View: 1168|Reply: 22
|
blog dan undi pembangkang
[Copy link]
|
|
Kerap baca blog tidak semestinya undi pembangkang
17-06-2008 03:21:40 PM
KUALA LUMPUR: Laman web dan blog di internet hanya media pilihan keempat pengundi sebagai sumber maklumat pada pilihan raya 2008 selepas televisyen, akhbar dan ceramah politik.
Dapatan daripada kajian bertajuk "Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008" turut menunjukkan meskipun 80 peratus responden tahu mengenai blog, ia lebih digemari dan diterima oleh golongan kelas pertengahan dan bawah.
Kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz, Dr. Rahmat Ghazali dan Dr. Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu turut mendapati tiada data kukuh yang dapat menjuruskan bahawa kekerapan melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang.
"Setelah dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik yang kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet telah mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang.
"Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah," kata Dr. Baharuddin.
Kajian sebulan itu turut mendapati banner, poster, bendera dan risalah telah memainkan peranan dan pengaruh yang berkesan terhadap pengundi memilih pembangkang.
kredit: mstar.com.my dan bernama
nampaknya signal tu, sebab rakyat memang meluat atau apa sebenarnya? dah seratus hari rasa meluat tu makin meluap. yang panas dah terbakar. yang terbakar terus meletup.
tapi tulah alasan yang paling best yang pernah terfikir. gamaknya cybertrooper tu nakkan perhatian! |
|
|
|
|
|
|
|
kerap baca Utusan tak semestinya undi ameno. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun selalu baca akbar2 utusan, berita harian, metro dll tapi harakah aku jarang baca.. hampir xbacalah.. tapi aku tetap xundi BN |
|
|
|
|
|
|
|
kerap tengok tv3, belum tentu undi bn... |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ker keluar statement macam nie kat newspaper? |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ker keluar statement macam nie kat newspaper? |
|
|
|
|
|
|
|
fatut ler unibersiti2 kita jatuh merudumm....... |
|
|
|
|
|
|
|
OFF TOPIC:
MUNTZ... KO DAH BACA REPLY AKU KAT DLM PM KO.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 tobby's post
Utusan banyak ttg hiburan.....so mereka yg baca jenis suka hiburan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by maksubita at 18-6-2008 18:02
kerap tengok tv3, belum tentu undi bn...
Aku lak makin tgk tv3suku....makin rasa nyampah dan meluat.
Aku rasa bukan faktor blog BN kalah....tapi rasanya dah masuk faktor genetik masyarakat skang dah berubah. Rakyat malaysa mengalami mutasi gen disebabkan himpitan dari kerajaan babien. Faktor genetik yg alergik dgn kebusukan kepimpinan taik kuceng amenor. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangdalam at 18-6-2008 06:00 PM
prof kangkung ke tu
prof ITM... balaci umno la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Boycottt TV3!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tu je? malam ini penyu bangang.. |
|
|
|
|
|
|
|
maklumat yang disebarkan oleh pembaca blog untuk disebarkan semula ke kedai kopi dan disebarkan lagi sekali ke kedai kedai kopi yang lain tu yang membawa peranan...
jadi bagi aku ianya tetap membawa peranan....
Pembangkang tak perlu kerj kuat...
hanya fotostat artikel artikel dan gambar gambar Pak Lah dengan perempuan sahaja dan edarkan...
itu sudah cukup untuk pengundi atas pagar memilih side... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 peace's post
Sebelum ni takat puak2 ameno beli semer paper harakah nak kasi tutup fakta tak bagi tersebar...la ni takleh nak kata apa dah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|