CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctredzuan

MASALAH PENIAGA ONLINE - jom kongsi cerita!!

  [Copy link]
Post time 4-1-2013 10:40 AM | Show all posts
Kamen_rider posted on 1-1-2013 09:47 PM
ni kes biasa terjadi ni...selalu kena camni...biasa sebelum order tuh memang dah terang2 akan bagi ...

hahahah...sabor...sabor... mmg selalu jadi macam ni tapi yg jadi di malam tahun baru tu spesel sikit sebab 1st time dapat berpuluh2 email hanya utk satu order. penuh mailbox dibuatnya....cara order tu pun dah annoying...than tak pasal2 kena bambu malam tahun baru....huhuhuhu...

azam tahun baru utk improve segala kelemahan...semoga 2013 lebih memberi rezeki kepada kita semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 09:47 AM | Show all posts
Nak share jugak la.. actually dah stop pun buat online business ni just tumpukan pada offline bisnes aje... apa yg mampu saya bgtau utk online business ni kepercayaan itu penting.. customer ni kdg2 pening jugak nak brg cepat tp pakai masukkan duit lambat giler.. kdg2 saya ni jenis x kisah nak pos dulu kemudian byr tp sebab dah terkena smp skrg ni x byr2 so itu yang jd kurang percaya dah.. kita ni mau cari rezeki halal ttp ada juga yang ambil kesempatan..

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:42 PM | Show all posts
Last edited by plamsat on 11-1-2013 10:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 12:30 PM | Show all posts
menarik topic nie.. peniagaan online menjadi mudah apabila sentiase membuat promosi dan hasilnya tidak mengecewakan! tgk nie http://bit.ly/UJCTXe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:31 AM | Show all posts
ia mudah tapi kena rajin duduk depan komputer sebenarnya.. jika bergantung pada iklan percuma. iklan anda akan cepat tenggelam kerana ramai yang akan masuk iklan baru..

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 12:58 PM | Show all posts
IMHO

Saya juga pernah berniaga online & buat masa ini masih juga berniaga online..

Saya kira masalah sebenarnya ialah kelemahan sebahagian besar peniaga mengatur "proses" dgn pelanggan atau proses jual beli itu sendiri.  

Mengambil contoh dari posting yang ada, adalah baiknya jika anda mengeluarkan dokumen perniagaan. Sekiranya ianya masih di peringkat sebutharga atau review, keluarkan / jana dokumen berkenaan & hantar kpd pelanggan. Jika pelanggan telah confirm, anda boleh hantar invoice kepada pelanggan. Juga dalam dokumen / email kpd pelanggan, nyatakan nota dengan jelas sebarang syarat, terma etc etc, supaya segalanya jelas. Sekiranya anda serious nak berniaga, buatlah secara professional yang mungkin.

Cara terbaik ialah untuk meng-automasi pembelian serta proses2 yang lain. Jika anda perlu automasikan proses perniagaan anda, sila hubungi saya. InsyaAllah kos nya tak mahal mana pun dan manfaat nya adalah untuk perniagaan anda sendiri. Saya juga akan membuat konsultansi bagi meng-optimize proses perniagaan anda.

Ada kes yg menyatakan pelanggan marah2 kerana dia tak tahu anda telah pos barangan anda, sebab anda terlupa nak upd di fb no tracking dia. Sebenarnya update di fb tu tak berapa effektif, sebaiknya anda email dia apabila telah di pos. Sebab itu saya tekankan, sebenarnya proses tak jelas, maka jadi lah insiden "terlupa nak update customer", sebab kalau proses jelas dan dihubungkait dgn proses automasi, perkara sebegini mungkin tak jadi.

Berkenaan saya:  DUlu2 saya jual software online (software buatan sendiri, buatan Melayu Malaysia), tapi saya dah berehenti apabila saya buat usahasama lain (panjang cerita).  Saya juga membuat sistem perisian bagi peruncitan (retailing) & POS (point of sales), dahulunya.  Skrg selain membuat sistem/perisian bagi para pelanggan, saya juga bangunkan sistem pembelian utk ibiz isteri sy iaitu MasMacarons (lawati www.masmacarons.com atau di www.facebook.com/masmacarons) dimana order boleh dibuat melalui website atau facebook.

