CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6661|Reply: 26

KUNTILANAK 2 - di pawagam sekarang!

[Copy link]
Post time 28-10-2007 02:49 AM | Show all posts |Read mode


SINOPSIS

Kuntilanak 2 melanjutkan kisah perjalanan hidup Sam, atau Samantha (Julie Estelle).

Kini, wangsit pemanggil Kuntilanak semakin menguasai Sam, dan membuat sisi gelap jiwanya semakin kuat. Sam harus berjuang melawan musuh yang ada di dalam dirinya sendiri. Selain itu, sisa-sisa pengikut Sekte Mangkoedjiwo yang kejam juga menggunakan berbagai cara dan ritual sesat untuk memaksa Sam masuk ke dalam lingkaran mereka, dan menjadi pemimpin mereka, supaya mereka tetap bisa menggunakan Kuntilanak untuk menimba kekayaan. Sementara itu, Agung (Evan Sanders) berjuang melawan trauma yang ia hadapi akibat pernah diculik Kuntilanak dulu. Ia pun mencari Sam karena kunci kemenangan Sam ada di dalam dirinya.

Sam harus mengalahkan segala kejahatan yang ada di sekitarnya, dan juga di dalam dirinya, sebelum Sekte Mangkoedjiwo berhasil menangkap dan membuatnya tunduk pada kemauan mereka. Semakin banyak korban nyawa, dan semakin banyak curahan darah, membuat Kuntilanak semakin lepas dari kendali Sam, dan malah berbalik menyerang Sam.
Kuntilanak 2 akan mengajak penonton memasuki sebuah alam supranatural yang mencekam. Akankah Sam dan Agung mampu menghadapi kuasa gelap Kuntilanak sekaligus kekejaman Sekte Mangkoedjiwo?

trailer >> http://www.youtube.com/watch?v=ZwCvJRXGVn0

website >> http://www.kuntilanak2.com/

p/s: thread lama dah kena delete!

[ Last edited by  ajami at 6-11-2007 11:39 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2007 03:06 AM | Show all posts
dah kena delete ke atau ada kat belakang2 ....apapun aku nk tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2007 03:11 AM | Show all posts
Originally posted by aramella at 28-10-2007 03:06 AM
dah kena delete ke atau ada kat belakang2 ....apapun aku nk tgk


ter-deleted katanyaa >> http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=310449&;extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 05:22 AM | Show all posts
cerita horror indon memperbodohkan orang
tak macam cite thailand
aku tengok kuntilanak & hantu jeruk perut
nak menyesal rasa bayar tiket
hampeh......mcm video budak sekolah je
BOIKOT
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 05:30 AM | Show all posts
haku pon nengok citer kuntilanak 1st day ditayangkan.... nyesal haku pegi.... rugi RM6....:@

ingat hebatla sgt.... sekalik cam s**l jer..... dh la jln citer wat haku pening.... ingatkan pontianak versi indon sekali ntah paperla.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 07:20 PM | Show all posts

Reply #4 kekbelacan's post

baru2 ni haku tengok hantu jeruk purut tu
kat tv sempena tayangan raya kat astro..
banyak scene ciplak dari wayang hantu korea!
buang masa haku jek!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2007 12:14 AM | Show all posts
time E tgk citer kuntilanak 1 pun cam hapa nth...dgn xtakut nyer, dgn xseram nyer,
dgn membazirnyer byr duit tiket...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 01:45 AM | Show all posts


The audience may put together what is going on in advance of the characters in the story; the identification of the monsters (kuntilanak) by the characters (Sam, Agung, etc) is phased in after the prior realizations of the audience. That the audience possesses this knowledge, of course, quickens its anticipation. Moreover, the audience often is placed in this position because it, like the narrator, frequently has access to many more scenes and accident, as well as their implications, than are available to individual characters. This type of structure is quite common. The audience, then, often has a fuller picture of what is going down, or, to shift metaphors, the audience has more pieces of the puzzle than do the characters, which perspective results in the audience coming to its discovery in advance of the characters, and, thereby, elicits a keen sense of expectation from the reader or the viewer. ~ REF: The Philosophy of Horror by Noel Carroll [ms.100]




Salaam..

