CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zargoza

[Penulis] SITI ROSMIZAH: Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009

[Copy link]
Post time 12-9-2012 12:52 PM | Show all posts
mama baru habis baca buku Siti Rosmizah ni, Takdir Itu Milik Aku..................mama menangis gila babas.....sedeyyy, jalan cerita yg ringkas, nama nama plot dalam buku tu tak terbelit lidah, simple dan mudah.....hasil karya yg cukup menakjubkan...bagi mama...pas ni nak pi cari lagi hasil tulisan beliau!!!! tahniah Siti. buku mcm ni la yg buat hati tak mengutuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2012 12:57 PM | Show all posts
dalam buku tu, watak Dian buat mama gelak, buat mama menangis...yg bestnya mama layan novel tu kat opis, mama nanngis, sampai boss cina tu letak tisu depan muka....haiya...lu apa pasai, tengok ini buku mcm dictionary pun mau nangis ka....!!! lawak lawak.....tapi mmg padan muka zarif kena laser dgn dian....kalau mama lagi teruk si zarif tu kena!!!!

apa pun, mama sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa buku ni...buat koleksi mama!!! forumer kena pi cari cepat, kata popular bersusun baru sampai!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 09:21 AM | Show all posts
mamaezah posted on 12-9-2012 12:57 PM
dalam buku tu, watak Dian buat mama gelak, buat mama menangis...yg bestnya mama layan novel tu kat o ...

haah.... saya pun dah baca takdir itu milik aku. mmg tangkap leleh!  setakat ni dah baca tiga novel `SR. `ketiga tiganya mmg best dan menangis-menangis. rasanya kalau buat drama ke filem ke mesti gempak arrr....nak nak novel takdir itu milik aku. rasa-rasanya sapa yang boleh jadi dian ye...

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 08:40 PM | Show all posts
[url=][/url]

7 Hari Mencintaiku 2
Siti Rosmizah
Jadi orang pertama untuk tulis ulasan
Harga : RM 39.90*
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja


* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066054 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list