Jika anda nak email saya, hubungi di socket70@gmail.com .. untuk portfolio ringkas lawati www.socket70.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2013 04:44 AM | Show all posts
sebagai penjual online saya tak berapa berminat melayan customer byk songeh... tapi customer is always right.. apa nak buat layankanlah, mmg inilah kerja orang berniaga..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 05:03 AM | Show all posts
Hmm banyak jugak nak luahkan sebab saya budak baru belajar...

seperti sesetengah disini, kita tak ada kedai tapi ada ramai desak tanya kedai kat mana, rasa rimas juga. Bukan salah mereka. Ini sebab byk butik2 kedai kat luar sana dia buat online jugak, so pelanggan ingat kita pun sama. Kalau kita ada kedai mesti lah kita selalu promote kan kat diorang kan alamat kedai kita? Atau letak di info atau di mana mana yang senang dilihat. Ini mmg tak ada kedai...


lepas tu macam yang kat sini, ramai call tanya benda yang korang dah letak dalam website. Huhu inilah sebabnya saya tak guna medium SMS/Call dah. dari 10 orang 7 orang mengarut saja. Ada yang benda simple jgn panjang, SMS pertama, baju berapa ??? SMS kedua, bila kena byar?? SMS ketiga, bila boleh sampai??? Ang the list goes on... even kita dah bg semua info kat sms pertama tadi. orang begini ignorance nya tinggi dan tidak peduli pada orang sekeliling.


Call tak kira pagi siang malam. dah kata SMS je nak jugak call. lepas tu suruh bawak baju ke stesen LRT nak jumpa dia sana. Hehe, mak saya cakap ingat ni zaman kemboja jual kain ka...


Ada yang minta murah.... walau barang dah murah ni. Kita bukan borong kat china dah seringgit satu barang. Amik untuk sekadar yang perlu ja.. untuk tampung cost itu ini tak termasuk cost broadband lagi. Kalau campur mmg tak dapat la harga tu dik oi...


Nak jadi pemborang dan agent dropship... oh sejak baca di sini baru tau taktik diorang ekkk. Lepas ni malas dah nak layan. patutlah bila dah bagi sebut harga semua senyap. bodohnya saya.....


Di FB, dah bagitau segala detail kat description masih lagi tanya harga.. lepas tu suruh PM. Dulu layan, tapi xada respon. Saya rasa tu hobby je depa taip PM kat komen tu. sekali tengok kat page jual online lain, muka yang sama je komen PM PM PM PM. mereka tidak berminat untuk beli pun sebenarnya...
Last edited by AzzaAzman on 22-2-2013 07:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 09:41 AM | Show all posts
AzzaAzman posted on 22-2-2013 05:03 AM
Hmm banyak jugak nak luahkan sebab saya budak baru belajar...

seperti sesetengah disini, kita tak ...

Azza Azman..semua tu memang lumrah. Sebab tu la bukan senang nk meniaga ni. Kena ketahanan yang kuat, yang penting apa saja customer tanya tu kita cuba jawab dengan ikhlas. Dan kena kena paham, kadang2 bukan semua yang tanya tu akan beli. Itulah suka duka yang kita kena tempohi. Satu lagi jangan la kita terlampau berharap. Kadang2 tu yang akan membuatkan kita lebih kecewa...

Kadang2 customer ni tak tau pasal kos yang terpaksa kita tanggung. Kadang2 tak berbaloi pun dengan harga yang kita letak. Semua orang ingat penjual ni letakkan harga untuk kaut untung semata2. Memangla namanya lagi berniaga. Takkan la kita beli RM 2..nak jual RM 2 jugak kan..kita pun perlu kira semua kos tersembunyi..contohnya minyak kereta, broadband bla..bla..bla..

