CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2952|Reply: 5

Jual kambing dan lembu online

[Copy link]
Post time 25-10-2007 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Jual kambing dan lembu online
25-10-2007 11:28:18 AM
KUALA LUMPUR:  Minatnya yang mendalam terhadap haiwan dan potensi besar dalam bidang penternakan menyebabkan bekas kontraktor binaan, Muhamad Isa Saad, beralih usaha kepada menternak lembu dan kambing.

Mula menternak kambing baka "Jamnapari" dari Indonesia secara sambilan sejak lapan tahun lepas, Muhamad Isa, 44, boleh berbangga dengan kejayaan syarikatnya yang kini membekalkan ternakan itu secara online.

Pengarah Urusan ER System Sdn Bhd itu berkata syarikatnya mempunyai 200 ekor kambing Jamnapari pada satu-satu masa yang diternak di kandang di kawasan seluas 0.607 hektar di Dengkil, Sepang, Selangor.

"Bakal pembeli hanya perlu layari www.lembuonline.com untuk membeli lembu dan kambing. Dengan hanya memetik butang online mereka boleh beli kambing seperti kambing Jamnapari, Boer dan Anglo Nobian dengan segera.

"Kami juga ada menjual lembu terutama lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK)," katanya kepada Bernama pada Ekspo dan Forum "Livestock Asia 2007" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Usahawan tani dari Bagan Datoh, Perak itu adalah juga penerbit majalah "YourLiveStock.com", majalah pertanian dan ternakan pertama di negara ini.

Muhamad Isa sanggup meninggalkan bidang pembinaan yang diceburinya sejak 20 tahun lalu demi meneruskan minatnya dalam pertanian dan penternakan.

Beliau berkata tujuannya menerbitkan majalah "YourLiveStock.com" itu adalah bagi dijadikan rujukan kepada petani-petani tentang maklumat terkini dalam bidang pertanian selain memaparkan kisah usahawan tani berjaya dan tips terkini.

"Sebagai permulaan kami mencetak 10,000 naskah. Majalah ini boleh didapati di kedai-kedai surat khabar pada harga RM5.50 senaskah dengan edisi pertama pada November ini," kata bapa kepada lima anak hasil perkongsian hidup dengan, Rohani Abdul Aziz, 44.

Mengulas lanjut mengenai penternakan kambing dan lembu, Muhamad Isa berkata beliau melabur sebanyak RM50,000 termasuk kos membina kandang sebanyak RM30,000 ketika mula-mula menceburi bidang itu pada 1999.

Menyifatkan bidang penternakan sebagai bidang yang menguntungkan jika kena caranya, Muhamad Isa berkata kambing Jamnapari dijual untuk dijadikan baka manakala lembu untuk korban Hari Raya Haji.

"Sebagai contoh harga kambing jantan Jamnapari untuk dijadikan baka dijual sekitar RM1,800-RM4,000 manakala kambing betina antara RM800-RM1,200 manakala lembu pula dijual sekitar harga RM1,800-RM2,200 seekor," katanya.

Muhamad Isa berkata kos makanan bagi 50 ekor kambing Jamnapari adalah RM36 sehari (untuk satu beg rumput "napier", hampas soya dan goat pellet) atau purata RM0.50 bagi seekor kambing.

Beliau mendapatkan bekalan kambing dari Pusat Kuarantin Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan lembulembu yang dibeli daripada penternak konvensional di kampung-kampung sebelum menjualnya secara online.

"Saya sebenarnya menyahut seruan kerajaan untuk menceburi bidang tani. Kita dah ketinggalan 20 tahun di belakang negara Thailand, kini masanya untuk kita bangunkan pertanian dan penternakan negara," katanya optimis.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan ekspo selama tiga hari disertai 250 peserta dari 35 negara itu berkata kerajaan komited dalam mempromosikan bidang pertanian dengan peruntukan RM1.73 bilion pada tahun depan.  BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 01:50 PM | Show all posts
wahh.. bagus la konsep dorang ni. website pon x mcm website gomen yg lembap ngan suram nk mampos. semoge berjaye! ni buleh jd idea utk tesis aku jugak nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 01:51 PM | Show all posts
wahh.. bagus la konsep dorang ni. website pon x mcm website gomen yg lembap ngan suram nk mampos. semoge berjaye! ni buleh jd idea utk tesis aku jugak nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 01:52 PM | Show all posts
wahh.. bagus la konsep dorang ni. website pon x mcm website gomen yg lembap ngan suram nk mampos. semoge berjaye! ni buleh jd idea utk tesis aku jugak nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 02:18 PM | Show all posts
wahh..banyaknye post ko..
mesti sbb seber nihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:03 AM | Show all posts
jual livestock secara online bukan baru pun...deal jer online..final decision face to face gak..bukan cam beli gula2 kat kedai mini market...tu apa yang experience aku la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.204245 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list