CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2442|Reply: 4

semua pasal FILEM!

[Copy link]
Post time 26-2-2008 03:01 AM | Show all posts |Read mode
Salaam..

Memandangkn bod neh makin hari makin meriah, saya amik kesempatan utk berkongsi apa yg saya tahu/baca dr buku/tenet psl 'film'/'movie'.. harapnya, pakar2 lain misalnya bdak2 film-school or filmmaker yg singgah2 kt sini bleh kongsi 'ilmu' korang gak sesama kita!.. artikel berikut saya amik dr tenet:


FILM LANGUAGE?

Introduction

When we talk about reading a film what we actually mean is looking at the film in great detail to see how it is put together. There are many different elements to consider when undertaking such an activity and it is usual to read an extract from a film rather than the whole film.

Reading a film is just like reading a book, except that instead of looking at a written page we are looking at the cinema screen. We can look at text, books or film for a variety of purposes; we can either read a book or watch a film purely for enjoyment, or, we may want to look at it in more depth to see why it actually is that we enjoy it so much.

As with any other creative text each person will have an individual response to a film. Whilst you may enjoy say, the unusual camera angles in a film, someone else might find them annoying because they distract from the narrative. A friend may think that a certain facial expression reveals something important about a character; you may see it as meaning something completely different. When we read a film we are interpreting the text as we see it; we are saying why we think the filmmaker made certain choices and what the film means to us.

If you read a written text and it has a certain effect on you, f.or instance it makes you scared, we can look closely at the way the text has been constructed to see how the writer has used the tools at their disposal to create the fear.

Reading a film works in exactly the same way except that the tools that are used to create meaning are different. We call these tools film language.

The opening sequence - getting involved in a film

From the moment we first start watching the film we begin to get involved. The first few images of a film (the opening sequence) are very important to us as they give us lots of clues as to what the film will be about. We look at the opening shots of place and time, and put them into context. We look at the actors we are presented with and make assumptions about their characters and roles in the film and their relationship to each other. We look at the title of the film - the way it is worded and the style of the lettering and we try to guess what genre (type) of film it will be. We listen to the sound, which is often predominantly music at this stage, and the tone and beat of this again give us further clues as to how the film will develop. We do all this automatically - at this time we are extremely receptive and actively involved.

Without realising it, we have entered into the world of the film and begun to read the signals that have been set up for us; we have begun to decode the film language.

Film codes & signals

In the spoken or written language that we use, words often have hidden meaning, or a 'signal' behind the literal meaning of the word. For instance, the sun is literally a yellowish ball in the sky, but the word 'signals' to us meanings such as warmth, cheerfulness, life, etc. A teddy bear is a stuffed, brown plaything but it 'signals' comfort and childhood innocence to us. These are known as the denotative (literal) meaning and the connotative (hidden signals and implications) meaning of the word.

Films use the same signals or coding systems. For instance if we see a picture of a wooden thing with branches on screen, our mind thinks 'tree'. If the tree is a gnarled, large, spiky and leafless image, shot in black and white, we read the signal of disaster, threat, maybe horror. If the tree is drawn in bright crayon colours and is rounded and 'lollipop-like', it signals 'children', 'happy birdies nesting', etc. to us.

The codes films use do not only have to be visual. The use of sudden loud music signals 'something dramatic is about to happen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2008 03:03 AM | Show all posts

sambungan..

Sound

The extra dimension that sound adds to film has been acknowledged since the early days of cinema, when live music in the form of a piano, organ or even a full orchestra accompanied the images on the silent cinema screen. Although the first demonstration of sound on film is meant to have taken place as early as 1911 in the USA, it was only in1927 that Warner Bros. released the first feature film with a soundtrack
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 05:35 PM | Show all posts
tak paham ler...aku ni melayu jer reti!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2008 02:15 PM | Show all posts

Q&A

org tanya, aku jawab.. korang plak apa komen?

http://ajamihashim.blogspot.com/2007/10/q-e-mail.html

Assalamualaikum saudara Ajami Hashim. Saya Wim binti Yurnel pelajar jurusan Senireka Grafik, Uitm Shah Alam. Saya memohon budi baik saudara untuk menjawab soalan ini dari sudut pandangan saudara dalam melengkapkan tesis saya yang bertajuk : 'design issue:perkembangan penulisan skrip di malaysia'.

