|
Nusyuz ialah isteri yang derhaka atau ingkar kepada suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. Sebab-sebab terjadinya nusyuz ialah:
* Isteri keluar dari rumah tanpa pengetahuan atau tanpa izin daripada suaminya.
* Isteri menolak ajakan suami ke tempat tidur.
* Isteri bersikap kasar terhadap suaminya.
* Isteri tidak mengikut perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Akibat daripada perbuatan nusyuz ialah:
* Isteri hilang haknya sebagai isteri.
* Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepadanya.
* Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada suaminya.
* Isteri tidak boleh membuat tuntutan daripada suaminya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabda Rasulullah S.A.W
( Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim )
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bersabda : |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah S.W.T
( Surah an-Nisak: Ayat 34 )
Maksudnya :匘an wanita-wanita yang khuatir melakukan nusyuz, hendaklah kamu menasihati mereka. ( Jika degil ) kamu pulaukan tidur dengan mereka di tempat perbaringan dan ( jika degil ) kau pukullah mereka ( dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya ) |
|
|
|
|
|
|
|
persoalannya sekarang ni...adakah isteri itu dikategorikan Nusyuz sekiranya berlaku curang dialam siber seperti yang banyak berlaku sekarang ini???
kerana ia juga bolehlah dikatakan bahawa isteri derhaka atau ingkar kepada suami dan tidak taat pada suami.
mari kita bincangkan topik ini... |
|
|
|
|
|
|
|
SUAMI JUGA BOLEH NUSYUZ (Utusan Malaysia 17 Julai 2006)
APABILA disebut perkataan nusyuz, sudah tentu tergambar dalam fikiran kita seorang isteri yang derhaka atau tidak mentaati suami tanpa ada sebarang keuzuran syarie. Gambaran tersebut seolah-olah nusyuz ini hanya berlaku pada pihak isteri sedangkan dalam al-Quran dan al-sunah jelas menunjukkan nusyuz tidak hanya berlaku pada pihak isteri bahkan ia juga berkemungkinan berlaku pada suami.
Berdasarkan realiti semasa yang berlaku pada hari ini, peratusan nusyuz dari pihak suami yang melibatkan penderaan dari segi fizikal dan mental terhadap isteri adalah lebih tinggi berbanding nusyuz isteri terhadap suaminya.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fattah Wan Ismail berkata, menurut Ibn Manzur, seorang penulis lisan al-arab, dari segi bahasa nusyuz berasal daripada perkataan Arab iaitu nashaza, yanshuzu, nushuzan yang memberi beberapa maksud, antaranya bangkit dari tempatnya atau bangun, tempat yang tinggi atau suami isteri saling membenci.
Katanya, para fuqaha dan ulama-ulama tafsir telah memberi pelbagai definisi mengenai nusyuz. Menurut Imam Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab, nusyuz ialah isteri yang menderhakai, angkuh serta ingkar terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap suami mereka.
"Namun definisi ini hanya menjurus kepada nusyuz di pihak isteri sahaja sedangkan nusyuz juga berlaku pada suami. Maka nusyuz dapat ditakrifkan sebagai suami atau isteri yang cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah tanpa ada sebarang alasan yang disyarakkan untuk dikecualikan daripada melaksanakan amanah-amanah tersebut," kata Abdul Fattah.
Nusyuz suami jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Jika seseorang wanita khuatirkan nusyuz atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan perdamaian. Itu adalah lebih baik bagi mereka walaupun manusia menurut tabiatnya yang kikir dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (nusyuz atau sikap acuh tidak acuh) dan sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan. (al-Nisa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haaaaaa...tengok...bukan isteri jer nusyuz....suami pun boleh nusyuz.... |
|
|
|
|
|
|
|
ok... panjangnye artikel.. jap nak tanya, nampak kat atas tu description suami nusyuz.. cam sama ke dgn dayus.. heran2..
sapa arif, bagi jalan? |
|
|
|
|
|
|
|
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : 搒eseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-扐ini pula berkata : 揅emburu lawannya dayus |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dayus tak sama dgn nusyuz.
secara RINGKAS...
nusyuz = cuai/abai tanggungjawab.
dayus = tak kisah isteri/ahli keluarga terdedah kpd atau melakukan maksiat.
ada betuk ka? kalau salah, silalah betulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 otto's post
otto, trimas... baru clear... sbb sebelum ni ada yg mengatakan definisi 'dayus' sama seperti 'nusyuz' kat atas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 otto's post
otto, aku rasa betul sepertimana yg ko gariskan tu.. sbb sebelum ni ada tajuk psl dayus, tp byk org salah faham apa itu definisi dayus yg sebenar2nye. |
|
|
|
|
|
|
|
yang pasti... aku tak nusyuz ataupung dayus.... insyaAllah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 otto's post
btul tu otto...coz aku rase nusyuz tu biasenye digunapakai tuk isteri yang derhaka pada suami...klu suami nusyuz x kan nak asingkan tempat tidur pulak..kang lagi malaikat laknat si isteri hingga ke subuh....
klu dayus plak aku rase tuk lelaki yang x tau perasaan cemburu kat isteri,x kesah klu isteri die bergaul sana sini ngan lelaki lain....tu DAYUS... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 LostSoul's post
jadi persoalan aku kat sini adalah...klu isteri berpoya2 dialam siber ngan lelaki lain,bagi gambar yg mendedahkan aurat even berpakaian sekalipun tapi aurat wanita kan details...skrang ni pempuan totally mendedahkan aurat walaupun bertudung...pakai baju ketat2 menonjol sana sini sehingga boleh mendatangkan rasa berahi pada lelaki yg bukan muhrim melihatnya....NUSYUZ ke pempuan tu????
