CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15336|Reply: 67

M.A.Z.A. Bakal Dihukum Kerana Membela Rakyat

[Copy link]
Post time 9-6-2008 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Kemungkinan Mufti Perlis M.A.Z.A. akan dikenakan tindakan adalah besar kerana artikelnya yang keluar Mingguan Malaysia pada Ahad lepas, 8 Jun 2008.  Kepada kakicucuk kat Istana Perlis, SUK Perlis, kami cabar anda semua untuk menghukum beliau hanya kerana niatnya yang ingin membela rakyat ini.


Bacalah artikelnya yang bertajuk Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Rakyat di sini:

[MULA]

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi(631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.  Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.  Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?  Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta.  Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja.  Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas.  Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan.  Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 慉bd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini.  Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat.  Maka ustaz,ustazah dan penceramah pun 朼tas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca.  Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir.  Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis 杝eperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 憂asi lemaknya

Related collections:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2008 08:53 AM | Show all posts
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar?  Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas.  Bukan sekadar untuk 憁engenakan' si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi.  Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri.  Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah?  Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan.  Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 憃rang biasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 09:17 AM | Show all posts
Good artikel..... Teringat pulak pasal babi dan elok dibandingkan dengan orang2 mewah yang dinyatakan diatas....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #2 tumpanglalu74's post

kang manjang ada yang dok post DAULAT TUANKU!!!! .... mana leh sebut mende istana ni... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 09:22 AM | Show all posts
bagus artikel yg MAZA tulis...
kebenaran terbentang...tapi pemerintah akan pejam mata dan laksanakan hukuman..tunggu dan lihat
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 09:31 AM | Show all posts
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 慴erjiwa rakyat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-6-2008 09:39 AM | Show all posts
Bila2 nak sebut DAULAT TUANKU tu, ingat2lah ALLAHUAKBAR..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 09:54 AM | Show all posts
Interesting artikel...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2008 10:26 AM | Show all posts
gud job.... huhuhuhuhu aku suka baca artikel ini... satu peringatan yg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 10:46 AM | Show all posts
best2
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 10:47 AM | Show all posts
masalahnya sultan2,pak2 menteri dan  terutama nya pak lah nak ke baca artikal ni.....agaknya sebelah mata pun tak pandang....tahniah maza...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 11:17 AM | Show all posts
M A Z A nie sapa weii.. hiks
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 11:29 AM | Show all posts
ni kalau org2 yg terlibat baca sure pedih ulu hati mereka..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:00 PM | Show all posts
yelah.. M.A.Z.A ni sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:00 PM | Show all posts
- double post-
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by yellowfish at 9-6-2008 12:00 PM
yelah.. M.A.Z.A ni sapa?


M.A.Z.A tu stand for Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin....Mufti Perlis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2008 02:03 PM | Show all posts
well said.. well written.. teringt statement kt star, 'curb ur lifestyle.'. well, curb ur lifestyle too..Saidina Umar, bila pakai new robes pun had to explain to the public where he got it from so tht they won't speculate any misuse of public funds. Umar Aziz nak discuss dgn his son on personal matters would turn off his lamp yg minyaknya dibeli dgn duit rakyat.. elakkan pembaziran.

  yg kaya semakin kaya, yg miskin semakin papa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 02:35 PM | Show all posts
good article...suka ayat ni
"pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan"
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 02:39 PM | Show all posts
TAHNIAH MAZA..

pelik pulak Tim baca paper semalam..
artikel MAZA nak bela rakyat boleh terlepas pulak..
tapi dalam hati berkata2..
esok lusa kena ban lah MAZA.. tengok le nanti...
orang nak menyatakan kebenaran ini lah yang selalu jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 02:53 PM | Show all posts
aku rasa the next person muhyidin yassin pulak
sebab pertikaikan kenapa senang2 terima kemasukan ezam dalam umno
dah la dulu dia suggested pak lah jumpa tundet personally selapas tundet keluar umno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.080697 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list