CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3849|Reply: 0

Sejarah pemindahan organ

[Copy link]
Post time 6-10-2007 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Menyusuri sejarah panjang pemindahan organBUKAN singkat sejarah dan soal pemindahan organ ini menjalin perkongsian. Menyusurinya, dapat dibongkar bahawa ia telah pun bermula sejak di zaman Rasulullah lagi.

憫Dalam hubungan ini, Nabi Muhammad s.a.w telah melakukan replantasi (menanam semula) mata Qatada Ibn Nukman yang terkeluar serta menyambung semula tangan Muawith Ibn Afra dan Habib Ibn Yusuf yang terputus,拻 begitu tulis Abu Bakar Yang, Felow Pusat Sains dan Teknologi di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam majalah Visi bagi edisi Januari 2006.
Visi ialah majalah bulanan yang diterbitkan oleh IKIM.

Semasa ditemu bual kemudiannya, Abu Bakar membilang satu persatu sejarah dan kes melibatkan pemindahan organ.
Beliau menarik perhatian bahawa sejarah memindah sebahagian anggota badan atau organ seseorang atau haiwan kepada orang lain menarik minat ahli perubatan sejak beribu-ribu tahun lampau.

Antaranya ialah melibatkan kulit bagi memperbaiki kecacatan pada hidung dan telinga oleh seorang pakar bedah India dikenali sebagai Susruta pada kurun ke-2 sebelum Masihi.

Terdapat juga kisah Pien Chi抜ao dan Hua T抩 yang dicatatkan dalam hikayat China. Dikatakan dia berupaya menjalankan pembedahan tanpa sakit serta kisah kubur keramat St. Cosmas dan St. Damian daripada legenda Kristian Rumawi yang menjelma dan menggantikan kaki (penghidap) kanser dengan kaki seorang kulit hitam yang baru meninggal dunia.

憫Di sisi catatan sejarah Islam pula menyebut terdapat kisah menarik semasa peperangan Badar pada tahun 624 Masihi selain rekod menunjukkan bahawa berlaku pemindahan tulang daripada manusia dan haiwan dilakukan oleh doktor-doktor Islam ke atas anggota yang cedera dalam peperangan,拻 ujar beliau.

Di hujung jari pula apabila mengakses di Internet, maklumat daripada konteks perubatan moden diperoleh.

Sebuah laman web perubatan menyebut bahawa kejayaan pemindahan organ ditandai apabila kadar penolakan terhadap organ dapat dikurangkan secara mendadak.

Itu berlaku sekitar tahun 1950-an. Kejayaan pertama (pemindahan organ) berlaku di Boston, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1954. Joseph Murray kekal menjadi sejarah apabila membicarakan mengenai pemindahan organ ini. Dia berjaya melakukan pemindahan ginjal melibatkan dua kembar seiras. Perlu diingatkan, ia berjaya dilakukan tanpa berlaku penolakan organ tersebut apabila dipindahkan kepada penerima.

Menyusuli kejayaan itu ialah pemindahan membabitkan organ dan tisu-tisu lain seperti pankreas (1966 di Minnesota, AS); hati dan jantung (1967, masing-masing di Pittsburg, AS dan Cape Town, Afrika Selatan); jantung dan paru-paru (1981 di Stanford, AS); keseluruhan paru-paru (1987 di St. Louis, AS); sebahagian pankreas daripada penderma hidup (1998, di Minnesota, AS); tangan (1998 di Paris, Perancis) dan sebahagian muka (2005, di Paris Perancis).

Perkembangan teknologi dan kepakaran berhubung pemindahan organ turut sampai ke negara ini. Pemindahan pertama berlaku pada tahun 1970-an melibatkan kornea di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pembedahan pemindahan ginjal pertama berjaya dilaksanakan pada 1975.

Ia melibatkan penderma hidup yang mempunyai pertalian darah, juga dilakukan di HKL.

Pada 1 Jun 1976 pula, sejarah dicatatkan dalam bidang perubatan di negara ini apabila pemindahan ginjal pertama dilakukan, melibatkan penderma yang telah meninggal dunia di HKL.

Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula berlaku pemindahan sum-sum tulang pertama pada 1987.

Perangkaan oleh Pusat Transplan Negara pula menyebut bahawa pemindahan hati dilakukan sejak tahun 1995 di negara ini iaitu di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sementara pemindahan jantung menyusul dua tahun kemudian. Ia berlaku di Institut Jantung Negara (IJN) pada 18 Disember 1997 dengan melibatkan Sathrugnan Ramakrishnan sebagai penerima jantung pertama negara. Ketika itu pesakit berusia 51 tahun. Dia meninggal tiga tahun kemudian.

Kejayaan mutakhir melibatkan pemindahan organ ini tentunya dilalui oleh Tee Hui Yee, 14, yang menerimanya daripada seorang mangsa kemalangan jalan raya dari Ipoh, Perak.

Selama hampir setahun Hui Yee bergantung hidup bersandarkan jantung mekanikal sehingga kelmarin dia berjaya dibedah sepasukan pakar daripada IJN sekali gus menerima jantung baru.

Dua hari sebelum itu, Utusan Malaysia melancarkan kempen mencari jantung untuk gadis malang berkenaan selepas terpanggil untuk menamatkan penderitaan Hui Yee, gadis si jantung mekanikal.

Sementara itu Lain-lain kejayaan yang dicatatkan dalam pemindahan organ ialah melibatkan tangan pada 18 Mei 2000 di Hospital Selayang. Ia membabitkan Chong Yih Ling, menjadi bayi pertama di dunia menjalani pembedahan menyambung tangan kirinya, yang diambil daripada kembarnya.

Pujian bukan sedikit diberikan kepada sepasukan pakar tempatan, yang secara tidak langsung membuktikan ia setanding dengan kepakaran dari luar negara.

Seperkara lagi, sememangnya sejarah ialah cerminan untuk masa akan datang.

Tetapi dengan perkembangan tanpa henti teknologi dan kemodenan sains, tidak mustahil beberapa lagi kejayaan dicatatkan di negara ini.

Ia membuka lonjakan, peluang dan kemungkinan yang bukan kecil serta memberi pilihan dalam usaha manusia menyelamatkan nyawa manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.279877 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list