CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10795|Reply: 46

mazda5, mazda6, cx-9 and mx-5

[Copy link]
Post time 17-5-2008 06:15 AM | Show all posts |Read mode
Momentum Zoom-Zoom

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Mazda memulakan kempennya menerusi empat model terbaru iaitu Mazda5, Mazda6, Cx-9 dan MX-5.




Bangkit daripada debu kemusnahan bandar raya Hiroshima, pengeluar kenderaan ini akhirnya berjaya menjadi salah satu jenama besar dalam industri pemotoran dunia. Menerajui teknologi enjin jenis rotary, Mazda sememangnya satu jenama yang telah mengalami revolusi yang cukup dramatik.

Dengan angka jualan mencecah jutaan unit setahun, masa depan Mazda nampak cerah, biarpun jenama itu pernah bergelut dengan masalah kewangan yang cukup serius, sebelum diselamatkan oleh Ford Motor Company pada tahun 1970-an.
Di rantau ini, pengaruh Mazda cukup kukuh di Singapura. Mazda seakan menjadi jenama nasional di sana. Berbeza dengan di Malaysia, Mazda bukanlah pilihan bagi mereka yang mahu lari daripada bayangan produk automotif tempatan, Eropah mahu pun Korea.

Sedangkan suatu ketika dahulu, kenderaan Mazda cukup diminati. Model seperti Familia, sama ada varian 323 atau 626 menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan sebuah jentera sedan bergaya dan tahan lasak.



MODEL MPV ini menerima perubahan drastik dari aspek fizikal dan mekanikalnya.

Malangnya, momentum itu tidak kekal lama. Berada di bawah naungan satu nama besar dalam industri permotoran iaitu Cycle & Carriage Bintang Berhad selama hampir satu dekad, jenama Mazda tidak gah sebagaimana sepatutnya. Ketika itu, Cycle & Carriage dilihat lebih memberi penekanan terhadap jenama mewah edarannya iaitu Mercedes Benz.

Tanpa sebarang kempen besar-besaran, model-model baru Mazda hanya disedari oleh segelintir peminat kereta yang tahu menghargai falsafah di sebalik tagline Zoom-Zoom syarikat tersebut.

Namun kini, nasib itu bakal berubah apabila anak syarikat Kumpulan Berjaya, Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengedar sah kenderaan Mazda di Malaysia.

Komited untuk memartabatkan kembali jenama Mazda di pasaran tempatan, Bermaz Motor memperkenalkan empat model baru yang pastinya dapat memenuhi ekspektasi para pengguna.


MAZDA6 memiliki ciri premium yang sukar ditandingi oleh pesaingnya.

Memulakan kempennya menerusi model Mazda5 (MPV), Mazda6 (sedan), Cx-9 (SUV) dan MX-5 iaitu model roadster yang turut dikenali sebagai Mazda Miata, Bermaz Motor yakin model-model ini mampu memberikan kualiti pemanduan, prestasi, keselesaan dan nilai terbaik buat setiap pemiliknya.

Kali ini, laluan ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi menjadi medan sekumpulan wartawan menguji keupayaan keempat-empat model ini. Memandu kesemua model Mazda ini melayan selekoh sememangnya satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

MAZDA6Bersaing dengan model seperti Honda Accord dan Toyota Camry, Mazda6 serba baru ini diletakkan dalam posisi sebagai sebuah sedan eksekutif. Menerima perubahan ketara dari semua aspek berbanding model sebelumnya, model ini merupakan satu pembelian yang berbaloi.

Reka bentuknya bukan sahaja memukau, malah ciri aerodinamik Mazda6 mempunyai tahap Coefficient of Drag (CD) hanya 0.27 iaitu terbaik dalam kelasnya.

Mazda6 dikuasakan oleh dua varian enjin sama ada 2.0 atau 2.5 liter, empat silinder sebaris, DOHC, 16 injap yang dipadankan dengan kotak transmisi Activematic lima kelajuan. Bagi varian 2.5, ia dilengkapi dengan paddle shifter bagi pemanduan yang lebih sensasi.

Tidak cukup? Model ini juga dipasangkan dengan sun roof, sistem audio Bose, butang penghidup enjin, sistem kunci pintar dan banyak lagi.


BUMBUNG MX-5 ini boleh dibuka atau ditutup dalam tempoh hanya 12 saat.

Harga yang ditawarkan bagi Mazda6 2.5 liter ialah RM170,888 sementara model 2.0 liter pula RM143,933 seunit (anggaran).