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 06:00 PM | Show all posts
salam..

nak mntk pndpt semua..saya baru planning nak buat bisnes online..tapi tgh survey, bisnes ape yg plg mudah dijual & dapat sambutan..yg ada dalam fikiran sy skrg, jual kain pasang & tudung..focus saya pd wanita..tapi saya nak mntk pndpt otai2 semua..kalau nak start bisnes online ni, ape bnda2 yg perlu saya rangka kan dari awal? cthnye, mempunyai laptop @ komputer yg mmpunyai tahap kelajuan yg tinggi, ada kamera utk snap pic2 brg2 utk diupload ke PC nnti atau lain2..boleh x bagi saya cdgn? sy jgk merancang utk belajar tntg ebay..

terima kasih semua...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 07:11 PM | Show all posts
julia5094 posted on 22-2-2013 09:41 AM
Azza Azman..semua tu memang lumrah. Sebab tu la bukan senang nk meniaga ni. Kena ketahanan yang ku ...


terima kasih cik julia... itulah masalah kecil saya, sebab di sini membincangkan permasalahan perniagaan online. Tapi alhamdulillah, tidak lah sebesar mana, saya belajar perlahan-lahan dari pengalaman yang dikutip sepanjang beberapa bulan berniaga ni. Alhamdulilllah sangat, walau tak lah seberjaya orang lain tetapi agak memberangsangkan juga sampai tak cukup tangan...

saya berharap saya dapat buat full time supaya dapat fokus lagi tetapi apakan daya... saya student uni sepenuh masa... selalu lambat bagi respon pada customer... tu masalah jugak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 11:50 PM | Show all posts
kawe aritu order perfume, seller nye lelaki. sampai2 kawe bukak tgk dia balut dgn suratkhabar je. nasib dak pecah. nak tergelak sbb dia cam gumpal2 gitu je. xde pon balut tebal2 or salotape elok2. .  guna lak suratkhabar yg kecik tu, metro ke sinar tah, belah plak dua.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 08:21 PM | Show all posts
CikWaa posted on 22-2-2013 06:00 PM
salam..

nak mntk pndpt semua..saya baru planning nak buat bisnes online..tapi tgh survey, bisnes  ...

jual tudung online ni sangatlah banyak pesaingnya unless kita reka dan produce sendiri tudung tu.. ini pendapat saya la sbb adik saya jual tudung juga, tapi ambik stock dari supplier, so x jlan sangat. Saya pula jual baju yag produce sendiri bukan dari kilang, walau xcantik mana tapi alhamdulillah ada yang berkenan. Laju sikit dari perniagaan tudung...

Tapi tu bukan lah nak turunkan semangat, cuma kita kena berusaha lebih lagi. Saya dulu masa mula mula jual, letak harga murah gila. Jgn pikir rugi, dapatkan customer dulu...

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:22 AM | Show all posts
AzzaAzman posted on 24-2-2013 08:21 PM
jual tudung online ni sangatlah banyak pesaingnya unless kita reka dan produce sendiri tudung tu.. ...

terima kasih azza ats pndgn..
dari segi permulaan tu, mcmana ye?
ape persediaan u?
aope yg nak dijual tu, sy tgh fkir lg..msh dlm plan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 04:44 PM | Show all posts
salam semua.

nak tanya pada yang tahu, saya sekrang dah tukar domain dari blogspot ke .com

masalah nya bila dah tukar domain ni, nak register web tu balik dgn searh engine macam google, yahoo...etc

dedulu masa pakai blogspot memang register sendiri manually tapi sekrang tak de masa la nak godek2 balik benda2 ni.  ada sesapa tahu mana2 company or link yg offer servis register web kita utk search engine macam google , yahoo, bing..semua . berbayar pun takpe tp tak mo la mahal2 sgt

memang ada tanya pakcik google tapi byk sgt link yg keluar. so tak tahu mana yg betul2 bagus. ada tak mana2 on9 seller yg guna servis register ni?  kalau ada meh le share servis mana yang korang guna.  betul2 memerlukan ni...help..helpp...help...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 12:20 AM | Show all posts
CikWaa posted on 25-2-2013 09:22 AM
terima kasih azza ats pndgn..
dari segi permulaan tu, mcmana ye?
ape persediaan u?

jual benda yang u minat, jual benda yang u tahu...

bukan ikut trend bukan ikut cakap orang...

ada hobi? Jadikan hobi tu penambah pendapatan u bukan hobi yang buang duit. Kita yang tukar dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 09:44 AM | Show all posts
AzzaAzman posted on 22-2-2013 05:03 AM
Hmm banyak jugak nak luahkan sebab saya budak baru belajar...

seperti sesetengah disini, kita tak ...

Betul tu.. memang begitulah adat bila berniaga online di malaysia ni..

Masalah asyik tanya perkara yang obvious

Sebab kebanyakan rakyat  malaysia yg mencari barang online ni depa masih suka pi kedai dan suka pot pet pot pet.. duk tanya benda yg obvious/jelas...  

