CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5382|Reply: 39

Ziana Zain hamil lagi / idam anak perempuan

[Copy link]
Post time 2-5-2008 01:22 PM | Show all posts |Read mode
[tr][td]Ziana idam anak perempuan
02-05-2008 12:34:50 PM
oleh WAHIDA ASRANI

MENGINJAK usia 40 tahun bagi sesetengah wanita memang satu perkara yang cukup 'digeruni'. Mungkin kerana merasakan diri sudah meniti lingkungan usia yang semakin 'tua' membuatkan kebanyakan wanita agak gusar apabila mereka mula memasuki 'era' itu.

Namun tidak bagi penyanyi tersohor Ziana Zain yang langsung tidak rasa 'terganggu' dengan faktor usia itu meskipun dia juga baru saja menjangkau usia 40 tahun hari ini.

"Pada dasarnya, memang orang cakap angka 40 itu sudah tua. Bagi saya, itu hanyalah sekadar nombor. Kenapa perlu takut pada usia kerana tua memang tetap akan mengejar kita.


Keanggunan Ziana masih terserlah(Foto The Star oleh Brian Moh)
"Secara peribadi, bila sudah masuk 40 tahun ni, saya rasa diri sudah semakin berkeyakinan. Alhamdulillah, pada usia ini saya sudah memiliki keluarga sendiri dan karier semakin stabil.

"Bukan bermaksud saya rasa diri sudah lengkap. Banyak lagi perkara yang ingin dicapai, tetapi setakat ini saya bersyukur kerana dikurniakan dengan kehidupan seperti ini.

"Cuma apa yang saya perasan, saya sudah semakin sensitif pada sekeliling, terutamanya terhadap anak-anak.

"Hati saya cepat tersentuh dan marah jika lihat ada anak-anak yang bersikap kurang ajar terhadap ibubapa mereka. Mungkin kerana pada usia ini kita sudah lebih memikirkan tentang masa depan anak-anak kita," ujar Ziana yang ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya anjuran Rafflesia, di Hotel Le Meridien, baru-baru ini.

'Kejutan' majlis hari lahir itu diadakan buat penyanyi jelita itu dengan turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Nora, Fazli Zainal, Farawahida dan tidak ketinggalan adiknya sendiri, Anuar Zain.

Ziana juga turut melancarkan set perhiasan Mandalay Rubies yang bernilai RM3.8 juta pada majlis tersebut.

"Saya memang tak sangka hari ini mereka buat sambutan hari lahir saya. Ingatkan saya hanya hadir di sini untuk pelancaran set Mandalay Rubies saja. Setakat ini, saya sendiri tidak ada apa-apa perancangan sempena hari lahir.

"Saya pun tidak pernah harapkan apa-apa daripada suami. Selalunya, bagi kami berdua, kad adalah yang paling penting.
"Kami berdua memang selalu beri kad antara satu sama lain tidak mengira masa, bukan hanya pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan.

Ziana memotong kek hari lahirnya yang ke-40. Turut meraikan majlis tersebut ialah Fazli Zainal, Pengarah Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin, Nora dan Farawahida

"Bagi saya, pertuturan dan kata-kata di dalam kad memang cukup berbeza. Adakalanya apa yang terkandung di dalam kad itu maksudnya lebih mendalam. Tak perlulah bagi barang mahal-mahal," kata Ziana yang juga bakal menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-10 pada 9 Mei ini.

Ditanya mengenai harapan sempena hari lahirnya itu, kata ibu kepada dua orang anak, Muhammad Aiman, 8, dan Muhammad Ammar, 5 ini, dia hanya berdoa agar kehidupannya sentiasa bahagia.

"Insyaallah, jika ada rezeki saya ingin dapatkan baby lagi. Kalau boleh, saya teringin nak dapat anak perempuan kali ini. Tetapi, semua itu bergantung kepada rezeki Allah.

"Buat masa ini, saya sedang sibuk dengan pembikinan album terbaru. Jika semuanya berjalan lancar, barulah saya boleh fikirkan tentang baby baru kemungkinan tahun depan," tutur penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini.

Berbicara mengenai perkembangan karier seninya pula, kata Ziana, album terbarunya dijangka akan siap sepenuhnya sekitar bulan Jun nanti.

"Buat masa ini, saya sedang tunggu lagu daripada Greg Anderson dan Audi Mok. Kalau boleh, memang ingin siapkan secepat mungkin. Tapi, banyak perkara yang perlu diteliti.

"Begitu juga dengan tawaran berlakon. Kemungkinan besar saya akan membintangi drama arahan Erma Fatima yang mungkin akan disiarkan pada Hari Raya nanti. Sepatutnya penggambaran dibuat tahun lalu, tetapi terpaksa ditangguh kerana hal-hal tertentu," katanya yang kini sedang popular menerusi single Dingin dan Melara Jiwa.

