CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9783|Reply: 118

Minyak naik, letrik naik, brg naik.. anda?

[Copy link]
Post time 5-6-2008 02:24 PM | Show all posts |Read mode
as consumers, apa pendapat anda.. x de ekk org discuss kat sini, semua dok tumpu kat CI.. huhu..

aku rasa teruk sgt as consumers.. geram sgt dgn kerajaan malaysia yg MENIPU. (bukan sbb harga minyak sgt).. mulut dorg x reti nak zip dok wat statement bagai, last2 hasil nye lain.. ckp berapi.. :@

benci pak lah n kuncu2 nye.. :@

[ Last edited by  laislabonita at 13-6-2008 01:36 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2008 02:51 PM | Show all posts
setuju tuu
kalau x silap, aritu depa kata nk naikkan harga bulan 8 kan??
tup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 03:02 PM | Show all posts
Rina pun dah takut nk masuk CI...kebanyakkan byk yang naik minyak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 03:27 PM | Show all posts
Aku pun naik minyak bila dgr rega minyak naik...

Mmg tak expect langsung naik sampai RM0.78sen.....

Ape le kenenya dgn Pak BLAH ni...aduiiiiiiiiiiiiiiiii...bukan setakat minyak je akan naik...tarif elektrik..pehni brg makanan....dah le beras naik senyap2 jerk..................semuanya cam samdol...

yg lagi aku wat naik minyak...menteri saper tu....ala Pak Shahrir Ulam Raja tu...ada ke pi kata rega brg takkan naik walaupun rega minyak naik???tolol bin Bahlol ke dia tu????taule rambut dah penuh uban....takkan dah nyanyuk...budud punya Pak menteri....dulu dia ni Ok...tp skang dah ikut jejak Pak Blah..

Najis tullllllllllllllllllllllll:@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 03:28 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by fariepari at 5-6-2008 02:51 PM
setuju tuu
kalau x silap, aritu depa kata nk naikkan harga bulan 8 kan??
tup
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 03:34 PM | Show all posts

Reply #4 medangmru's post

adusss...bila pk balik memang geram ngan geng menteri yg bengap ni...kita yang rakyat ni kena tanggung ...diorang apa pedulik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2008 03:48 PM | Show all posts
eh, rase mcm masok tred CERLY....ke CI....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 03:52 PM | Show all posts
tau x per...
semua naik...
kata ANWAR IBRAHIM...lepas pilihanraya..semua akan naik..
so..skrg nie..terbukti..
rasanyer  1 negara mmg geram nak BUNUH PAKLAH N SEANGKATAN DGN NYA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2008 04:25 PM | Show all posts

Reply #7 philipinoe2's post

Rina pun jadik confius balik ni.....

tapi kira oklah....marah punya pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 04:41 PM | Show all posts

Reply #7 philipinoe2's post

bg komen ahkak pinoe....nanti dpt kedit............
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by philipinoe2 at 5-6-2008 03:48 PM
eh, rase mcm masok tred CERLY....ke CI....


kak pinoe niii..cubit kangg
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 04:53 PM | Show all posts

Reply #10 medangmru's post

haah.betul tu akak pino..medang byk stock kedit. ..

patutla.terpk tadi...aih..maki kerajaan pun dapat kedit ....TQ medang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 05:09 PM | Show all posts
kalo minyak naik..semua naik...
kalo dah sekali naik..adakah ianya akan turun balik...??

yang paling teruk bila sekatan beli minyak trhadap orang negara jiran di tarik balik.. dapat gak depa rasa subsidi... patutnya kekalkan je sekatan tu...

skrg dalam diam barang pun naik harga...susu anak je dah berapa kali naik dalam diam... pening tau.. minyak lagi.. kat tempat aku ni public transport tak lah se ok KL nun..ada LRT bagai... nak gi keje kena naik keta lah.. minyak tu...??? jarak tempat keje dgn aku tinggal dalam 31km, asben aku pun sama dalam 32km (dia lagi banyak trafic light) kalo tak mo lalu traffic light kena lalu highway...

selalu isi kancil aku tu RM36... pagi tadi isi mencecah 51rm... waduh hai..

ni makanan beli kat kedai pun naik... apa yang tak naik...???:@

penat la nak pikir pasal duit 24 jam... nak suh jimat,rasa jimat dah..nak jimat apa lagi..sampai tak makan ke? nak wat keje lebih masa, balik keje dah kul bapa? takkan nak OT smapai malam kan.. peh tu kalo anak anak terbiar, mak pak jugak yang salah... sebab keje je takdak masa utk anak...

nak kurangkan perbelanjaan... nak kurang guane... harga barang naik beb!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 06:41 PM | Show all posts
Lee x paham pasal letrik naik tuh
ada sesapa bleh story ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 07:07 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by fariepari at 5-6-2008 02:51 PM
setuju tuu
kalau x silap, aritu depa kata nk naikkan harga bulan 8 kan??
tup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 5-6-2008 03:27 PM
Aku pun naik minyak bila dgr rega minyak naik...

