View: 15144|Reply: 16
|
Karya Datuk Mohd Hoessein Enas jadi warisan negara
[Copy link]
|
|
National treasure
PrimeMinister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi with Tuty Sumarni HoesseinEnas (centre) and Sulastri Hoessein, the daughters of the late DatukMohd Hoessein Enas, a renowned portrait artist.
Shell Malaysiahanded 18 portraits painted by Hossein, depicting Malaysians of variousraces, to the government yesterday as a national heritage. Thecollection, entitled 'Malaysians', worth more than RM1 million, wascommissioned by Shell in 1963 to commemorate the formation of Malaysiaand had adorned the offices of Shell ever since.
[ Last edited by Syd at 25-9-2007 12:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Karya Hoessein Enas warisan negara
Oleh Shamshul Azree Samshir
PUTRAJAYA: Koleksi 18 lukisan bernilai lebih RM1 juta karya pelukis tersohor, Datuk Hoessein Enas yang disumbangkan Shell Malaysia kepada kerajaan akan terus dipulihara sebagai warisan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata karya Hoessein yang dianggap ikon dalam bidang seni lukis tempatan banyak menampilkan ciri-ciri unik Malaysia.
"Tentu sekali karya Hoessein adalah hasil yang cukup tinggi mutunya dan sudah tentu pada hari ini bernilai tinggi... bukan itu saja, ini sebenarnya sudah menjadi koleksi yang boleh dianggap warisan negara kita," katanya pada majlis penyerahan koleksi itu di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.
Koleksi 18 lukisan karya Hoessein bertemakan Rakyat Malaysia itu diserahkan Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Saw Choo Boon.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Zakiah Ahmad; Pengerusi Balai Seni Lukis Negara, Wairah Marzuki, serta dua anak perempuan Hoessein, Tuty Sumarni, 52, dan Sulastri, 50.
Allahyarham Hoessein meninggal dunia akibat masalah jantung pada 1995.
Koleksi lukisan potret Rakyat Malaysia yang dihasilkan Hoessein pada 1963 sebagai memperingati pembentukan negara oleh Shell Malaysia terdiri daripada sembilan lukisan cat minyak, dua lukisan cat air dan tujuh lukisan pastil.
Antara lain ia menampilkan wajah pahlawan Bajau, wanita Serani di Melaka, penoreh getah, penari Sumazau dan nelayan di Terengganu.
Perdana Menteri berkata, beliau amat terharu dan berterima kasih atas kesudian Shell Malaysia menyerahkan koleksi lukisan yang amat bernilai itu kepada kerajaan.
Katanya, lukisan dihasilkan Hoessein memberi banyak gambaran mengenai Malaysia seperti pakaian, pekerjaan rakyat negara ini dan pelbagai aspek lain jika diperhatikan secara terperinci.
"Lukisan itu juga menggambarkan pelbagai wajah rakyat Malaysia, latar belakang etnik dan kekayaan kebudayaan. Saya selalu menyatakan kepelbagaian etnik adalah aset negara kita yang perlu dipelihara dan Hoessein sudah merakamkannya dalam lukisan," katanya.
Abdullah berkata, koleksi lukisan itu akan disimpan di tempat yang selamat dan terpelihara seperti yang dimahukan Shell Malaysia.
"Kita juga menjamin ia akan dijaga sebaik mungkin, ia akan ditempatkan di galeri (Balai Seni Lukis Negara). Kita hargai ini suatu warisan bangsa yang perlu dipelihara kerana ia menunjukkan kita juga rakyat Malaysia yang handal dalam bidang lukisan potret bukan saja di Malaysia dan Indonesia, malah di luar lingkungan Nusantara," katanya.
Sementara itu, Saw berkata, Shell Malaysia bukan saja berbesar hati menyerahkan lukisan karya Hoessien itu untuk dihayati rakyat Malaysia, malah menganggap ia sebagai tanggungjawab syarikat.
Tuty Sumarni, ketika ditemui berkata, beliau masih teringat kenangan menjadi model bagi lukisan ayahnya pada zaman kanak-kanak, terutama apabila dikehendaki beraksi secara pegun selama 20 minit pada sesi pertama.
"Melukis sudah menjadi darah daging Allahyarham dan kami sekeluarga amat memahaminya kerana setiap kali melukis, ayah tidak suka diganggu," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by Syd at 25-9-2007 12:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
double plak
[ Last edited by Syd at 25-9-2007 01:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|