CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17235|Reply: 75

suami suka sangat buat hutang..hutang dan hutang lagi

[Copy link]
Post time 8-10-2007 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Hi, saya budak baru kat sini..saya ada satu masalah yang ingin berkongsi bersama.
Saya telah berkahwin 3 tahun dan ada seorang anak厀alaupun dah berkahwin selama 3 tahun..kami masih tidak punya rumah sendiri sedangkan kami berdua masing2 berkerjaya dan punya kereta masing-masing.

Masalah saya ialah tidak tahan dgn perangai suami yang suka buat hutang..selepas saya kahwin (sebulan) saya dapat tahu yang suami saya ada buat loan peribadi sebanyak RM94,000 dan bayaran balik dalam masa 10 tahun. Saya sangat sakit hati kerana perkara ini adalah diluar pengetahuan saya dan saya sendiri tidak tahu apa yang telah digunakan dgn wang sebanyak itu.Bukan setakat itu sahaja..pada tahun pertama saya telah mengeluarkan wang simpanan saya untuk membayar kad kreditnya yang berjumlah RM4000. Sebagai isteri saya cuba membantu dengan memberi RM2000 walaupun perbelanjaa kredit kad nya adalah bagi pembiayaan barang2 diri dia dan tidak kena mengena langsung dgn saya. Dengan niat lepas ni suami saya hanya perlu melunaskan hutang RM94,000 itu sahaja tanpa dibebani lagi hutang kredit kad.

Tetapi baru-baru ini suami saya meminta saya wang yang telah kami kumpul untuk tujuan  beli rumah untuk tujuan membayar hutang kredit kadnya sekali lagi. Saya berasa sgt kecewa kerana suami masih tidak sedar2 diri dan bagi saya dia cuba mengambil kesempatan terhadap saya.Untuk pengetahuan, perbelanjaan diri,keretasaya dan anak adalah bawah tanggungan saya sendiri. Suami tidak pernah belikan baju..kasut atau barang2 keperluan anak. Suami saya high teste卋aju, seluar, perfume semua beratus-ratus ringgit..sedangkan saya bila hendak berbelanja fikir banyak kali.Dia juga suka habiskan duit untuk modify kereta dia..dan lagi satu..sikap suami saya ni bila dia balik ke kampong halaman..dia seolah2 macam orang kaya yag bawa balik duit bergantang2 ke kampong..dia akan berbelanja mewah kepada keluarga serta anak2 buah..walhal apabila balik ke KL semula nanti, dia akan meminjam duit semula kepada saya sebab duit dia telah dihabiskan utk orang2 dikampung!

Sebagai isteri yang ada pendapatan sendiri..saya ada membuat simpanan peribadi, simpanan anak, simpanan untuk beli rumah..serta menanggung belanja anak dan keperluan dapur dan diri. Tetapi saya juga perlukan sokongan suami dan bukannya dijadikan mangsa untuk membayar hutang-hutang suami. Yang merisaukan saya suami saya tidak langsung mempunyai simpanan, keluarganya dikampung juga selalu meminta wang kerana suami saya adalah anak lelaki harapan keluarga yang berkerjaya.

Kadang2 timbul rasa menyesal kerana berkahwin dengan si penghutang yang membebankan kehidupan saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 11:29 AM | Show all posts
saya simpati dengn nasib puan...sebolehnya kita ingin mengelak daripada berjumpa dengan org begini...tapi mungkin sudah takdir dan ada hikmah dibaliknya...apa yang boleh saya nasihatkan..puan jangan lah dilayan sgt apa sahaja kehendak suami puan...dia seperti mengambil kesempatan terhadap puan...asal jer buat hutang tak penah fikir...rapi dia tau ada org yang akan tolong..iaitu pun...apa kata dalam sekali puan buat tak tau jer...biar dia rasa macam mana seriknya nak berhutang...kadang2 kita kena fikirkan jugakdiri kita sendiri...biar dia belajar dari pengalaman...kalu asyik menolong jer takut dia makin menjadi...nie cuma pendapat saya saja...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 11:53 AM | Show all posts
...........................
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 11:57 AM | Show all posts
Cukup sudah dgn segala BANTUAN yg diberikan...

Jgn nak bagi muka lagi...

BERTINDAK sebelum terlambat..pantau & JAGA segala perbelanjaan
dan pendapatan puan...

