CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3177|Reply: 15

Langkah berjaga2 ketika membaiki kenderaan

[Copy link]
Post time 27-9-2007 11:20 AM | Show all posts |Read mode
TIDAK dinafikan kesan kesilapan teknikal ketika melakukan kerja penyelenggaraan kenderaan boleh menyebabkan kecelakaan.

Berikut beberapa perkara yang anda harus perhatikan:


* Sebelum bekerja di bawah kenderaan, periksa terlebih dulu kedudukan kenderaan pada penual dengan cara menggoyang-goyangkannya.

Ketika anda bekerja di bawah kenderaan yang terangkat, selain menggunakan penyungkit yang kukuh untuk menaikkan kenderaan, gunakan penyendal bagi mengelakkan ia menggelungsur.

* Jangan bermain-main dengan alat tekanan udara sama ada mengarahkan ke badan sendiri atau badan orang lain.

Siapa tahu, gurauan itu boleh menyebabkan kecelakaan dan lebih malang lagi, kematian.

* Berhati-hati dengan cecair mudah terbakar seperti minyak bensin, solar, thiner atau minyak lain.

Jangan merokok ketika bekerja dan elakkan penyalaan melalui bunga api dari sistem pendawaian serta hubungan pendek pada punca elektrik dan pengelasan.

* Ketika membuka radiator dalam keadaan enjin masih panas, lakukan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Lindungi tangan dengan kain kerana air pendingin dalam radiator boleh memercik keluar dan menyebabkan

kecederaan.

* Lindungi mata anda dengan kaca mata pelindung ketika membuat pekerjaan seperti mempatri atau tugas lain dengan menggunakan elektrolit bateri atau air bateri. Elektrolit bateri campuran air dengan asam belerang.

Jaga mata anda daripada percikan atau terkena air berkenaan. Jika terkena pakaian, anda perlu membilasnya dengan air sabun secepat mungkin supaya pakaian tidak mudah rosak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 11:42 AM | Show all posts
selalu aku tgk kat astro drt tu, best tol dressing mekanik kat obersea.. lengkap ngan google & glove bila bukak engin or modding keta.. nampak pro..
tapi kat sini jarang sgt aku tengok camtu.. ada yg repair keta pakai suar pendek ngan selipar pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #2 d34n's post

btol tue.. knapa smua mekanik kat mesia nie camnie ek?.. bkn ke dgn cara mcm tu org leh judge yg mekanik2 ni hanya nk kerja main2 jer??..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:48 AM | Show all posts
merokok sekali pun ader......
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:53 AM | Show all posts
x pki baju pun adaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:58 AM | Show all posts
haku rasa kalau nak listkan mmg banyak la list tu... so bole ke kita simpulkan yg kebanyakkn mekanik kat malaysia ni kurang mengambil berat soal keselamatan mereka...
yg mereka tau, keta kastemer siap, charge sukati, duit masyukkk....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2007 01:24 PM | Show all posts

Reply #6 d34n's post

so far aku rasa keadaan mekanik & workshop di m'sia ok lagik...
walaupun aku suka anta keta kat workshop bawah pokok/ workshop biasa, perkara yg aku tengok adalah:-

1. keadaan lantai workshop mesti bersih - takde tools, skru, nut, parts bersepah. kalau ada benda bersepah ianya boleh menyebabkan tayar keta bocor.

2. keadaan mekanik - biar otai sket, kerja tak banyak cakap, semua tools ambik & pulang balik dlm toolbox. aku pantang dengar & tengok mekanik campak2 spanner atas lantai.

3. keadaan workshop yg tak banyak keta. kalau keta banyak, maka makin lambatlah keta ko siap & dia mmg kerja lembab. workshop yg bagus, keta masuk, keta kuar cepat.

4. ko sampai je workshop tu, pomen dah sorong jack, tanya apa rosak. PR yg baik.

5. Caj yg reasonable. walaupun dah bayar kat towkay, kekadang aku kesian kat budak mekanik yg keje. kalau dia bagus, hulurlah barang RM10-20 sbg penghargaan.

6. mekanik yg bagi option utk priority. mana rosak, mana yg boleh pakai lagi. pomen yg baik akan suggest & buat testing sblm dia suruh tukar parts.

7. mekanik yg tak berkira, boleh utang..kekadang tu kita tak cukup bawak sen. kalau dia percaya, esok lusa kita datang bayar lah..

8. workshop yg ada simpan stok. kalau semua nak kena order, lambat sehh...sikit2 takpe...kalau semua order,nampak sangat dia jarang repair keta jenis tu.

9. apa lagi yea?..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 01:25 PM | Show all posts

Reply #2 d34n's post

tu tandanya mekanik kita pun pro wooooo........... dia tau camner nak elak tragedi.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 01:30 PM | Show all posts

Reply #8 jofizo's post

agaknye la tu...
kita sebagai kastemer pun mostly tak amik port pasal menda ni sumer.. janji keta siap.. padahal tu melibatkan keselamatan kita & fulus kita jugak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 01:31 PM | Show all posts

Reply #7 volvomania's post

aku rasa dalam bebanyak tu, PR yg bagus yg memainkan peranan penting utk jaga hati kastermer...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 01:43 PM | Show all posts

Reply #10 d34n's post

PR saja tak banyak membantu...

banyak kali jugak aku terkena, pomen cakap itu parts tukar, ini tukar, sana tukar, sini tukar...mulut maniss je masa cakap...
balik rumah aku selalu double check, tengok2 dia tak tukar pong!~!:@

aku gi balik workshop tu. tiaw cukup2...kalau aku dengar member2 lain kena jugak, aku pangkah terus workshop tu...masukkan dlm thread. bagitau member aku kat Majlis perbandaran kuantan suruh dia saman keta2 yg dia parking kat luar workshop, saman longkang penuh minyak itam, saman premis kotor...

heheh..baru puas hati aku...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 01:45 PM | Show all posts

Reply #11 volvomania's post

tu PR bagus nak menipu tu...
kalo orang yg agak2 rabun pasal keta, mmg kompom kenyang la tokey tu makan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 27-9-2007 01:45 PM
tu PR bagus nak menipu tu...
kalo orang yg agak2 rabun pasal keta, mmg kompom kenyang la tokey tu makan...


tu la pasal...tapi ramai gak kenyang kena tiaw...tarak bagi chance punya...salah orang beb...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by volvomania at 27-9-2007 01:43 PM
PR saja tak banyak membantu...

banyak kali jugak aku terkena, pomen cakap itu parts tukar, ini tukar, sana tukar, sini tukar...mulut maniss je masa cakap...
balik rumah aku selalu double chec ...


btoi 3x.... org camtuh patut kita susahkan idup dia........ muahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 02:44 AM | Show all posts
pastikan yang nie ade standby...

Reply

Use magic Report

shahiran This user has been deleted
Post time 1-10-2007 12:15 PM | Show all posts

Balas #14 jofizo\ catat

yang paling cantek,masa pomen buat kita ada/tengok sekali...lagi satu,pegi kedai pomen yang kita kenal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.104118 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list