CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Longhairlady

Mandi bunga

  [Copy link]
Post time 15-12-2009 11:30 AM | Show all posts
Mana u jumpa penipu yang mandi kan u tu? Eeee teruknya..

Sbb tu la kalo boleh kita pegi kat tempat yang memang dah ramai buat kat situ, good-reputation.. and lagi2 kalo ada kawan2 yang penah bu ...
nicoty_yne Post at 15-12-2009 11:23


memang..setakat mengaku jadi bomoh..i pun ada potensi jadi bomoh nak cantik..he..he..

bak kata kawan2 i ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2009 11:42 AM | Show all posts
I jumpa kat thread lain..  i paste k...

Asal Usul Mandi Bunga

Oleh Hazman Ibn Hassan Al-Arawi   


Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.  


Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama" (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’.

   
Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Limau berfungsi mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat-bujur melambangkan dunia sebagai ‘chakra’ di sebuah makrokosmos di dalam falsafah occultisme Hindu. Saya pernah melihat ketika Thaipusam, salah satu varieti Kavadi yang dibawa dengan tujuan mahu bertaubat dan bersyukur kepada dewa-dewi, mencucuk bahagian-bahagian badannya dengan set cangkuk-cangkuk besi yang tajam. Satu set cangkuk terdiri daripada dua cangkuk dihubungkan dengan seutas tali khas. Satu cangkuk akan dibenamkan menembusi kulit dan daging pembawa kavadi sedangkan satu cangkuk lagi akan dibenamkan dengan buah limau nipis yang akan dibiarkan berjuntai sambil berat buah limau itu akan menambahkan ‘efek’ cangkuk yang dibenamkan ke dalam badan yang pertama tadi (mungkin lebih sakit dan lebih susah maka lebih banyak pahala dan keampunan dosa yang diberikan??). Sesiapa yang sempat meneliti koleksi poskad tentang tema seperti ‘Malaysian Festival’ atau ‘Penang’ Insya-Allah akan dapat melihat sendiri, kalaupun tidak mahu memerhati dengan lebih dekat akan perarakan di Batu Caves atau Pulau Pinang. Mandi juga merupakan salah satu ritual yang popular di kalangan penganut Hindu, misalnya mandi untuk menyucikan dosa-dosa di Sungai Ganges atau mandi minyak pada pagi Deepavali.

   
Unsur-unsur ‘Islam’ (‘Popular Islam as been understood’, bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah (Haron Daud,2001). Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Lebih pening lagi apabila bomoh sendiri berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’(??). Mandi Bunga juga cuba dirasionalkan sebagai ‘agama’ sebagaimana mandi-mandi lain yang disyari’atkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih seperti mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnat hari jumaat, mandi sunnat Hari Raya, dan sebagainya.

   
Unsur ‘Popular Islam’ juga ketara apabila teori ‘bau’ dapat difahami. Ada orang Islam yang percaya bahawa salah satu makanan makhlus halus khususnya jin dan roh ialah asap dan bau yang tertentu. Oleh itu, salah satu tujuan kemenyan dan setanggi akan dibakar dalam pelbagai upacara ialah untuk menguatkan kedatangan makhlus halus yang tertarik dengan ‘makanannya’. Sebaliknya makhluk halus yang jahat seperti hantu dan syaitan suka dengan ‘bau’ yang lain pula seperti darah dan benda-benda kotor sebagai makanan. Maka, kononnya apabila bau tertentu dihasilkan, makhluk yang suka kepadanya akan datang dan makhluk yang membencinya akan lari.

   
Oleh itu, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga akan menjauhkan makhluk jahat tertentu dan mendatangkan makhluk lain yang ‘baik’ (malaikat 44, jin Islam, roh wali-wali Allah, roh ‘Puteri Gunung Ledang’ dll ?) sebagai khadam atau ‘pendamping’.

[[[ Cuba fikirkan kenapa dalam majlis mawlid ada yang membakar kemenyan yang mahal-mahal (contohnya yang sekilo harganya sampai RM seratus lebih dibeli di Makkah) supaya ‘wangi’? Sekurang-kurangnya diusahakan agar ada bunga rampai daripada campuran daun pandan yang diracik, air mawar, minyak attar dan pelbagai bunga untuk ‘wangi’ ?]]]