MAZDA5Menerima proses facelift yang sangat ketara, Mazda5 (juga dikenali sebagai Premacy di Jepun) ini menggabungkan elemen prestasi dengan gaya dan fungsi. MPV saiz sederhana ini menawarkan kualiti pemanduan seperti sebuah sedan dengan praktikaliti sebuah MPV.

Menggunakan khidmat enjin MZR bersesaran 2.0 liter dengan kotak gear automatik lima kelajuan Activematic, ia turut dipadankan bersama teknologi S-VT (sequential valve timing) dan Variable Induction System (VIS) untuk pemanduan yang lancar.
Bagi memudahkan penumpang untuk keluar masuk, Mazda5 dilengkapi dengan pintu gelongsor automatik di kedua-dua sisi tubuhnya.


PAPAN meter penuh gaya.

Susunan tempat duduk 6+1 dengan konsep karakuri membolehkan tujuh orang penumpang duduk dengan selesa. Ditawarkan pada harga RM149,000 seunit, anda boleh memilih daripada enam warna termasuklah biru, hitam, putih dan perak.

MAZDA CX-9Mahukan sebuah SUV premium dengan harga berpatutan? Anda mungkin perlu memandu uji model SUV Mazda CX-9 tujuh tempat duduk ini. Dilengkapi dengan enjin V-6 bersesaran 3.7 liter penuh kuasa, keseronokan pemanduan semakin terasa apabila kuasa itu disalurkan kepada transmisi automatik enam kelajuan Activematic.

Ruang kabinnya mewah dengan papan pemuka yang ergonomik dan moden. Sementara kapasiti penyimpanan barang boleh mencecah sehingga 487 liter dan boleh ditingkatkan apabila kerusi dilipat mengikut konfigurasi tertentu.
Dengan hanya tiga warna pilihan, CX-9 ditawarkan pada harga RM287,404.60 seunit.

MAZDA MX-5Memegang status selaku salah satu model roadster terbaik pernah dihasilkan di dunia, Mazda MX-5 tidak pernah mengecewakan. Dibangunkan atas konsep Jinba-Ittai yang bermaksud kuda dan penunggangnya sebagai satu, Mazda MX-5 menawarkan pemanduan yang paling mengujakan.

Lebih menarik lagi, generasi ketiga MX-5 ini sarat dengan inovasi terkini termasuklah bumbung yang boleh dilipat (HRT) dalam hanya 12 saat. Kerangka ringan MX-5 ini dipadankan dengan enjin MZR 2.0 liter dan transmisi automatik enam kelajuan (lengkap bersama paddle shifter). Kesemua ciri hebat ini boleh anda miliki pada harga bermula RM220,000 seunit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 08:25 AM | Show all posts
Mazda ni dia punya design memang cun. Dulu pernah pakai Mazda Astina, pick up hancus, pas tu terus blacklist model Mazda
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 08:36 AM | Show all posts
model-2 mazda mmg menarik, cuma tak berapa popular mungkin sbb resale value takde,spare part pon bole tahan mahal. mcm model lantis , road handling superb ,performance ok, harga mazda ni agak mahal juga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #2 zzcbr's post

pick-up hancus kerk..?? mase skolah2 dulu, astina ni ahh kete idaman... skrg..??!!! hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 12:28 PM | Show all posts

Reply #4 archilless's post

kete idaman nih...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 11:04 AM | Show all posts
Mazda 6 memang cun gilos tapi itu ler lagi mahal dari civic 2.0.. adesss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2008 11:51 AM | Show all posts
kawan aku pun ada pakai mazda3...lawa giler beb..,.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:29 PM | Show all posts

Reply #8 mentor77's post

yer ker...?

Kawan aku tak der yang pakai mazda...

So, tak dapat la nak merasa naik Mazda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Reign This user has been deleted
Post time 21-5-2008 12:49 PM | Show all posts
Rotary utk Versi RX je ker..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 03:48 PM | Show all posts
tadi baru nampak mazda6 yang terbaru..fuh tergoda jugak..warna pun cantik..light purple
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #10 Reign's post

RX memang versi rotary. Mggu lepas gua dgn hasben testdrive RX-8 & MPV MZR Turbo... pickup RX-8 mcm mazda lantis enjin V6 KFZE. MPV Turbo pulak marvelous giler... 5 kali lg syok driving dari estima! (pase husben aku selalu repir estima customer,tau le perbezaannye).

Enjin V6 KFZE tu hasben aku convert kat lantis kami dah 6 tahun pakei, ok je. Stakat ni nk kalahkan merc C200 kompressor & BMW325 xda hal ler...

