam tak dak sumpah2 ni...tapi Nik Aziz ulamak tersohor tu sokong bersumpah..

Nik Aziz sokong sumpah junjung Al-Quran

Idea meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan menjunjung al-Quran untuk tentukan kebenaran dakwaan liwat semakin mendapat sambutan.Hari ini Menteri Besar
Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong cadangan yang asalnya dibangkitkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada para wartawan di Kota Bharu.Sementara itu Pengerusi Putera UMNO Datuk Azeez Rahim juga cabar Anwar bersumpah di Masjid Negara - 4/7/2008
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:18 AM | Show all posts
imelda Mansur & Bijan kene bersumpah gak....  sama2 ganding bahu angkat sumpah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2008 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by peYno at 7-7-2008 07:47 AM
prrrft.. Setakat wartawan murahan suruh DSAI bersumpah???

bila DSAI tak layan.. dia kata DSAI takut bersumpah

kalau dah wartawan murahan tu.. murahn gak


mcmane if adik hang kena fitnah n dimasukkan ke lokap...dipukul, ditendang...disepak...
ape yg hang akan buat n apa perasaan hang sekeluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 7-7-2008 09:16 AM
Kan AN dah kata dah...mesti ada yg kata lam islam tak dak sumpah2 ni...tapi Nik Aziz ulamak tersohor tu sokong bersumpah..

Nik Aziz sokong sumpah junjung Al-Quran

http://www.agendadaily ...


Tapi kes bunuh membunuh ngan C4 pun berat jugak kan AN? Err... yang tu dikecualikan ke Pakcik AN dari mengangkat sumpah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:25 AM | Show all posts
patutnya org yang mendakwa tu lah yg kena bersumpah dulu. dia mesti buktikan dakwaanya benar, barulah org yg didakwa kena membela diri (bersumpah jugak)


kalau org yg mendakwa pon tak berani bersumpah, yg didakwa diam2 sudahla
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 7-7-2008 09:16 AM
Kan AN dah kata dah...mesti ada yg kata lam islam tak dak sumpah2 ni...tapi Nik Aziz ulamak tersohor tu sokong bersumpah..

Nik Aziz sokong sumpah junjung Al-Quran

http://www.agendadaily ...


tak perlu junjung Quran. kata nik aziz & dr Asri cukup bersumpah nama Allah, tak perlu junjung Quran, muhabalah mintak dilaknat Allah kalau berkata tdk benar. Biasanya balasan cepat sampai.
Najib tak terkecuali, tapi private investigator Bala tu hindu, so cukuplah dgn pengakuan bersumpah beliau itu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:27 AM | Show all posts
Saya Tidak Bersumpah Atas Nasihat Ulama, Kata Anwar

PETALING JAYA, 7 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengangkat sumpah atas nama Allah dalam kes tuduhan liwat ke atasnya oleh bekas pembantunya 28 Jun lepas kerana dinasihatkan oleh ulama dalam dan luar negara supaya tidak berbuat demikian.

Beliau mendakwa 10 tahun lepas, beliau pernah bersumpah atas tuduhan liwat tetapi tetap dituduh, ditendang, dipukul dan dipenjarakan yang kesemuanya tidak mengikut Islam dan al-Quran.

"Saya nak jawab perkara ini setelah merujuk dengan ulama dalam dan luar negara. Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria juga mengulas perkara ini dan begitu juga bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya," katanya semasa berucap pada perhimpunan 'Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008' di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam.

Beliau berkata sekiranya perkara itu hendak dibawa pertuduhannya di bawah Mahkamah Syariah, Anwar berkata beliau sudah mencadangkannya pada 1998 apabila pertuduhan liwat dikenakan ke atasnya.

"Saya meminta empat orang bukti dan saya sedia didakwa. (Sekiranya tidak) saya anggap kes ini tidak ada asas sama sekali," katanya.

Katanya beliau tidak mahu ada pemimpin Umno yang mahu mendabik dada meminta beliau berbuat demikian kerana bersumpah atas nama Allah bukan perkara politik tetapi mengikut kaedah syarak dan memerlukan nasihat oleh ulama yang berwibawa.

Sementara itu, walaupun tidak berpuas hati kerana permintaannya mahu berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengenai harga minyak tidak dipenuhi, Anwar berkata debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang dijadualkan 15 Julai ini juga memadai.

"Lebih baik debat dengan PM dan TPM, separuh kabinet pun boleh. Ini bukan masalah politik biasa tetapi ini masalah rakyat yang membebankan. Biar dengar betul-betul (cara nak turunkan harga minyak)," katanya.

