CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2914|Reply: 12

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ALMARHUM TN. GURU DATO' ISHAK BAHAROM.

[Copy link]
Post time 1-2-2008 10:30 AM | Show all posts |Read mode

                               
                                 Hidup wartawan mendatangkan kesukaan dalam hidup. Saya tergolong dalam kalangan yang bertuah kerana dapat menemu bual dua agamawan ketika mereka masih hidup. Mereka adalah bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom dan arwah Ustaz Wan Soghir yang banyak menulis mengenai ulamak-ulamak Nusantara.
Baru-baru ini kita kehilangan Dato' Ishak. Pemergiannya adalah tanda bahawa kita telah kehilangan seorang mufti yang tenang perawakannya, lemah lembut dan berpendirian tegas. Berbekal ilmu di dada, beliau berani menyatakan kebenaran di depan pemerintah.
Kekuatan seperti ini jarang ada pada diri seorang mufti. Jika ada agamawan politik yang menegur pemerintah dan pemerintahan, nescaya hal teguran itu dihubungkaitkan dengan politik kepartiannya. Demikian juga cendekiawan parti yang menegur penguasa.
Tuduhan yang sama kerap dilemparkan oleh pemerintah. Mana-mana agamawan atau pun cendekiawan universiti akan terpaksa atau mungkin dipaksa menunjukkan sikap yang tak memihak demi mempertahankan jawatan. Tapi, hal itu tidak ada pada sosok ini. Beliau memihak hanya kepada kebenaran.
Dato' Ishak membimbing rakyat dengan cermat sekali gus menegur pemerintah dengan istiqamah. Saya masih ingat cara beliau menjawab soalan seorang penonton televisyen secara langsung tentang isu wanita memakai seluar panjang.
Bijaksana menjawab soalan
Penonton itu bertanya adakah wanita yang memakai seluar panjang itu sudah menunjukkan hal itu menyerupai lelaki? Dengan bijaksana, beliau berkata hal itu tidak menyerupai lelaki.
"Ini kerana, seluar itu bukan lagi dirujuk kepada kaum lelaki. Apabila kita melihat wanita yang memakai seluar panjang, maka tidak menimbulkan kekeliruan ke atas status jantina dan hal itu diperbolehkan mamakainya," demikianlah lebih kurang jawapan beliau.
Pada mulanya, saya mengagak beliau akan menjawab tak boleh memakainya. Ini kerana, telah wujud semacam suatu kelaziman pemikiran dalam masyarakat yang menafikan pemakaian seluar panjang bagi wanita dengan alasan pendedahan aurat.
Tapi, sikap lemah-lembut, cermat dan bijaksana beliau terserlah apabila beliau menjawab soalan itu dengan baik. Beliau tidak pula mengulas lanjut dan membahaskan masalah itu seputar hukum aurat. Jadi, timbul satu persoalan lain, apakah beliau tidak peka hal aurat ketika menjawab pertanyaan tadi?
Saya kira, sudah jelas bahawa beliau juga mempunyai nawaitu yang tinggidalam hal itu. Jika beliau tidak peduli dan ambil pusing hal aurat,agak-agaknya kenapakah beliau telah dipecat daripada jawatan muftihanya kerana teguran dalam isu ratu cantik?
Saya tidak perlu mengulangi kisah Dato' Ishak dengan kes ratu cantik. Hal itu sudah pun diulas dengan panjang lebar. Saya suka meneliti kisah-kisah yang jarang diungkap orang sebagai pengajaran bersama.
Sebelum melanjutkan lagi bualan ini, ada suatu sikap lain yang menurut hemat saya telah melengkapkan kewibawaan sekali gus menyempurnakan kedudukannya sebagai mufti. Di sinilah yang membezakan beliau dengan orang lain.
Iaitu, dengan izin Allah, beliau dapat menyampaikan teguran kepada rakyat dan penguasa di negara ini. Dan sikap luar biasa ini jarang-jarang ada pada agamawan lain. Yang dapat menegur rakyat bawahan itu memang ramai. Tapi, yang menegur penguasa boleh dikira dengan jari.
Sikap ini menyebabkan beliau terbuang dengan penuh kemuliaan. Beliau juga menegur rakyat dengan lembut kerana rakyat tiada kuasa. Tapi, dengan si angkuh yang bersilang dan bersimpang-siur kuasa, disanggahnya tanpa berselindung lagi.
Bersikap lembut terhadap pendokong al-Arqam
Saya masih teringat dalam isu pengharaman al-Arqam. Ketika ustaz-ustaz Umno tersengih kesukaan di atas deraian esak tangis pimpinan al-Arqam dalam suatu program rakaman mengenai pengakuan tokoh pimpinan al-Arqam, Dato' Ishak menunjukkan sikap serius, tidak berjenaka sebagai ustaz-ustaz Umno.
Raut wajahnya yang tenang itu menceritakan segalanya. Beliau seoranglah benar-benar tersentuh hatinya ketika mendengarkan rintihan pimpinan al-Arqam yang bertaubat dan kembali ke jalan yang sebenar.
Walhal ketika pimpinan al-Arqam menangis dalam rakaman itu, para ustaz Umno tampak tersenyum bangga, puas dan bongkak kerana musuh mereka (atau musuh Umno telah pun menyerah kalah). Sakit hati juga melihat rakaman itu.
Walhal, ustaz-ustaz Umno ini, untuk menegur 'bos' mereka supaya tidak digunakan ISA pun belum tentu mampu menegurnya. Dato' Ishak sungguh fokus, tumpuannya amat mendalam ketika mendengar sepatah demi sepatah isi butiran percakapan tanpa mencelah.
