CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4524|Reply: 21

peristiwa 58 tahun lepas

[Copy link]
Post time 18-4-2008 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Tempat: Kaherah - Kawasan Hilmiyah
Waktu : Selepas tengah malam 12 Februari 1949

Peristiwa:
Diwaktu malam yang hening, sebuah kereta polis menuju ke satu jalan dibandar Hilmiyyah, Kaherah. Kereta-kereta berhenti, sekumpulan tentera yang bersenjata bergegas mengepung kesemua jalan dan kawalan diketatkan disekitar sebuah rumah yang tak seberapa di tengah-tengah jalan. Tiba-tiba datang sebuah kereta ke arah rumah ini. Para tentera pun berbaris memindahkan sekujur badan yang kaku yang diambil dari kereta itu lalu cepat-cepat dibawa ke dalam rumah. Mereka pun mengetuk pintu, lalu seorang tua yang melewati usia 90-an membuka pintu. Beberapa orang pegawai memasuki rumah tersebut sebelum jasad dibawa masuk bagi memastikan tidak ada orang lain disitu. Arahan tanpa kompromi diberikan kepada si tua, Tidak boleh ada suara! tidak boleh ada takziah! Dan tidak seorang pun yang berkepakaran boleh menguruskan mayat, hanya engkau dan ahli rumah sahaja! Pengkebumian mesti dibereskan tepat pada jam sembilan pagi!

Orang tua itu ialah bapa orang yang meninggal itu, sekalipun begitu sedih dan tua, beliau bangun menguruskan pengkebumian anaknya. Lalu si tua itu pun menyapu darah anaknya kesan peluru-peluru yang mengkakukan tubuhnya.

Pagi pun menjelma, para pegawai datang sebagaimana janji mereka, "Marilah bersama anakmu Kebumikanlahnya!" Maka si bapa yang berusia 90 tahun bertempik "Bagaimana aku ingin membawanya? Tenteralah yang kena bawa!". Jawapannya adalah "Ahli keluargalah yang mesti membawanya!" Padahal yang tinggal hanyalah perempuan-perempuan dan seorang budak lelaki kecil.

Sekujur badan dibawa ke jalan yang dipikul oleh isterinya dan anak perempuannya. Dibelakangnya hanyalah ayahnya. Barang siapa yang berani mengiringi jenazah itu maka penjaralah kesudahannya. Sesampainya jenazah itu kesebuah masjid untuk disembahyangkan, tiba-tiba masjid itu kosong daripada seorang pun hatta orang yang berkhidmat terhadapnya( pegawai-pegawai masjid)

Si bapa pun bersolat jenazah dan diikuti oleh ahli bait yang terdiri daripada perempuan. Kemudian mereka pun mnurunkannya ke dalam kuburnya. Kesemuanya pulang ke rumah dengan kawalan yang begitu ketat. Inilah jenazah Imam As-syahid Hassan Al-Banna. Dan penangkapan selesai dilakukan terhdap jiran-jiran, bukan kerana apapun tetapi kerana mengucapkan takziah kepada keluarga ini. Kepungan dilakukan bukan sahaja terhadap rumah kerana bimbangkan revolusi yang akan dilakukan oleh mereka yang datang memberi takziah, bahkan kepungan juga turut dilakukan terhadap kubur kerana bimbangkan akan ada orang yang datang mengeluarkan jasad dan mendedahkan jenayah. Dan pegawai-pegawai polis pun berkeliaran di masjid-masjid bagi mengarahkan masjid ditutup selepas setiap kali solat kerana akan ada orang yang berani memprotes kezaliman terhadap arwah.


_Allahu a'lam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 12:15 PM | Show all posts
korang ni paham ke konsep apa itu CURRENT ISSUE? kesian wa kat Muntz, Tira ngan Dex camni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 12:17 PM | Show all posts

Reply #2 yipun78's post

tazkirah di pagi Jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 12:22 PM | Show all posts
Al Fatihah di sedekahkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 12:43 PM | Show all posts
Al-fatihah...
tazkirah sementara solat jumaat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 03:27 PM | Show all posts
kezaliman yg sebegini sama juga dilakukn kepada as-syahid ibrahim libya dan pgikutnya..
para thorut...nti la azabnya..ssungguhnya azab Allah amat la pedih..
dah terbukti kepada thorut yg mlakukn kezaliman As-syahid imam hasan al-banna..mayat si thorut ni tak diterima bumi mesir...tak payah sbut nama..korg da tau sape yg bunuh imam hasan al-banna..
jd bila lagi azab kepada penzalim pristiwa memali?tgu dan lihat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2008 03:33 PM | Show all posts
alang-alang dah terbaca.... kena la komen

current issue ni - kezaliman tu tak pernah berhenti...
lepas satu diktator naik satu diktator...
sedangkan orang berkaliber macam AsSyahid Hassan Al-Bana ni lahir 100 tahun sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 03:35 PM | Show all posts
current issuenya ialah no enuff current...slalu je blackout...penjaga elektrik msia dah nak mampos...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 03:36 PM | Show all posts


ni kes ikhwanul muslimin kan?? ... time tuh gamal naser jadi presiden egypt kan??
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 03:42 PM | Show all posts
ADA KENA MENGENA KE KISAH NIE DENGAN KEADAAN KAT MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 03:47 PM | Show all posts
rasanya topik ni lebih sesuai kat bod sejarah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 03:59 PM | Show all posts
Karen Isu---------- budaya org kita ni mmg tak bleh nak dipisahkan dengan :

1.tak paham tapi komen mcm faham
2.selalu ingat yang ada hari ni...padahal  tajuknya 58tahun lepas.. so cuba2 le relate skit dgn zaman skarang ni..tak kira kat bumi mana pun
3. kalau tak faham .... cuba bace komen org lain dan compare dgn apa yg ada dlm pale tu compatible tak degan yg ada..
4. kita slalu amik jalan shortcut.... sebab tu ada yg tak faham...

5.  mana yg faham tu aku rasa mmg dorg ni  oeg yang salu muhasabah diri....  

bila ada aksiden..nengok2 kalau ada yg kita bleh tolong.. jangan dok langgar lagi dahler..



Always positve...kita bukannya salu betul pun...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 04:41 PM | Show all posts
Aku move jer lah ek. Tapi aku tinggalkan link supaya korang boleh posting kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 18-4-2008 03:36 PM
http://photos.friendster.com/photos/20/32/11132302/20516608053187l.jpg

ni kes ikhwanul muslimin kan?? ... time tuh gamal naser jadi presiden egypt kan??


kes nih berlaku zaman mesir bawah sistem beraja lagi
cuma tak ingat zaman tu raja apa yang memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 04:52 PM | Show all posts
aku ingat sapa yg buat topik ni, rupanya seorang 'mod'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 05:06 PM | Show all posts

Reply #15 paler kembang's post

If bukan MOD why?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2008 05:13 PM | Show all posts

Reply #13 Muntz's post

kau ni kena provoke kat bod CI pun  kalut..relax ler..  ramai sgt otai suh kau moved kot?   takat bace jer dah nak demonstrasi thread plak....

ni baru satu topic..



budaya takut ler katakan...


p/s: BACE BOLEH... NAK PERCAYA SENDIRI FIKIRLA.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:15 PM | Show all posts
apa iktibar dari jalan cerita ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 04:24 PM | Show all posts

Reply #15 paler kembang's post


bangang punya MOD...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 06:41 PM | Show all posts
al fatihah buat as syahid hasan albanna
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.078198 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list