CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38751|Reply: 649

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2007

[Copy link]
Post time 26-10-2007 08:28 AM | Show all posts |Read mode
ABPBH2007: Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November
BERITA Harian sekali lagi menganjurkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 untuk edisi ke-21 yang bakal menyaksikan acara kemuncak majlis penganugerahan bakal berlangsung pada Mac depan. Pusingan awal borang pencalonan ABPBH2007 untuk membolehkan peminat dan pembaca memilih lima calon ke peringkat akhir bagi setiap 16 kategori akan mula dikeluarkan pada pertengahan bulan depan.

Tarikhnya akan diumumkan dalam sidang akhbar yang akan diadakan pada 20 November ini di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Penganjur mengalu-alukan penyertaan daripada artis, selebriti dan personaliti jika mereka berasakan diri layak untuk dicalonkan pada pusingan awal. kelayakan berdasarkan kemunculan mereka dalam pelbagai produk sama ada filem, drama, album lagu dan persembahan dalam program televisyen sepanjang tahun ini.

Sehubungan itu juga, semua syarikat rakaman, syarikat penerbitan filem, stesen TV dan radio serta artis dan selebriti sendiri dipelawa mencalonkan senarai nama artis yang mereka naungi atau nama mereka sendiri untuk menyertai 16 kategori yang disediakan.

Kategori itu ialah Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular, Penyampai Radio Lelaki Popular, Penyampai Radio Wanita Popular, Pengacara TV Lelaki Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.

Turut disenaraikan ialah kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Artis Komedi Wanita Popular, Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular.

Pencalonan terbuka kepada personaliti, selebriti, pelakon dan penyanyi yang terbabit secara aktif dan konsisten dalam bidang masing-masing untuk tempoh produk yang diterbitkan dalam tempoh 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2007.

Bagi setiap satu rangkaian atau stesen radio, pencalonan adalah dihadkan untuk tiga penyampai radio lelaki dan tiga wanita. Stesen radio terbabit mestilah siarannya boleh diterima di seluruh negara atau sekurang-kurangnya di tiga negeri. Bagi pengacara TV, pencalonan mestilah membabitkan mereka yang menjadi pengacara secara tetap untuk sesebuah program dalam tempoh sekurang-kurangnya dua musim ia disiarkan.

Pencalonan bagi kategori pelakon filem adalah berdasarkan filem yang sudah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan mendapat tarikh tayangan daripada Unit Wajib Tayang Finas. Setiap sebuah filem boleh mencalonkan dua pelakon lelaki dan dua wanita bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular selain untuk kategori Artis Baru Lelaki dan Artis Baru Wanita.

Sementara itu, syarat bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Dua Popular pula secara umumnya berpandukan kepada peraturan yang diamalkan oleh Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM). Bagaimanapun, untuk tahun ini sedikit kelonggaran diberikan apabila penyanyi atau artis berkumpulan/duo yang boleh dicalonkan mestilah sudah merakamkan satu ‘single’ atau satu lagu baru.
Syarikat rakaman juga boleh mencalonkan penyanyi untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular atau Artis Baru Wanita Popular.

Syarat lain yang kekal ialah setiap lagu atau single itu mestilah hasil karya pencipta komposer atau karyawan muzik tempatan. Ia juga mestilah dirakamkan dan diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat penerbitan tempatan.

Setiap penyertaan boleh dihantar menerusi faks di nombor 03-22822425 atau 03-22844978. Penyertaan juga boleh dihantar menerusi e-mel kepada zainurimisfar@bharian.com.my atau akmel@bharian.com.my. Pencalonan haruslah dihantar sebelum atau pada 3 November 2007.

APA LAGI...MCM BIASA ARRR.....BILA DAH ADA SENARAI, KITA WAT STRATEGI MCM  TAHUN LEPAS...

[ Last edited by  junjai at 26-10-2007 08:33 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 08:44 AM | Show all posts

Reply #1 junjai's post

apa lagi, jom pangkah mawi ku sayangggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 09:29 AM | Show all posts
Jommmm!:bg:
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:02 AM | Show all posts
yesssssss.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:17 AM | Show all posts
jommmmmmmmm.............
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:38 AM | Show all posts
:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2007 11:24 AM | Show all posts
yang ditunggu dah tiba..................yahooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 11:27 AM | Show all posts
chaiyo...chaiyo mawi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 11:27 AM | Show all posts
tak sabar nak beli paper BH...vote mawi banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 11:32 AM | Show all posts
agak2 mawi ada can lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 12:01 PM | Show all posts

Reply #10 kazz's post

Ada..inysa'allah peluang cerah.
Dia masih artist top of the list utk tarik penonton ke major events.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 12:30 PM | Show all posts
setakat ni nampaknya masih ada harapan..
INSYAALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 12:30 PM | Show all posts
apa lagi jom la vote mawi....teringat tahun lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 12:34 PM | Show all posts
insyaallah...dengan usaha semua supporters insyaallah boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 01:46 PM | Show all posts

Reply #13 miszmrs's post

apa yg berlaku thn lepas tu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:08 PM | Show all posts

Cepat-cepat wartawan...keluarkan cerita kontroversi supaya orang tak undi Mawi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by Hayah at 26-10-2007 01:46 PM
apa yg berlaku thn lepas tu....


tahun lepas ina munge borong berita harian
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:25 PM | Show all posts

Reply #17 tikusmondok's post

tahun nie die calon aaa diri sendiri utk pelakon baru popular
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:35 PM | Show all posts

Reply #18 dino's post

tulah pasal, macam tak sempat jek , shooting pun tak siap lagi...camane ni? tgn dah gatal nak pangkah kat pelakon lelaki popular ngan pelakon harapan!:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:40 PM | Show all posts

Reply #18 dino's post

layak ke?

kalau layak apa salahnya... kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.065000 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list