Mmg tak expect langsung naik sampai RM0.78sen.....

Ape le kenenya dgn Pak BLAH ni...aduiiiiiiiiiiiiiiiii...bukan setakat m ...


mmg sah la brg naik.. aku rasa teket bas kompom naik, sblm ni pun dorg dah minta kenaikan 100%, la ni dah naik gile2 minyak, so mmg rase sgt dorg akan berusaha apa cara sekalipun utk naik harga teket bas, silap2 lebih 100%, kalau x dpt dorg nak mogok..

dorg ni wat decision x pikir habih2 ke.. (even aku rasa dorg x reti nak pikir, atau kalau reti pikir ke, dorgnye attitude "peduli hapa aku" )


:@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2008 07:14 PM | Show all posts
Originally posted by wardatulhamra at 5-6-2008 05:09 PM
kalo minyak naik..semua naik...
kalo dah sekali naik..adakah ianya akan turun balik...??

yang paling teruk bila sekatan beli minyak trhadap orang negara jiran di tarik balik.. dapat gak depa  ...

kat kl pun bukanlah ok sgt pun public transport die..

baru2 ni isu bas2 intrakota dan parkmay terbengkalai.. membazir camtu je.. RM500 juta lak tu.. pastu beli bas lain.. siapa lagi kontraktor yg terlibat kalau bukan si bedebah and the geng tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by n.lee18 at 5-6-2008 06:41 PM
Lee x paham pasal letrik naik tuh
ada sesapa bleh story ke


x paham macam mana?

smlm mmg die announce skali harga minyak dan letrik naik.. minyak naik hari ni, letrik naik 1 julai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by feirina at 5-6-2008 04:53 PM
haah.betul tu akak pino..medang byk stock kedit. ..

patutla.terpk tadi...aih..maki kerajaan pun dapat kedit ....TQ medang...


aku tgh naik minyak tadik......ringan je tgn tekan butang "rating".........
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 09:50 PM | Show all posts
apa kata che det  


Harga Minyak

Hargaminyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambatlaun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lainharga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijualpada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di AmerikaSyarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjukbahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialahbagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyakdi Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Sayamungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan dijalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja.Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalamipeningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglahkenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di UnitedKingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kitaadalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membelikita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikanini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikandari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju,tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.


Beberapahari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepadakenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenarmembeli semula. Terbalik!-->undilah paklah

Mengetahuiyang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orangasing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahajadaripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.

Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya,Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkanketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apakeuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidakmenikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilaiRinggit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.


SebenarnyaRinggit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 keRM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. JikaKerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgitpada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit bolehdipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu hargabarangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dankomponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalamDollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnyadikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

TetapiKerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dantelah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgithanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepadarakyat menerusi kekurangan kos import.

Ini bukanlah kecerdikanselepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang MenteriKerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglahsaya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejimkewangan antarabangsa.

Saya percaya umum terpaksa menerimakenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialahjumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum iniseolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianyadatang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualankepada orang asing.


Jikakenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi inibermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akanmenurun.

Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya ?penasihat?Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebihdaripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yangsaya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuatbeberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tigatahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari iniianya USD130 ? kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan didalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untungbersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kitapulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuhbilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selainminyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank jugamencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudahtentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Didalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran danmenaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapatmenetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkansedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggiberbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarikbukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuksikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanyapelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amatberkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia jugamelabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politikmempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakansombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yangmemerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia.Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisiindustri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikanuntuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kossara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruanekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjamansub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanandan akiviti tamak ?hedge funds? yang berterusan. Kemungkinan berlakunyaresesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya AmerikaSyarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turutditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

Kitatidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untukmengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapatdikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahajasegala masalah ini kepada rakyat seperti yang digambarkan cadanganuntuk menilai harga minyak setiap bulan.


Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 12:56 PM

dr forum MBC
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.066194 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list