CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Risma

AL Fatihah buat TS SM Nasimuddin dan takziah buat keluarga

[Copy link]
Post time 2-5-2008 08:29 AM | Show all posts
inalillah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 08:38 AM | Show all posts
Ujian dr Allah..semoga tabah menghadapinya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:40 AM | Show all posts
dah meninggalpun
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:05 AM | Show all posts
NASIONAL Nasimuddin meninggal


KUALA LUMPUR: Pengerusi Naza Motor, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di Amerika Syarikat kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru.

Allahyarham berada di Amerika untuk menemani isterinya menjalani rawatan kanser di sebuah pusat rawatan di sana.

Ahli keluarga Allahyarham sedang membuat urusan untuk membawa pulang jenazahnya ke tanah air untuk dikebumikan.



Allahyarham menerajui Kumpulan Naza, sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang diasaskan pada 1974.

Kumpulan Naza sebanarnya terdiri daripada 14 bahagian perniagaan termasuk penjualan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, bot, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin terkenal sebagai seorang usahawan yang low profile. Bagaimanapun, dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan, empayar automotifnya dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion

Di Malaysia, keuntungan sebuah syarikat automotif yang berdaya maju dianggar berdasarkan nilai jualan yang dicatatkan. Justeru, keupayaan kumpulan itu membuat tawaran membeli 40 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd dan membangunkan kilang pemasangan dan kejuruteraan di Bertam, jelas menunjukkan ia syarikat yang kaya tunai.

Sehubungan itu, penganalisis mengangarkan Kumpulan Naza bernilai lebih RM6 bilion terutama dengan mengambil kira prestasi yang dicatatkan bahagian automotif, hartanah dan perhotelannya.

Dilahirkan pada 1955, Nasimuddin meminati kereta dan industri automotif sejak menuntut di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada usia 21 tahun, bermodalkan RM80,000 yang ditabung hasil upah kerana pembantu bapanya seorang kontraktor, beliau mula terbabit dalam perniagaan kereta mewah terpakai memanfaatkan dasar Permit Import (AP) untuk Bumiputera pada 1975.

Dengan RM80,000 itu beliau membeli 20 AP dan terbang ke Jepun. Selepas tiga bulan mendalami selok belok perniagaan kereta terpakai, Nasimuddin membawa pulang 20 kereta dan habis menjualnya dalam tempoh tiga bulan.

Nasimuddin memulakan perniagaan automotif di sebuah rumah kedai di Taman Maluri. Pada 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan menjual antara 40 hingga 60 unit kereta sebulan.

Kebangkitan Nasimuddin dalam industri automotif adalah sepantas kereta sport mewah yang diminatinya seperti Porche dan Ferrari.

Perjalanan perniagaannya bukan tanpa cabaran, terutama daripada aspek pembiayaan dan bagaimana untuk meyakinkan pelanggan membeli kereta terpakai, tambahan pula ketika itu ramai pengguna yang kurang berkeyakinan terhadap kereta Jepun.

Bagaimanapun, minat mendalam terhadap apa yang dilakukannya membolehkannya melalui semua itu dan hinga kini, beliau muncul sebagai antara tokoh automotif paling digeruni dengan menawarkan kereta mampu milik seperti Naza Sutera hinggalah kepada kereta import mewah seperti Naza-Brabus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:06 AM | Show all posts
alfatihah......amin.....

takziah kepada kepada kuarga beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:07 AM | Show all posts
innalillah.takziah utk keluarga allahyarham.AL-FATIHAH.