RAHSIA SAVING puan drp suami....

Memang jelas suami puan jenis yg tak tahu nak berbelanja..
Ini prinsip biar papa asal bergaya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 11:58 AM | Show all posts
nasihat le dia suruh berbelanja mengikut kemampuan.....klu saya saya takkan bg dia duit simpanan saya utk melunaskan hutang piutang dia....penat kita simpan nak bg dia bayar hutang dia.....suruh dia berusaha sendiri utk bayar hutang dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 11:59 AM | Show all posts
hi babe...walaupun taste tinggi cam mana pun la...tak de la sampai berpuluh ribu ringgit untuk shopping...isn't there any way for you to check where did the money really goes to...maybe the credit card statement would give you some clue...

kalau beli perfume ratus ringgit pun...bukan boleh habis dalam sebulan walaupun sembur satu badan tiap pagi...gua bukan nak bagi indication about third party ke aper...but then you need to know where the money goes in order to control...

memang ada ketikanya...akibat terlalu sayang...wife tak nak menyelidiki kerana takut husband kecik hati...tapi sampai bila kan...

and gua rasa lu should stop helping him out...biar dia sendiri yang bayar kad kredit tu...and kalau he still push lu...lu bagi la breakdown of all the expenses that you are paying for the family...mungkin selama ni dia tak perasan what is the total expenses yang lu bayar...dia rasa tak bayar coz lu still can give him money...tu yang sedap jer mintak...

detail kan bayar keta berapa....belanja harian...dan segalanya la...biar terbuka mata dia sikit..bagi senarai tu kat dia...selagi dia tak tengok selagi tu dia tak sedar....

and then lu start la to mula memberikan makanan untuk rohani suami pulak...baca ayat pelembut hati suami...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2007 12:42 PM | Show all posts
jgn tunjuk ur account kat dia...
bukan apa 94k tu bukan sikit. dia main saham kot.
tp sakit ati la dgn org gini
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 01:03 PM | Show all posts
adeh....


ini sudah terbalik...sepatut nyer tanggungan rumah....anak2...isteri..somi yg tanggung...and duit gaji isteri plak terserah isteri nak wat aper......tp kes tuan rumah nie....duit isteri diguna utk belanja rumah..anak2 dan sumer2..tp duit somi plak utk dia joli bagi tujuan diri sendiri.....adoi...!

jgn bagi muka lagi la kat somi awak tue...selagi awak dok tolong dia..selagi tu dia ta k sedar diri....dalam kepala dia dok kata..tak per2...tak per...nanti leh mintak duit ngan bini aku....gitu la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 01:10 PM | Show all posts
ahh silap topic.. sorry

[ Last edited by  eva at 8-10-2007 01:24 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2007 01:32 PM | Show all posts

Reply #6 cantthinkofany's post

iye, saya dah takkan lagi jadi bodoh untuk serahkan duit utk langsaikan hutang2 dia mahupun kredit kad dia. Biar kali ni dia rasa betapa susahnya kita kumpul duit. Saya rasa selagi saya tolong..selagi tu dia takkan sedar diri dan asyik main korek lobang,timbus lobang..

dan kali ni time-time nak raya nie..biar dia manage duit dia sendiri..dan yang pasti saya tahu dia akan mula untuk pinjam duit kepada saya lepas balik dari kampung lepas raya nanti.

Biasanya keluarga yang terdidik dgn budaya suka berhutang akan jadikan sikap suka berhutang sebagai tabiat..sebab tu saya taknak sikap buruk ni jadi ikutan kelak.Family saya sendiri tidak diajar dgn sikap berhutang-hutang dan jenis 'kalau takde duit buat cara takde duit".

thanks cantthinkofany..saya akan cuba doakan2 dia ubah sikap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 02:06 PM | Show all posts
anda harus belajar utk berhati kering dengan suami.
dah byk kali saya baca kisah2 rumahtangga die ruangan DCCK pancaindera
wanita2 yg baik hati bertahun-tahun, malahan berbelas2 tahun pun ada
end-up menyesal sbb suami tak menghargai segala pengorbanan.

bukan setakat tak beri muka dan duit sahaja.
anda perlu menuntut hak anda, yakni duit nafkah isteri dan anak2.

suami kalau 4 bulan berturut-turut tak beri nafkah pada isteri, isteri boleh tuntut taklik.
Ini org lelaki dah lafaz time die nak menikah dulu.

ape punye org la awak nie, mcm mana la awak boleh simpan seorang lelaki bergelar suami dlm hidup awak, sedangkan duit belanja anak awak yg tanggung.