Diharap saudara dapat membalasnya dengan kadar segera. Kerjasama dari saudara amat saya hargai.

1. Apakah sebenar permasalahan yang melanda filem tempatan sehingga kurang mendapat sambutan dan kualitinya sering dikatakan kurang bermutu? Jalan cerita kurang menonjol? Kekurangan pelakon yang berbakat? Ataupun peminat sendiri yang terlalu memilih?
> Kejayaan atau kegagalan sesebuah filem bergantung kepada 'sebelum' 'semasa' dan 'selepas' ia dibikin. Sekiranya ia dihasilkan dari sebuah skrip yang bagus, diproduksikan dengan kemas [penerbit, pengarah, pelakon, produksi] dan dipromosikan dengan luas - filem itu akan berjaya di pasaran dan di festival. Sekiranya salah satu proses itu bermasalah - filem itu akan gagal samada di pasaran atau di festival atau kedua-duanya. Kekurangan sambutan dan kemerosotan kualiti sesebuah filem boleh berpunca dari pelbagai masalah dan TIADA sebab sebenar yang khusus secara amnya.

2. Kebanyakan filem yang dihasilkan banyak yang mengabaikan elemen-elemen penting seperti keunikan jalan cerita, kekuatan unsur kemanusiaan, menampilkan jati diri sebagai filem berwajah Malaysia dan bersifat global?
> Pembikinan sesebuah filem bergantung kepada tujuan ia dibikin oleh penerbit. Sekiranya ia diusahakan oleh produksi individu/korporat berasaskan untung/rugi perniagaan mungkin elemen-elemen itu kurang dititik-beratkan [bukan tiada langsung]. Tetapi seandainya ia dibikin oleh kerajaan misalnya FINAS [Paloh, Embun] atau FELDA [Bilut] ia pasti mempunyai elemen-elemen itu. Maka jika dilihat sekali pandang, elemen-elemen itu seakan 'diabaikan' kerana majoriti filem yang diterbitkan di Malaysia adalah bermatlamatkan nilai komersiol.

3. Apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi penulis skrip yang berbakat?
> Kriteria asasnya adalah sama dengan apa jua bidang pekerjaan yang lain iaitu berpelajaran asas [universiti, kolej, kursus pendek, buku, internet], berbakat semulajadi [tidak semua orang pandai dalam bidang seni], berpengalaman [banyak cerita], berpandangan tajam [observasi minda] dan bermasyarakat [networking].

4. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan mutu perfileman tanahair kita?
> Dengan usaha-sama semua badan perfileman [FINAS, KEKKWA, GAFIM, PFM, FDAM, SWAM, SENIMAN, universiti, kolej, media massa] tanpa berpuak-puak.

5. Adakah disebabkan negara kita kekurangan bakal pelapis penulis skrip maka jalan cerita filem kita sentiasa berada ditahap yang sama?
> Sebenarnya kita mempunyai ramai pelapis penulis skrip tetapi ruang untuk karya mereka diterbitkan adalah terhad kecuali berani tampil dengan usaha sendiri dan berdikari untuk mendekati produksi yang sedia-ada [networking]. Naratif filem yang sama [cliche] adalah kerana produksi hanya membeli skrip dari penulis skrip yang sama atau mungkin skrip tulisan penerbit/pengarahnya sendiri. Pertandingan penulisan skrip tahunan anjuran FINAS adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan genre, tema dan cerita filem tempatan.