DAYUS ke suami tu klu tahu ape yg isteri die buat tetapi x cemburu coz rase semua tu teknologi alam siber je...trend terkini...
cane tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 nazijo's post
mmmm aku bukan ustazah bro.. tp mungkin dayus tu jatuh kalau dia tahu, dan dia membiarkan.. mengikut balik apa yg otto post kat atas tu la.. "membiarkan atas dasar cinta".. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 nazijo's post
kalo si isteri ada bf lain?
aku rasa nusyuz gak tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 zanorba's post
so nusyuz tu isteri yang derhaka dan tidak taat pada perintah suami...
ade bf lain tu x termasuk dlm derhaka pada suami ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nazijo at 16-2-2008 10:24 AM
so nusyuz tu isteri yang derhaka dan tidak taat pada perintah suami...
ade bf lain tu x termasuk dlm derhaka pada suami ke???
derhaka la..apa tak plak
kalo pendapat aku in general term nusyuz ni TAK BERTANGGUNGJAWAP pada setiap level STATUS seseoang tuh
kalo misal momod porem ni duk diammmm tak bertindak pekara dia wajar bertindak, pada aku tu nusyuz gak. ni in general term lah
but lazim nusyuz ni di pakai pada isteri tak taat perintah suami or suruhan suami. Taat suami ni salah satu perintah pada isteri dari tuhan, dari nabi too. Tapi kan mende ni delicate bila oang baca istilah suami tu sekali pandang jek..tak indepth.
kene establish laa dulu siapa yang dikatakan SUAMI tu?
kemampuan napkah zahir batin
didikan dia pada koge (anak isteri)
didikan dia pada diri dia, belajar ilmu agama, solat puasa dan semua suruhanNYA tuh
sebab disini istilah di pakai tu ialah SUAMI ,literal meaning membawa isu status macam Sultan, macam menteri, macam polis, so ada babit soal kuasa. Kalo pakai istilah lelaki, kuasa tu maybe fisikal saja tapi kalo bawa istilah Suami, ada pembabitan kebertanggungjawapan suami macam menyedikan tempat tinggal elok, menunai hajat or kemahuan isteri etc.
Dah settle seme tu ..kalo isteri tu tetap ingkar..tu baru nusyuz dan gugur seme HAK dia pada status ISTERI yang dia ada tuh.
kalo suami umah pun buat macam hotel, makan minum dia tak sediakan duit, anak2 di bior berak merata melalak sakit itu ini, bini meradang melawan , dia adu kat tok kadi..bini saya nusyuz laaaaaa tok..hahahaha ni labu manaaa mai cite lagu ni haa?
now kalo soal batin isteri..suami tak amik pot, jangan pikir batin tu soal seks saja haaa..kalo misal bini sedih kucing kesayangan dia mati..laki mai pujuk2..ni tanggungjawap batin gak haaa..kalo bini tu takut dengan masalah kanak2 kene cilok kendian suami dia kuatkan semangat untuk idup..ni tanggungjawap batin gak..kalo seme bab batin tu SUAMI dah tunaikan dan bini dia tetap gatal carik bf ..tu pada saya tetap derhaka or langgar perintah taat suami
rule dia mudah jek..oang berbudi kita berbahasa, kalo suami dah tunai semua or banyak tanggungjawap as suami wajar lah isteri tu balas yang sama..hak di balas hak..kalo hak di balas dengan derhaka or ingkar maka gugur hak sapa yang derhaka.
ni pendapat aku lah ok? kene tenguk menyeluruh..bukan main amik satu dua line dan haaa nusyuz..kat mahkamah walo syariah tu pun depa akan check semua pekara, semua pihak di dengari , tu pasal kaum bapak lazim kecut nak pih sana |
|
|
|
|
|
|
|
apa aku perhatikan, ada isteri yang tak mau ingkar (atau sengaja?) pada suami dengan alasan nusyuz. walaupun mak sendiri? aku sanggup gadaikan nyawa aku dulu kalau jadi camni.
cuba baca kisah benar ni -->Menantu Hantu.. ..!!!
si.al betul si suami menantu si arwah tu. kalau korang nak tau apa jadi kat arwah, baca le post#70 kat http://mforum.cari.com.my/viewth ... p;extra=&page=3
tapi kalau aku dah sebut arwah tu, faham-faham je le.
al-fatihah buat si arwah yang meninggal dunia kelmarin. |
|
|
|
|
|
|
| |
|