View: 20526|Reply: 89
|
Orang Asli di Pahang............
[Copy link]
|
|
Banyaknya penempatan orang asli di pahang ni.....tapi koi haram x paham ape kaum deme..........
ade sape tau tak? |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit info tentang kaum org asli......suku kaum Negrito
Peta Kaw Penempatan Suku kaum Negrito
Kaum Negrito terdiri daripada rumpun bangsa Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Mereka mendiami kawasan di sekitar banjaran Titiwangsa yang berpusat kebanyakannya di sebelah utara Semenanjung.
Di Phg Kaum Negrito yg ada dari suku kaum Bate yg menghuni
Taman Negara Kuala Tahan, sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling, Sungai Kechau, Teluk Gunung di Pahang, Sungai Gala, Sungai Chiku, Sungai Tako, Sungai Lebir dan Sungai Airing di Kelantan serta Sungai Berua, Besut, Terengganu adalah merupakan penempatan utama masyarakat Bateq.
Jika dahulu mereka turut mengamalkan amalan berpindah randah, tetapi mutakhir ini mereka memilih untuk menduduki kawasan yang disediakan oleh pihak Kerajaan ke arah kesejahteraan kehidupan mereka.
Info dari Jab Hal Ehwal Org Asli |
|
|
|
|
|
|
|
Kaum Melayu Proto
Kaw Penempatan Kaum Melayu Proto
Kaum Melayu Proto mencakupi rumpun bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar. Pada awalnya mereka tinggal di kawasan pantai, kuala ataupun kawasan-kawasan lembah. Kini mereka telah memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri dan mengecapi kehidupan yang lebih selesa hasil daripada pembangunan yang dibawa oleh pihak Kerajaan.
Suku Kaum Melayu Proto yg ada diPhg dari Suku Jakun (Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang, Rompin, Pekan), Semelai(Rumpun bangsa Semelai menghuni kawasan Pahang Tengah iaitu di Tasik Bera, Sungai Triang, Paya Besar dan Paya Badak hingga melebar ke sempadan Negeri Sembilan) dan Temuan (Temerloh). |
|
|
|
|
|
|
|
Kaum Senoi
Kaw Penempatan
Kaum Senoi mendiami kawasan lereng Banjaran Titiwangsa serta juga di sebelah pantai negeri Selangor. Ianya merangkumi kawasan di pedalaman negeri Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu. Terdapat enam rumpun bangsa yang bernaung di bawah kategori kaum Senoi iaitu Che Wong, Mah Meri, Jahut, Semoq Beri, Semai dan Temiar.
Suku kaum Senoi yg menetap di Phg dari rumpun Semai (Phg Barat),Semoq Beri
Penempatan rumpun bangsa Semoq Beri sebahagian besarnya adalah di kawasan pinggir Pahang iaitu di daerah Jerantut, Maran, dan Kuantan, Jahut
Pusat kependudukan bagi rumpun bangsa Jahut adalah di sekitar daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang. Kawasan tersebut meliputi Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau-Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong, Temerloh. Manakala di daerah Jerantut, Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Pada waktu lalu, mereka menyara kehidupan melalui kegiatan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping berburu, menangkap ikan dan mengusahakan ladang untuk sara diri. Rumpun bangsa Che wong tinggal di kawasan daerah Raub dan di Sungai Enggang, Lanchang, Temerloh, Pahang. Mereka juga merupakan masyarakat yang suka berpindah randah demi untuk mencari kehidupan yang lebih selesa. Hasil daripada kemajuan negara, kini mereka memiliki perkampungan mereka sendiri yang makmur dan selesa, sebagai asas dalam mewujudkan sebuah perkampungan yang menarik lagi menguntungkan.
Info dari Jab Hal Ehwal Org Asli |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 cintan66's post
rajin ko cari info ni yek.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 cintan66's post
betul tu kak ita.......kat kem koi ni pun dah ramai anak org asli yg datang...diorang ni memang rajin, x payah suruh pun dibuatnya......
Ade sorang tu daripada lanchang, memang betul2 rajin...hari2 kilat kasut....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 tangopapa's post
kat kem? kem batu 10 tu ke TP? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu lagi, di sepanjang jalan lepas Muadzam menuju ke Segamat ada perkampungan orang asli, klu tak silap diorang jual Burung Serindit....harga burung x berapa pasti sbb tak singgah pun.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Keunikan Orang Asli memikat burung
Berita Harian,30 Mei 2005
Cerita dan gambar oleh Amran Abdullah
DUA sahabat anak Orang Asli sibuk melayan seorang
kanak-kanak (tengah) yang berminat membeli burung
di gerai mereka di Lebuhraya Kuantan-Segamat
dekat Rompin.