[ Last edited by  Syd at 1-2-2009 01:24 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 02:02 PM | Show all posts
Gud luck ZZ - for your new album and oncoming baby girl.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 02:48 PM | Show all posts
sayang kak ziana!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 02:54 PM | Show all posts
tp bahaya la pregnant bile da 40 nih. bnyk complication.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 03:39 PM | Show all posts
elok le ziana zain habiskan masa jaga anak....menyanyi pun dah krg laku skrg...lebih2 lagi vokal pun dah semput...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by mekjena at 2-5-2008 03:39 PM
elok le ziana zain habiskan masa jaga anak....menyanyi pun dah krg laku skrg...lebih2 lagi vokal pun dah semput...


komen mcm anak harammmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2008 10:21 PM | Show all posts
  lalallalalalallal...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 12:32 AM | Show all posts
bersara aje menyanyi...jaga anak kat rumah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2008 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by eaey at 3-5-2008 12:32 AM
bersara aje menyanyi...jaga anak kat rumah...


selagi ada bakat.jgn sia2kan..jgn suka mengumpat kat belakang jamban rumanh n putus asa selepas kuarga ditimpa bala. mcm pah ko.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by budakpendekk at 3-5-2008 09:12 AM


selagi ada bakat.jgn sia2kan..jgn suka mengumpat kat belakang jamban rumanh n putus asa selepas kuarga ditimpa bala. mcm pah ko.


ziana rasa terkedu sgt lps dgr lagu Dirimu Satu...rase mcm berbaloi sgt tunggu album ziana
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 11:49 AM | Show all posts
ala akak ziana jgn pregnen dulu...nti album baru siap nak nak beranak plak..
kang x smpat nak masuk juara lagu,hits 1 final, aim bagai...
shorkan kak ziana pregnen 2 tawun lagi baru hoccay kots..
teringat lagu latest akak ziana dirimu sesuatu yang best itew....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by moskito_81 at 6-5-2008 11:49 AM
ala akak ziana jgn pregnen dulu...nti album baru siap nak nak beranak plak..
kang x smpat nak masuk juara lagu,hits 1 final, aim bagai...
shorkan kak ziana pregnen 2 tawun lagi baru hoccay kots ...


hahahahah
alah..tahu la dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 01:24 PM | Show all posts
Ziana Zain hamil lagi

GEMPAR seketika sekumpulan wartawan hiburan di Balai Berita minggu lalu apabila mendapat khabar berita kononnya Ziana Zain terbabit dalam kemalangan jalan raya. Siapalah agaknya yang suka menjaja cerita palsu, sedangkan empunya diri sedang enak dibuai mimpi dan beristirehat di rumah ketika itu.

Raja sebenarnya tak mudah percaya apabila mendengar cerita artis itu meninggal dunia, artis ini kemalangan jalan raya kerana ada kalanya benar, ada ketikanya palsu. Kalau cerita betul tak apalah, tapi kalau cerita palsu, tak ke menyakitkan hati. Raja sudah beberapa kali terkena dengan cerita palsu yang sengaja direka-reka. Agaknya dah tiada kerja lain, buatlah kerja yang mendatangkan kebaikan, bukan menyusahkan!

Sebenarnya bukan itu yang nak dibebelkan, di sebalik cerita Ziana kemalangan jalan raya, Raja dengar Ziana bakal menimang cahaya mata ketiga. Khabarnya, Ziana sedang hamil lebih dua bulan. Itupun Raja menerima perkhabaran daripada kelab peminat Ziana. Patutlah Raja lihat Ziana mengah semacam saja ketika Anugerah Juara Lagu 23, baru-baru ini.

Kalau betullah Ziana hamil lagi, Raja dan team B*Pop ucapkan tahniah pada Ziana dan Armin. Yalah, tentunya Ziana dan Armin impikan cahaya mata perempuan pula selepas mendapat dua anak lelaki. Muhammad Aiman, 8, dan Muhammad Ammar, 5, pun sudah besar, jadi tak salahlah percaturan Ziana nak hamil lagi.

Cuma yang Raja risaukan bagaimana dengan album Ziana. Sudah lama Ziana tak muncul dengan album baru, rasanya sudah lebih enam tahun. Lagu Dingin ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik, Azalea bakal dimuatkan dalam album Ziana yang masih belum siap itu. Dulu, Ziana pernah beritahu Raja, dia menantikan waktu sesuai untuk muncul dengan album baru, ketika itu Ziana baru saja melahirkan Ammar.

Tahun demi tahun album Ziana tak juga siap sehinggalah syarikat rakaman yang dinaunginya, EMI (M) Sdn Bhd ditutup, album Ziana masih tak siap. Apa jadi dengan album yang sudah lama terperap itu agaknya? Nak dibekukan ke?

RAJA: Sedang menunggu Erra Fazira bersalin bulan depan. Tak sabar nak tengok bayinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 09:42 PM | Show all posts
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah S.W.T


Kalau boleh kak Ziana beranak2 la lagi yea biar minimum 5 org ... lagi ramai pun takpe ...

Lelaki ke perempuan tu takpelah, terima je rezeki daripada Allah S.W.T
Kalau tak dapat anak perempuan, dan nak juga anak perempuan, leh ambil anak angkat ... yang penting didik semuanya jadi insan yang berguna dan mulia
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:43 AM | Show all posts
aku tertengok My Starz Lg...part last Ziana Zain jadi guest artis.....nyanyi lagu dingin.....walaupun mimimg tapi takpe aku suka giler....lepas rindu aku....seri ibu mengandung naik betul la....ziana zain pakai baju pon semua yg tak ikut body...dia pakai baju yg ropol2...

tapi aku noticed ziana zain walaupon umur 40 jauh lebih muda dari peserta My Starz Lg tu.....memang betul...nampak muda n fresh ngan rambut tu...aku suka n sejuk mata mandang...


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 01:56 AM | Show all posts

Balas #5 mekjena\ catat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 01:57 AM | Show all posts
soal2 ank ni aq xnk leser2, sb  tu keje tuhan.. asalkan sihat ok le 2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 07:55 AM | Show all posts
haaaa kan ....pandai pun ..so kalo semput nynyi tu takan ko tak paham2 kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 09:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 01:43 PM | Show all posts

Balas #19 ninja\ catat

ngaku pown ko yg dy 2 semput.. tp ngandung bkn boleh di jadikan alasan k.. at least aq ni tau pe yg leh di laserkan, bkn membute tula pekak badak cam ko 2..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064655 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list