Dan mengapa pula ketika pembacaan mawlid, antara pertukaran satu section ke section lain akan diselangi dengan korus ‘ATIRILLAHUMMA QABRAHUL KAREEM…’bermaksud Ya Allah, HARUMkanlah kubur baginda yang mulia .. yang diulang-ulangkan?? (Nak HARUM dengan apa melainkan dengan aroma bau yang wangi?). Saya pernah hadir ke majlis mawlid (in fact saya pun berzanji juga waktu tu) yang ketika sampai ke part menceritakan kelahiran Nabi maka semua hadirin akan bangun bermarhaban sambil dulang-dulang berisi bunga rampai diedarkan untuk para hadirin mengambil seorang sedikit bunga rampai tersebut. Syukurlah kalau semua ni sekadar ‘tradisi’, ‘adat kebiasaan’ atau ‘prop’ dalam suatu pertunjukkan ‘teater berunsur Islam tahunan’ yang sangat bersahaja. Akan tetapi kalau dikaitkan dengan hadirnya roh Rasulullah SAW maka apa akan jadi dengan kesahihan aqidah kita?? Mujurlah kita di Malaysia belum terpengaruh dengan amalan puak Brelvi di India yang sampai menyiapkan pelamin emas untuk kononnya diduduki oleh roh Nabi ketika majlis mawlid. Wallahul Musta’an.

   
Mandi Bunga dilakukan dengan tujuan untuk membuang siol pada pelakunya, menjauhkan gangguan makhluk halus serta sekaligus menaikkan seri dan mendatangkan tuah (‘ong’ kata orang cina) bagi dirinya (Amran Kassimin,1993:34). Daun, bunga dan limau dengan sifat tertentu (contoh daun bertemu urat, warna tertentu etc.) dan bilangan tertentu (contoh tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun) ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ atau tenaga tak berperibadi yang tersendiri yang akan mendatangkan manfaat yang diinginkan. Wujud juga varieti mandi untuk ‘membuang siol’ yang lain dikenali sebagai mandi tolak bala, ‘mandi pengantin’ untuk bakal pengantin, ‘mandi bertabal’ untuk pertabalan raja yang baru dan sebagainya.

   
Kenapa orang lain yang kena bersihkan sisa mandian? Sebab ‘siol’ (‘sueh’ kata orang cina) itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan mandian, maka kalau orang yang mandi juga yang bersihkan sisa tersebut maka nanti ‘siol’ itu ‘hinggap’ semula, tuah yang dijemput akan lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.   
Secara peribadi, saya berpandangan bahawa limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan ‘tiang seri’ dan ramuan utama dalam adat-istiadat orang Melayu. Misalnya:

   
i. Air tepung tawar yang ‘basic’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan tidak ketinggalan limau purut yang dihiris (O.K Rahmat,1983:11)  


ii. Kajian A.Aziz Bidin dan Aishah Muhammad (1998:180) terhadap tumbuhan ritual mendapati limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.

   
iii. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan sebagai pakej adat perkahwinan Melayu selepas kedua-dua pengantin bersatu dengan pengantin berpakaian lengkap dan duduk di bawah kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan sebagainya akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut (Syed Alwi,1986:41)

   
iv. Kajian Amat Juhari Moain (1990:105) di Sungai Dacing, Lenggeng Negeri Sembilan mendapati dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi, pawang akan mengambil limau-limau yang disediakan untuk ‘ditawarkan’ dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi agar padi subur dan selamat dari bencana.   
Demikianlah sedikit analisis tentang sebab dan teori mandi bunga, mohon dibetulkan mana yang salah. Adapun tentang kedudukannya di sisi aqidah dan syari’ah Islamiyyah , diserahkan kepada mereka yang lebih berilmu untuk menanggapinya, Insya-Allah.   


Rujukan:


A.Aziz Bidin & Aishah Muhammad. (1998). Kegunaan Tumbuh-tumbuhan. dalam Wan Hashim Wan Teh & Ismail Hamid,ed. Nilai Budaya Masyarakat Desa : Kajian Etnografi Di Wang Kelian Perlis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain. (1990). Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amran Kassimin. (1993). Istiadat Perkahwinan Melayu Yang Bukan Daripada Ajaran Islam. Kuala Lumpur: Dinie Publishers.
Haron Daud. (2001). Mantera Melayu : Analisis Pemikiran. Pulau Pinang : Penerbit USM.
O.K. Rahmat S.H. (1983). Pencemaran Akidah Di Nusantara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Alwi Sheikh Al-Hadi. (1986). Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Cetakan Ketujuh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.   
Wallahu A’lam

Sumber : al-firdaus.com
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 11:42 AM | Show all posts
Dari sudut sains pulak pasal mandi bunga...

Bermain Warna dan Getaran
Oleh: Laila Halilah Nasir

Mengenali warna diri, sebenarnya anda mula mengenali personaliti anda yang sebenar – Dr. Norhisham Wahab.

