CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10305|Reply: 41

GULA-GULA BABI (HATI-HATI ketika membeli)

[Copy link]
Post time 14-11-2007 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Gula-gula babiOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.

Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila pengedar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.

Sehingga kini, lebih 50 jenis gula-gula jeli dan getah yang berbentuk menarik untuk memikat pengguna cilik diragui statusnya berada di pasaran, lantaran sikap pengimport dan pengedar yang berdiam diri berhubung status halal.



Tinjauan Harian Metro mendapati gula-gula itu yang dijual sama ada secara timbang atau dalam peket plastik kecil menarik perhatian kanak-kanak berikutan bentuknya seperti buah-buahan, binatang dan kuih.


Malah, harganya semurah 20 sen hingga RM1 sebungkus menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih membelinya setiap hari.

Seorang pengadu, Iylia Hani Talib, 24, berkata kewujudan gula-gula terbabit yang mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya mula menimbulkan keraguan apabila kerap dibeli dan dimakan rakannya.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai proses pembuatan gula-gula terbabit, dia mendapat tahu ia memerlukan gelatin sebagai bahan asas utama.

"Mulanya saya turut sama menjamah gula-gula getah itu, namun selepas mendapati ia tidak mempunyai logo halal, saya mula was-was.

"Selepas bertanya rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya yakin produk terbabit yang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.

"Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing dan tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam.

"Tindakan pengusaha terbabit nyata tidak bertanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya diketahui umum bahan yang digunakan itu tidak halal," katanya.

Kata Iylia, dia mengesyaki gelatin gula-gula itu tidak diproses mengikut kaedah dibenarkan syariat Islam, apatah lagi makanan itu dikeluarkan pengusaha asing yang pasti tidak menitikberatkan soal halal haram.

Dia berkata, penggunaan gelatin dalam makanan terbabit harus dilabelkan untuk memudahkan pengguna, terutama orang Islam mengetahui sama ada makanan itu halal atau haram.

"Lebih mengecewakan mungkin ada pihak yang sengaja menipu fakta kandungan atau langsung tidak meletakkannya untuk menipu orang ramai," katanya.

Mengulas hal itu, Pengurus Pemasaran Kumpulan Halagel (M) Sdn Bhd, Muhammad Azhar Abdullah, 33, berkata kebimbangan orang ramai terhadap gula-gula diperbuat daripada gelatin babi berasas berikutan sumber gelatin babi (porcine) lebih murah dan menjadi pilihan utama pengilang gula-gula di luar negara, terutama di China.

Menurutnya, gelatin digunakan sebagai ejen penstabil, penebal, pembuih, pelekat dan pengikat.

Malah, boleh dikatakan tanpa penggunaan bahan ini, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

"Melalui pengalaman lebih 10 tahun, kebanyakan jenis gelatin yang digunakan pengusaha makanan ringan di luar negara diperbuat daripada najis mughallazah seperti tulang dan lemak babi atau lemak lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

"Hanya segelintir pengilang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan gelatin bovine (lembu, kerbau atau kambing) selain gelatin tumbuh-tumbuhan (pectin) untuk dijadikan bahan asas gula-gula," katanya.

Namun menurutnya, tidak semua gelatin bovine benar-benar halal berikutan sumber ternakan seperti lembu atau kambing digunakan dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

"Melalui lawatan ke kilang menghasilkan gelatin di China sebelum ini, 70 hingga 80 peratus syarikat di sana mengeluarkan gelatin porcine. Malah ada syarikat yang menghasilkan gelatin porcine dan bovine dalam kilang sama.

"Keadaan ini menyebabkan syarikat kami mengimport gelatin halal dari Pakistan yang lebih diyakini berikutan sumber binatang halal disembelih," katanya yang amat meragui gula-gula getah dari China kerana kebanyakan pengilangnya mendapatkan sumber daripada pengusaha gelatin tempatan.

Selain itu, kata Azhar, dia meragui gelatin dalam bentuk blok yang kerap digunakan syarikat menghasilkan kek.

"Mengikut maklumat, gelatin blok berwarna putih jernih adalah dihasilkan daripada sumber babi manakala gelatin berwarna kuning dihasilkan daripada lembu atau kambing," katanya.