Sape kata Mazda TAK POWER & TAK BAGUS... Mazda merudum di M'sia sbb Cycle & Carriage SENGAL bebeno & langsung xda mktg strategi, xda kuar iklan, xda apa pun aktiviti mazda sejak lebih 10 tahun lalu. Lagi satu C&C ni byk sgt le nak impot nk juai kete... kejap mazda la, merc la, chevi la, apa-apa la... dah mcm kedai pasar mini je.. Bukan pe, nak lawan Naza yg dok sebelah kat PJ tu..

Kalu di consentret (tumpukan) pada 1 jenis kete je sure bleh juai... mcm jenama lain yg laku giler di Msia (e.g. UMW-Toyota, Tan Chong-Nissan, Honda Msia, & x ketinggalan PROTON...)

Lupa cakap... Model terbaru Mazda yg kami dah testdrive adalah... Mazda3, Mazda5, Mazda6, CX-7, MPV & RX-8.

MAZDA>>> For People Who Think Different.....

[ Last edited by  lesung at 23-5-2008 03:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Reign This user has been deleted
Post time 27-5-2008 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by lesung at 23-5-2008 02:59 PM
RX memang versi rotary. Mggu lepas gua dgn hasben testdrive RX-8 & MPV MZR Turbo... pickup RX-8 mcm mazda lantis enjin V6 KFZE. MPV Turbo pulak marvelous giler... 5 kali lg syok driving dari esti ...


Orang taknak beli Mazda sebab Mahal dan Minyak....

RX-8 tu 1.3 X 2 L = 2.6 L tapi harga Roadtax 1.3 punya...

[ Last edited by  Reign at 27-5-2008 12:11 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 12:21 PM | Show all posts
Mazda 6 ringan lagi ringkas
Oleh Noor Azam Abd Aziz




PELANCARAN model terbaru Mazda 6 oleh Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, baru-baru ini, bukan saja menyajikan reka bentuk yang bergaya, malah mampu meningkatkan pe nguasaan jentera terkenal dari Jepun itu di negara ini.

PELANCARAN model terbaru Mazda 6 oleh Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, baru-baru ini, bukan saja menyajikan reka bentuk yang bergaya, malah mampu meningkatkan pe nguasaan jentera terkenal dari Jepun itu di negara ini.

Berbekalkan falsafah 慐volusi Baru Zoom-Zoom
Reply

Use magic Report

Reign This user has been deleted
Post time 29-5-2008 08:14 AM | Show all posts

Reply #14 amazed's post

Aku nak beli kereta ni lepas tu pasang NGV...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 09:40 PM | Show all posts
Mazda Premacy Hydrogen RE begins road tests                                                       
                                                                                                                                                                       


[color=#686868 ! important][color=#686868 ! important]Mazda Japan has started publicroad tests of the [color=#686868 ! important]Mazda PremacyHydrogen RE Hybrid, after only recently getting approval from Japan抯Ministry of Land Infrastructure and Transport (MLIT). After road testsare finished, Mazda plans to start commercial leasing of thehydrogen-powered hybrid MPV in Japan by the end of the 2008 financialyear.

The Mazda Premacy Hydrogen RE Hybrid is powered by a Mazda HydrogenRotary engine that can run on either petrol or hydrogen, switchable viathe push of a button. The hybrid rotary powertrain can produce 147horsepower, about 40% more than the version of the engine in the MazdaRX-8 Hydrogen RE. Driving using only hydrogen stored in the on-board 35MPa high-pressure tank achieves a maximum range of 200km.

View images of the Premacy Hydrogen RE after the jump.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 12:29 PM | Show all posts

Reply #13 Reign's post

Betul..save dari segi roadtax  1.3..

InsyaAllah kalau ada rezeki... kot la rx8 hidrogen boleh bawak masuk  sini kan.. sebab kat jepun dah ada

mazda since -+1991 lagi dah buat test hidrogen nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 17-5-2008 08:25 AM
Mazda ni dia punya design memang cun. Dulu pernah pakai Mazda Astina, pick up hancus, pas tu terus blacklist model Mazda


kalau RX-8 takkan nak blacklist aniki
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 12:56 PM | Show all posts
kete mazda ni mmg lawa....cuma xde fulus je nak beli....:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 01:04 PM | Show all posts

Reply #20 tuan_wu's post

Kalau beli pun sure ko rasa berbaloi beli hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 02:14 PM | Show all posts

Reply #21 lesung's post

biar papa asal bergaye ke ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 1.501884 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list