Siti akhirnya menghuni banglo RM6 juta
INILAH dia rumah Datuk K yang kini dihuni Siti Nurhaliza yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Gambar kecil, Datuk K dan Siti Nurhaliza.
KUALA LUMPUR - Setelah beberapa bulan sepi, banglo mewah bernilai lebih RM6 juta di Bukit Antarabangsa yang pernah diduduki Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa dan bekas isterinya, kini menerima kehadiran penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sebagai penghuni baru.
Banglo berkenaan yang sebelum itu diduduki bekas isteri Khalid (Datuk K), Tengku Zawyah Tengku Izham bersama anak-anaknya selepas perceraian mereka, dikatakan mula diduduki Siti sejak awal bulan ini.
"Memang benar Siti selalu berada di banglo ini semenjak bekas isteri saya pindah beberapa bulan lalu,'' jelas Khalid kepada Kosmo!.
|