Ingatkan pada suami, besok die mati die nak doa dari anak kan, so mintak die mula menanggung anak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 02:19 PM | Show all posts

Reply #12 qiqila's post

you are most welcome babe...gud luck...

pada memula mesti susah...coz hubby lu dah terbiasa...tapi lu kena cuba gak la...bukan secara lump sum...buat sesikit so tak la sampai ke tahap lu berperang besar lak...dia minta seribu bagi seratus...ker...kalau dia tanya kenapa sikit...then lu tunjuk list expenses tu tau...

ada pepatah mengatakan...menarik rambut dari dalam tepung...rambut tak putus...tepung tak berselerak...

gud luck again babe...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 04:01 PM | Show all posts
satu hari tuh.. ko buat ler sakit.. purak2 sakit.. bukan doa taww. tuhan ajer tau niat ko tuh moga2 dapat hidayah ler suami ko..

ko buat2 lah bagai nak nazak bagai.. kalau dia ajak pi klinik, kata jer ko tak der duit.. kalau dia tak ajak, ko buat2 ler cerita2 seorang diri ngan anak2 ko.. cakap ngan anak ko yang ko sakit tak hengat tapi tak mampu pi klinik sebab duit dah kering.. tapi, pastikan hb ko dengar ler dialog ko neh..

kalau dia masih buat gak.. harus ko simpan semua sen yang ko ada dan jauhi dari mata suami ko!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 04:06 PM | Show all posts
kalau dia tak kasik ko duit belanja dapur.. ko jangan ler beli  yang oii.. kalau dia tanya gaji ko mana.. pepandai ler ko cakap ko main kutu rm2000 sebulan selama 10 tawon.. dan giliran ko pulak paling last sekali..   

kalau dia nak makan, nasib ler kalau tak der makanan.. dah dia tak beli.. nak makan apa?.. makan angin ajork ler kan.. jangan beli.. hati kena kering ler.. wajib kering!! ko pulak, pi ler makan sedap2 kat luar tapi jangan kasik tau dia!!

erhh.. apa lagi yea?.. kejap nak mikir
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 04:07 PM | Show all posts

Reply #1 qiqila's post

klu la bini aku cam ko..kan best nye hidup aku..bnyk giler duit...pas tu joli... masalhnye kat sini aku x mcm laki ko tu...terkedarah duit je..berlagak cam bnyk duit..padahal hutang sana sini...not my style la..

Nasihat aku....

jgn ikutkan sngt perangai laki ko tu...patutnye ko yg abiskan duit die tau...ni terbalik..x de telor kah die???
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 04:32 PM | Show all posts
Ada somebody dalam forum ni kata, kalau teringin nak makan benda sedap, makan masa di office. Jangan baw balik ke rumah sebab hubby tak bagi duit.
Bulan puasa ni tak boleh nak dipraktikkan lagi, tunggulah lepas raya ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 04:48 PM | Show all posts

Reply #18 hairanaz's post

hairan btul la hairanaz ni..da bnyk post ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 05:27 PM | Show all posts
been there.. kenapa lelaki zaman skrg ingat yang bini pun kena keje tolong dier? x paham ah. arghhh tensen nyer biler pk pasal hutang2 dier yg aku tgh bayar nihhhhhhhhhhhhhhhhhh :@
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 05:48 PM | Show all posts

Reply #14 NURMIMIE's post

Idea ni nak kena pakat dengan anak bebetul ni.
Kang buatnya anak pecah rahsia kang?

Mau lebam jugak nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 10:04 PM | Show all posts
bulan2 ko dpt gj ko trus simpan dlm akaun rahsia ko....hutang2 dia llantak dia le...bior dia sendiri pk mcm mana nak byr..kalo dia mintak duit...ko kasik akaun gj yg ko dah kosongkan...kalo dia tanya mana pegi...ckp utk maintanance ko n anak ko..kalo dia high maintance pompuan pun lgk high maintance...kalo dia balik dr kg takde pitih ckp kat dia..takper ler..kita mkn pasir jekk...jahat haku nieh hekkk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.334836 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list