CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zargoza

[Penulis] SITI ROSMIZAH: Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009

[Copy link]
Post time 14-1-2011 03:12 PM | Show all posts
agaknya cite lafazkan kalimah cinta ni tak best sebab cara edit kot? Bukankah novel ni editor lain yg edit tak sama ngan novel yg lepas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 03:49 PM | Show all posts
Tetapi ramai yang masih menyatakan buku ini masih 'best' walaupun ada yang tidak setuju dgn pendapat ini. tetapi masing-masing punya pendapat dan jiwa tersendiri. mungkin pada si A katakan buku ini best tetapi si B katakan tidak best. sebab memang manusia dilahirkan tidak sama dari segi kepandaian, pemikiran, pendapat dan sebagainya...

Video panduan beli novel Lafazkan Kalimah Cintamu Secara Online
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 04:50 PM | Show all posts
aku pinjam buku ni. terus terang, aku mungkin tak akan baca karya SR ni lagi kot. yg latest ni sampai aku tak boleh abiskan langsung. nak baca skip2 pon tak boleh. pendapat lain2 kan. tapi aku tak paham kenapa ramai kata buku ni best sesangat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 05:18 PM | Show all posts
aku pinjam buku ni. terus terang, aku mungkin tak akan baca karya SR ni lagi kot. yg latest ni sampa ...
khaly Post at 19-1-2011 16:50



    me too...baca lompat2...last2 letak terus....
   tebal sgt kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 08:22 AM | Show all posts
x boleh masuk la cite ni...byk part yg x logik...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 04:38 PM | Show all posts
sesapa yang ada novel lafazkan kalimah cinta nak letgo murah2 pm hammy ye..ada jiran carik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2011 07:22 PM | Show all posts
best!!!!! baru baca bulan lepas..... best giler......
dia ada plot tersendiri.....ct rosmizah ada identiti tersendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 09:18 PM | Show all posts
pada me cite nie tak brape best. Tak boleh nak abiskan..baca pun lompat-lompat. jgn mare yerr penulis. nak bagi komen kena ikhlas kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2011 03:33 PM | Show all posts
buku terbaru siti rosmizah



7 hari mencintaiku
siti rosmizah
1050 mukasurat
Sila membuat pembayaran sebanyak RM32.90 untuk Semenanjung dan RM35.90 untuk Sabah & Sarawak (kos Pos Laju ditanggung oleh penerbit). Buku akan sampai kepada anda tidak melebihi 2 hari.


Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 03:34 PM | Show all posts
nak komen, sbb buku ni keluaran syrkt sendiri, tak kisah nak buat tebal mana..
harga mak ai
sesiapa yg dah baca sila komen..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 08:55 AM | Show all posts
LKC bg mek terlalu byk loyar buruk
Cara lawak dia just boleh bagi gelak utk hilang stress mcm tu jah
Tp bkn lah tahap lawak bersahaja ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 08:57 AM | Show all posts
Btw , buku yang terbaru ni , mcm tak nak beli je
First sebab mahal
Second sebab takut terjadi mcm novel yang LKC
Hampa je beli mahal2 nnt
Lepas tu 32 hinggit tu baik mek beli buku latihan spm
Lagi berbaloi


ceh , ada je alasan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 08:29 PM | Show all posts
Rain memang sedang baca novel ni sekarang.... dah sampai page 550 dah. Pendapat... boleh tahan la walau ada part-part yang agak boring dan terpaksa lompat sikit.
Tapi awal chapter memang sedih meruntun jiwa. Sampai nangis....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 11:26 AM | Show all posts
Reply 441# jingga007
semalam willy beli buku 7 Hari ni kat pesta buku..tak silap dapat 20%.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 11:28 AM | Show all posts
Reply 442# willy_wonka


    hmmm iye eh? nk beli tapi kan ... mek tgk tebal gila

macam boleh tahap muntah kalau baca byk2 muka surat tuh

ni pun semalam beli 10 buah novel lagi 3 buah belum beli kalau sempat pergi ari ni , nk sambar lagi 3 novel
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 11:31 AM | Show all posts
Reply 443# jingga007

memang tebal,beg jadi berat pasal novel ni je..hehe..willy tak minat pun SR nie..3 novel dia yang sebelum ni mmg tak boleh nak ngam..tapi nak cuba baca yang baru mana tau berubah hati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2011 07:02 PM | Show all posts
Reply 444# willy_wonka

willy...cepat2 baca n bagi review...adakah patut masuk senarai  wajib beli atau tidak... tapi regenya wow...sesak nafas...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 09:54 PM | Show all posts
Reply 439# mijot


    cover dia memang rasa teruja nak beli
    tengok pada harga kena fikir-fikir beberapa kali
    pandang wajah pengarang macam tak percaya pula
    dia buat cerita ala-ala loyar buruk, bahasa kasar2
    - penulisnya cantik bangat! -
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 09:58 PM | Show all posts
Reply 446# cmf_azure


kita tunggu uda abes baca,lepas tu kita pinjam
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 10:09 PM | Show all posts
Reply 445# asyriqa
akan cuba baca dalam masa terdekat..hehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.149994 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list