Ada yg bertanya, nak "mix" itu dgn ini, dan sebagainya boleh ke? .. saya jawab mudah.. "kami menjual apa yg tertera dalam borang pesanan online kami itu lah yang kami jual".. senang, sebab tu di adakan borang order online.. supaya memudahkan kedua pihak..

Elakkan dari memberi nombor peribadi anda kpd pelanggan

Oleh kerana telah menjangkakan para pelanggan akan call/sms., maka sebab itu saya sediakan online order dan juga FAQ.. semua soal jawab cuma samada dalam email atau di FB sahaja.. Ada yg mintak phone no.. tak boleh , itu private number, no peribadi, ... anda perlu asingkan perniagaan dgn perkara peribadi..


Dimanda kedai?

Bab yg tanya "dimana kedai" tu biasa lah.. sebab kalau ada kedai fizikal memang lebih mudah bagi pembeli.. bab ini peniaga jangan komplen lah.. cuma jawab lah dgn baik "kami tak ada kedai, kami menjual secara pos".. :-)


Description produk biarlah jelas

Para pembeli memang akan bertanya kpd peniaga. sebab kdg2 walaupun peniaga letak description, tapi ianya tak jelas... sebab kdg2 peniaga tulis pun tak jelas, dia faham la, sebab dia yg jual & tulis, org lain tak faham.. jadi jika anda menulis description tentang terma atau sebagainya, tanya pendapat beberapa orang, lihat bagaimana mereka faham atau tidak, atau anda cuma syok sendiri..

"kak, mintak PM price"

Bab sikit2 mintak "PM" tu memang annoying kekeke.. jadi saya sediakan jawapan yg standard iaitu spt "Untuk senarai harga, flavor, dan membuat pesanan online, sila klik pada tab 'Order Online' di page kami atau link berikut http:<bla bla bla>".. cut and paste jer.. dan jawapan standard ni saya simpan dalam satu file.. senang nanti nak guna.. Yg penting anda ada page untuk order online supaya mudah pelanggan rujuk.

Ramai mintak PM sebab dulu ramai yg buat berniaga cara ni, senarai harga tak mau publish (ntah nak kelentong harga kut).


Saranan saya

Saya sarankan...

1) sediakan FAQ (frequently asked question).

2) sediakan online katalog yg mudah dirujuk oleh pelanggan.

3) sediakan satu list senarai jawapan yg tersedia (pre-prepared answer) , senang copy & paste

4) online order system yg mudah (boleh tanya saya lebih lanjut jika mahu pm saya)... boleh buat diskaun etc semua automatik


Kelebihan ada email-auto kpd pelanggan

Dalam order system tu pelanggan akan dapat email setelah membuat pesanan.. dan dalam email tu ada arahan pembayaran.. Itu pun ada juga yg cakap dia tak dak email, ntah mcm mana dia takdak email tapi boleh ada akaun FB.. dan saya bgtau lah, buka dgn Gmail, FREE jer pun...

Dalam email tersebut juga di terangkan "waktu pemprosesan" spt "antara 1 - 3 hari bekerja" dan juga sebarang "disclaimer" jika perlu. Jadi ini menjawab soalan pelanggan "bila boleh dapat yek?"

Memula dulu, ramai yg order, pas tu diam mcm batu, tak bayar pun.. cuma gatal tangan nak order.. jadi skrg sy buat, dalam email auto kpd pelanggan tu, ada tarikh terakhir utk pembayaran di buat (iaitu 2 hari dari tarikh dia buat pesanan), dan jika tiada pembayaran di terima, pesanan tu akan di batalkan.

Kalau boleh elakkan dari customer-pickup

Dulu ada juga buat "pickup".. skrg dah serik,.. sebab 50% pelanggan lewat dan ada yg putar alam masa nak pickup.. walhal dia dah bayar, dia cakap "oh dah on the way ni, 5 min sampai kat sini".. 20 min pun tak sampai lagi.. mcm2 la bila pickup ni.. so, baik tak payah.. pos je senang..

