View: 37159|Reply: 62
|
Hati hati selepas melawat orang meninggal
[Copy link]
|
|
Sekadar Bacaan - dapat dr emel kekwan forward kan.
Assalamualaikum... Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. " |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu... kalau dengar orang bagi salam kat pintu rumah kita... jangan jawab terus, pergi tengok siapa dulu...
sbb my MIL kena badi mayat... dengar org bagi salam, then dia terus jawab...
lepas tu... bila malam jer, badan sejuk sgt, muka pucat lesi...
nasib baik ada arwah pak ngah yang pandai berubat ni (pak ngah ni yg ubatkan penyanyi aisyah dulu).
sebaiknya, balik dari mana-mana pun, bila-bila pun, basuh la kaki muka dulu baru bermesra dgn family. kaki kotor ke, debu ke, busuk ke... muka sure kena habuk, asap...
itu sebab rumah orang lama ada tempayan kat depan pintu ye... ada hikmah tersembunyi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 manakautau's post
setuju!...cam silap thread je |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bidaah ke ni? Seolah2 orang matini ada kuasa lak or macam dulu2 orang suka cakap ada 'BADI"
Saya Alhamdulillah tak ada apa masalah pun walaupun pernah iring mayat kawan saya dari Arau ke KL..
Saya juga pernah angkat mayat kawan office saya yg Chinese yg meinggal di office ke kenderaan jenazah tu. Dan kemudian saya pergi jugak bila mayat dia di bakar di PJ kat jalan 222 tu..
Jadi kalau ada email2 macam ni eloklah jangan di forwardkan kecuali kalau ada dalil2 sahih samaada dalam bentuk HAdis atau ayat Al Quran yang menyokong nya..
Bahaya kalau benda2 bidaah ni kita sebarkan..
Maaf kalau saya tersilap..
[ Last edited by cikgutuition at 10-4-2008 11:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
baru pes time dgr cam ni, sbb setau saya kita digalakkan melawat org meninggal rather than mengahdiri kenduri kahwin utk meningkatkan lagi keinsafan....
cakap pasal badi mayat ni teringat pasal member dulu, tukar pikiran tak mo ambik medik pasal 1st year kena bedah mayat, takut badi mayat katanya |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni dulu si odio dah letak tak silap kat MPS
taun sudah |
|
|
|
|
|
|
|
tapi agak meremang bulu romaku bile bace... |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo...i'm sori klu dah ada atau salah thread...tujuan sy cuma nak kongsi ngan kawan2 kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf cakaple kawan2..
Saya ni lebih takut dengan penjenayah2 dan perompak2 yang masih hidup tu daripada yang telah matini..
KAlau BADI tu sebenarnya lebih kepada kesan psikologi atau lemah semangat..or boleh jadi jugak Allah nak menguji kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud badi tu sebenarnya? ku tanya my hubby dia melawak lak cakap badi tu buddy la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by misy at 10-4-2008 11:16 AM
apa maksud badi tu sebenarnya? ku tanya my hubby dia melawak lak cakap badi tu buddy la...
Misy,
Badini macam tulah or kalau org mengandung cam kena kenan..
Saya x pasti sgt tapi badini biasanya ialah 'side effect' kalau tengok orang dah mati seeprti kena demam ke, teringat2 muka org yg dah mati tu etc..
NI dari Kamus Dewan "
badi 1. kesan buruk yg dialami oleh seseorang spt sakit (demam dsb) kerana mendekati bangkai binatang atau orang yg mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu): terkena ~ kerbau; 2. kelakuan luar biasa yg didapati pd masa dilahirkan (biasanya menyerupai sesuatu jenis binatang spt kera, anjing, dsb, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu), kenan: budak itu mempunyai ~ kera; "
|
|
|
|
|
|
|
|
me dok pikir org yg jadik ahli forensik atau pon org2 yg involve utk post mortem mayat tu takde yg kene badike? ade tu me ngk citer omputeh kat sini..dorang keje lapah mayat utk amik organ2 atau tisu org mati tu steady je..tak takut ape pon..tgk citer tu negeri pon ade.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aryssaharris at 10-4-2008 11:23 AM
me dok pikir org yg jadik ahli forensik atau pon org2 yg involve utk post mortem mayat tu takde yg kene badike? ade tu me ngk citer omputeh kat sini..dorang keje lapah mayat utk amik organ2 atau ...
Mayat tu secara fizikal dah x boleh buat apa2 dah pada kita..CUma maybe roh dia..Tapi dalam Islam boleh ke roh communicate dgn kita or menampakkan diri? Maybe boleh rasa presence dia org je kot..
Dan kdg2 sesetengah drpd kita lelbih sensitive 6th sense dia..And bayi oun kalau x silpa leh nampak.. Wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
roh org mati mmg boleh melekat.
member aku dulu ahli prsatuan bulan sabit merah, ada eksiden depan skolah dia masa form 4. dia gi tolong, tunggu sampai ambulan sampai, dia ikut naik ambulan. tapi org tu mati dlm perjalanan.
3 tahun lepas (11tahun lepas kejadian), aku dpt tau member aku ni hilang kerja, susah dan memacam. masa tu dia baru kawin. bila aku kontek dia, dia bgtau aku sblom dia kena buang keje, dia kena sakit "gout" kat kaki kiri, berlarutan sampai setahun stengah sampai le boss dia ungkit dia byk MC dan emergency leave. sampai satu masa, dia dpt jumpa dgn sorang yg pandai berubat, katanya ada roh melekat kat kaki kiri dia tu. bila ditanya, "pernah jumpa org mati tak?". bila dia ingat balik, org yg mati eksiden dlm ambulan tu meninggal kat riba dia la, kaki kiri. so, dia berubat dan lebih kurang 6 bulan pastu baru dia tak sakit2 lagi dah. itu lah antara yg kita panggil "badi mayat".
aku penah tanya kat ustaz2 (satu geng harun din dan ismail kamus) kat bangi, dia kata mmg roh boleh melekat macam tu. banyak le benda yg mistik dan tak nampak oleh mata kasar yg kita tak tau dan perlukan org yg pandai utk menguruskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 cikgutuition's post
kebanyakan bebudak lom baligh mmg boleh nampak.
jarang yg ingat bila dah besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 cikgutuition's post
oo side effect yg mistik la lebih kurang |
|
|
|
|
|
|
| |
|