CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23541|Reply: 141

ANU DALAM BOTOL

[Copy link]
Post time 5-2-2008 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 14-4-2011 21:56

Kuala Lumpur,  5 Feb 2008:  Selepas Haru-Biruyang berkisar mengenai gejala segelintir anak-anak muda yang rosakakhlak, Raja Azmi berhasrat untuk menerbitkan pula filem yangmengangkat kisah mengenai seorang transeksual yang akhirnya jatuh cintadengan wanita yang dikenalinya secara tiba-tiba.
Filem penuh daring yang menggunakan judul Botol Di Dalam Almariitu dijadualkan akan memulakan penggambarannya pada awal tahun ini dandifahamkan Shah dan sekali lagi akan bertindak sebagai pengarahnya.

Malah, apa yang menarik, penerbit filem Melayu tempatan yangtidak serik-serik dihambat kontroversi ini sama sekali  tidak berhasratuntuk menayangkan filem berkenaan di Malaysia.  

Bagi mendapatkan pengesahan lebih lanjut, murai.com.my berusaha mendapatkan komen daripada Raja Azmi sendiri mengenai projek pembikinan filem barunya itu.


"Benar. Memang saya tidak berhasrat untuk tayangkan filem ini diMalaysia nanti. Sebab, ia mungkin akan mencetuskan kontrovesi apabilaadanya satu babak yang menonjolkan keadaan fizikal lelaki itu tanpaseurat benang pun selepas dia menukar jantina asalnya kepada seorangwanita.
"Tidak mungkin  pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) akanmemberikan  pelepasan untuk filem terbabit ditayangkan  negara ini.Seandainya mereka berikan pelepasan pun, saya pasti babak itu nantiakan menjadi mangsa potongan LPF.

"Mungkin saya boleh terima keadaan itu. Namun, tanpa babaktersebut, filem itu nanti akan nampak macam tidak cukup jiwa," katanyasecara eksklusif kepada murai.com.my.


Isterikepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek ini turut berkongsicerita bagaimana dia memperolehi idea untuk menulis serta mencetuskanfilem tersebut.  

"Sebenarnya ia adalah sebuah kisah benar yang terjadi dikalangan orang yang saya kenali. Seorang sahabat baik kepada kalanganahli keluarga saya sendiri.

"Disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup beberapa rakan lelakiyang cenderungan sangat untuk menjadi wanita, akhirnya dia mengambilkeputusan untuk melakukan pembedahan untuk menukar jantina.


"Sebaiksaja menjadi wanita dia mengenali seorang lelaki dan akhirnyamenjalinkan hubungan cinta. Namun, akhirnya dia dikecewakan lelaki itu.Sehinggalah akhirnya dia bertemu dengan seorang wanita dan tiba-tibajatuh hati dengan wanita itu.


"Disebabkan terlalumencintai wanita itu, dia cuba meluahkan isi hatinya danberterus-terang mengenai siapa dirinya yang sebenar. "Namun, wanitamanakah yang mampu menerima hakikat itu. Akhirnya dia menyesaliperbuatannya itu. Namun hendak buat macam kerana sudah terlambat untukdia berpatah semula ke pangkal jalan.

"Moral daripada apa yang hendak saya ceritakan di dalam filemini ialah fikir dahulu sebelum membuat sesuatu. Lebih-lebih lagi isuyang berkaitan dengan pertukaran jantina ini kerana kita tidak akantahu bila masanya hormon dan soul lelaki akan kembali semula hingga membuatkan kita benar-benar jatuh cinta dengan seorang wanita," katanya.

Menurut Raja Azmi lagi, dia bersyukur kerana mendapat izin dankebenaran daripada empunya diri untuk mengadaptasikan kisah benarnyaitu ke layar perak.

"Apa yang membuat dia ingin memfilemkan kisah benarnya itu ialahkerana tidak mahu orang lain menerima kesan dan padah yang sama sepertiapa yang dilaluinya.

"Malah, dia juga tidak mahu gejala menukar jantina yangdilakukan secara ikut-ikutan ini menjadi semakin berleluasa kerana sukatidak suka kita harus terima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubahciptaan Allah," katanya.

Skrip Botol Di Dalam Almari yang ditulis sendiri RajaAzmi ini turut dipersembahkan di dalam bengkel Master Class yangdihadirinya sepanjang akhir tahun lalu di Finas, Ulu Kelang.

Apabila ia mendapat maklum balas yang cukup positif daripadatenaga pengajar yang menyifatkan ia sebagai sebuah skrip yang bolehdianggap sebagai award winning di dalam festival luar, Raja Azmi terus bercadang untuk memindahkan ia ke layar perak.


RajaAzmi kini dalam usaha untuk mencari barisan pelakon yang sesuai untukmembintangi filem terbaru terbitannya itu. Namun, antara nama yangmenjadi sebutan ialah aktor Rusdi Ramli.


Ditanya mengapa dia memilih Botol Di Dalam Almari (judul asal dalam bahasa Inggeris iaitu Bottle In A Closet) sebagai judul filem ini, Raja Azmi berkata, ia adalah simbolik kepada penceritaan filem itu.

"Apa yang ada di dalam botol itu ialah kemaluan yang menjadi milik lelaki yang menukar jantina itu," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 01:48 PM | Show all posts
  tah la...rase mcm nak tgk..tapi tah le..tgk kdaan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:50 PM | Show all posts
uikkk....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:51 PM | Show all posts
erkkkkkk...

aku tak setuju

takde citer laen ke nak buat?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:51 PM | Show all posts

Reply #2 roll_vT's post

camner nak tengok? katanyer tak tayang kat M'sia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:51 PM | Show all posts
errrkkk.....interesting.....but khalayak di malaysia ni susah nak terima kisah mcm ni...... sdgkan ia memang ada terjadi dalam masyarakat itu sendiri......too daring i must say....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2008 01:52 PM | Show all posts
biooor betoll..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 01:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 01:54 PM | Show all posts

Reply #1 kikilala_comei's post

satu cubaan yang sungguh berani...
tak sabar nak tengok!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:57 PM | Show all posts
nk tgk....nk tgk anu...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by ladydolph at 5-2-2008 01:51 PM
errrkkk.....interesting.....but khalayak di malaysia ni susah nak terima kisah mcm ni...... sdgkan ia memang ada terjadi dalam masyarakat itu sendiri......too daring i must say....

mmg la ada terjadi.. tapi bagi aku.. cukup2 laa dengan segala cite rempit, pondan, pelumba kete haram dan pengisap dadah serta perogol. nak tambah lagi pun buat tambah ramai yg terjebak ada la.

alasan, mesti nak cakap bagi pengajaran. pengajaran tu sampai ke tidak tak tau le tapi filem camni slalunye pentingkan nilai commercial je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:02 PM | Show all posts
wah..klassss nye filem..so daringggg
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:06 PM | Show all posts
apa masalah dia nih. buat citer camnir plak. abis org banned marah plak??:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:08 PM | Show all posts
xsusuai la cite nie.. xlalu aku nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:09 PM | Show all posts
gile glemer tol raja azmi ni :kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 02:10 PM | Show all posts
ni kisah maknyah potong anu ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:10 PM | Show all posts
mcm la org luar nak tgk pelem syok sendiri die ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:12 PM | Show all posts
hahaha..dia ni kalau wat filem yg pelik2 sket...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:16 PM | Show all posts
nakke rusdi ramli tu bervogel?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.445630 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list