Blue Ocean Strategy

Satu perkara yg jelas saya lihat.. para peniaga Melayu ni kurang faham teknik berniaga.. kena lah faham konsep "blue ocean" berbanding "red ocean" .. (http://en.wikipedia.org/wiki/Blue_Ocean_Strategy) ... Ramai peniaga, apabila bersaing dia cuma fikir nak "potong harga".. walhal itu merosakkan pasaran barangan itu sendiri... apabila keuntungan per-unit kurang maka peniaga mula fikir mcm mana nak naikkan untung, mula lah guna barang sub-standard... Apa yg perlu peniaga buat ialah "value added" atau menambah nilai kepada pelanggan yg membeli dgn anda.. contohnya, packaging anda menarik.. atau anda bagi bag kertas yg cantik.. bagi kalendar ke.. atau ada diskaun bagi pembelian awal (advance purchase) atau jika hari jadi pelanggan, dia dapat "purchase with purchase" pada harga istimewa.. kena kreatif.. dan bukannya turunkan harga..
Last edited by k_a_a on 27-2-2013 10:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:52 AM | Show all posts
norzyy posted on 25-2-2013 04:44 PM
salam semua.

nak tanya pada yang tahu, saya sekrang dah tukar domain dari blogspot ke .com

Sebenarnya .. anda boleh buat sendiri sahaja.. sebab Yahoo , Google semua akan crawl ke website anda.. pastikan meta-tags dan juga ayat2 dalam page anda itu boleh naik ranking... sebaiknya anda mungkin mahu nasihat webmaster.. tapi kalau anda guna blog , tentunya nanti akan di crawl juga oleh google etc, cuma lambat sikit la.., sebab tu bila nak buat benda2 mcm ni perlu ada penasihat/consultant yg mahir.

Anda boleh iklan dalam Google Adwords jika mahu.. tetapi boleh jadi mahal lah

Sebaiknya anda buka page FB juga.. sebab anda boleh iklan di sana semurah RM17 ... serious.. saya dah buat.. bila ada promo tertentu saya buat lah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 05:43 PM | Show all posts
k_a_a posted on 27-2-2013 09:52 AM
Sebenarnya .. anda boleh buat sendiri sahaja.. sebab Yahoo , Google semua akan crawl ke website an ...

saya tahu boleh buat sendiri bab register search engine ni. dulu2 masa set up blog memang buat sendiri je. tu pun 2 tahun lepas

sekarang ni alhamdulillah order tak putus2 , so takde masa nak godek2 benda2 macam ni. ada try gak buka ggogle webmaster tu tp layout dah berubah, dah tak sama macam dulu....so otomatik jadi tak reti la plak...huhuhuhu....

kalau tak register...berjanggut la nak tunggu google, yaho..bing..etc... crawl ke web kita

bab FB fan page tu memang 100% setuju. kena ada fan page baru senang berurusan. saya mmg dah ada fan page. so far di facebook takde masalah. semua ON macam biasa. alhamdulillah . dekat fan page boleh tepek macam2. paling best boleh letak ORDER FORM. skang ni pun tgh buat kerja2 menyiapkan ORDER FORM di fan page utk memudahkan urusan

bab web  .com yg jadi fening sikit sebab dah hilang dari pandangan pakcik gugel

pada yang baru nak mula tu... honestly anda kena ada KESABARAN yg tinggu utk biz on9 ni.  pada sya jika anda seorang yang boleh mengadap komputer lebih 8 jam sehari..................... yup insyaAllah anda boleh buat



Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 06:15 PM | Show all posts
norzyy posted on 27-2-2013 05:43 PM
saya tahu boleh buat sendiri bab register search engine ni. dulu2 masa set up blog memang buat sen ...

Sikit nasihat,.. dlm DNS godaddy anda, create entry "@" (utk all atau "*")  subdomain point ke IP server anda.. sekarang ini,  anda dapati http://www.kedaihadiahonlineku.com dan http://kedaihadiahonlineku.com akan menunjukkan page yg berbeza.. ini boleh membuat crawl dari search engine mendapat maklumat berbeza.. jika ini dapat diatasi, mungkin dapat membantu carian oleh search engine.  Mungkin anda mahu bertanya dan mendapat bantuan drp pihak teknikal godaddy.

Anda tak perlu online 8 jam sehari kerana biz anda online. Anda boleh tetapkan waktu2 tertentu. Internet hanyalah sebagai pengantara / medium. Last edited by k_a_a on 27-2-2013 06:20 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.094605 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list