View: 5016|Reply: 30
|
Jalal hayati watak pondan tua dalam 'Patung Kertas'
[Copy link]
|
|
13-12-2007 10:39:51 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ SUDAH ramai aktor tempatan yang berani mengubah haluan lakonan mereka dengan memegang watak 'lelaki lembut'.
Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Ahmad Azhar Othman atau Awie juga pernah melakonkan watak 'lelaki lembut' yang juga pereka fesyen bernama Sophie dalam filem "Apa Kata Hati" yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.
| Mampukah Jalal melakonkan watak "lelaki lembut" dengan baik? (Foto The Star
oleh Ricky Lai) | Selain Awie, pelakon utama filem "Waris Jari Hantu" Rusdi Ramli turut melakonkan watak tersebut sehingga berjaya menerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 20 lalu.
Kali ini, pelakon popular Datuk Jalaluddin Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jalal yang biasanya melakonkan watak lelaki sejati itu menukar citarasanya untuk mengikut langkah Awie dan Rusdi dalam pementasan teater muzikal "Patung Kertas" pada Februari tahun hadapan.
"Masa mula-mula dapat tawaran untuk berlakon dalam teater ini saya tak fikir apa-apa pun dan tak tengok skrip.
"Tetapi setelah mendapat panggilan daripada produser yang mengatakan pengarahnya adalah Lokman Ghani terus saya bersetuju kerana beliau merupakan salah seorang pengarah teater yang terbaik di Malaysia.
"Seminggu selepas tu baru saya mendapat tahu skripnya melakonkan watak lelaki lembut," kata Jalal ketika sesi bergambar bersama pelakon yang lain di Pusat Pelancongan Malaysia semalam.
Teater muzikal "Patung Kertas" karya penulis skrip dan pengarah tersohor A.Wahid Nasir mengisahkan seorang lelaki bernama Arman atau Adik Chu lakonan Zuhairi yang memang disifatkan menjadi 'lembut' sejak kecil lagi.
Beliau merupakan anak yatim piatu yang kematian seorang ibu yang menderita penyakit barah darah yang kronik.
Selepas ibunya meninggal, Arman terpanggil untuk membuat kerja amal untuk membantu yayasan penyakit kronik dan kebetulan rapat dengan seorang penggiat seni dan peniaga butik, Hairol (Jalal) setelah beliau diselamatkan oleh Hairol atau Along dari serbuan polis.
Barisan 'Patung Kertas' yang pertama kali mementaskan kisah 'lelaki lembut' membuat pertunjukan amal.
(Dari kiri duduk: Zuhairi, Wafa, Jalal dan Along Faris) Mereka berdua menubuhkan pasukan "patung kertas" untuk tujuan mengadakan persembahan amal bagi mengisi tabung yayasan penyakit kronik itu.
Sekian lama Arman memendam rasa pada Hairol namun demi persahabatan, dia terus membisu sehinggalah muncul Khairi (Along Faris) iaitu seorang pegawai bank yang menjadi ahli kumpulan "patung kertas" dan konflik semakin bertambah apabila muncul seorang gadis bernama Mariam (Rashidah Jaafar) dalam hidup Hairol.
"Sebagai pelakon, ini merupakan cabaran saya untuk memainkan watak lelaki lembut yang tak pernah dilakonkan sebelum ini. Perasaan saya berbaur dan bimbang kerana memikirkan samada saya boleh buat atau tidak.
"Namun saya percaya dengan skrip yang dihasilkan oleh Wahid ini saya dapat teliti dan halusi kehendak skrip itu dengan cara terbaik atas sokongan Lokman dan semua tenaga produksi.
"Lagipun saya pernah bekerjasama dengan Wahid sejak berbelas tahun dahulu dan bagi saya skrip cerita "Gerimis Salju" adalah antara skrip yang terbaik untuk dilakonkan," ujar Jalal yang berusia 54 tahun ini.
Jalal tertawa lucu melihat wajahnya setelah disolek tebal Melihat Jalal memakai pakaian wanita dengan solekan tebal, rambut palsu dan bertumit tinggi, wajahnya nampak feminin sekali setelah didandan selama dua jam oleh jurusolek Ika Osman, Gina dan Lili dari Ika Frency.
"Cabaran saya adalah untuk menukar watak lelaki sejati kepada seorang lelaki lembut yang tidak tahu bagaimana dunia mereka secara sebenarnya.
"Tetapi sepanjang saya bercampur dengan golongan ini, saya dapat tahu serba sedikit tentang mereka dan hormati mereka sebagai mahluk Allah.
"Insya Allah, dengan bantuan mereka saya dapat lakukannya kerana boleh dikatakan saya selalu berjumpa dengan mereka pada sepanjang hari bekerja," ulas Jalal yang menjadikan jurusolek artis sebagai rujukan untuk memantapkan lakonannya nanti.