Kuntilanak 2 adalah sekuel. Maksudnya penonton sudah ada exposition/flashback Kuntilanak asal di dalam minda masing2 sebelum memasuki panggung wayang. Kerana itu penonton akan mengharapkan ulangan seram yg sama semasa menonton filem ini. Sekuel juga memudahkan kerja penulis skrip dan pembikin filem kerana tidak perlu lagi untuk meng-introduksikan watak2 utama yg asal juga tidak perlu untuk bercerita berjela-jela bagi memperkenalkan dunia filem ini. Dalam erti kata lain, K2 hanya perlu menyambung ekor K1 dan menambahkan satu lagi rentetan naratif 'baru' untuk memanjangkan cerita. Cuma filem sekuel seperti ini seakan melimitasikan penontonnya iaitu hanya untuk yg sudah menonton K1 sahaja kerana penonton yg jump-cut terus menonton K2 akan pasti kekeliruan untuk memahami plot2 cerita yg disambung dari K1. Adakah ia merugikan? Tidak juga! Kerana sekiranya penonton yg sukakan K2 akan membeli dvd/vcd K1 utk memahami asal-usul K2. Manakala bagi penonton yg menyambung sekuel K1 >> K2 akan lebih teruja kerana semakin banyak exposition baru yg memantapkan lagi pemahaman mereka mengenai Kuntilanak!

Apakah yg 'baru' dlm K2? Pada pendapat saya, K2 mengembangkan cerita Kuntilanak ke arah belakang atau backstory K1 yg tiada dahulu di dalam skrip dan filem. Mungkin semasa menulis skrip K1 ia hanya sekadar backstory di dalam minda Ve Handojo [penulis skrip] sahaja untuk memudahkan pengembangan watak2. Dan kini backstory itu dipertontonkan atau mungkin ditambah untuk menjadi cerita penuh K2. Di samping backstory, K2 juga menciptakan plot2 baru utk sekuel K3 seperti watak budak perempuan Yenny yg mampu 'melihat' kuntilanak dan cameo 'ibu' Sam di saat2 akhir K2.



Filem sekuel juga kadangkala terpaksa 'mematikan' watak2 yg tidak boleh dikembangkan lagi iaitu misalnya dalam K2 - Agung, Bu Yanti dan Iwank kerana mereka adalah saki-baki watak2 dari K1 yg sepatutnya sudah mati dahulu. Namun 'pematian' watak2 itu bukanlah sekadar untuk memanjang cerita tetapi dijadikan plot atau keperluan dalam naratif untuk mengakibatkan Sam lebih beremosi sehinggalah klimak filem ini. Ia adalah cause & effect. Set-up & pay-off.
Kembali kpd persoalan apa yg 'baru' dlm K2? Sekte Mangkoedjiwo! Kumpulan kultus (cult) ini diangkat dlm K2 sebagai kesinambungan plot watak Sri Sukma dari K1 (yg sudah mati). Dlm K1, kultus ini hanya wujud sebagai exposition dari dialog2 Sri Sukma sahaja. Kini penonton diperkenalkan kpd setiap anggotanya yg mempunyai pelbagai latar kekejaman. Kenapa? Pada pendapat saya, kultus ini adalah antagonis berkumpulan paling besar kpd Sam (protagonis) dlm K2. Antagonis lain ialah diri Sam sendiri yg mirip spt kisah Dr. Jekyll & Mr. Hyde. Mungkin kerana ini ialah filem sekuel K1 >> K2, dimana Sam berada di tahap pertengahan utk menjadi pemanggil kuntilanak yg sempurna. Maka Sam masih dlm skala 50-50 iaitu Sam 'baik' vs. Sam 'jahat' seperti tagline K2 "Semua Orang Memiliki Sisi Gelap". Saya yakin bahawa K3 akan muncul dlm bentuk Sam yg 100% full-circle sebagai pemanggil kuntilanak!