[ Last edited by  pruep3 at 2-5-2008 09:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2008 09:15 AM | Show all posts
nnalillah..takziah buat keluarga beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:15 AM | Show all posts
~al-fatihah~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 09:23 AM | Show all posts
penangan merokok...! banyak sangat kesan merokok membawa maut .
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:31 AM | Show all posts
al fatihah. ada keluar dlm news kat radio or tv ke.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:33 AM | Show all posts
sedihnya....al fatihah utk puan sri n anak2 beliau
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:37 AM | Show all posts
Inalillah Al-Fateha
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:40 AM | Show all posts

Reply #28 sincewhen's post

bersyukur je apa yg dapat tu....company aku pun dpt rendah gak..sales mmg lembap year 2007 nak buat cane..

atleast bagus dari org gomen yg tak dpt bonus tu ha
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:45 AM | Show all posts
Syed Nasimuddin- Naza dah meninggal

Nasimuddin meninggal

KUALA LUMPUR: Pengerusi Naza Motor, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di Amerika Syarikat kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru.

Allahyarham berada di Amerika untuk menemani isterinya menjalani rawatan kanser di sebuah pusat rawatan di sana.

Ahli keluarga Allahyarham sedang membuat urusan untuk membawa pulang jenazahnya ke tanah air untuk dikebumikan.

Allahyarham menerajui Kumpulan Naza, sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang diasaskan pada 1974.

Kumpulan Naza sebanarnya terdiri daripada 14 bahagian perniagaan termasuk penjualan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, bot, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin terkenal sebagai seorang usahawan yang low profile. Bagaimanapun, dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan, empayar automotifnya dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.

Di Malaysia, keuntungan sebuah syarikat automotif yang berdaya maju dianggar berdasarkan nilai jualan yang dicatatkan. Justeru, keupayaan kumpulan itu membuat tawaran membeli 40 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd dan membangunkan kilang pemasangan dan kejuruteraan di Bertam, jelas menunjukkan ia syarikat yang kaya tunai.

Sehubungan itu, penganalisis mengangarkan Kumpulan Naza bernilai lebih RM6 bilion terutama dengan mengambil kira prestasi yang dicatatkan bahagian automotif, hartanah dan perhotelannya.

Dilahirkan pada 1955, Nasimuddin meminati kereta dan industri automotif sejak menuntut di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada usia 21 tahun, bermodalkan RM80,000 yang ditabung hasil upah kerana pembantu bapanya seorang kontraktor, beliau mula terbabit dalam perniagaan kereta mewah terpakai memanfaatkan dasar Permit Import (AP) untuk Bumiputera pada 1975.

Dengan RM80,000 itu beliau membeli 20 AP dan terbang ke Jepun. Selepas tiga bulan mendalami selok belok perniagaan kereta terpakai, Nasimuddin membawa pulang 20 kereta dan habis menjualnya dalam tempoh tiga bulan.

Nasimuddin memulakan perniagaan automotif di sebuah rumah kedai di Taman Maluri. Pada 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan menjual antara 40 hingga 60 unit kereta sebulan.

Kebangkitan Nasimuddin dalam industri automotif adalah sepantas kereta sport mewah yang diminatinya seperti Porche dan Ferrari.

Perjalanan perniagaannya bukan tanpa cabaran, terutama daripada aspek pembiayaan dan bagaimana untuk meyakinkan pelanggan membeli kereta terpakai, tambahan pula ketika itu ramai pengguna yang kurang berkeyakinan terhadap kereta Jepun.

Bagaimanapun, minat mendalam terhadap apa yang dilakukannya membolehkannya melalui semua itu dan hinga kini, beliau muncul sebagai antara tokoh automotif paling digeruni dengan menawarkan kereta mampu milik seperti Naza Sutera hinggalah kepada kereta import mewah seperti Naza-Brabus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:48 AM | Show all posts
Al Fatihah buat arwah
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:51 AM | Show all posts
al-fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 09:53 AM | Show all posts
al fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:27 AM | Show all posts
takziah untuk family tan sri.... die x-boss fanta nie....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:51 AM | Show all posts
takziah kpd keluarganya..
inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:53 AM | Show all posts
Al -Fatihah...Takziah buat keluarga...

korang..mcmmana dia leg tau dia ade lung cancer erk? dia g cek ker?
kan ke dia g us teman wife dia...Cepat tul kan...Tetiba dah meninggal..Seram pulak dengar.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.368208 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list