View: 1851|Reply: 46
|
Orang Kelantan ...OBESITI
[Copy link]
|
|
Terkini ...Kota Bahru 13 November 2007
Sebanyak 80 hingga 90 peratus wanita kelantan terdedah kepada obesiti atau 3G (gemuk,
gempal, gebu) dalam hasil pemeriksaan di bawah Program Nur Sejahtera di negeri itu sepanjang tahun lepas.
Lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara (LPPKN) Kelantan, yang menganjur
kan program itu, menyifatkan keadaan itu sebagai serius.
Pemangku Pengarah, Haslinda Hassan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan dengan
mengadakan bengkel sehari Wanita dan Keluarga 3G bagi memberi pendedahan dan mendidik
wanita tantang bahaya obesiti.
"Kami juga akan mengadakan pameran bergerak di seluruh negeri tahun depan bagi memberi
kesedaran tentang penjagaan kesihatan wanita dan ahli keluarganya", katanya ketika ditemui
selepas bengkel itu di sini, hari ini.
Haslinda berkata, pemeriksaan di bawah program itu membabitkan tahap kolestrol, tekanan
darah, kadar gula dalam badan serta beberapa jenis pemeriksaan lain.
Dalam pada itu, seorang pegaiwai perubatan sambilan LPPKN, Dr Hafidzah Mustakim berkata,
masaalah obesiti atau 3G itu tidak seharusnya difokuskan kepada golongan wanita sahaja.
Ini kerana mengikut pengalaman saya, ramai lelaki tidak berani untuk berjumpa doktor bagi
menyelesaikan masaalah yang berkaitan obesiti", katanya.
Beliau berkata hanya golongan wanita sahaja yang sering tampil membincangkan masaalah
obesiti itu.
Beliau berharap kaum suami terutamanya perlu memainkan peranan dalam membantu isteri
mereka mengejar berat badan yang ideal bagi mengelak penyalahangunan ubat kurus yang
banyak terdapat di pasaran.
Menurutnya, faktor utama wanita di Kelantan lebih cenderung kepada obesiti kerana makanan
itu sendiri, ini kerana kalau tidak manis, tidak lemak maka makanan itu tidak diangap sedap
oleh mereka.
-bernama
fikir fikirkan...
[ Last edited by tina_turner at 13-11-2007 08:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 gals2's post
tak kira...... awat hang tak bukak thread psal kedah kaaa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 gals2's post
tak kira...... awat hang tak bukak thread psal kedah kaaa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tina_turner's post
lagipon.... sumber petikan cuma dari Bernama...tarikh bila? statistik ni tahun bila? berapa correspondences.....
karut-marut.....nak report pon...kasi laaa statistik
setakat cakap 80% hingga 90%,anak aku pon leh tulis |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 gals2's post
apapsal berita ni 1 negeri je? negeri lain? tempat kedua,tempat ketiga?
kenapa kena pertikaikan satu negeri je?
mana gi statistik negeri Kedah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|