Cuma setelah habis menonton K2, saya merasakan bahawa K2 sedikit kurang berbanding K1 kerana K2 lebih menumpukan exposition konflik dalaman diri Sam dan kekejaman kultus Sekte Mangkoedjiwo. K2 seakan bukan 100% horror film 'berhantu' kerana kuntilanak yg dipaparkan hanyalah wujud dlm bentuk fast-cut atau jump-cut editing yg mencelahi setiap mangsanya. Mungkin K2 tidak mahu pengulangan bentuk kuntilanak yg sama seperti K1 dimana ada versi kuntilanak ala unicorn atau ala ju-on atau kanak2 kecil yg jelas dipertontonkan. Kali ini kuntilanaknya lebih pantas dan muncul secara kejutan close-up sahaja. Mungkin penggemar filem seram akan merasa tidak puas dengan cara suntingan laju sebegini? (ini pendapat saya). Naratif K2 juga lebih banyak menumpukan plot percintaan Sam-Agung. Ia seakan lebih kepada genre drama berbanding genre seram? Satu lagi yg menjengkelkan saya ialah sekuen pembukaan filem ini selama hampir 10 minit yg memaparkan 3 orang kanak-kanak revisiting rumah berhantu dari K1. Saya tidak pasti apa relevant-nya? Mungkin sebagai revision K1? Namun begitu, saya menyukai plot2 introduksi Yenny dan 'ibu' Sam yg sudah tentu perlukan sekuel K3! Satu strategi pra-marketing yg pandai! :-)


Kesimpulan: saya tidak sabar menunggu sekuel K3 untuk melihat Sam yg 'jahat 100%'!!!
REF:
kuntilanak2.com
ulasan K1
imdb.com
cari.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 10:17 AM | Show all posts
bleh lah kuntilanak 2 nie..tp best lagi yg 1 pnya...ada kuntilanak 3 ke??huh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by HARRIER28 at 30-10-2007 10:17 AM
bleh lah kuntilanak 2 nie..tp best lagi yg 1 pnya...ada kuntilanak 3 ke??huh...


ofkos ader K3!.. kan watak bdak pompuan Yenny yg ala2 Cole Sear dlm The Sixth Sense bleh 'nampak' kuntilanak?.. sure ader dlm K3.. sama gak watak 'ibu' Sam kat last2 tuh!.. sure akan dipjgkan lagik..

katanyaa storyline K3 ala2 template starwars >> watak Sam ala2 watak Darth Vader yg dah tukau jd 100% badass!!!  

p/s: bayangkan ader K4 >> kuntilanak [indo] vs. pontianak h.s.m. [msia].. fuyooo!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2007 10:46 AM | Show all posts

trivia from www.imdb.com

One of the plants Yanti uses in her offerings in her house is "kantil" - white colored leaves with nice smell. Urban legend says that "kantil" to Kuntilanak is like kryptonite to Superman.

The name of Samantha's mother, as written in her tombstone, is "MEGA N. WIDJOKO" - an anagram to "MANGKOEDJIWO".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2007 03:18 AM | Show all posts

trailer!

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 07:12 PM | Show all posts
yg part 1 pun macam sial, part 2 ni , lupakanlah.................
Reply

Use magic Report

UNDERGEARZ This user has been deleted
Post time 5-11-2007 02:40 AM | Show all posts

kuntilanak 2..seram terkejhott

errrkk...takottnyeee..kuntilanak 2 akan menyerang pawagam tak lama lagi..

25.nov nie aku mesti nengok..

komen korang tentang filem niii....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 02:44 AM | Show all posts
Dah ade la thread ni weh...!
Reply

Use magic Report

UNDERGEARZ This user has been deleted
Post time 5-11-2007 03:04 AM | Show all posts

Reply #2 nik2121's post

tu sinopsis citer...

kat threat aku ni nk mintak komen polakkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2007 03:15 AM | Show all posts
0O0o0o0o0.... Sinopsis ngan komen x leh dalam satu thread ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 09:45 AM | Show all posts
mod, merge plz..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 09:52 AM | Show all posts
tak leh . . . nanti gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 10:11 AM | Show all posts
ala merge jer thred ni...menyemak jer weii..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.093327 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list