View: 39960|Reply: 306
|
KELATE DAH BANJIR! - ada gambar UNCLE K!
[Copy link]
|
|
KOTA BAHARU, 6 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hariini mengeluarkan amaran "peringkat merah" bagi Kelantan, Terengganu danutara Pahang kerana keadaan cuaca yang boleh menyebabkan banjir.
Amaran peringkat merah merujuk kepada ribut tropika atau taufandengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 KMsJ disertai hujansederhana menjadi lebat.
Keadaan itu dijangka bermula hari ini sehingga Jumaat dan bolehmenyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatanitu dalam satu kenyataan.
Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagiperairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Sabah.
Keadaan itu dijangka berlaku sehingga Selasa ini.
Maklumat daripada laman web Jabatan Pengairan dan Saliran pulamenunjukkan bahawa paras air di lapan sungai utama di Kelantan masihberada di paras normal.
-- BERNAMA
[ Last edited by ctredzuan at 29-12-2007 01:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
are umah aku kt phg ni direct ujan dr pg...menten jek![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
uik....aku duk melaka ni pun dari ptg smlm ujan.... risau takut banjir last yr berulang... |
|
|
|
|
|
|
|
uiyo, suspen. jb pon asik ujan jer, ala2 takut banjir cam hari tu kat kota tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
kat rawang ni pung hujan sejak pagi tadi.... hu hu nok banjir koooo ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Johor dah 1000 mangsa dipindahkan. Kat Pantai Timur tak start lagi ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini pon hujan jer....:eek:
mula2 pagi tadi jer tak hujan:eek: |
|
|
|
|
|
|
|
Aiya..KL dr pagi tadi tak berenti ujan yer |
|
|
|
|
|
|
|
Off topic
Johor Dilanda Banjir, Lebih 1,000 Orang Dipindahkan
JOHOR BAHARU, 6 Dis (Bernama) -- Hujan sejak semalam sehingga pagi ini menyebabkan 260 keluarga mengandungi 982 orang di sekitar Johor Baharu dan 53 orang daripada 13 keluarga di Kota Tinggi dipindahkan ke tempat selamat sehingga pagi ini.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Baharu Manayi Ibrahim berkata lapan pusat pemindahan sementara dibuka sejak 5petang semalam dan sehingga kini sebanyak 11 keluarga berada di Sekolah Tokong Kampung Sungai Tiram, 41 keluarga di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1, 18 keluarga di Balai Raya Kampung Pasir Puteh di Masai, tiga keluarga di Balai Raya Kampung Sungai Redan, Tiram, dan satu keluarga di Balai Raya Kampung Sungai Tengah.
Sebanyak 121 keluarga lagi ditempatkan di Sekolah Agama Datuk Abdul Rahman, Kampung Sentosa, Masai, 64 keluarga di Balai Raya Kampung Sentosa, Masai dan satu keluarga di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai.
Jurucakap Jabatan Kebajikan Kota Tinggi pula berkata dua pusat pemindahan kini dibuka di Kota Tinggi selepas lapan keluarga membabitkan 32 orang di Kampung Melati Putih, Kota Tinggi, dipindahkan ke Balai Raya Kampung Melati Putih malam tadi.
Petang semalam, lima keluarga membabitkan 21 orang termasuk seorang bayi perempuan di Kampung Sungai Berangan dipindahkan ke Balai Raya Kampung Sungai Berangan.
Jabatan itu kini bersiap sedia membuka lebih banyak pusat pemindahan memandangkan cuaca sentiasa mendung.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
aiyak, JB sudah kena evacuate ah? hopefully jangan sampai jadi cam yg dulu sudah, yg kota tinggi kena cutoff tuh. ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 nik2121's post
Yeayy... pesta kembali lagi!!!!
lamo doh dok main air di KB dgn mutur sambil melihat gadis2 menyinsing kain baju kurungnya sehingga menampakkan betis puteh bak bunting padi. dulu-dulu.
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku kat opis skrg nie........ujan turun dari pagi tadi sampai lar nie x berhenti2 ......jgn KL banjir sudah ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
KL hujan dr pagi sampai laaa ni....2.50pm |
|
|
|
|
|
|
|
kat area ambo pung angin kuat .....
uje tu turun rintik2 sekali sekalo jah...
tapi male tadi hujan agak lebat. |
|
|
|
|
|
|
|
Turun sket jd jingga...
Amaran jingga hujan lebat di Pantai Timur
06-12-2007 03:48:46 PM
KOTA BAHARU: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat "peringkat jingga" bagi Kelantan dan Terengganu.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, hujan sekejap-sekejap yang sederhana dan kadangkala lebat, akan berlaku mulai hari ini sehingga Sabtu malam.
Peringkat jingga menunjukkan hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang, peringkat kuning berkemungkinan berlaku hujan monsun dalam tempoh 24-48 jam, dan peringkat merah menunjukkan ribut tropika atau taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.
Maklumat daripada laman web Jabatan Pengairan dan Saliran pula menunjukkan bahawa paras air di lapan sungai utama di Kelantan masih berada di paras normal. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
2 hari huje non stop....
err , kalu kelate banjir takdok hal ... siap jadi pesta lagi .. tp keno luar nun , kawe tgk rama dok ngomel , siap mitok duit gantirugi lagi dr gov... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|