Bolehkah kita merawat penyakit dengan warna? Persoalan ini sudah lama bermain difikiran saya. Kebetulan pula mendapat jemputan daripada Dr. Norhisham Wahab yang mempunyai Klinik Colour Vibration Therapy, ini bermakna segala kemusykilan akan terjawab. Seperti yang telah saya duga setelah menghabiskan hampir 2 jam bersama, jawapan yang saya cari akhirnya saya temui.

"Memang benar warna boleh menjadi penawar paling mujarab," tegas Dr. Norhisham Wahab ketika saya mengajukan soalan pertama. Walaupun sukar difahami namun sedikit sebanyak penjelasan beliau telah berjaya menyingkap pelbagai rahsia warna yang selama ini tidak banyak diketahui umum.

Bermain dengan warna-warna alam bagi Dr. Norhisham bukan sekadar terpesona dengan keindahannya malah warna-warna ini terutamanya yang diperolehi dari bunga-bungaan telah berjaya menemukannya dengan formula yang dianggap rasional dan releven berkisar tentang kehidupan seharian di dalam Colour Vibration Therapy.

"Saya menghabiskan lebih tiga tahun untuk membuat kajiselidik sehinggalah saya bertemu dengan formula yang benar-benar sesuai untuk dijadikan perubatan alternatif kepada manusia. Perubatan Colour Vibration Therapy telah melalui satu kajian yang cukup menyakinkan dengan menggunakan konsep warna dan getaran dan telah diterima pakai dengan cukup jayanya dalam masyarakat barat terutamanya di Jerman.

"Oleh itu saya berhasrat mendidik masyarakat di dalam ilmu perubatan ini agar ia menjadi amalan untuk mengubati diri sendiri yang dianggap biasa tetapi ia amat diperlukan untuk menjamin sistem penjagaan kesihatan kekeluargaan agar lebih sempurna," katanya menerangkan tujuan dan matlamat pembabitannya dalam bidang yang dianggap baru di negara ini.

Memang sukar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh Dr. Norhisham. Bercerita tentang halusinasi, kronik dan penyakit biasa yang seringkali menjadi wabak dengan proses perawatan menggunakan warna-warna alam semakin membingungkan. Menurutnya dengan klinik yang dibuka dia boleh mengesan penyakit didalam tubuh manusia hanya dengan mengetahui kekuatan warna seseorang. Ia dilakukan dengan sentuhan tangan pesakit kepada sekeping kad atau kertas berwarna.

"Apabila anda hendak mengenali diri anda, anda dinasihatkan bermula dengan mengenali konsep warna dalam kehidupan. Mengenali warna diri, sebenarnya anda akan mula mengenali personaliti anda sebenar. Anda juga boleh mengetahui kelebihan, kekurangan, masalah kesihatan, ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikit, perasaan, semangat, kelakuan dan tindak tanduk anda yang berkait rapat dengan inspirasi warna.

"Umumnya ramai menyukai warna-warna tertentu sebagai kegemarann tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan yang sedang dilaluinya," kata beliau.



Berilhamkan amalan mandi bunga

Bercerita tentang pembabitannya dalam bidang Colour Vibration Therapy, menurut Dr. Norhisham, segalanya bermula dengan tidak disengajakan.

Beliau yang berkelulusan Sains Fizik dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, tujuan awal kajiannya ialah mengenai nutritions dan kesannya terhadap pemakanan. "Asalnya saya mula mengkaji tengang perubatan ini bersama pakar pemakanan mengenai tabiat pemakanan herba."

"Setelah bosan dengan pengalaman rakan-rakan di dalam bidang perubatan yang masih tidak dapat mencari kesimpulan kenapa ada penyakit yang tidak sembuh hingga akhirnya membawa mereka kepada perubatan tradisional terutamanya bomoh, saya akhirnya bertekad untuk melakukan kajian bersama beberapa pakar dari Jerman," katanya.

Menurut Dr. Norhisham banyak tenaga, masa dan wang ringgit dihabiskan namun dia puas kerana akhirnya dia menemui sesuatu yang selama ini tidak pernah terlintas di fikirannya.

Berilhamkan amalan mandi bunga, Dr. Norhisham kini berjaya mengadaptasikan amalan berkenaan kepada bentuk yang lebih moden dan sesuai untuk semua peringkat manusia.

"Saya cari formula kaedah mandi bunga dengan cara lebih moden dan saya berhasil. Inilah buktinya" kata Dr. Norhisham sambil menunjukkan pati aromaterapi yang dihasilkan.

