CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3842|Reply: 18

Nostalgia 'Si Penyengat'

[Copy link]
Post time 13-5-2008 12:35 PM | Show all posts |Read mode



Kehadirannya sering digeruni. Keupayaannya mengesan pasti membuat pihak musuh tidak lama di persembunyian. Begitulah hebatnya 憇i penyengat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2008 12:37 PM | Show all posts
Pembelian dan pengoperasian pesawat WASP adalah satu langkah strategik jangka panjang TLDM kerana bermula dari situ Cawangan Udara TLDM dapat mempelajari serta mendalami pelbagai aspek pengoperasian helikopter dalam senario peperangan maritim termasuk khidmat sokongan logistik. Pengalaman operasi ini tidak hanya terhad kepada warga KD RAJAWALI sahaja bahkan turut dikongsi bersama oleh Armada TLDM.

Dengan kehadiran pesawat WASP ini, TLDM telah dapat melatih juruterbang dan tim kejuruteraan udaranya untuk melaksanakan pelbagai tugas operasi maritim bersama armada kapal-kapal TLDM.

WASP mampu melaksanakan tugas seperti surface surveillance, over the horizon targeting, load lifting dan personnel transport. Sepanjang perkhidmatan dalam TLDM , WASP telah melaksanakan banyak penerbangan ehsan dari Lumut ke Ipoh dan Kuala Lumpur. Helikopter ini juga telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai tugasan seperti berikut:

a. Sebagai pelantar senjata untuk peperangan anti kapal selam.
b. Pengawasan permukaan di waktu siang dan malam.
c. Mencari dan menyelamat (search and rescue).
d. Pemindahan medevac dan casevac antara kapal di laut dan daratan.
e. Membantu pengumpulan maklumat perisikan bagi keperluan armada.
f.  Pemindahan anggota melalui 憊ertrep
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 12:40 PM | Show all posts
Walaupun helikopter WASP mempunyai kemampuan dan jangkamasa penerbangan yang terhad, helicopter ini telah memberi khidmat yang terbaik kepada TLDM. Sepanjang tempoh 13 tahun pengoperasiannya, ia telah berjaya mencatat lebih 10,000 jam penerbangan dan lebih 5000 kali pendaratan di geladak kapal (deck landing) pada waktu siang dan malam serta melaksanakan latihan untuk juruterbang dan jurutekniknya sendiri.



5000 kali pendaratan di geladak kapal tanpa kemalangan


Pesawat WASP juga telah mengekalkan rekod keselamatan penerbangan yang cemerlang dan memenuhi semua penugasan yang dipertanggungjawabkan dengan jayanya tanpa sebarang kecelakaan (zero-accident). Namun begitu, perkhidmatannya terpaksa ditamatkan kerana kos penyelenggaraan yang semakin tinggi serta kesukaran mendapatkan bekalan alat ganti. Pelucutan tauliah pesawat ini telah dilakukan di KD RAJAWALI pada 21 Disember 2001 oleh Panglima Tentera Laut ketika itu iaitu Laksamana Tan Sri Abu Bakar bin Abdul Jamal. Bersesuaian dengan pemodenan ATM, TLDM seterusnya telah memperolehi helikopter yang serba canggih iaitu Super Lynx yang dibina oleh GKN Westland Helicopters Limited, UK dimana kemampuan dan kecanggihan helikopter ini begitu terserlah semasa Eksesais Kerismas 24/04. Sementara itu, pada 28 Mac 2004 TLDM telah menerima empat helikopter AS 555 SN FENNEC dari jumlah enam yang dibeli dari Perancis. Pesawat telah menjalani pemasangan semula di KD RAJAWALI yang telah dilakukan oleh pegawai dan staf kejuruteraan KD RAJAWALI sendiri. Kedua-dua jenis helikopter ini akan dioperasikan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2004.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 12:41 PM | Show all posts
- post deleted -

[ Last edited by  jofizo at 13-5-2008 12:42 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 12:44 PM | Show all posts
Selain Malaysia, negara-negara lain yang pernah mengoperasikan pesawat WASP ialah United Kingdom, New Zealand dan Indonesia. Walaupun WASP tidak lagi beroperasi, tetapi perkhidmatan helikopter ini telah menyediakan laluan yang bermakna dalam operasi udara maritim kepada Cawangan Udara TLDM khasnya dan TLDM amnya. Kini, 6 buah helikopter berkenaan telah diserahkan kepada muzium dan institusi pengajian tinggi iaitu Muzium Maritim Melaka, Muzium TUDM Sg. Besi, Muzium Negeri Pahang, Universiti Sains Malaysia, Tronoh, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan yang terakhir akan diabadikan di Istana Alam Shah, Klang. Penyerahan WASP kepada pihak muzium membolehkan pihak berkenaan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang sejarah serta sumbangan pesawat WASP milik TLDM ini kepada negara.


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 02:20 PM | Show all posts
Aku pernah tengok secara rapat Wasp ni kat Muzium Navy di Melaka..takdelah nampak canggih sangat, teknologi 70-an je dan construction nampak simple...mungkin itu yg menjadikannya berfungsi dgn baik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2008 03:21 PM | Show all posts

Reply #6 areguard's post

tapi aku yakin budaya kerja yang cemerlang dan displin tingggi anggota pengendali dan krew teknikal adalah faktor penyumbang terbesar kepada rekod zero accident pesawat WASP..... bukan maksud merendahkan keupayaan TUDM dan PUTD... namun secara positif, kita patut mengkaji dan menilai cara kerja TLDM dalam mengendalikan WASP ni.... memang tak dapat diselindungkan kekaguman aku pada TLDM dalam hal ni.....

[ Last edited by  malarky at 13-5-2008 03:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 03:46 PM | Show all posts
lagipun bagi aku pesawat ini memberikan peluang kepada TLDM belajar menjadi satu pasukan laut elit yang mempunyai cawangan udara yang akhirnya membuahkan hasil menjadi pengendali pesawat rotari yang canggih dan digeruni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2008 04:50 PM | Show all posts

Reply #6 areguard's post

aku pun dah tengok 2-3 years ago kat melaka....surprisingly small. pada aku lah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by mmc at 13-5-2008 03:46 PM
lagipun bagi aku pesawat ini memberikan peluang kepada TLDM belajar menjadi satu pasukan laut elit yang mempunyai cawangan udara yang akhirnya membuahkan hasil menjadi pengendali pesawat rotari y ...

sangat setuju, pilot TLDM memang kelas!

-aneep-
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 05:30 PM | Show all posts
Record 0% accident tu menyatakan segala2nya ttg keupayaan caw. udara TLDM.

Dah byk berjasa WASP nih ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:28 AM | Show all posts

Reply #6 areguard's post

Wasp direka asalnya hanya sebagai torpedo carrier...sort of extension to the parent frigate.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:10 AM | Show all posts
Ingatkan Penyengat ni.....Ini pun orang panggil Penyengat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:48 AM | Show all posts

Reply #13 dang_oniey's post

Tu Penyengat Melayu...yang atas tu penyengat omputih
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:49 AM | Show all posts

Reply #13 dang_oniey's post

SY PUN INGAT PENYENGAT NI..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:53 AM | Show all posts

Reply #14 alphawolf's post

OOOOO tu kaaaa......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 12:40 PM | Show all posts

Reply #15 yusri191090's post

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #17 razhar's post

kalau dilayan makin menjadi... takpe.. biar yg mude hormat yg tue....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 01:16 PM | Show all posts

Reply #18 yusri191090's post

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067844 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list