Azhar berkata, masalah berhubung produk yang haram dimakan dapat diatasi jika masyarakat lebih peka dan hanya memilih produk yang mempunyai logo halal Jakim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2007 11:43 AM | Show all posts
nasib baik aku tak berapa suka makan gula2.... tapi kesian lah kat budak2 yang terbeli...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:45 AM | Show all posts
Ada sapa2 tau senarai jenama apa yg ada gelatin tu tak? Nak tau gak...takot2 terbeli nanti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 11:46 AM | Show all posts
2lah...memang budak2 suke sebab dia kan ada pelbagai warna......
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:48 AM | Show all posts
eh aku selalu makan guler2 nih masa hari raya... xkan ada babi

jahat la diorang!!

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:48 AM | Show all posts
susah la nak tau yg mana sbb takda gambar. yg mana satu ek? aku suka mkn yg gula dia tu warna warni pastu mcm liat2 mcm dodol tu. gula2 tu disalut gula putih yg halus. yg tu ke? betoi ke? aku suka gila gula2 tu. aiseh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2007 11:48 AM | Show all posts
marshmallow tu pun haram tau -- so jangan lah beli & makan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:49 AM | Show all posts
gula2 nyut nyut tu ker????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2007 11:49 AM | Show all posts
emm...senarai gelatin tu tak pasti....

senang citer ratna.....janganlah beli lagi gula2 camni.....

kalau nak makan jugak...cuba ratna beli online...halalgel punyer produk...dia satu2 nyer company yang ada jual gelatin halal.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by CosmoCrimson at 14-11-2007 11:48 AM
susah la nak tau yg mana sbb takda gambar. yg mana satu ek? aku suka mkn yg gula dia tu warna warni pastu mcm liat2 mcm dodol tu. gula2 tu disalut gula putih yg halus. yg tu ke? betoi ke? aku suk ...



betul lah tu..gula2 camtu......kita pun suke makan gula2 ni dulu..tapi dah lama tak makan....sebab kalau ko perasan..yang selalu produce gula2 ni mesti cin nun alif punyer kilang.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:52 AM | Show all posts

Reply #5 pinguin's post

ha... yg ni la yg aku ketagih mkn sgt ni... tak halal ke? dah byk masuk dlm perut ni. dah jd darah daging ni. kena solat taubat tak? mintak ampun kat allah mkn benda haram.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:55 AM | Show all posts
dah byk masuk perut ni.cmna?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:56 AM | Show all posts
dah byk masuk perut ni.cmna?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:56 AM | Show all posts
dah byk masuk perut ni.cmna?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:58 AM | Show all posts
hah.......selalu gak beli untuk anak2......hampeh betul la diorg ni........sengaja tak nak print ingredient.....tak telus la....kesian kat pengguna...
Masa i dok oversea dulu tak pernah lagi peruncit atau penjual tak boh ingredient.....menjadi kesalahan besar...sampai bleh didenda....
Alahai malaysiaku tercinta....bilalah engkau nak matured.....Konon2...nak setanding ngan dunia...tapi.....sadisnya......Masalah sebesar2 hukum ni, dipandang sipi......tak terkata dah ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:58 AM | Show all posts
dulu2 aku de lah makan menda nie ... alahai dah termakan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2007 12:17 PM | Show all posts
isk.. aku baru terperasan , gula-gula camnie selalu jual paket tak de senarai ingredient, jual dalam plastik putih jernih jer... ada gak sekali dua anak2 aku mengamuk nak makan benda nie...tapi aku tak beli....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 12:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 14-11-2007 11:48 AM
marshmallow tu pun haram tau -- so jangan lah beli & makan.



setuju sgt..

i remember pesanan someone 'any marshmallow, jgn sesekali u makan... never halal'

so whether kat states or kat malaysia, aku tak sentuh marshmallow ni.. tp now ni ramai pulak kawan2 suke letak2 bermangkuk2 bile buat birthday party ke apa... ade yg kata now marshmallow dah halal..tp aku ni kalau ade tanda halal pon cam tetap tak yakinn je..

pulak tu the other day minum hot choc dia letak mende ni dlm drink tu...hishhhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 01:33 PM | Show all posts
gula2 colorful ni byk lak yg jual timbang tu..dah tentu ingredients nye kite tak tahu amende...

yg suka beli mende ni adik ipar aku...beli lak utk dia dan anak2 aku.. dushhh..susah betul laaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055616 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list