Ustaz Umnolah yang paling banyak bertanyakan soalan kepada wakil al-Arqam dengan tujuan agar wakil jemaah itu menjawab dengan menyatakan kekesalan mereka. Dan, Dato' Ishak cuma mendengar, tanpa bertanya sepatah apa pun jika tak silap saya.
Kalau RTM boleh putarkan semula rakaman itu, dan kalau ada soalan daripada Dato' Ishak sekalipun, pada hemat saya soalan itu bukanlah seperti soalan agamawan Umno yang seperti soalan SB untuk mencederakan perasaan dan mendera batin tahanan politik (tapol). Soalan-soalan Dato' Ishak, (jika ada) adalah berawal daripada keikhlasan beliau untuk bertanya.
Jika tak percaya sikap Dato' Ishak ini, boleh cuba dapatkan salinan RTM berhubung rakaman itu jika RTM enggan memutarkan semula kisah lama atau mereka lebih sibuk menumpukan usaha menyiarkan bahan kempen BN menjelang pilihan raya kini.
Sejak menonton rakaman dialog itulah, datang rasa hormat saya yang bertambah kepada mufti seorang ini. Bermodalkan ilmu di dada itulah beliau terus berusaha menyampaikan kebenaran tanpa takut, khuatir, dan gentar kepada apa saja.
Akhirnya di sinilah kemuncak kepada falsafah hidup yang beliau binaitu. Saya cuma agak saja. Betul atau tidak saya tidak pasti. Saya cubamenulis seikhlasnya.
Falsafah hidup beliau
Setelah lama daripada mengerutkan dahinya, Dato' Ishak berkata: "Saya teringat pesanan arwah guru saya yang berkata, Ishak, jangan bimbang dengan pekerjaan apa esok apabila dewasa nanti. Tugas awak belajar saja. Rezeki Tuhan dah jamin. Kerja awak belajar."
Kata Dato' Ishak, hal itulah yang menjadi pegangan dan falsafahhidupnya yang dia bawa sehingga tua. Dan pesan-pesan itu telahmenimbulkan kesan buat dirinya apabila dilantik sebagai mufti diakhir-akhir hidupnya; sesuatu yang tidak terjangkau dalam fikirannya.
Sejak itu, saya rasakan itulah benih pesan yang menumbuhkan kesan dan menjadi pegangan hidup saya. Walaupun hidup terasa bergelombang dengan badai ujian, tapi rezeki tidak pernah putus. Ini yang Tuhan jamin. Kita tak perlu bimbang lagi. Teruskanlah kehidupan dan perjuangan, bertindak mengikut gerak hati dan panduan ilham, demikian kalbu bergetar.
Saya belajar daripada beliau tentang falsafah rezeki hari itu dan selebihnya kita serahkan kepada Allah. Dato' Ishak belajar, bekerja dan berdakwah dengan tidak pernah pedulikan hal jawatan. Baginya, jawatan adalah suatu penilaian sejauhmana insan itu menjalankan urusan agama dan dakwahnya.
Pulang dari rumahnya hari itu, saya termenung dalam perjalanan pulang. Wartawan tidak akan kaya, demikianlah guru wartawan sering mengingatkan. Tetapi, jangan pernah hidup meminta-minta sehingga menjatuhkan maruah. Berjuanglah sehingga terbuang, janganlah mengampu, membodek dan hidup sebagai insan yang tidak jujur dan tidak bermaruah.
Kita orang miskin, tiada harta benda. Kalau maruah dan harga diri sudah dijual, apa lagi yang tinggal? Segala impian yang dicita-citakan wartawan menerusi penulisannya semasa hidup, mungkin terjelma melalui tangan orang lain selepas kematiannya.
Manusia mati meninggalkan nama, hulubalang mati meninggalkan kerisnya, ulamak mati meninggalkan pengetahuan, hikmah dan falsafahnya, Firaun mati meninggalkan jasadnya dan pemimpin zalim mati mengusung dosa pentadbirannya, wartawan, penulis, pujangga mati meninggalkan pesan-pesan yang akan menatijahkan kesan-kesan terhadap pemikiran rakyat dan negara selepas hayatnya.
Sultan Selangor tidak setuju Dato' Ishak dipecat
Dalam wawancara itu, Dato' Ishak berkata bahawa Sultan Selangor sendiri pernah merungut berhubung pemecatannya dahulu.
"Mereka ambil kesempatan di atas keuzuran sultan pada ketika itu dan pada waktu itulah saya dipecat," kata Dato' Ishak. "Sultan sendiri kata kepada saya, sepatut mereka tidak pecat Dato' kerana beta sendiri yang lantik Dato' ke jawatan mufti."
Daripada jawapan sultan itu, dapat diketahui kenapa arwah Dato' Ishak diberikan penghormatan untuk dikebumikan di Makam Diraja, Seksyen 9 berhampiran Masjid Negeri. Mungkin inilah salah satu penghormatan terakhir sultan kepada beliau. Ertinya, beliau meninggal dunia dalam keadaan yang dihormati oleh pemerintah negeri.
Beliau adalah pejuang yang terbilang walaupun terbuang. Kepada para pengunjung Harakah Daily yang terbaca atau membaca coretan ini, marilah kita sedekahkan sejambak wangian al-Fatihah kepada arwah almarhum ... al-Fatihah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2008 10:37 AM | Show all posts
al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 10:58 AM | Show all posts
al-fatihah...  takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 11:05 AM | Show all posts
al-fatihah..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 11:22 AM | Show all posts
al-fatihah..

