View: 1205|Reply: 4
|
Pak Lah: saya angkat sumpah jd PM hari ini..saya tidak tertekan
[Copy link]
|
|
SUMBER: Berita Harian
Saksikan di RTM1 (11am)
[ Last edited by jenglut at 10-3-2008 10:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Baca betul2... ANGKAT SUMPAH ke ANGKAT SAMPAH? kalau nak penyapu... Khir Toyol boleh sediakan... siap ngan tempe sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Pork Lah berenti je la...................... |
|
|
|
|
|
|
|
ALOR STAR, 9 Mac (Bernama) -- "Ini kali kita mahu makan panadol", begitulah kod yang diberikan oleh kaum Cina sebagai isyarat mereka akan menyokong PAS, merujuk kepada lambang bulan pada bendera parti itu.
Tinjauan Bernama selama seminggu sebelum pilihan raya mendapati terdapat "petanda" bahawa rakyat di Kedah sama ada Melayu, Cina dan kaum India mahu bertukar kerajaan dan mereka menunjukkan isyarat membalikkan tapak tangan dan berkata "kalih".
Menerusi isyarat itu juga mereka sanggup mengundi calon bebas di Bukit Selambau apabila calon Keadilan tidak layak untuk bertanding.
"Yang penting kita kalih (tukar kerajaan), kita tak kira siapapun yang bertanding," kata seorang pengamal perubatan Dr Roshidi Ismail kepada Bernama.
Mengapa rakyat bertindak sedemikian rupa Kenapa mereka begitu marah dengan kerajaan dan apakah isu besar yang menyebabkan mereka mahu menukar kerajaan.
Sebenarnya di Kedah, demam pilihan raya tidak panas dan keadaan yang tenang itu rupanya membawa makna yang lain - mereka telah buat keputusan.
Seorang penyokong BN yang juga kakitangan kerajaan negeri yang mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, desakan untuk menukar kerajaan dapat dirasai beliau apabila ceramah-ceramah calon BN tidak mendapat sambutan malah kaum Cina dan India tidak kelihatan untuk mengikuti ceramah mereka.
Katanya, ribuan orang dari pelbagai kaum menghadiri dan mengikuti ceramah pembangkang walaupun adakalanya ia hanya disiarkan menerusi rakaman cakera padat sahaja.
"Di Pengkalan Kundor, sebagai contohnya kaum bukan Melayu bersama-sama dengan PAS untuk menyaksikan ceramah yang dirakam dan ditayangkan di skrin dan kaum bukan Melayu menaja air dan makanan", kata beliau.
Veteran Umno Tan Sri Khalid Ahmad pula ketika ditemui berkata: " Banyak sebab BN kalah tetapi saya tidak boleh beritahu secara terbuka tetapi saya harap kesilapan ini tidak lagi berulang dan saya tidak mahu komen nanti ada pihak yang kecil hati," kata beliau.
Seorang penyokong BN di Sik, Che Romzi Said berkata, masalah dalaman parti Umno juga menyumbang kepada kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum ini.
"Ada ketua Umno Bahagian tidak terpilih sebagai calon dan para penyokong ketua bahagian itu kecewa dan mereka tidak begitu bekerja kuat untuk membantu calon dan keadaan bertambah buruk apabila calon itu adalah orang luar yang datang sebagai calon payung terjun," kata beliau.
Katanya, rakyat marahkan kerajaan BN secara keseluruhan dan mereka menolak semua setiausaha politik kepada perdana menteri yang bertanding di kawasan Sik.
Dua setiausaha politik kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Osman Desa dan Datuk Dr Habsullah Lebai Isa tewas kepada calon PAS bagi kerusi parlimen dan DUN Jeneri.
Kebimbangan senario seperti itu telah dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif dan dipetik sebagai berkata: "BN boleh memang jika tidak ada ahli Umno yang hasut supaya jangan undi calon BN".
Kenyataan Dr Mahathir itu ada benarnya dan sebagai contoh apa yang berlaku di Sungai Petani apabila Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin kalah dengan hanya mendapat 24,441 undi daripada 59,259 pengundi.
Kawasan yang mempunyai 76,284 pengundi itu sebenarnya mempunyai hampir 60 peratus pengundi Melayu dan hampir 70 peratus daripadanya anggota Umno.
Che Romzi berkata, ramai rakyat Kedah terutamanya pesawah sememangnya tidak lagi menyokong kerajaan walaupun mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik.
"Mereka (pesawah) bukan ahli mana-mana parti pembangkang tetapi mereka mahu protes kerana kenaikan harga barang dan harga minyak dan mereka hidup susah sekarang," kata beliau.
Kini, PAS Kedah akan mewujudkan kerajaan campuran dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pakatan parti pembangkang itu berjaya menawan Kedah dengan memenangi 21 kerusi DUN.
PAS memenangi 16 kerusi DUN iaitu Ayer Hitam, Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundur, Tokai, Sungai Limau, Jeneri, Pantai Merdeka, Kupang, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Bandar Baharu, dan Tanjung Dawai.
PKR menang empat kerusi DUN iaitu Bakar Arang, Sidam, Lunas, Kulim manakala DAP memenangi satu kerusi di DUN Kota Darul Aman.
Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Pedu bagaimanapun "menghilangkan diri" sejak malam tadi dan tidak menjawab sebarang panggilan telefon.
Ketika bertemu selepas majlis mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di hadapan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim hari ini, beliau enggan memberi sebarang ulasan dan cuma berkata "nanti saya akan hubungi kamu esok".
nak TEKAN MCM MANA lagik baru nak faham.............isk2...
[ Last edited by cloroc at 10-3-2008 11:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|