6. Bagaimana caranya untuk mengubah persepsi peminat filem tanahair untuk menyokong filem tempatan?
> Mulakan dari peringkat persekolahan dimana satu subjek asas/pengenalan perfileman di Malaysia dimasukkan dalam silibus oleh Kementerian Pendidikan [kerajaan] dengan bantuan badan-badan perfileman.

7. Kita sedia maklum, dunia perfileman di Malaysia seakan dianaktirikan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi dan bagaimana cara mengatasinya?
> Di-anaktirikan berbanding dengan bidang apa dik? Setahu saya, dunia perfileman di Malaysia adalah salah satu bidang seni yang paling popular dan mendatangkan untung serta mampu memperkenalkan nama Malaysia di festival filem antarabangsa.

8. Mengapakan seseorang penerbit filem sering mengambil jalan mudah dalam cara pengolahan jalan cerita sehingga kurang diberikan tumpuan dan penekanan sedangkan jalan cerita filem tersebut menarik?
> Mungkin kerana bajet yang terhad. Sesungguhnya TIADA pembikin filem yang mahukan filemnya cincai kecuali dari awal-awal lagi skrip filem itu bermasalah cerita.

9. Adakah penulis skrip tanahair kita sudah ketandusan idea untuk menghasilkan filem yang bermutu dan berkualiti?
> [Sila rujuk jawapan no.5]

10. Bagaimana untuk mengubah mutu perfileman tanahair ke arah satu paradigma yang baru dan setanding dengan filem luar?
> Dengan mempunyai bajet yang tidak terhad dari penerbit/pelabur yang kaya. Bagaimanapun, kadangkala sesebuah filem bajet-rendah juga mampu setanding dengan filem luar.

11. Adakah sesuatu jalan cerita itu ditapis atau dikaji kemantapan kualiti jalan cerita dan pengisian terlebih dahulu sebelum diterbitkan dan perlukah cara ini dilakukan untuk memastikan filem yang diterbitkan benar-benar berkualiti?
> Sudah tentu. Setiap produksi mempunyai script-reader/screener setiap skrip yang dihantar oleh penulis skrip. Kemudiannya skrip yang berpotensi akan dinilai semula oleh penerbit [budget meeting] untuk menimbangkan nilai komersiolnya dan anggaran bajet. Bagaimanapun, kualiti yang dinilai [untung/rugi atau menang/kalah festival filem] oleh orang awam, ahli akademik perfileman dan media terhadap filem yang sudah diterbitkan bergantung kepada hasil terakhir [final-cut] di pawagam. Ada filem yang laku di pasaran tetapi cincai dan ada filem yang sangat berkualiti dari segala segi tetapi gagal mengutip keuntungan.

12. Adakah dengan penggunaan media atau efek yang terkini dan terbaru mampu menghasilkan filem yang berkualiti atau media tersebut hanya membantu menguatkan filem tersebut?
> Bergantung kepada tujuan dan bagaimana penggunaannya? Efek khas hanyalah eksesori sesebuah filem kerana tunjang utama kualiti sesebuah filem ialah ceritanya. Kecuali sesebuah filem itu majoriti pembikinanannya memerlukan efek khas misalnya filem fiksyen sains yang akan dikatakan berkualiti dari segi teknikal [mungkin cerita kurang berkualiti]. Efek khas juga membantu menguatkan penceritaan sesebuah filem dalam sekuen babak yang mustahil dibikin dengan lakonan pelakon dalam set/prop semata-mata.

Sekian, terima kasih.
Ajam Hashim
Selasa, 30 Oktober 2007

p/s: semua jawapan di atas adalah dari pendapat peribadi saya sendiri tanpa sebarang prejudis atau menggambarkan jawapan sebenar yang 'terbaik' untuk setiap soalan.

[ Last edited by  ajami at 11-3-2008 02:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:32 PM | Show all posts
wah!!!! (clapping)
bila baca interview tu macam clear sikit kepala otak..i see i see
thanks abg ajami
keep postin!
dah lama xvisit blog
banyak ketinggalan daa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.072668 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list