Beliau juga menggunakan peluang dan bertanya kemusykilan menghayati watak dengan merujuk kepada wartawan Syed Yusof Wafa yang turut buat penampilan khas sebagai Doni dalam teater ini.
Jalal disolek selama dua jam bagi mengubah wajah asalnya menjadi lebih feminin "Setakat ini, keluarga saya belum tahu mengenai watak yang akan saya lakonkan ini. Saya sengaja tak bagi tahu mereka kerana nak bagi kejutan.
"Saya juga tak mahu canangkan kerana khuatir jika ia ibarat indah khabar dari rupa. Kalau mereka tahu selepas ini pun saya akan diamkan sahaja sehinggalah hari pementasannya nanti.
"Kalau mereka tahu mungkin mereka akan faham dan mereka selalu memberi sokongan yang jitu kerana ini adalah karier saya," jelas Jalal yang sudah lebih 20 tahun membabitkan diri dalam pementasan teater manakala bergiat dalam dunia seni lakonan sejak 30 tahun lalu.
Selain bakal sibuk dengan teater yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia nanti, beliau turut sibuk dengan pengambaran drama 26 episod "Noktah Dendam" arahan Rosli melalui usahasama Malaysia dan Indonesia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
erkk |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki lembut yg xcomel.....
ambik la pelakon yg ala2 comel gitew...mcm pondan tua xlaku jek... |
|
|
|
|
|
|
|
badan macam raksakse gordon je... |
|
|
|
|
|
|
|
apa sudah jadik |
|
|
|
|
|
|
|
kiutnya........................... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 haidawaty's post
comella....rase cam nak jilat2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa nonton teater nie yea
pasti ramai golongan akak-akak & adik2 dtg
masa 23/04/2008 |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat ini peminat teater tentunya tidak sabar untuk melihat satu kelainan dalam teater Patung Kertas yang akan dipentaskan di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bermula pukul 8.30 malam, tiket-tiket menyaksikan pementasan itu masih lagi dijual dengan harga RM30 hingga RM50.
Membariskan pelakon-pelakon popular antaranya Datuk Jalaluddin Hassan, Ashraf Muslim dan Ebi Yus, teater ini dijangka memuaskan penonton apabila mereka melihat watak Jalaluddin sebagai mak nyah.
Ia mengisahkan dunia pahit manis kumpulan Paper Dolls yang bermula dengan perhubungan akrab antara abang Long (lakonan Datuk Jalaluddin Hassan) dengan Adik Chu dan Wan. Mereka melakukan aktiviti kebajikan dalam kumpulan Patung Kertas yang mempromosikan primadona hitam putih pada setiap persembahan mereka.
Pergolakan dunia Patung Kertas yang penuh suka duka itu bagaimanapun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang ahli baru kumpulan tersebut tidak disenangi oleh seseorang.
Tidak setakat itu sahaja, perebutan 'kawasan bisnes' juga menjadikan suasana lebih tegang dan ada antara Patung Kertas ini tidak 'sebulu' malah adegan cabar mencabar berebut kawasan juga berlaku.
Di sebalik kekalutan itu, Abang Yus (lakonan Ebby Yus) seorang pemuda yang pada awalnya hanya peniaga kecil-kecilan di siar kaki kawasan 'bisnes' Paper Dolls tersebut turut dibabitkan oleh golongan tersebut. Kenapa Abang Yus pula menjadi mangsa? Inilah persoalannya.
Kisah ini turut menyingkap bagaimana Adik Chu akhirnya juga mengikuti jejak Abang Long menjadi sebahagian daripada kehidupan primadona tersebut. Apakah kebajikan yang dilakukan oleh kumpulan Patung Kertas ini kepada seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung berlubang?
Cerita-cerita di sebalik nama Patung Kertas ini pasti meruntun jiwa penonton bila mengetahui kenapa dan mengapa mereka jadi begitu. Tiket-tiket berharga RM50 dan RM30 boleh didapati dengan melayari www.ticket2u.biz.
Mahalnye tiket...
[ Last edited by Rhyno at 21-4-2008 05:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
rosak anak ulamak tsohor nie..
kadang2 xfaham aku alasan DEK MGEMBANGKAN BAKAT... jiik jer aku tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awadanish at 14-12-2007 03:45 PM
badan macam raksakse gordon je...
laugh my **** off!!!!
[ Last edited by jac_diehard_fan at 25-4-2008 03:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 minaq_jinggo's post
|
|
|
|
|
|
|
Macam best & kelakar jek. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak g tgk teater ni esok~!. 2 jam 1/2 masanya waduh2. :victory: |
|
|
|
|
|
|
| |
|