CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3370|Reply: 12

Perkara Yang Akan Membuatkan Kita Susah

[Copy link]
Post time 9-1-2008 11:22 AM | Show all posts |Read mode
[size=100%]Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau
secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang

mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.


Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi

abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang

mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 11:26 AM | Show all posts
ader betul jugak ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 12:06 AM | Show all posts

hmm...

ni hadith and Quran sokong, ker?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 07:54 PM | Show all posts
kalo tak caya, berdosa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 09:06 PM | Show all posts
more suitable for the bod M+M
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 11:29 PM | Show all posts
Moving to M&M
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2008 11:52 AM | Show all posts
ader setengah2 perkara tuh penah gak baca....... sumbernya dari hadis Nabi saw......ttp dah tak hengat dah kat mana......... .
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 12-1-2008 11:52 AM
ader setengah2 perkara tuh penah gak baca....... sumbernya dari hadis Nabi saw......ttp dah tak hengat dah kat mana......... .


jgn tk hengat nk balik rumah udah ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2008 04:09 PM | Show all posts
ada beberapa perkara yg benar... tp lbh byk karut....

sperti yg tdapat dlm tajul muluk....

terdapat juga dlm kitab sirus salikin dgn didokong oleh hadis2 dhaif dan maudu'...

byk faktor len yg menyebabkan kita ini papa dan ditimpa bencana... bkn dgn benda2 yg remeh temeh tuh...

cm kpercayaan melayu duduk kt bantal leh naik bisul, cmtu jugak kepecayaan arab jahilian.... masing2 bangsa punyai adat dan kepercayaan tahyul...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 02:39 AM | Show all posts
elok juga dikumpulkan segala kepercayaan/protokol yang karut-marut ini dan dilabel 'sticky' supaya mudah dibuat rujukan.

Ingat

Islam datang membawa kesejahteraan dan membebaskan manusia dari kejumudan dan kesulitan/kepayahan.

Adakah anda mahu mengatakan setiap orang yang susah miskin lagi menderita itu adalah akibat dari perangai/tabiat buruk mereka bukan kerana ujian dari Allah?

Adakah orang yang kaya raya itu kerana mereka adalah orang yang sangat beradab lagi terpuji tingkah lakunya? Bukan kerana ujian dari Allah?

Buat perbandingan sendiri antara Rasulullah S.A.W /nabi -nabi dengan firaun di zaman nabi Musa / Qarun dan bilionnaire-bilionnaire dunia masa kini.

Semoga kita tidak menjadi pengikut secara buta-tuli.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 03:40 AM | Show all posts
dah tau amalkan lah ya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 10:10 AM | Show all posts
Semua yang tersenarai diatas tu lebih kepada adap dan kesopanan...~Islam merupakan agama yang amat mementingkan kesopanan dan adap..~
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 10:11 AM | Show all posts
Tapi ada sesetengah diatas tu sepeti tak masuk akal..~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.127985 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list