CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4230|Reply: 33

Yusni Jaafar Kembali Kerahmatullah : Al-Fatihah

[Copy link]
Post time 15-2-2008 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Buka Hati, Buka Minda

SELANGOR, 12 FEB 2008 :    Pelakon dan pelawak veteran, Yusni Jaafar, 62, atau lebih dikenali dengan panggilan Ibu kini berada dalam keadaan kritikal akibat kerosakaan pada hati yang dikesan sejak 3 bulan lalu.

Ketika ditemui di Hospital Selayang pagi tadi, Yusni kelihatan begitu lemah dan tidak bermaya. Pelawak yang popular sejak penghujung tahun 1970-an itu hanya mampu melontarkan senyuman kecil kepada tetamu yang melawatnya. Dia juga sering mengalir air mata terutama ketika dikucup sayu oleh anggota keluarga dan sahabat handai.

Lebih menyedihkan, seluruh badan Yusni kini semakin membengkak kerana dipenuhi air terutama pada bahagian perut. Leher dan perutnya terpaksa ditebuk bagi menyalurkan air dan ubat.
Anak bongsu Yusni, Raja Irna Raja Ibrahim, 23, berkata air dan darah yang dimasukkan ke tubuh beliau tidak sampai kepada tempat yang sepatutnya kerana berkumpul pada anggota badan. Tubuhnya kini semakin membengkak.



"Kata doktor, hati ibu sudah rosak teruk dan tidak dapat berfungsi lagi sehinggakan menjejaskan fungsi buah pinggang. Air yang dimasukkan ke dalam badan ibu berkumpul juga pada bahagian anggota tubuh. Doktor memberitahu kandungan darah ibu juga tidak mencukupi walaupun sudah dimasukkan dengan banyak," katanya ketika ditemui di wad terbabit.

Raja Irna,  anak yang paling akrab dengan Yusni, dilihat kerap berusaha mengubah suasana pilu dalam wad seperti bergurau kecil dengan ibunya. Malah pada ketika wartawan menghala lensa kamera untuk merakam gambar mereka, lantas Irna mengangkat tangan Yusni dan menyuruh ibunya membuat tanda peace dan melontarkan senyuman.

Saat menyentuh hati, ketika berjabat tangan perpisahan dengan wartawan, Yusni sempat mengirimkan salamnya kepada para peminat dan meminta untuk mendoakannya agar cepat pulih.

"Sampaikan salam saya kepada peminat dan mintalah mereka semua berdoa supaya saya sembuh," katanya dengan nada yang terlalu lemah.

Orang yang paling dekat dengan Yusni iaitu adiknya, pelakon Sukarni Jaafar, 55, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Nani, turut ditemui bersama di wad itu. Dialah antara orang yang berusaha keras memberi semangat kepada Yusni untuk terus berjuang. Difahamkan, anak-anak Yusni yang lain termasuk Raja Ema juga datang menjaga Yusni secara bergilir-gilir di hospital berkenaan.

"Sebelum ini, dia pernah dimasukkan ke hospital ini beberapa kali, bagaimanapun kali ini dia ditahan paling lama apabila doktor mengesahkan keadaannya berada pada tahap paling kritikal. Sudah seminggu lalu dia dimasukkan ke wad ini," kata Sukarni dalam nada sedih.

Sementara itu, ramai rakan artis tempatan yang mula melawat Yusni, antara mereka ialah Aida Rahim, Era Fazira, Hans Issac, Liza Abdullah, Uji Rashid dan Datuk Mustapha Maarof.

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 3-4-2008 12:56 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 03:18 PM | Show all posts
mudah2an cepat sembuh......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 03:22 PM | Show all posts

Reply #2 ummihafiy's post

harap macam tu la jg....
sedih bila baca berita tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:25 PM | Show all posts
teringat aku lakonan dia masa tertelan tongkol jagung sampai sore pompuan jadi lelaki.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:30 PM | Show all posts
semoga anak-anak dia bergilir jaga..masa ini yang paling kritikal..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:30 PM | Show all posts
moga cepat sembuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2008 03:32 PM | Show all posts
hahaha.....

mmg kelakar cerita tu....
aku selalu jg tgk cerita tu dulu-dulu......
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:33 PM | Show all posts
cite hantu jepun tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 03:36 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:41 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh...anak-anak yusni..sila la menjaga ibu mu..jgn bila ibu dh tade baru nak sebak-sebak nangis..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:41 PM | Show all posts

Reply #8 lipans's post

terang nyer bulan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 03:44 PM | Show all posts

Reply #11 mekma's post

bulan menerangi kegelapan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by paraparasakura at 15-2-2008 03:41 PM
semoga cepat sembuh...anak-anak yusni..sila la menjaga ibu mu..jgn bila ibu dh tade baru nak sebak-sebak nangis..



aku takot anak2 dia makin hepi yerk dgr..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 03:50 PM | Show all posts
aku ada dengar yg yusni jaafar dh tak duduk dgn anak-anak dia....
rasanya tahun lepas anak-anak dia tak beraya dengan dia...
ada la wartawan interview dia bertanyakan tentang mcm mana sambutan hari raya nnt...dia ckp, dia mengharapkan kepulangan anak2 dia beraya dengan dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 03:52 PM | Show all posts
harap anak-anak dia ingat ni "syurga di bawah tapak kaki ibu".....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 03:33 PM | Show all posts
tetiba dgr dah kritikal..tp korg psan tak skg ramai artis yg bila sakit tetiba dah kritikal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2008 06:05 PM | Show all posts

Reply #16 greentea06's post

sbb dorang tanka war2lkan awal2. takut kang org kata menagih simpati lak.
ckp salah...tak ckp pon salah

hrp ibu yusni sembuh spt sediakala...dan anak2 nye diberi peluang bertaubat dan minta maap ngan ibu yg melahirkan mereka nih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 06:09 PM | Show all posts
sob3x.. sedih bace brite ni..
well.. doa2kan laa IBU sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 11:02 PM | Show all posts

Pelakon Yusni Jaafar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pelakon terkenal Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.

Yusni, 63, menghembuskan nafasnya pada kira-kira pukul 2.30 pagi.

Menurut anak keduanya Raja Ema kepada Radio24 Bernama di sini hari ini, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Jan lepas.

Katanya jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.

Antara pencapaian Allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Komedi Wanita Terbaik pada Pesta Filem Malaysia ke-8 pada 1989.

Lakonan terakhir Allahyaram ialah dalam filem Cuci pada tahun lepas.

Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 11:08 PM | Show all posts
al fatihah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 163834 Replies : 3947
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5074 Replies : 70
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26622 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19834 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102704 Replies : 2875

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.599923 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list