"Aromaterapi yang dibuat dari pati bunga dan pati tumbuhan bertindak sama seperti perawatan mandi bunga yang dilakukan oleh para dukun dan bomoh".

"Ingat lagi cerita mandi bunga dan nila yang disapu di pipi bila kita kena beguk. Sebenarnya warna biru merupakan warna penyembuh. Begitu juga dengan warna kuning seperti kunyit, oren dan emas. Emas itu boleh meneutralkan asid. Sebab itu orang perempuan digalakkan memakai emas," ceritanya cuba menerangkan peranan warna yang tidak diketahui ramai.

"Saya juga telah berjaya mengeluarkan produk hasil dari kombinasi formula yang dicipta untuk merawat penyakit berdasarkan warna-warna yang ditemui dari bunga-bungaan".

"Kaedahnya mudah iaitu dengan menggunakan konsep pengubahan tenaga dengan memerangkapnya kedalam minyak pati bunga aromaterapi yang mudah meresap ke kulit manusia".

"Kita menggunakan kulit sebagai perantara utama kerana kulit diakui sebagai reseptor terbaik untuk menghantar mesej ke pineal (otak). Pineal bertindak sebagai prisma atau berlian bercahaya memecahkan getaran itu kepada berbagai warna dengan frekuensi-frekuensi yang berbeza yang akhirnya akan mengembalikan tubuh badan kepada keadaan normal," jelas beliau lagi.



Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami

Dunia penuh dengan pencemaran. Berbagai bencana yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan tetapi sesuatu yang mengkagumkan dalam jangka masa yang singkat tumbuh-tumbuhan dengan suatu kuasa yang penuh bertenaga mampu terus hidup. Ini ialah cara semulajadi untuk mengembalikan keseimbangan.

"Itulah satu kekuatan yang ada pada tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber imuniti bagi menghadapi pencemaran dan masalah alam sekitar. Jadi saya memanafaatkan tumbuh-tumbuhan sebagai penyelesai bagi kekurangan imuniti yang menjadi punca penyakit kepada seseorang".

"Umpamanya bunga-bunga kecil yang tumbuh meliar di kawasan ergunungan atau tanah tinggi mempunyai getaran tenaga yang amat kuat untuk menyesuaikan atau mengembalikan tahap spritual seseorang kembali normal. Tenaga itu pasti mempunyai getaran di mana geteran itu ditentukan oleh warna sebagai ukuran ketepatan bagi keperluan tenaga yang harus diganti semula".

"Tenaga Colour Vibration Therapy ini dicipta daripada tenaga tumbuh-tumbuhan yang dimanfaatkan daripada matahari dan cahaya balikan daripada bulan. Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami. Rendamkan kedalam air untuk merakamkan tenaga yang akan dipecahkan dalam bentuk getaran gelombang. Tenaga getaran bunga yang sudah dipindahkan ke dalam air itu amat berkait rapat dengan misteri mandi bunga yang menjadi amalan berbagai budaya di seluruh pelusuk dunia," katanya lagi.

Menurut beliau Colour Vibration Therapy merupakan salah satu cabang perawatan Hameopati. Keadahnya tidak begitu rumit dan sangat praktikal. "Saya buka peluang ini kepada semua orang termasuk surirumah dan ibu-ibu yang mempunyai banyak masa lapang. Saya bercadang untuk melatih lebih ramai golongan profesional dalam bidang Colour Vibration Therapy ini," tambah beliau dengan yakin.

Berasal dari Negeri Sembilan, Dr. Norhisham kini sedang bergerak ke seluruh negara bagi memberi ceramah dan mengadakan kelas-kelas khusus kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengamal perubatan Colour Vibration Therapy.

"Saya percaya satu tahap nanti masyarakat di dunia ini tidak lagi akan merasa pelik dengan pelbagai jenis penyakit dan kaedah perawatannya," tambahnya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 11:45 AM | Show all posts
Good information...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 11:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by nicoty_yne at 26-12-2009 23:06

Nak pi mandi bunga la ujung minggu nie

Leyya, kalo mandi bunga ni selalu ada waktu2 tertentu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 11:55 AM | Show all posts
[quote]Dari sudut sains pulak pasal mandi bunga...

Bermain Warna dan Getaran
Oleh: Laila Halilah Nasir

Mengenali warna diri, sebenarnya anda mula mengenali personaliti anda yang sebenar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2009 11:58 AM | Show all posts
Lagi satu kan... ada sorang kawan ni.. dia penah mandi bunga 2-3 kali dengan sorg makcik tu.. tapi kan... makcik tu kata takleh lalu bawah ampai sampai bebila.. kalo dok apartment tu lain la kan..  but dia takleh lalu bawah ampai sendiri n ampai umah atas tanah (landed houses).. tapi tak diberitahu plak nape tak leh lalu.. makcik tu kata itu pantang larang dia la.. Apa pendapat korang ttg nih?