sayunya..terasa manyucuk didada..

moga2 rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 soleh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 01:37 PM | Show all posts
al-fatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2008 03:48 PM | Show all posts
Al -fatihah...

Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh nya.......aminn
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 04:38 PM | Show all posts
Al-Fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2008 08:41 PM | Show all posts
hari tu berita kat TV... cuma keluar gambar foto shj......

kemudian keluar pula berita kematian anak seni...... fuh..... siap ada coverage lagi...siap ada interview kekawan..... lepas tu kata pula 'kehilangan besar'


berbeza sungguh layanan terhadap ahli ugama & anak seni.... sedih...sedih...


semuga Allah mencucuri rahmatNya.... amin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2008 08:31 AM | Show all posts

Reply #9 I-chi-ban's post

biasalah Aki We....inilah tanda-tanda akhir zaman....artsi dihormati dan disanjungi....ULAMAK dihina & dicaci......semoga roh Tn Guru ditempatkan bersama-sama para syuhada dan orang-orang yang beriman.....:flower: ....amin
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by I-chi-ban at 1-2-2008 08:41 PM
hari tu berita kat TV... cuma keluar gambar foto shj......

kemudian keluar pula berita kematian anak seni...... fuh..... siap ada coverage lagi...siap ada interview kekawan..... lepas tu kata ...


TV3 lah ni kan..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2008 09:38 AM | Show all posts
TV.....3/4....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by I-chi-ban at 1-2-2008 08:41 PM
hari tu berita kat TV... cuma keluar gambar foto shj......

kemudian keluar pula berita kematian anak seni...... fuh..... siap ada coverage lagi...siap ada interview kekawan..... lepas tu kata ...

Al-Fatihah...........

Selagi manusia2 bertongkatkan langit...... Selagi itu lah agama dipandang sepi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.122770 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list