Beliau mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya membuktikan tuduhan bahawa beliau menghubungi kerajaan Amerika Syarikat berhubung amaran daripada Jabatan Negara negara berkenaan yang menolak segala tuduhan dan siasatan ke atasnya yang bermotifkan politik.

"Sekiranya ada bukti saya hubungi atau ada surat kepada mereka, saya sanggup didakwa... buktikan dan jika tidak saya akan saman," katanya.

Perhimpunan sehari suntuk yang bertemakan "rotes Sejuta Rakyat" itu diadakan pembangkang bagi meraih simpati rakyat untuk bersama-sama membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan lepas.

-- BERNAMA

p/s:- Kira Nik Aziz bukan ulamak yg berwibawa la ye...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:41 AM | Show all posts
Mufti Cadang Nik Aziz Jadi Orang Tengah Mubahalah



KANGAR, 6 Julai (Bernama) -- Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk "mubahalah" sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong Pas dan sudah semestinya, beliau layak untuk menjadi orang tengah itu.

Ketika dihubungi BERNAMA di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, Dr Mohd Asri berkata, beliau sebolehnya tidak mahu terbabit dalam sebarang isu politik tetapi terpaksa mengeluarkan pandangan apabila menyentuh perkara yang berkaitan agama.

"Saya percaya dengan pengaruhnya, Nik Aziz berupaya menjadi orang tengah," katanya yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di IJN dan dibenarkan keluar dari institut itu hari ini.

Dr Mohd Asri sebelum ini mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

Bagaimanapun, Dr Mohd Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.

Beliau turut menegur kesilapan fakta berhubung mubahalah yang dikaitkan sebagai kaedah "menjunjung al Quran" sedangkan menurutnya dalam mubahalah, setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika berada di pihak yang salah.

Mufti Perlis itu percaya mubahalah yang tidak memerlukan wang atau modal akan menghapuskan prasangka dan hukumannya adalah adil.

Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."

Katanya, dalam isu yang melanda negara kini, seeloknya bermubahalah agar orang ramai tidak berbalah dan bertelingkah.

"Selepas bermubahalah, kita serah keputusan kepada Allah," katanya.

-- BERNAMA

p/s:- Bung Nuar tak akan setuju la..lagipun siapa Nik Aziz ni?...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:51 AM | Show all posts
bersumpah jer la DSAI, insyaAllah lepas ni unkel AN & seangkatan akan percaya DSAI bersih dari liwat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:59 AM | Show all posts
Si Anwar ni nk bersumpah pun kena syarat syarat la pulak....
kalo diri tu dipihak yg benar..apa takut
bersumpah jer la..
:@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2008 10:00 AM | Show all posts
Sumpah junjung kitab tidak ada dlm islam la.. itu budaya kristian.

Apapun Anwar dah cakap akan bersumpah.  Tapi ko ingat babi UMNO ni boleh terima ke kalau Anwar sumpah? Aku gerenti akan ada aje alasan diaorg x mahu terima. Nak buat camner, org UMNO ni hati perut dia sudah gelap berkarat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 10:02 AM | Show all posts
sumpah je la... kalau tak wat salah bukan rugi pon.. dapat pulihkn balik kepercayaan org, tak perlu kuar duit pon..  tak paham btol aku.. nape la nk rumitkn keadaan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by a_gen2 at 7-7-2008 10:00 AM
Sumpah junjung kitab tidak ada dlm islam la.. itu budaya kristian.

Apapun Anwar dah cakap akan bersumpah.  Tapi ko ingat babi UMNO ni boleh terima ke kalau Anwar sumpah? Aku gerenti akan ada a ...


insyaAllah lepas DSAI bersumpah muhabalah, puak ameno akan percaya DSAI bersih dari liwat. CONFIRM!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by a_gen2 at 7-7-2008 10:00 AM
Sumpah junjung kitab tidak ada dlm islam la.. itu budaya kristian.

Apapun Anwar dah cakap akan bersumpah.  Tapi ko ingat babi UMNO ni boleh terima ke kalau Anwar sumpah? Aku gerenti akan ada a ...


tak kisah la budaya apa pun..itu budaya, bknnya ajaran
selagi tak terpesong dr ajaran islam dah la..
lgipun itu hanya satu cara utuk si anwar tu bersihkan diri dia
kalo g mahkamah pun..keputusannya akan tetap tak dapat memuaskan hati semua org

p/s : aku boleh terima sumpah anwar..kalo dia betul2 bersumpah tak buat semua keja tuh, walaupun since 98
lagi aku bukan dipihak anwar dlm kes nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.067765 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list