Tapi kan.. aritu member i terlintas bawah ampai yang mak dia buat dalam dapur masa musim hujan.. but takde pape la berlaku so far..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:03 PM | Show all posts
Dr Norhisham ada cawangan kat penang tak? mana nak refer ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2009 12:04 PM | Show all posts
Lagi satu kan... ada sorang kawan ni.. dia penah mandi bunga 2-3 kali dengan sorg makcik tu.. tapi kan... makcik tu kata takleh lalu bawah ampai sampai bebila.. kalo dok apartment tu lain la kan..  bu ...
nicoty_yne Post at 15-12-2009 11:58


mm orang tua kan penuh dgn pantang larang,mungkin ada logic dia kot takleh lalu bawah ampaian.

yg i penah dgr,lepas mandi bunga,utk sesiapa yg carik jodoh baca surah yusuf ayat 4 dgn surah ali imran ayat 200,pastu kalau ada orang kawin,curik satu helai sirih dr sirih junjung dia,makan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:08 PM | Show all posts
Dr Norhisham ada cawangan kat penang tak? mana nak refer ek?
nicoty_yne Post at 15-12-2009 12:03


call hq dia-03 55108688
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:09 PM | Show all posts
surah2 yusuf, al-imran dan thaha memang i ada amalkan.. tapi tak penah la curik sirih junjung dia.. kui kui..

adik i nak bertunang bulan 2 ni. leh tak i curik sireh junjung dia?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:14 PM | Show all posts
nicoty..nenek tu kat area klang valley ke?

manyaknyer nak kena carik 22 jenis...abes la tasik titiwangsa tu kena redah ngan Lady...kalo kena tangkap ngan guard ke lagi haru...tapi bley ke aa..bunga2 hiasan tu kang gatal merenyam lak satu badan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:14 PM | Show all posts
90# nicoty_yne

curik je,niatkan nak carik jodoh.i tak penah try lagi la..org ckp..kalau jadi bgtau i,nanti i pun nak start activity curik mencurik ni huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:21 PM | Show all posts
Nak pi mandi bunga la ujung minggu nie

Leyya, kalo mandi bunga ni selalu ada waktu2 tertentu ke? Nenek tu cakap, kalo nak mandi dengan dia, kena datang sebelum matahari naik... Uuuu se ...
nicoty_yne Post at 15-12-2009 11:53


so far yag i buat..tak ada ..tak kira time pun boleh... tapi seelok -eloknya malam... time bulan terang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:21 PM | Show all posts
Lagi satu kan... ada sorang kawan ni.. dia penah mandi bunga 2-3 kali dengan sorg makcik tu.. tapi kan... makcik tu kata takleh lalu bawah ampai sampai bebila.. kalo dok apartment tu lain la kan..  bu ...
nicoty_yne Post at 15-12-2009 11:58


macam pasang susuk ajer takleh lalu bawah ampaian..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by nicoty_yne at 26-12-2009 23:07
nicoty..nenek tu kat area klang valley ke?

manyaknyer nak kena carik 22 jenis...abes la tasik titiwangsa tu kena redah ngan Lady...kalo kena tangkap ngan guard ke lagi haru...tapi bley ke aa..bunga ...
VirginLady Post at 15-12-2009 12:14




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2009 12:29 PM | Show all posts
90# nicoty_yne

curik je,niatkan nak carik jodoh.i tak penah try lagi la..org ckp..kalau jadi bgtau i,nanti i pun nak start activity curik mencurik ni huhu
whiteroses77 Post at 15-12-2009 12:14


ok, roger! :p
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by nicoty_yne at 26-12-2009 23:08
macam pasang susuk ajer takleh lalu bawah ampaian..
LeyyaHanna Post at 15-12-2009 12:21


ini nanti i komfemkan balik kalo i mandi kat nenek tu k..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:54 PM | Show all posts
psssttt... korang rasa rozita che wan buat mandi bunga tak? dia pun tak lalu bawah ampai n tak langkah longkang yg ada air kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 01:04 PM | Show all posts
owh okay...nanti kompemkan semua Lady nak pegi..wiuuu~~

eh tapi segan takut jugak nk p sorang2...ok ke? kalo bwk member kang kantoi la pulaks...
nasihat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.680189 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list