CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9569|Reply: 57

Perlukah peniaga memakai pendinding................???

[Copy link]
Post time 20-12-2007 08:17 PM | Show all posts |Read mode
InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, bulan februari tahun 2008 ni aku akan memulakan bisnes dobi..............

ayah aku pesan kat aku, dia suruh aku pakai pendinding sebab risau kalau ada yang hasad dengki, orang tu akan buat khianat kat aku...............

so...aku nak tanya pendapat korang, perlukah peniaga pakai pendinding untuk mengelakkan dia menjadi mangsa perbuatan khianat..............?

adakah memakai pendinding ini syirik................?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2007 08:22 PM | Show all posts
betul..kdg2 sebb takut kan benda2 neh..kita terlupa kita buat perkara syirik..pada aku..ko niaga je dulu..pastu tgk ada kena ke tak..kalo ada apa2..pi berubat..tapi tgk gak cara perubatan..jgn sampai mendatangkan syirik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2007 08:38 PM | Show all posts

Reply #2 Pak_Jen's post

pak jen ada pakai pendinding tak...............?

sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk membaca ayat Kursi supaya terlindung dari perbuatan sihir...selain dari tu, ada tak pendinding yang dibenarkan oleh agama Islam.................?
Reply

Use magic Report

drizzle This user has been deleted
Post time 20-12-2007 08:58 PM | Show all posts
EDITED

[ Last edited by  Flaming Boy at 21-12-2007 12:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 09:07 PM | Show all posts
bro, kedai dobi mesti ada dinding.. kalau tak, lopong la kedai ko..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 09:13 PM | Show all posts
Originally posted by zaidi_uitm at 20-12-2007 08:17 PM
InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, bulan februari tahun 2008 ni aku akan memulakan bisnes dobi..............

ayah aku pesan kat aku, dia suruh aku pakai pendinding sebab risau kalau ada y ...


1.  Pendinding kedai dari orang yang iri hati
2.  Orang lain yang dinding kedai supaya pelanggan tak nampak, nampak macam kedai tu tutup aja.

Ini semua kerja sihir.  Jangan ingat benda ni smua tahyul, masih berleluasa di buat orang.  Kerja sihir macam ni semua melibatkan jin.  Orang pegi jumpa bomoh/pawang/dukun/tok batin/tok sami dapatkan tangkal azimat.  

Aku nasihat jangan pegi ambik benda ni semua, kalau pegi jugak memang boleh terjadi benda ni, orang banyak tak tau apa bencana jadi pada diri sendiri satu hari nanti.   

Tangkal dan azimat Dr. Amran Kasimin:- http://forum3.cari.com.my/viewth ... page%3D1&page=1

Ada cara mendinding menggunakan ayat Quran sepenuhnya, cari ustaz ustaz perawat Islam yang genuine guna ayat2 Quran dan air sahaja.  Jangan jumpa yang bercampuk aduk dengan cara tradisional yang mintak benda yang bukan bukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2007 09:23 PM | Show all posts
ayat pendinding dari sihir yang Rasulullah SAW ajar paling mudah kita nak ingat iaitu surah al falaq.ataupun baca 3 Qul(Al ikhlas,Al falaq,An nas )selalu baca.pagi dan petang.Insyaallah sihir tak terkena kita dengan izin Allah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 09:55 PM | Show all posts
mulakan dengan bismillah
disudahi dengan alhamdulillah..

ismail kamu banyak doa2 untuk ni..ko carikla kaset ke buku ke..

lagi satu masa nak mendobi tu nyanyila lagu mcm marjinah nyanyi..
alhamdulillah syukur nikmat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2007 11:07 PM | Show all posts
kedai aku penah kena...org tak nampak...mmg down giler sales time tuh....memula tak perasan...sampai laa ada org tanya kat mak aku naper dah lama tak bukak kedai....hahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2007 07:11 AM | Show all posts

Reply #6 kupia's post

ni aku amik dari link yang ko bagi...mekasih...................

Jangan pandang remeh tangkat dan zimat ni terutamanya yang diambil dari bomoh2/dukun2 atau dari sami2 dikuil siam tu.
=============================================

DR. AMRAN KASIMIN
Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal. Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulisayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang, tasbih, kayu dan sebagainya.

Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di manadi gunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan kepada hadis umum yang bermaksud: Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmaddan Abu Daud.

Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang bermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban danal-Hakim.  Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam Fathu`l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:

1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.
2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayatal-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada ayat-ayat tersebut.
3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci, iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas, dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.

Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya, Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh ulama yang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan IbnAkim.

Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga sesetengah ulama salaf.  Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan, iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama, iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.

Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah) penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang disokong oleh ulama yang terkemudian.

Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.

Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal.
Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itudan memotongnya sambil berkata:
``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.
Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu? Baginda menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.

Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515). Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang dijelaskan oleh hadis berikut:

Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seoranglelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan katanyaitu baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya kamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad.

Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hatidan harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi manfaat atau mudarat.

Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah dikedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada hadis-hadis di atas.

Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayatal-Quran dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan, atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban danal-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawabisterinya.  Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya, kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:  Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik.

Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi danapabila aku memakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab: Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:

Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkauadalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, AbuDaud dan al-Hakim.
Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju), logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang dan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:

Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadis riwayat an-Nasaiy.

Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat, seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan ``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya, kemudian bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''. Orang yang berkenaan telah melakukan sihir.

Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yangdi maksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan airludah.  Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan dizaman jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4).

Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki oleh-Nya - (an-Nisa': 48).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2007 07:13 AM | Show all posts

Reply #9 silverchair959's post

pastu apa yang ko buat..................?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 08:44 AM | Show all posts
sorry

saya tak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 08:46 AM | Show all posts
sib baik aku ada pakcik yg boleh dikatakan agak berpengalaman dlm benda2 nih...dia cek sendiri...dia buat sendiri...jumpa ada benda ditanam kat dlm pasu depan kedai aku....dia bunag...dan yg lebih memeranjatkan...yg buat bendat uh bukan bangsa kita...dia siap pakai bomoh siam punya huhuhuh...so kena igt aaa....air yg tenang jgn disangka tiada buaya huhuhuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by zaidi_uitm at 20-12-2007 08:17 PM
InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, bulan februari tahun 2008 ni aku akan memulakan bisnes dobi..............

ayah aku pesan kat aku, dia suruh aku pakai pendinding sebab risau kalau ada y ...



just satu aku nak tanya...kau datang dari mana?........ ko nak percaya tuhan atau benda2 karut marut mcm tu?...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by silverchair959 at 21-12-2007 08:46 AM
sib baik aku ada pakcik yg boleh dikatakan agak berpengalaman dlm benda2 nih...dia cek sendiri...dia buat sendiri...jumpa ada benda ditanam kat dlm pasu depan kedai aku....dia bunag...dan yg lebi ...



mcm mana kau tahu tu bomoh siam punya kerja?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2007 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by bubpallo at 21-12-2007 08:59 AM



just satu aku nak tanya...kau datang dari mana?........ ko nak percaya tuhan atau benda2 karut marut mcm tu?...

aku percaya pada Allah..............

aku tahu kalau kita mempercayai atau mengharap selain daripada Allah, perbuatan kita itu adalah syirik................

ayah aku sebelum ni penah kena buatan orang sebab dengki, dan sebab tu dia berkeras suruh aku pakai pendinding...pagi tadi aku minta pendapat mak aku, mak aku pun suruh gak pakai pendinding sebab risau orang buat khianat.................

jadi, aku nak tahu, ada tak cara dalam Islam, yang memang secara khusus, yang boleh digunakan sebagai pendinding, untuk melindungi kita dari perbuatan khinat ataupun sihir................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2007 01:16 PM | Show all posts
mat salleh kalau tahu rumah tu HUNTED, dia sanggup tidor dalam gumah tu...

..nak tengok,nak jumpa ngan  hantu tu....

..mat gian tidor atas tanah kubor...x jumpa pun hantu...

moral of the story..

caper percaya dia kene

caper x percaya, hantu tu lari..

hi hi hi

aku nak YM ngan hantu lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2007 02:19 PM | Show all posts

Reply #17 manaya's post

manaya..............

maksud ko...syaitan, iblis dan jin tak wujud ke................?

maksud ko...sihir itu adalah dongeng semata-mata ke..............?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 02:43 PM | Show all posts

Reply #1 zaidi_uitm's post

secara personal....

aku yakin....kalau kita meniaga kerana ALLAH...
kita jujur dlm meniaga...ikhlas dlm berurusan...dan kita twakkal pada ALLAH..tu lah pendinding bagi kita dlm perniagaan

sesuatu perniagaan yg memberikan untug yg lebih banyak kepada pengguna akan sucess perniagaan tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2007 02:48 PM | Show all posts

Reply #19 GENG JAHAT's post

ko ada amalkan apa2 tak (doa) supaya terhindar dari perbuatan khianat............?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.074893 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list