RAMAI pengunjung berminat meredah hutan di Rompin, Pahang untuk melihat kehidupan Orang Asli selain mempelajari cara mereka memikat burung. Di kawasan itu juga banyak burung yang ada nilai komersil seperti tiong emas, merbok, bayan, puling dan serindit.
Ada juga yang datang ke kawasan penempatan Orang Asli untuk membeli burung dan hasil kraftangan penduduk tempatan.
Selain itu, ada juga Orang Asli menjual kijang, pelanduk, anak beruk kepada pengunjung untuk dijadikan binatang peliharaan serta mendapatkan wang bagi menampung kehidupan harian mereka.
Apa pun, tidak semua orang mahir menangkap burung, apa lagi spesies yang ada harga seperti tiong emas kerana burung hidupan bak jinak-jinak merpati.
Namun, masyarakat Orang Asli ada kemahiran tersendiri untuk mengepung dan menangkap burung tanpa perlu mencederakan haiwan itu. Ada juga pengunjung yang berminat memerhatikan mereka menangkap.
Bagi sekumpulan penduduk Orang Asli di Kampung Simpai, Rompin, Pahang kehidupan di hutan memberikan pengalaman yang menyeronokkan di samping mengharapkan hutan sebagai sumber mendapatkan wang tambahan.
Pekerjaan mengesan dan mencari burung di hutan, lazimnya bermula pada awal pagi ketika burung sedang rancak mencari makanan. Kumpulan pemuda termasuk kanak-kanak dari perkampungan itu terpaksa meredah hutan yang di sekeliling perkampungan mereka.
Seorang daripada mereka, Mat Tin, 21, berkata ada sekurang-kurang empat hingga lapan pemuda dari kampung itu menumpukan pekerjaan mereka ke hutan bagi mendapatkan burung sebagai mata pencarian.
Hasil pencarian itu mendatangkan pendapatan sampingan di antara RM20 dan RM100 sehari yang dijual tidak jauh dari lebuh raya Kuantan-Segamat. Kebanyakan pembeli dari Pahang, Johor dan Singapura.
揃urung yang ditangkap akan dijual dengan harga RM5 hingga RM150 seekor, tetapi harga itu mengikut jenis burung yang ditangkap |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 monorail's post
Kem PLKN Gambang......... Nak datang sini ke?........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 tangopapa's post
ooooo...ingat kat kem askar tu....sbb nick pun macam askar semboyan jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 monorail's post
koi memang askar pun tp duk kat plkn.
[ Last edited by tangopapa at 19-2-2008 03:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 arifah_72's post
dengar cerita, lesen motor pun JPJ bg free je......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 tangopapa's post
Yer ker? Emm........ tak tau plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 arifah_72's post
ye kak, buat syarat isi borang je....cerita dulu2, klu ada orang asli sakit, diorang akan panggil Helikopter nuri nak angkut ke hospital terdekat........
Tp ade satu cerita, cerita dia macam ni:
Ada satu hari tu, sorang orang asli ni sakit gigi, dia pun telepon mintak Nuri datang ambik dia, kebetulan plak ade sorang lagi orang asli nak tumpang ke bandar nak beli kipas letrik (kat rumah ade generator )....
Sampai je Nuri, diorang naik dan terus terbang ke bandar.....dalam perjalanan tu:
Si A: Aku ingat, rumah aku je panash...rupa2nya dalam helikopter ni pun panash...
Si B: Aku pun rasa panash, kenapa boleh jadi panash dalam ni ye?
Si A: Owhhhh......patut le, kipash nye di luar... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi lawak org asli.........
SUMBER: COPY PASTE DARI FORUM LAIN
..bace leeeerrr
tak tahu citer ni betol ker, main2...tapi kawan yang citerkan semula.
***********
Kisah ni aku kutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation
kat kuantan dulu...Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang
asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ...ada banyak cerita
aku nak kongsi ngan korang...itupun kalau sudi nak baca...
Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil
talkin ler) untuk si mati..tapi = seingat aku diorang ni bukan beragama
Islam. Diorang gelarkan si mati tu
AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah
ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca
'ucapan' macam imamlah...) bunyinya camni :
"HAI AJISS...MATI JUGAK KAO AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU
DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA,KAO
JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA
PUKUL KAO DARI KANAN...KAO ELAK KE KIRI...KALAU DIA pUKUL DARI
KIRI...KAO ELAK KE KANAN...KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN...KAO ELAK KE
BELAKANG...KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI
KAOLAH AJISSSSS......"
Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun
beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang
ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka
dia...bila orang asli tu tanya ngape...kawan aku cakap. "sedih...."
[ Last edited by cintan66 at 20-2-2008 10:26 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Masa aku tengah dok cari kerja dulu sempat mengajar kat satu kolej kat KL. Head kolej nie pernah bercerita kat kita orang pengalaman mengajar bebudak kat perkampungan orang asli厖.
Macam biasalah sekolah di perkampunan orang asli dikelilingi oleh rumah diaorang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|